Sunday, March 17, 2013

5 sikap wanita melalui bantal

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, March 17, 2013 4 orang berkata-kata


Selalunya orang perempuan kalau tidur mesti ada bantal busuk hehe..tapi ada gak jenis yang tak kisah. Satu bantal pun cukup. Tapi kalau dah kahwin nanti, takde bantal pun takpe...kan lengan suami ada? :)
Jom tengok apa sikap wanita melalui aksi mereka berbantal. Saja suka-suka...


1. Memeluk Bantal
   -Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja.
   -Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
   -Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
   -Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
   -Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2. Menggunakan Banyak Bantal
   -Mereka biasanya kurang kenyakinan.
   -Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
   -Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3. Tidur Dengan Satu Bantal
   -Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
  -Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
   -Mereka mempunyai sifat kurang baik.
   -Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
   -Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
   -Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
   -Mereka tidak suka berusaha.


5. Tidur tanpa Bantal
   -Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
   -Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.




Saturday, March 2, 2013

Sebab sebenar kenapa lelaki tak suka ikut pergi shopping

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, March 02, 2013 0 orang berkata-kata
Semalam saya pergi keluar beli barang-barang nak masuk sem baru ni. Ajak mak, adik pun ikut sama. Ajak ayah, ayah cakap malas nak ikut. "Pergi la bawak keta tu pergi bertiga, ayah nak rehat jap." Tapi mak pujuk ayah gak suruh ikut hihi...ayah pun ikut la.

Sampai kat tempat nak beli barang, saya ngan adik pun start la jalan-jalan cari barang. Mak pun tengok-tengok gak. Tempat pertama, tempat baju-baju. Pilih tu pilih ni, try tu try ni. Biasa la perempuan kalau nak beli barang, mesti kena pilih-pilih dulu, aktiviti wajib. Ayah hilang ntah kemana. Tengah pilih tu pilih ni, ayah datang bawak 1 kotak kecik, masuk dalam stroller, pastu hilang. Berapa minit pastu datang balik bawak 1 baju, masuk dalam stroller.

"Tu ayah maleh nak ikot shopping tu. Abih duit yo." Mak dah gelak-gelak ngan saya.

Pastu pergi tempat barang-barang lain. Tempat makanan, toiletries, accessories. Ayah datang lagi bawak 1 barang, masuk dalam stroller. Jalan-jalan lagi, ada lagi barang dari ayah masuk dalam stroller. Kitorang dah senyum-senyum dah ni. Dah ada semua barang yang nak, pegi kat cashier. Bila dah bayar, banyak barang ayah macam banyak barang kami yang nak masuk sem baru ni hihi..



Ni la sebab sebenar kenapa lelaki tak suka pergi shopping kan kan kan? Ngaku je la yang orang lelaki kalau shopping lagi hebat dari perempuan... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review