Sunday, December 30, 2012

kategori perempuan single mingle

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, December 30, 2012 2 orang berkata-kata
Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove , seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:



1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.


2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.


3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.


5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.


6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.


7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.


8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.


9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.


10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.


11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.


12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.



source: open minda

aiskrim goreng

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, December 30, 2012 0 orang berkata-kata
Sebelum buat puding roti caramel haritu, saya buat aiskrim goreng sebenarnya..pastu lebihan roti yang tepi-tepi tu sayang pulak nak buang, tu yang terjadinya puding roti tu. Ye la kan tak elok membazir, amalan syaitonnn....


dah packing, sebelum digoreng kena masuk dalam peti ais dulu tau.


dah goreng :)


Senang je buat ni.. search internet ok? Bukan tak nak selitkan sekali resepinya, tapi sebab bukan resepi saya kan. I pun search internet gak, hihi...

Saturday, December 29, 2012

Fakta maybe?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 29, 2012 0 orang berkata-kata


Yang ni memang betul. Thats the reason why i did not choose you. Sekian.

Friday, December 28, 2012

puding roti caramel

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 28, 2012 2 orang berkata-kata
Lately ni, rasa cam rajin je nak masak-masak..sebelum ni tak pernah pulak rajin macam ni. So baru-baru ni saya ada buat puding roti caramel. First time buat :)








Ok kalau korang search gambar-gambar puding ni kat google, sume nampak saiz sederhana je kan.. ni disebabkan kat rumah saya tinggal loyang yang besar saiz dulang ni je, so saya terpaksa buat puding roti caramel saiz dulang jugak. Tengok, sepotong puding ni pun dah ikut saiz pinggan. Resepi yang saya amek kat internet sume ikut acuan puding saiz sederhana saiz pinggan je. Tapi saya terpaksa tambah acuan sendiri sebabkan nak ikutkan saiz loyang ni. Dah la first time buat, terus buat yang banyak pulak tu ikut acuan sendiri. So hasilnye, keras sket la sebab terlebih roti.. Tapi rasanya cam ok je, mak suka je hihi... sekurang-kurangnya next time buat saya dah tau apa nak tambah, apa nak kurang. Macam masa mula-mula buat kek batik aritu. Nanti korang try la buat tau. Chill! (^_^) v



Thursday, December 27, 2012

family holiday kat Desa Waterpark!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, December 27, 2012 2 orang berkata-kata
Tiap-tiap tahun bulan 12 adalah masa yang sesuai untuk bercuti dengan keluarga. Kalau tahun lepas kami luangkan masa bersama dengan family day, tahun ni kami pergi mandi-manda kat Desa Waterpark hihi....best3. Semua adik-beradik, ipar-ipar, anak-anak buah sume ada. Lengkap family saya. Nak cakap banyak pun tak tahu nak cakap apa, jom layan gambar je la. :)


baru sampai


ini budak tgh mengamuk sbb tak sabar nak main air. nak digigitnya pipi saya.


shock wave!




sempat kua air jap tuk posing hihi..


makan sate kat awan besar


kosong, takde orang..nampak sgt kua paling last :)


ingatkan nak main boling kat carefour..tapi ade tournament pulak and diorang booked sume lane plak tu.


Komen pasal Desa Waterpark? Not bad, boleh tahan. Kat kolam shock wave, ada masa tertentu je ombak ada. Time dia mainkan ombak tu, korang baring atas pelampung, memang syokk... Tapi ada game yang dia tak selalu bukak. Ada game yang panjang tu, masa public holiday je dia bukak. Sebelum ni saya pegi tak pernah bukak pun. Tetiba aritu datang, nampak orang beratur panjang tengah tunggu turn. Kitorang pun tak lepas peluang la, sanggup beratur panjang-panjang tu. Satu jam kemudian baru dapat main. Gambar yang kat bawah ni, tapi ni google.


ni la yang panjang tu, tak tahu nama.


yang ni, 3 kali naik berturut haha.. sampai nak muntah rasa.


p/s: try la ajak family pegi sana hehe..









Monday, December 24, 2012

kerjaya atau keluarga?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, December 24, 2012 5 orang berkata-kata
Ok segala yang berada dalam entry ni adalah pendapat saya sendiri.

Kerjaya atau keluarga, mana yang lebih patut seorang wanita utamakan?




Situasi 1:
Kamu bakal menghabiskan masa pengajian dan insyaAllah, berpeluang mendapatkan kerja yang bergaji besar. Dalam masa yang sama, kamu didatangi seorang lelaki yang baik, datang melamar kamu. Apa  yang kamu nak buat? Terima lamarannya terus, atau tunggu sehingga habis belajar, atau tunggu sehingga dapat kerja? 

Ada orang cakap, kalau kahwin sebelum dapat kerja, takut nanti susah nak dapat kerja, takut suami tu tak bagi kerja. Kalau kahwin masa tengah study, takut tak boleh fokus kat study tu, so tak boleh grad dengan keputusan yang baik. Ok pendapat saya, percaya dan yakin pada rezeki Allah.

Situasi 2:
Kamu dah berkahwin, mempunyai seorang anak. Kamu bergaji besar, suami bergaji lebih rendah dari kamu. Satu hari, suami menyuruh kamu berhenti kerja kerana dia yakin dia mampu sara keluarga dengan gajinya. Adakah kamu ikut kata suami, berhenti kerja?

Kalau saya, cakap baik-baik dengan suami. Abang mampu tak nak sara ibu bapa saya sekali? Takde anak yang tak nak tengok ibu bapanya hidup senang. Tapi jangan la suami tak bagi, kamu berkeras jugak nak kerja. Bincang elok-elok..

Situasi 3:
Kamu bakal berkahwin. Bakal suami kata, nanti dah kahwin tak payah kerja la. Dia mampu. Apa kamu buat? Sedangkan dari dulu, niat kamu kerja adalah untuk bagi kesenangan pada ibu bapa kamu, keluarga kamu, adik-adik kamu.

Ok bagi saya, berbincang baik-baik dengan suami. Katakan yang kamu ingin membantu kedua ibu bapa kamu. Kalau suami kamu seorang yang memahami, dia akan bertolak ansur. 

Situasi 4:
Kamu dah berkahwin, bergaji besar, mempunyai ramai anak. Suami pun bekerja. Suami minta kamu berhenti kerja. Apa kamu patut lakukan?

Kalau keadaan macam ni, anak pun dah ramai, saya akan ikut cakap suami. Lebih baik saya fokuskan, bagi lebih perhatian pada anak-anak. Ibu bapa? InsyaAllah sebelum ada ramai anak tu saya dah tolong serba sedikit. Pada saya, kebahagiaan yang sebenar adalah kebahagiaan dalam keluarga. Daripada saya terus kerja, terkejar-kejar sana sini, anak pun bagi orang lain jaga. Kalau dah dua-dua sibuk, mesti masak pun dah jarang kat rumah. Jarang jugak la suami rasa masakan air tangan saya. Padahal benda tu yang mengeratkan hubungan suami isteri. Bila jaga anak sendiri, buruk baik dia, sekurang-kurangnya kita tahu datangnya dari kita. Duit memang penting, tapi bukan yang paling penting. Kita kena yakin dengan rezeki Allah. Jangan sampai jadi macam ni..






Saturday, December 1, 2012

berikan aku peluang sekali lagi..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 01, 2012 7 orang berkata-kata


Semalam masa tengah tunggu ayah kat terminal bas, tetiba saya didatangi seorang budak kecik umur awal belasan tahun..dia memulakan bicara.

Boy:    Assalamualaikum kak.. minta derma kak.
Saya:  Derma untuk ape dik?
Boy:    Ayah saya sakit kak.
Saya:  Sakit ape? Ayah kat mana sekarang?
Boy:    Ayah kat rumah. Sakit kencing manis, sakit dada, sakit blablabla...
Saya:  Adik sorang je ke? adik beradik lain mana?
Boy:    Adik beradik lain sume kat umah.
Saya:  Umur adik berapa? Takde abang? Takde akak?
Boy:    Umur saya 12 tahun.. takde.
Saya:  Adik dah makan?
Boy:    Dah makan tadi kak.

Saya banyak tanya kan? Yang sebenarnya, saya nampak ada sorang lelaki kat belakang budak tu. Muka dia bukan seperti muka seorang budiman. Lelaki tu seolah-olah tengah memerhati kan budak tu. So dari situ dah dapat tangkap yang budak ni salah sorang mangsa sindiket penculikan kanak-kanak, then dipaksa minta sedekah, mungkin. Mula-mula saya taknak bagi, tapi saya teringat selalu keluar kat cerita-cerita tv, bila budak tu tak dapat duit sedekah, diorang kena pukul, kena sepak terajang, tak dibagi makan.

Saya:  Akak tau adik tipu ni.. tapi takpe la, adik ambik je ni.
Boy:    Terima kasih kak..

Budak tu terus blah, tak minta pun kat orang belakang saya. Maybe sebab lelaki yang control dia tu nampak saya  tanya macam-macam, so dia takut kantoi. Saya perhatikan je dari jauh.....sambil terfikir.

Kenapa aku tak ajak je budak tu stay dengan aku? Kenapa aku tak bawak je budak tu ke balai polis terus? Sekurang-kurangnya dapat selamatkan kawan-kawan dia yang lain melalui maklumat dia. Kenapa aku boleh biarkan je budak tu pergi dengan lelaki tu sedangkan aku tau lelaki tu mungkin tak bersikap baik dengan dia? Aku dah di bagi peluang untuk lakukan semua tu, tapi aku lepaskan macam tu je. Bila terpandang muka lelaki yang kat belakang tu, terus aku jadi takut. Takut lelaki tu apa-apa kan aku yang perempuan ni. Mata dia tajam. Renungan dia seolah-olah mengata kan, "Siap ko perempuan, banyak tanya pulak".

Bila budak tu dah pergi, baru saya terpikir yang saya hanya pentingkan diri je. Saya takut diri ini akan di apa-apa kan, sedangkan budak tu mungkin dah lama merana hidup dengan manusia yang tak berperikemanusiaan tu. Saya lupa bahawa Allah ada sebagai pelindung hamba-Nya.

Ya Allah, ampunkan hambu-Mu ini...berikan aku peluang sekali lagi..


Friday, November 30, 2012

aku mencari..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 30, 2012 2 orang berkata-kata
Aku bukan mencari siapa yang aku suka
Tapi aku mencari siapa yang telah Allah tentukan untukku
Bukan seperti mencari barang yang hilang
Tetapi mencari melalui keredhaan Allah.

Sunday, November 25, 2012

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, November 25, 2012 4 orang berkata-kata
Cuba nasib cuba nasib...






Suka dengan entry ni sebab terasa kestressan org yg alaminye bile baca.. and yg paling penting, teruja dgn mimik muka katun yg last tu, ffffuuuuuu-...............



sekian, terima kasih.

Saturday, November 24, 2012

Zuma, hobi mak.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 24, 2012 3 orang berkata-kata

Kenal tak ni game apa?



Ni la namanya game Zuma.. kena tembak bola yang sama colour sebelum bola tu masuk dalam lubang yang terbukak tu. Mak saya suka sangat main game ni, addicted. Sekarang ni dah kurang sket dah main sebab dah dapat pecah rekod saya high score, hihi….sekarang ni mak yang highest score.

Kalau dulu, tiap-tiap hari mak main sebab nak dapatkan high score. Sampai ayah cakap, “Kak, ajar ayah main game ni. Nak lawan mak la.. mak ko asyik main game je.”. Tapi ayah, ajar seribu kali pun still tak dapat-dapat gak nak paham…

Ok tu je nak cakap, bye!



Wednesday, October 31, 2012

oh lelaki, tolong jangan tamak boleh?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, October 31, 2012 3 orang berkata-kata
Dulu selalu dengar orang cakap, kalau nak tahu seorang lelaki tu ikhlas atau tak ngan kita orang perempuan ni, tengok pada caranya.. Selalunya kalau laki tu ikhlas, dia nak jumpa family kita, parents kita. Kalau asyik nak ngelat je jumpa family kita, paham-paham je la...memang tak lama dah tu.

Tapi tu dulu.. la ni orang dah makin berani. Niat asalnya memang nak menipu, tapi si lelaki sanggup jumpa parents perempuan semata-mata nak raih kepercayaan perempuan. Ada yang siap berjanji nak kahwin, siap dah bagitau tarikh bila nak tunang lagi tu. Kalau setakat janji nak kahwin, janji antara dia dengan perempuan tu je, mungkin la memang menipu.. Tapi ni dah siap jumpa family, tetapkan tarikh pertunangan dengan family. Tapi dia taknak pun kahwin ngan perempuan tu. Dia nak duit je sebenarnya. Tak percaya? Baca ni: Tunang lima sekali gus.

Tu cerita lain.. ada gak lelaki yang konon-kononnya ikhlas, tapi sebenarnya dah bertunang pun. Oh lelaki, kenapa la kau tamak sangat? Jangan tamak sangat boleh tak? Besok kalau kau hilang semuanya, baru kau tau. Ok kalau poligami tu lain cerita. Tu dia dah kahwin, then jumpa yang lain. Tu pun tamak gak tu, tapi soal jodoh tak boleh nak pertikaikan. Tapi kalau baru bertunang, dah cari yang lain, ape kes??

Sekarang bagitau, lelaki macam mana lagi yang boleh dipercayai? Nak kena family laki tu sendiri datang rumah kot, baru boleh percaya.


- ter'emo' pulak.

Monday, October 29, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha :)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 29, 2012 2 orang berkata-kata
So how's your eidAdha days? Tahun ni semua adik beradik saya ada kat umah.. seronok sangat. Malam raya abang-abang kat rumah mentua, so pagi-pagi besok diorang balek sini. Jadi merasa la semuanya melapah daging.

Pagi tu, semua pegi sembahyang raya.. pastu tengok orang sembelih lembu. Tahun ni kat tempat saya ada 8 ekor lembu tumbang, banyak tu. Disebabkan hari tu hari Jumaat, so pagi korban 3 lembu, pas sembahyang Jumaat korban lagi 5 lembu. 


semua ni abang saya.. yang baju hitam pakai topi tu jiran sebelah rumah


rajin ye...ok takpe




kasi timbang betul-betul itu daging


Suka la tu ayah saya, kelima-lima hero dia tolong lapah daging tahun ni. Cucu-cucu dia pun turun sekali la datang tolong, tolong tengok. Petang tu pas penat potong-potong daging, semua balek terus tido. Ayah je tak balek lagi sebab kena bahagi-bahagi daging. Tido semua sepesen, tido tertiarap tak pakai baju macam ni..



Dah petang tu semua hero dah tido, tinggal la kami yang perempuan-perempuan ni. Mak, kakak-kakak  ipar, saya, adik-adik. Layan movie je la sambil borak-borak hal perempuan.. pastu buat air teh untuk minum petang. Bangun je semua terus nak makan, lapar la tu. Disebabkan siang kami tak sempat nak pegi rumah uwan, so malam tu kami pegi melawat uwan jap. Raya korban tahun ni saya rasa meriah pulak sebab semua adik-beradik ada masa melapah daging. Tu yang seronoknya kalau adik-beradik ramai ni ;)

Saturday, October 27, 2012

konfius tentang adat perpatih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 27, 2012 6 orang berkata-kata


Adat Perpatih, adat yang lebih mementingkan kaum wanita dari lelaki. Satu-satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih adalah Negeri Sembilan. Saya orang Negeri Sembilan, ayah asal dari Negeri Sembilan. Tapi sebenarnya saya tak tahu pun tentang adat perpatih ni. Jadi tergerak la hati nak search tentang adat ni. Ni yang saya jumpa;

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Dalam adat Perpatih ni, ada lima prinsip utama:
  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Selalu dengar orang cakap, kebanyakkan lelaki takut nak kahwin dengan perempuan Negeri Sembilan ni, sebab orang Negeri Sembilan ni amalkan adat perpatih. Takut nanti bila cerai, harta suami jadi harta isteri. Nak saya ingatkan, tak semua orang dalam Negeri Sembilan amalkan adat perpatih ni. Keluarga saya tak pun ;)

Ok ni yang saya ambil dari wikipedia.

"Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja)."

Saya mention lagi sekali, TANAH ADAT ye, bukan HARTA SEPENCARIAN. Logik la kot reason yang dia cakapkan tu, anak lelaki lebih pandai berdikari untuk teruskan hidup berbanding anak perempuan bila dah tinggal sebatang kara. Sebab tu harta pusaka didahulukan kepada kaum wanita. Penerangan lagi kat bawah ni,

"Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja)."




So lelaki-lelaki di luar sana, masih takut lagi nak kahwin dengan perempuan yang amalkan adat perpatih ni? Jangan salah paham lagi.. bukan harta kamu yang didahulukan untuk mereka, tapi tanah adat dan harta pusaka nenek moyang mereka yang didahulukan untuk mereka kaum wanita. Logik kan? Takkan harta pusaka turun temurun sejak nenek moyang nak bagi kat orang luar, lagi-lagi lelaki. Adat ni cuma nak mempertahankan dan menjaga kaum wanita je. Cewah, backup baik punya even keluarga saya tak amalkan adat ni. Adat perpatih tak, adat temenggung pun tak. Takpe, biar kita tak beradat, tapi jangan tak beradab. Sekian.


sumber: wikipedia, 1klik


Thursday, October 25, 2012

ritual menyiksa badan ajaran Syiah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 25, 2012 0 orang berkata-kata
Tengok video kat bawah ni.



Ataupun leh tengok kat sini jugak. Mm tak tahu nak cakap apa... dah terang-terang salah, tapi masih ada orang yang nak ikut jugak. Mengikut sumber-sumber yang saya baca, dalam ajaran mereka, kalau mencederakan diri sendiri, cederakan anak-anak, dianggap amalan yang dapat pahala. Yang saya pelikkan, macam mana diorang boleh terfikir macam tu? Macam mana boleh terfikir dapat pahala kalau cederakan diri sendiri?

Okay kalau ikut logik la kan, ikut akal waras kita sebagai manusia biasa ni, sedekah pada fakir miskin insyaAllah dapat pahala. Sebabnya kita dah bantu kurangkan sedikit beban orang fakir miskin tu. Tolong mak ayah atau sesiapa je, insyaAllah dapat pahala. Sebabnya kita dah buat hati orang tu gembira, dah selesaikan satu masalah dia. Kiranya setiap perkara yang mendatangkan kebaikkan, insyaAllah dapat pahala. Tapi, bila cederakan diri sendiri....mm, dapat apa eh? Apa kebaikkan yang kita dapat dari perbuatan tu? So camane boleh terfikir apa yang diorang percaya sekarang ni? Ada sesiapa boleh terangkan?

Monday, October 22, 2012

apa perasaan kalau sentiasa nampak benda halus? #part 2

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 22, 2012 5 orang berkata-kata

Sambungan dari entry ni…sebenarnya saya ni tak pandai nak bercerita. Kalau awak awak semua baca cerita saya ni, semua straight to the point je, takdenya nak klimaks ke saspen ke apa. Tapi disebabkan ada permintaan untuk sambung cerita misteri ni, siap call lagi tu.. tak pernah pernah call saya, tetiba call semata mata nak suruh sambung cerita ni haha. So saya sambung..

Ada satu hari tu, masa tu kami form 3, kami kena stay kat sekolah untuk beberapa hari. Masa tu tengah cuti sekolah 2 minggu tak silap. Disebabkan exam dah nak dekat, so student form3 and form5 kena stay kejap, balik cuti lambat sikit. Budak budak lain semua dah balik. Lepas habis program dekat dewan dalam pukul 10.30 malam kot, kami nak pergi kelas jap, nak ambil buku untuk program besoknya. Mula-mula takut gak kalau pergi berdua je. Tapi tengok ramai pulak yang nak pergi, budak laki pun ada, so takde la takut sangat. Saya dengan cik A pun pergi la dengan perasaan buat buat berani. Kelas kami tingkat 3, tingkat paling atas. Nak dijadikan cerita, budak laki ni pulak nakal-nakal.. dalam suasana sunyi macam tu, boleh pulak nak buat ‘prang’ kat kami, nak takutkan kami. Bila nak masuk je kelas saya, diorang dah menyorok bawah meja and belakang pintu. Tak sempat bukak lampu, diorang sergah kami. Saya apalagi, menjerit la.. dah la tengah cuak. Cik A Nampak muka terkejut je, tak la terjerit cam saya. Then cik A teman saya ambil buku kat locker. Masa saya tengah cari-cari buku tu, saya perasan cik A cam tengah pandang kat luar kelas, macam terpana, terdiam. Saya pun tanya la, “Nape cik A?”. “Takde pape la..”. Masa tu memang ada budak laki tengah lari-lari depan koridor, so saya agak cik A pandang budak tu la, S nama dia. Pastu kami pun balek bilik.

Besok tu, cik A tanya saya, “Eda, ko tau tak kenapa aku menjerit semalam masa nak masuk kelas kau tu?”. “Tau, sebab budak laki sergah kita kan. Aku pun terkejut gila semalam”. “Tak.. sebenarnya aku dah nampak diorang menyorok sebelum kita masuk kelas lagi.”. “Abis tu, kenapa?”. “Masa masuk kelas tu, masa diorang sergah kita tu, aku nampak ada budak kecik duduk atas meja guru, tengah pandang kita”. “Err….”

Then saya pulak tanya, “Yang kau pandang je kat luar kelas masa aku tengah cari-cari buku tu, kau nampak something jugak ke?”. Tau apa jawapan cik A? “Haah.. ko perasan tak S ada lari-lari depan kelas kau semalam?”. “Haah perasan gak”. “Masa S lari-lari kat koridor tu, ada perempuan ikut belakang dia, rambut panjang, cam main kejar-kejar. Masa dia lalu depan kelas kau, dia pandang aku sambil senyum. Mata dia merah sangat. Nasib baik dia tak tolak S jatuh bawah..”. Err, yang ni memang seriau betul saya dengar… malam tu terus tidur satu katil dua orang.

Ada satu malam tu, kat asrama, masa tu cik A kena hysteria, benda tu masuk dalam badan dia. Masa tu sempat lagi saya borak dengan benda tu. Saya cakap, “Kan kau dah janji taknak kacau budak ni lagi. Kenapa kau kacau lagi?”. “Alah manusia pun selalu lupa pada janji, mungkir janji.”. Eh menjawab pulak… lepas dah baca yasin, warden asrama tolong, cik A pun nampak makin okay. Tapi kitorang still ada kat katil dia lagi, nak pastikan dia betul-betul sedar, bukan benda tu yang control dia. “Cik A, kau dah okay?”. “Ok, aku ok je..korang pegi la tidur, besok kan ada kelas, nanti ngantuk pulak”. “Takpe aku teman kau jap.. nanti dah ngantuk aku balek katil”. “Kau pegi je tidur Eda.. aku memang takde pape dah, benda tu dah pergi”. “Betul ni?”. “Betul..”. “Ok nanti kalau ada pape kau panggil aku tau”. Katil saya sebelah katil cik A je. Tapi, masa saya baru nak lelap je, tetiba cik A bangun dari katil, terus pergi ke arah pintu, dia nak keluar. Tak sempat keluar, tetiba dia pengsan depan betul-betul depan pintu. Kelam kabut kitorang angkat dia. Tunggu lama sket, baru cik A sedar. Rupa-rupanya….

“Sebenarnya yang cakap okay dengan korang tadi, bukan aku, tapi benda tu. Aku sedar, tapi benda tu control aku, aku tak mampu nak cakap sendiri, aku tak kuat nak lawan dia. Masa korang semua dah balek katil nak tidur, benda tu nak bawak aku keluar dari bilik. Tapi nasib baik kat pintu tu ada tulisan Allah dan Nabi Muhammad, ada ayat Kursi. Aku rasa maybe sebab kena cahaya tulisan Allah dan ayat suci tu yang buat aku pengsan, benda tu keluar. Nasib baik tak sempat keluar. Kalau dah keluar, aku tak tahu mana benda tu bawak aku.” Betul la kot, kat setiap pintu ada lampu keluar. So kalau dah malam, lampu bilik tutup, memang nampak cahaya dari lampu keluar. So bila ada sticker depan lampu keluar tu, memang boleh nampak bayang-bayang sticker kat atas lantai. Sticker tulisan Allah dan Nabi Muhammad tu depan lampu keluar tu.

Masa kami form4, ada senior form5, masa tu dia tengah demam. Senior tu sebelah bilik kami. So masa dia demam tu, dia tidur la kat bilik, tak pergi kelas. Then masa waktu kelas dah habis, kami balek bilik. Tetiba senior tu tanya cik A, “Cik A, kenapa tadi akak tegur cik A tak jawab?”.  “Bila kak?”. “Tengah hari tadi.. cik A ada balek hostel kejap kan? Cik A pandang je akak, senyum-senyum. Tapi bila akak tanya, kamu tak jawab pulak”. “Kak, itu bukan saya. Saya takde balek hostel pun hari ni.”. “Haa?”. Akak senior tu cakap, patut la dia tengok cik A lain macam je masa dia nampak tu. Nampak lawa sangat, lagi lawa dari biasa. Dah la cik A tu memang lawa orangnya..

Ok, stop dulu. 

Tuesday, October 16, 2012

apa ada pada pangkat?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 16, 2012 1 orang berkata-kata
Jangan dihina orang yang bekerja mencari rezeki yang halal walaupun pekerjaan itu rendah gajinya
Jangan lupa bahawa Allah swt lah pemberi rezeki
Jangan bangga dengan apa yang kita sudah punya
Bergaji tinggi, berkelulusan tinggi, berpangkat tinggi
Semua itu pemberian Allah.... jadi apa yang nak dibanggakan?
Belajar pandai, dapat 4flat, itu juga pemberian Allah
Jadi kenapa nak pandang rendah pada orang yang berkelulusan rendah?
Kalau kita hina orang yang sederhana serba serbi ni, maknanya kita menghina pemberian Allah
Mungkin satu hari nanti, pangkat dan kedudukannya lebih tinggi dari kamu
Siapa tahu?
Itu semua pemberian dan rezeki dari Allah..

Friday, October 5, 2012

saya nak bagitau awak sesuatu..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, October 05, 2012 6 orang berkata-kata

Awak,
Maafkan saya kalau sepanjang perkenalan kita sebelum ni, saya ada lukakan hati awak
Kadang-kadang saya tak sedar dan tak sengaja..
Entah mengapa, tiba-tiba datang penyesalan dalam diri saya
Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa, terkasar sikap laku dengan awak

Awak,
Saya bersikap dingin sebelum ni sebab saya tak suka apa yang awak lakukan
Tapi awak tak nak paham atau pura-pura tak paham
Tapi mungkin saya yang salah tafsir niat baik awak
Apa saja yang awak lakukan, saya dah maafkan
Dan harap awak maafkan saya juga..

Awak,
Walaupun kita dah lama tak berhubung, saya harap awak dapat maafkan saya
Sebab saya tak nak ada apa-apa yang tersimpan, terdendam lagi dalam hati kita
Sudah tiba masa saya luahkan apa yang patut
Mungkin awak bukan untuk saya, saya bukan untuk awak
Saya harap awak tak tunggu saya lagi, lepaskan saya dengan hati yang rela
Kerna itu juga yang akan saya lakukan, lepaskan awak dari hati saya…


Masa saya tulis entry ni, mengalir air mata, sebak rasanya.. bukan mudah nak lepaskan orang yang pernah disayangi, dan berharap jadi suami kelak. Begitu lama saya tunggu, hati saya hanya pada dia, walaupun kami dah lama tak berhubung. Begitu berat, begitu susah saya nak benarkan lelaki lain bertahta dalam hati ini, kerna masih ada rasa setia dalam diri ini. Bukan sebab break atau clash atau putus cinta, tapi saya yang buat keputusan untuk jauhkan diri. Walaupun saya yang hilangkan diri, tapi saya masih berharap akan jadi isteri dia dengan takdir Allah. Tak perlu couple, tak perlu dating, saya percaya.. Tetapi sekarang, saya percaya Allah dah tentukan sesuatu yang lain untuk saya. Jodoh dari Allah adalah jodoh yang dipermudahkan jalan yang halal untuknya..


Cc: encik askar yang kadang kala orang panggil ustaz.

Saturday, September 29, 2012

apa perasaan kalau sentiasa nampak benda halus?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 29, 2012 8 orang berkata-kata
Tetiba rasa cam nak bercerita pulak...

Dulu masa sekolah, saya ada sorang besfren, cik A nama diberi.. saya rapat dengan dia sejak form 1 sampai la habis sekolah. La ni tak berapa nak rapat dah, contact pun jarang. Yela masing-masing dah busy ngan kerjaya. Tapi bukan tu yang saya nak cerita. Nak dijadikan cerita, kawan saya ni ada benda ikut dia... keluarga punya. Dia ni lawa, memang lawa...mix Belanda ke Portugis entah, tak ingat. Tapi memang muka mat saleh. 

Dah nama pun besfren kan, so dia selalu la dengan saya. Pergi kelas, balek kelas, pergi prep, balek prep, keluar outing, sume sama je... jadi kalau ada pape jadi kat dia, memang saya lah saksinya. Dia selalu nampak, tapi saya tak pernah nampak ape yang dia nampak, tapi saya tahu benda tu ada. Kadang-kadang bila dia takut, saya peluk dia. Saya pun tak la berani sangat, tapi tu je yang boleh saya buat selain baca ayat Kursi.

Kami dulu sekolah asrama penuh, so tiap-tiap malam memang ada bacaan surah al-Mulk kat hostel. Sampai satu malam tu, kami sebilik tengah baca surah al-Mulk, dalam bulatan. Tengah-tengah baca tu, tetiba cik A ni senyum sensorang. Saya dah perasan, tapi mula-mula buat biasa je dulu. Tapi makin lama makin lebar senyumnya, then tetiba dia gelak, then hantuk-hantuk kepala dia kat lantai. Saya tak tahu camna nak hentikan, saya letak al-Quran kat tempat dia hantuk kepala tu. Ha tau pun nak berhenti. Semua dah tergamam, tapi bacaan al-Mulk diteruskan. Then dia gelak-gelak lagi sambil cakap, "Haha korang ni baca Quran pun terabur. Pandai lagi aku baca Quran".

Masa tu dah agak dah bukan dia, benda lain ni. Saya cakap, "Kalau camtu kau baca la." Saya hulur al-Quran, ditolaknya. Keadaan kelam kabut sket masa tu. Tapi saya sempat gak tanya nama dia. Katanya, nama dia Inang, asal dari jauh sangat....saya rasa dari Indonesia sebab cik A pernah cerita. Bila dah rasa keadaan tak terkawal, baru la kami panggil senior ngn ustazah hostel.

Banyak lagi pengalaman.. pernah sekali saya teman dia masuk toilet. Pastu dia keluar dengan muka pucat. Saya tanya, "Kenapa?.".. "Aku nampak ekor tergantung kat atas pintu". Seram sejuk saya dibuatnya. Tapi sempat lagi saya tanya muka dia camna. "Baik kau tak payah tahu...buruk sangat, nanti kau takut". "Err ok.."

Masa kat kelas, ada la klasmate yang nak pergi beli air kat kantin. Cam biasa la nak kirim-kirim. Kawan tu tanya cik A, nak air apa. Masa tu cik A tengah lukis something atas kertas. Lukis gambar syaitan bertanduk, sambil cakap, "Aku nak air warna merah tau...". Cuak, terus kami panggil ustaz. Masa tu tengah prep malam.

Pernah satu malam, kami stay up sama-sama sebab SPM dah dekat. Saya teman dia turun bawah, amik air panas kat water cooler tu. Kat bawah tu, tetiba dia cam gelisah semacam. Cepat-cepat dia ajak saya naik atas. Air panas yang dia amik pun tak penuh. Saya tanya la kenapa, ada nampak ke?
"Haah.. aku nampak depan toilet, tengah merangkak pergi ke arah kita. Tu yang aku cepat ajak kau naik atas". Nasib baik la bilik prep tu ramai orang. Kalau tak memang dah terus tidur dah, tak jadi stay up.

Sekarang tak tahu la camna keadaan dia.. harap-harap makin sihat. Dah lama pulak saya tak tanya pasal tu, even kalo contact pun memang tak pernah tanya. Berkawan dengan dia, saya banyak belajar benda baru and banyak pengalaman baru..

Friday, September 28, 2012

mimpi kena belit ular

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, September 28, 2012 8 orang berkata-kata
Pernah dengar tak, orang cakap kalau perempuan mimpi kena patuk ular, maknanya ada orang nak masuk minang.. Tapi kalau mimpi kena belit ngan ular sawa camna?

Yang peliknya, masa ular tu belit tak rasa sakit pun. Cuma rasa tak boleh gerak. Macam kalau tidur, tetiba rasa cam kena himpit, tapi tak sakit. Bila dah nampak ular tu, terus senyap je tak bergerak. Then ular tu lepaskan perlahan-lahan... lepas tu baru boleh terjaga.

Tapi masa tu tidur petang.. mungkin kot tu mainan tidur je.....kan?

Thursday, September 27, 2012

muhasabah diri dengan zikir taubat nasuha

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 27, 2012 8 orang berkata-kata
Mari kita duduk, bermuhasabah diri kejap.. bagi masa sket kat diri tuk tengok video ni. Ni antara zikir yang saya paling suka dengar, paling suka amalkan. Lagi-lagi bila dengar dari ustaz Munif, sayu je dengar...video yang saya sertakan ni video dari astro Oasis yang diambil dari Youtube.





Ampunilah hamba ya Allah, Maha Penerima taubat
Ampunilah hamba ya Allah, daripada segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha...



Saturday, September 22, 2012

apa yang kita cari dalam kehidupan ni?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 22, 2012 13 orang berkata-kata

Ok harini kita cakap pasal benda ilimiah sket..hari tu ada orang tanya saya, “Dalam hidup yang seketika ni, apa yang awak cari dalam hidup awak?”

Apa yang korang jawab? Kebahagiaan? Kekayaan? Kebahagiaan, kekayaan, bukan di tangan bapak. Ok lari sket.

Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ni? Kita nak kahwin, nak ada pasangan, untuk apa?

Kita kerja, cari duit banyak-banyak, untuk apa?
Kita cuba buat sesuatu yang buat orang lain bahagia, orang lain gembira, untuk apa?
Kita tunaikan solat, untuk apa?

Saya tak belajar tasawuf, tak belajar ilmu agama tinggi-tinggi, tak belajar tinggi pasal alam ghaib akhirat sume tu..jadi saya tak mampu nak jawab soalan tu berbentuk ilmiah.

Saya cuma jawab, “Saya pun tak pasti.. apa yang saya tau, saya nak mencari keredhaan Allah, nak berterima kasih pada Allah atas segala apa yang Dia dah bagi saya. Banyak sangat nikmat, tak terhingga. Keluarga, kawan-kawan, suami (insyaAllah satu hari nanti), tu semua adalah hadiah dari Allah. Sedangkan kalau orang bagi kita hadiah pun kita mesti rasa nak balas. Orang lain buat baik dengan kita pun, mesti kita ada rasa nak balas budi baik orang tu. Jadi macam tu la yang saya rasa. Saya solat, untuk lahirkan rasa bersyukur pada Allah. Saya mengaji, untuk belajar bahasa kitab Allah.”

Kalau ada orang yang terangkan pada saya, kita solat ni untuk bekalan masa akhirat nanti. Pastu ada la ayat yang dia sebut pasal akhirat, yang saya tak ingat, dan saya tak paham. Mungkin kalau orang belajar tasawuf paham la kot. Tapi tu la, saya tak paham… yang saya tau, kalau saya tak solat, saya akan rasa malu pada Allah yang dah bagi macam-macam nikmat pada saya.

Ni cuma pandangan seorang hamba Allah yang banyak kelemahannya..saya bukan orang baik, tapi orang yang cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Banyak bezanya. Orang baik tak banyak cacat celanya, tapi saya banyak cacat celanya. Kalau ada perkataan or ayat yang saya salah sebut, atau salah cakap, boleh betulkan. Mana la tau kot-kot apa yang saya cakapkan ni boleh lari akidah. Kadang-kadang kita tak sedar kan. J

Thursday, September 20, 2012

pertunangan?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 20, 2012 9 orang berkata-kata
Pertunangan adalah perjanjian sebelum perkahwinan. Putuskan pertunangan, sama seperti mungkir janji. Tapi pertunangan adalah cuma satu perjanjian, bukan pernikahan. Pertunangan tidak menghalalkan segalanya.

Monday, September 17, 2012

abangku bertunang

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 17, 2012 15 orang berkata-kata
Selamat dah abangku bertunang... nanti dah nikah lagi selamat. Jauh gak rumah perempuannya, 3 jam perjalanan. Sakit la ha pinggang ni duk dalam keta lama-lama. Pakcik siap pesan lagi, "Kak, besok ko kawen jangan la cari orang jauh-jauh. Cari dekat-dekat je, sonang."

Lepas abang ni kawen nanti, tinggal my turn pulak. Owh tidak, rasa cam masa cepat sangat berlalu pulak. Tapi kalau adik nak kawen dulu pun okay gak. Langkah bendul, dapat la saya cincin sebijik hihi..



budak-budak kecik ni bakal jadi flower girls n boys lg nanti


hantaran dari pihak perempuan



rahsia di sebalik suatu kesedihan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 17, 2012 16 orang berkata-kata
Sebelum ni saya agak serabut and agak terasa sedikit kecewa disebabkan sesuatu ni.. tapi sekarang dah semakin okay, semakin happy. Wah sekarang ni saya dah makin pandai kontrol perasaan la, satu penghijrahan! Lagi-lagi lepas jumpa quote ni;




Bila ada masalah, Allah swt adalah tempat yang paling tepat untuk mengadu. Bukan mengeluh, cuma sekadar mengadu pada pencipta kita.... dan redha dengan ketentuanNya. Selalu dengar orang cakap, kalau kita tak dapat apa yang kita nak, maknanya Allah swt nak bagi yang lebih baik dari apa yang kita nak. Tapi saya selalu fikirkan satu lagi perkara positif supaya kita tak terlalu kecewa dengan apa yang tak dapat tu.

Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, maknanya Allah swt nak tunjukkan apa yang kita tengah  lakukan tu adalah salah. Contohnya, student yang belajar pagi petang siang malam tapi still tak dapat 4flat. Kenapa? Mungkin sebab dia lupa berdoa minta pada Allah. Kalau Allah swt terus  menerus je bagi 4flat kat dia, mesti dia pikir dia dapat result cemerlang tu sebab hasil usaha dia belajar, tanpa berdoa. Jadi Allah swt nak ingatkan dia usaha tanpa doa adalah salah.

Orang yang bekerja pagi petang siang malam tapi still tak cukup duit nak beli banglo. Kenapa? Mungkin sebab pekerjaan yang dia lakukan tu tak halal. Kalau Allah swt terus je bagi banglo sebijik, mesti dia rasa bangga dengan pekerjaan tak halal yang dia buat tu. Jadi Allah swt nak ingatkan dia kerja yang dilakukan tu salah. 

Orang bercinta yang bagai nak rak, tapi putus tengah jalan. Kenapa? Mungkin sebab asal keluar je nak berkepit. Jadi Allah swt nak selamatkan maruah kedua-duanya, Dia putuskan hubungan tersebut. 

Ni contoh yang saya ambil bukan dari mana-mana..CONTOH je. Kesimpulannya, kalau kita ditimpa sesuatu musibah atau kesedihan, fikirkan di mana silapnya kita. Dengan cara ni, kita akan ada rasa nak perbaiki diri sendiri..nak betulkan kesilapan tu. Allah swt sayang akan hambaNya.. Dia takkan menganiaya hambaNya. Di sebalik kesedihan yang Dia bagi, ada sesuatu yang Dia nak perbetulkan kita sebelum Dia bagi kegembiraan pada kita. Waallahualam..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review