Wednesday, August 29, 2012

kisah teman tapi mesra

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 29, 2012 8 orang berkata-kata
Apa korang rasa kalau korang alami situasi ni? Mungkin ada yang penah rasa..

Sama ada awak lelaki atau perempuan, awak ada sorang kawan yang berlainan jantina.. dalam diam awak suka kat dia, tak bagitau sesiapa pun. Dan awak pun tak tau samada si dia suka awak ke tak. Dia penah cakap dia suka awak, tapi dalam nada bergurau. Mesti la awak tak amek serius kan apa dia cakap? So, kawan je la macam teman tapi mesra. Satu hari, tetiba si dia mendiam.. without khabar, without angin, si dia pergi tinggalkan awak. SMS tak reply, call tak angkat. Awak pun biarkan masa terus berlalu..

Masa terus berlalu.. 5-6 bulan kemudian, tetiba si dia contact awak balek. Tentulah awak hepi bagai nak rak kan? Orang yang awak suka datang balek dalam hidup awak. Bila dah bukak cerita, rupa-rupanya si dia eksiden dan fon dia hilang masa eksiden tu. Pastu boleh pulak dia tak ingat no fon awak kan. Memang la, sebab awak pun tak pernah nak ingat no fon dia. Nak datang rumah? Tak mungkin..kita bukan kawan dari kecik, segan nak datang rumah.

Awak terasa macam ada sinar baru dalam hidup awak.. awak gembira. Tapi ada satu petang ni, bila awak tengah ber'calling' dgn si dia....

Dia      : Awak, sebenarnya saya ada satu menda nak cakap dengan awak.
Awak  : Apa dia? cakap la...
Dia      : Berat saya nak sebut..tapi saya kena gak bagitau awak.
Awak  : Ye kenapa...
Dia      : Sebenarnya kan awak, saya suka awak.... saya suka sangat dengan awak.
Awak  : Err..
Dia      : Betul, saya dah suka awak sejak dulu lagi.. sejak kita kenal. Saya suka awak sebab bla bla bla bla..(si dia cakap la nape dia suka awak). Tapi saya tak boleh nak buat apa sekarang..
Awak   : Eh kenapa pulak ni?
Dia       : Saya suka awak.... tapi..... sebenarnya, err, jujur saya cakap, saya nak kawen hujung tahun ni awak..
Awak    : Kahwin?
Dia        : Saya nak kawen dengan M.. saya tak suka dia wak sebab dia bla bla bla. Tapi masa saya eksiden haritu, dia jaga saya. Dia datang minta maaf dengan saya. Mak saya pun cakap, bagi la peluang kat dia. Saya minta maaf awak.. mula-mula saya ingat nak tipu awak, tapi saya tak sampai hati. Saya taknak bagi awak harapan....
Awak    : Owh...
Dia       : Bla bla bla.....

Si dia pun meluahkan perasaan dia kat awak.. perasaan yang dia simpan selama ni. Tetiba, si dia cakap macam ni;

Dia        : Awak, boleh tak awak datang masa saya kawen nanti? Awak datang la ye....



; Apa awak rasa? Apa awak fikir? Apa reason dia ajak awak datang masa dia kawen? Kenapa dia contact awak balek sedangkan dia dah nak kawen? Kadang-kadang reason lelaki ngan perempuan lain.. kalau dia lelaki, ape reason dia buat macamtu? Kalau dia perempuan, kenapa pulak?

Tapi apa-apa pun, Allah swt lebih mengetahui.. ada yang lebih sesuai untuk awak di luar sana. :)




   



Sunday, August 26, 2012

ruginya wanita yang menolak perkahwinan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, August 26, 2012 9 orang berkata-kata

Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.



Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. sumber darulnuman.com
sumber: myberita


Saya bukannya menolak perkahwinan.. ada gak cakap ngan mak kalau boleh nak kawen cepat. Tapi bila makin hampir, rasa tak bersedia pulak. Belum sampai jodoh lagi la kot. Atau belum jumpa lagi lelaki yang dah bersedia. Sebab tu saya pun rasa tak sedia lagi. Berdoa je la..




Wednesday, August 22, 2012

selamat hari raya =)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 22, 2012 4 orang berkata-kata
macam takde ape nak cite...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin ye =)



Saturday, August 4, 2012

kisah si kecil berpuasa

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 04, 2012 0 orang berkata-kata


Abang berusia 5 tahun, adik 3 tahun.. arini abang puasa lagi. Lepas penat main Ultraman, Power Rangers bagai, abang minta air kat ayah. Tapi ayah kata orang puasa tak bolah makan dan minum siang siang. Malam baru leh minum. Abang pun mengeluh.....lambatnye nak malam.... Tiba tiba si adik minum air vitagen, hulur kat abang.

"Abang tak nak, abang puasa la dik". Adik hulurkan lagi sekali. 
"Abang tak nak....abang puasa. Adik bila nak puasa macam abang ni?"


Alhamdulillah, si abang mampu bertahan sampai waktu berbuka.. apa yang kita boleh belajar dari kisah ni?

Bayangkan, budak 5 tahun pun mampu tahan dahaganya sampai waktu berbuka.. ingat main Ultraman tu tak penat ke? Penat wo....main lawan lawan. Si adik makan macam macam depan abang. Makan biskut Chipsmore la, makan Twisties la, abang pandang je.... tapi takde pulak abang cakap nak. Mungkin dia tahu yang dia sedang berpuasa. Jadi, pelik tak kalau ada orang dewasa cam kita kita ni tak berpuasa? Kenapa? Tepuk dada tanya la selera..


p/s: dalam hati, saya terharu dengan abang.. tabahnya abang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review