Wednesday, June 26, 2013

perempuan yang merajuk

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, June 26, 2013 3 orang berkata-kata


Perempuan kalau dah merajuk, selagi tak dipujuk, selagi tu la dia merajuk. Salah satu sebab dia tertarik dengan lelaki pun sebab cara lelaki tu ambil berat pasal dia. Bila dah merajuk, tapi tak dipujuk, memang macam tu je la keadaan nya. Melainkan kalau dia tahu dia memang salah, so dia takkan merajuk lama-lama.

Tapi AWAS! Kalau perempuan dah merajuk, tapi tak dipujuk dan dibiarkan sampai berhari-hari, berminggu-minggu, hati dia boleh jadi makin tawar. Sebab? Apa yang dia harapkan dari seorang lelaki hanyalah perhatian. Kalau dah dibiarkan berhari-hari, do you think that guy still care about her? I don't think so.

Lagi-lagi bila dia tengah merajuk, tapi takde perhatian, datang pulak lelaki lain yang masuk jarum, boleh jadi dia beralih arah dengan lelaki baru tu. Sebab? The one thing that she only need is perhatian.

Yes, korang boleh cakap perempuan macam tu gedik je. Mm mungkin..tapi ni soal jodoh. Perempuan mesti la nak cari seseorang yang boleh jaga dia. Tapi kalau sebab merajuk je lelaki taknak layan, korang rasa lelaki tu boleh ke layan kerenah dia masa mengandung? Boleh ke layan kerenah anak-anak dia yang mungkin nakal satu hari nanti?

Perempuan memang dah dikurniakan hati yang sangat lembut, perasaan yang sangat halus. Bukan dengan pasangan je dia boleh merajuk. Dengan anak, dengan kawan pun dia boleh merajuk.

So guys, belajar la untuk melembutkan hati tu sket.. satu hari kamu akan hidup dengan seseorang yang mempunyai hati yang berbeza dengan kamu. Kalau nak orang yang hati sama keras, sama kental, tak mudah terasa macam kamu, kahwin la dengan pondan.

Kalau lelaki yang merajuk? Tak tau. Saya bukan lelaki.

Saturday, June 22, 2013

Susah nak cari lelaki yang taknak isteri bekerja

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, June 22, 2013 7 orang berkata-kata


Zaman sekarang ni ada lagi tak lelaki yang taknak wife bekerja? Macam susah je nak cari. Mostly lelaki sekarang semua nak wife bekerja.. zaman sekarang mahal, banyak pakai duit katanya. Satu je nak tanya, kenapa?

Kenapa beriya sangat nak suruh wife kerja? Takut tak mampu bagi makan ke? Kalau macam tu maknanya awak tak yakin la yang awak mampu ke tak nak bagi anak isteri makan. Kalau macam tu tak payah kahwin. Sebab salah satu syarat wajib kahwin, mampu dari segi kewangan, mampu nak bagi nafkah. 

Kenapa? Awak takut isteri mintak macam2 tapi awak tak mampu nak tunaikan? Isteri yang baik adalah isteri yang takkan meminta di luar kemampuan suaminya. Kalau dia taknak keja, insyaAllah dia akan paham kewangan suami, takde nak minta bukan2 di luar kemampuan. Tapi kalau dia buat gak, ha suruh la dia keja.

Lelaki yang mengharapkan wife bekerja ni kan, pada saya la, seolah-olah dia tak yakin yang dia mampu bagi nafkah. Dia tak yakin mampu tanggung keluarga. Tak yakin pada rezeki Allah ke? Kan lebih elok kalau wife tu duduk rumah, jaga dan kemas rumah, asuh didik dan ajar anak2 mengaji. Dalam Islam pun tak menggalakkan isteri bekerja di luar rumah kalau suami masih mampu cari rezeki. Kalau nak keja pun, ada syaratnya.

i) Perkerjaan itu tidak menjurus kepada perlanggaran hukum syara’. Sebagai contoh kerjanya itu menghendaki wanita itu melakukannya bersama-sama dengan kaum lelaki di tempat yang sunyi lagi terasing daripada orang lain umpamanya kerja itu dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Tugas tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Islam sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:

Maksudnya: “Hendaklah jangan seorang lelaki itu bersunyi-sunyi dengan seorang perempuan.” 
(Hadis riwayat al- Bukhari)

ii) Pekerjaan itu tidak menghendakinya belayar keluar negara bersendirian tanpa ditemani oleh suaminya, mahramnya atau sekumpulan perempuan yang diyakini amanah dan dapat mengawal kesejahteraannya serta mengelakkannya daripada perkara-perkara mungkar, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: “Janganlah seseorang perempuan itu melakukan pelayaran kecuali bersama mahramnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

iii) Pekerjaan itu tidak akan menyebabkan seorang wanita itu mendedahkan auratnya. Menurut Islam apabila wanita itu keluar rumah hendaklah menutup aurat serta memenuhi adab-adab Islam seperti firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Tafsirnya: “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan-perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah an-Nûr : 31)

iv) Pekerjaan itu mestilah sesuai dengan kemampuan fizikal dan naluri / fitrah semula jadi kewanitaannya. Tugas-tugas yang lasak adalah tidak sesuai dengan wanita kerana fitrah semula jadi mereka adalah lemah lembut sekalipun kerja-kerja lasak itu dianggap oleh orang yang tidak beragama sebagai kerjaya yang mencabar dan mampu menampakkan kegagahan, daya saing dan kehandalan.


v) Bagi wanita yang bersuami pula pekerjaan itu hendaklah mendapat restu dan izin daripada suaminya iaitu apabila tugas tersebut menghendakinya keluar rumah. Suami berhak menghalangnya daripada bekerja sekiranya kerja itu boleh menyebabkan seorang isteri itu cuai pada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Suami lebih berhak menegah isterinya bekerja sekiranya pekerjaan itu mengundang kepada fitnah atau boleh berlaku fitnah, seperti pekerjaan yang tiada batasan agama atau adab sopan di dalam bentuk campur gaul yang bebas di antara lelaki dan perempuan, sama ada ianya berlaku di daratan, lautan atau di mana-mana saja. Jika terdapat unsur-unsur begini, atau ghalib zhan fitnah itu mungkin berlaku, maka suami wajib menegahnya. Jika tidak, suami itu akan dianggap dayus, sedangkan orang dayus tidak akan mencium bau syurga.

Bila wife duduk rumah, perkara-perkara di atas ni insyaAllah boleh dielakkan. Tapi.....mm...dah suami lagi mementingkan kesenangan hidup kan. Dia tak kesah isteri dia keja macam mana, janji ada duit masuk yang boleh bantu dia. 

Memang, tak salah kalau isteri bekerja sebab nak bantu suami. Memang tak salah. Minta izin suami kalau nak kerja. Tapi kalau isteri tu tak kesah hidup sederhana dengan berbekalkan gaji suami je, so kenapa suami pulak yang beriya nak suruh isteri bekerja? 

Ahh dah la...malas dah nak bahas pasal ni lagi.


Wednesday, June 12, 2013

peneman saya

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, June 12, 2013 2 orang berkata-kata
bila saya boring, stress, ini la peneman saya..:)

Saturday, June 8, 2013

Pre Graduation Night FKE'13

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, June 08, 2013 4 orang berkata-kata
Lagi sebulan je lagi nak abes belajar...fuh, penat...terkejar-kejar deadline hantar technical paper, memang penat. Saya buat software je, programming, buat coding. Coding dah lama siap, tapi run sampai 2 minggu tak benti2. Lagi seminggu nak hantar technical paper, result tak dapat lagi. Ah sudah, mau tak cuak.. tapi alhamdulillah, semuanya dah selesai sekarang. Siapa lagi yang nak tolong kalau bukan Allah s.w.t :)

Sebelum perasaan cuak tu datang, sempat la saya bergembira dengan MPG jap. Majlis Pre-Graduation dinner, kot tak silap tu nama penuh dia. Ah takpe la. Jom kita layan gambar-gambar ni jap..




























ni kawan2 yg selalu susah senang sama-sama..i'm lucky to meet them.


Semua ni ambik dari kamera orang je.. saya takde kamera nak bawak, memang tumpang kamera orang je. Takpe la, ada gak kenangan yang nak disimpan, jadi la :)

p/s: oh yang ada watermark Kstudio tu, saya xde link dia..boleh cari kalau nak. I love his work :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review