Zaman sekarang ni ada lagi tak lelaki yang taknak wife bekerja? Macam susah je nak cari. Mostly lelaki sekarang semua nak wife bekerja.. zaman sekarang mahal, banyak pakai duit katanya. Satu je nak tanya, kenapa?
Kenapa beriya sangat nak suruh wife kerja? Takut tak mampu bagi makan ke? Kalau macam tu maknanya awak tak yakin la yang awak mampu ke tak nak bagi anak isteri makan. Kalau macam tu tak payah kahwin. Sebab salah satu syarat wajib kahwin, mampu dari segi kewangan, mampu nak bagi nafkah.
Kenapa? Awak takut isteri mintak macam2 tapi awak tak mampu nak tunaikan? Isteri yang baik adalah isteri yang takkan meminta di luar kemampuan suaminya. Kalau dia taknak keja, insyaAllah dia akan paham kewangan suami, takde nak minta bukan2 di luar kemampuan. Tapi kalau dia buat gak, ha suruh la dia keja.
Lelaki yang mengharapkan wife bekerja ni kan, pada saya la, seolah-olah dia tak yakin yang dia mampu bagi nafkah. Dia tak yakin mampu tanggung keluarga. Tak yakin pada rezeki Allah ke? Kan lebih elok kalau wife tu duduk rumah, jaga dan kemas rumah, asuh didik dan ajar anak2 mengaji. Dalam Islam pun tak menggalakkan isteri bekerja di luar rumah kalau suami masih mampu cari rezeki. Kalau nak keja pun, ada syaratnya.
i) Perkerjaan itu tidak
menjurus kepada perlanggaran hukum syara’. Sebagai contoh kerjanya itu menghendaki
wanita itu melakukannya bersama-sama dengan kaum lelaki di tempat yang sunyi
lagi terasing daripada orang lain umpamanya kerja itu dilakukan oleh seorang
lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Tugas tersebut jelas bertentangan dengan
prinsip Islam sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya: “Hendaklah jangan seorang
lelaki itu bersunyi-sunyi dengan seorang perempuan.”
(Hadis riwayat al- Bukhari)
ii) Pekerjaan itu tidak
menghendakinya belayar keluar negara bersendirian tanpa ditemani oleh suaminya,
mahramnya atau sekumpulan perempuan yang diyakini amanah dan dapat mengawal
kesejahteraannya serta mengelakkannya daripada perkara-perkara mungkar,
sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :
Maksudnya: “Janganlah seseorang perempuan
itu melakukan pelayaran kecuali bersama mahramnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
iii) Pekerjaan itu tidak
akan menyebabkan seorang wanita itu mendedahkan auratnya. Menurut Islam apabila
wanita itu keluar rumah hendaklah menutup aurat serta memenuhi adab-adab Islam
seperti firman Allah Subhanahu Wata’ala:
Tafsirnya: “ Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan-perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya.”
(Surah an-Nûr : 31)
iv) Pekerjaan itu
mestilah sesuai dengan kemampuan fizikal dan naluri / fitrah semula jadi
kewanitaannya. Tugas-tugas
yang lasak adalah tidak sesuai dengan wanita kerana fitrah semula jadi mereka
adalah lemah lembut sekalipun kerja-kerja lasak itu dianggap oleh orang yang
tidak beragama sebagai kerjaya yang mencabar dan mampu menampakkan kegagahan,
daya saing dan kehandalan.
v) Bagi wanita yang
bersuami pula pekerjaan itu hendaklah mendapat restu dan izin daripada suaminya
iaitu apabila tugas tersebut menghendakinya keluar rumah. Suami berhak menghalangnya daripada bekerja
sekiranya kerja itu boleh menyebabkan seorang isteri itu cuai pada menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Suami lebih berhak menegah isterinya
bekerja sekiranya pekerjaan itu mengundang kepada fitnah atau boleh berlaku
fitnah, seperti pekerjaan yang tiada batasan agama atau adab sopan di dalam
bentuk campur gaul yang bebas di antara lelaki dan perempuan, sama ada ianya
berlaku di daratan, lautan atau di mana-mana saja. Jika terdapat unsur-unsur
begini, atau ghalib zhan fitnah itu mungkin berlaku, maka suami wajib
menegahnya. Jika tidak, suami itu akan dianggap dayus, sedangkan orang dayus
tidak akan mencium bau syurga.
Bila wife duduk rumah, perkara-perkara di atas ni insyaAllah boleh dielakkan. Tapi.....mm...dah suami lagi mementingkan kesenangan hidup kan. Dia tak kesah isteri dia keja macam mana, janji ada duit masuk yang boleh bantu dia.
Memang, tak salah kalau isteri bekerja sebab nak bantu suami. Memang tak salah. Minta izin suami kalau nak kerja. Tapi kalau isteri tu tak kesah hidup sederhana dengan berbekalkan gaji suami je, so kenapa suami pulak yang beriya nak suruh isteri bekerja?
Ahh dah la...malas dah nak bahas pasal ni lagi.