Alamak tadi tertengok plak drama 'Adamaya'.... huhu sweet gile cerita tu, especially si Adam yang sabar melayan kerenah si isteri walaupun dah hampir bercerai. Tapi aku memang tabik betul la watak Adam dalam cerita tu, memang tabik habis la. Dia seorang suami yang sangat memahami, sangat berlembut dengan isteri dan ada sedikit tegas, sangat penyayang, sangat mengambil berat tentang keluarga, semuanya sangat la.. memang perfect habis. Tapi sayang, realiti ni tak kan adanya orang yang perwatakan macam tu kan. Nama pun manusia, ada salah silap, dah memang sifat manusia macam tu.
Dan aku suka gile tengok Lisa Surihani dalam cerita tu, comel abes. Tapi bab dia curang tu jangan ikut, aku pun tak mahu ikut. Tak baik woo curang dengan suami, tak cium bau syurga nanti... Dosa yang lain pun tak ter'cover' lagi. Tetiba aku touching gile tengok cerita tu tadi, tersentuh habis. Oh ok tak payah nak kutuk aku. Aku tahu aku takkan dapat lelaki hensem dan baik macam tu.. Ye saya sedar siapa diri saya. Tapi perempuan zaman sekarang ni dah tak tengok sangat dah rupa paras...betul. Tengok tu tengok, nak gak yang hensem or sedap mata memandang la. Macam lelaki gak nak perempuan yang cantik je. Tapi bila dah kenal2 hati budi masing2, rupa paras tu dah jadi kedua dah... Orang perempuan ni lagi pentingkan kebahagian, kemesraan, keambilberatan lelaki tersebut...betul kan? Tapi kalau ada yang materialistik tu, memang ada la tapi dah tak ramai pun aku rasa. Semua perempuan pun memang materialistik, cuma tahap je yang berbeza. Cuba tanya, ada tak yang nak kahwin dengan lelaki yang tak kerja, kerjanya asyik melepak je? Kalau ada pun anak orang kaya kot.. So majoriti mesti nak lelaki yang bekerja, ada masa depan kan. Tak ke materialistik namanya tu? Tapi tahap rendah sikit la....kan kan kan?
Ok cukup la aku emo malam ni, semua ni gara-gara tengok Adamaya la ni, hehehe.....=)
0 orang berkata-kata:
Post a Comment