Ayu: Beb, ko nak ikut tak besok? Pergi Cerakah?
Aku: Balek malam tak ayu? Kalo balek malam aku tak dapat ikut la..
Ayu: Ko giler? Tengah hari dah balek la.
Aku: Hehe ok2.. sok amek aku kat kampus.
Pada hari aktiviti, jam 9.00 pagi bergerak ke Cerakah. Sampai-sampai je, kena mendaki bukit yang sangat la lama aku rasa nak sampai ke destinasi. Bila sampai je, swimming pool! Tapi kami tak swim.. budak laki je yang swim. Kami 'usha' dari tepi je sambil main-main air ala-ala gadis melayu lama gitu..
Lebih kurang jam 12.10, siap-siap nak berangkat pulang. Sampai rumah, makan, solat, tidur jap. Jam 3.00 petang bergerak ke kampus nak buat assignment. Dalam library:-
Ayu: Kita nak buat assignment mana dulu ni? Control ke power system (nama subjek)?
Aku: Entah la...
Ayu: Buat Control dulu la.
Aku: Ok...
Beberapa minit kemudian:-
Aku: Kenapa aku cam blur tak paham pape ni?
Ayu: Aku pun.. maybe sebab kita penat kot. Buat next time la (sambil tersengih kat aku)
Then sambung borak-borak, mesej-mesej, pukul 5.00 petang balek. Sampai rumah je, akak ipar plak:-
Kak ipar: Kak, jom pergi Tutti Frutti malam ni kat seksyen 7. Baru buka kat situ, malam ni Ladies Night dapat murah sket.
Aku: Jom!
Anak buah aku nye
Kak ipar
Akunye simple je.. tak suka byk bahan.
Lebih kurang jam 8.15 malam, bergerak ke Tutti Frutti. Then pergi stadium UiTM tengok abang aku main bola. Jam 11.00 malam, balek tapi bukan ke rumah. Singgah FunFair jap. Main 2-3 game, pastu balek rumah. Sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Balek, solat, tidur.
So mana masanya untuk belajar?
p/s: Sebelum belajar jangan keluar berjalan dulu, nanti penat dah tak boleh berfikir.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment