Friday, December 30, 2011

pergi bercuti masa cuti hari Krismas pun dikira sambut Krismas ke?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 30, 2011
Tadi saya terbaca sesuatu yang mengatakan, keluar bersiar-siar, buat Family Day kebetulan pada cuti Hari Krismas pun dikategorikan sebagai menyambut Krismas?? Korang setuju?

Apa definisi Hari Krismas?

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja OrtodoksGereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasukpokok Krismaslampu hiasan, daun mistletoeholi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. (sumber: wikipedia)

Oleh sebab itu, Islam melarang umatnya menyambut Hari Krismas sama ada secara langsung atau tidak langsung, even mengucapkan "Selamat Hari Krismas" or "Merry Christmas".

Dalam sambutan seisi keluarga, Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stokin merah besar pada tempat pendiangan api.

Jadi, adakah Family Day yang kita buat , kebetulan pada cuti Hari Krismas pun dikira menyambut hari Krismas? Ada kita masuk gereja, menyanyi karol? Ada kita bertukar-tukar hadiah? Ada kita pasang pokok Krismas kat tempat holiday? Ada kita saling ucap mengucapi "Merry Krismas"? Dan yang paling penting, ada ke kita pasang niat nak pergi bercuti tu sempena nak sambut Hari Krismas? Takde kan semua tu.... kesimpulannya, jangan cepat nak cari kesalahan orang lain. Kita buat Family Day, bercuti dengan keluarga untuk mengeratkan silaturrahim.. tengok ada pulak yang cakap kita buat sebab sambut Krismas. Ini dah dikira fitnah ni. Kita sama-sama orang Islam, tahu yang sambut Krismas tu salah... Tapi takpe la, kalau niat anda nak mengingatkan kami, saya hargainya... terima kasih =)



p/s:  Kalau ada yang nak komen, silakan. Kalau malu, guna je la nama anonymous tu.. Saya perlukan pendapat orang ramai tentang ni. Sebab saya tak nak cakap saya betul, cuma saya tak berapa setuju dengan pendapat orang tu.. so any commentor??




7 orang berkata-kata:

su suraya said...

hehhehee,, papehal ikot niat kan. the point is nak pergy sambut famili day dengan keluarga.. mana ada kaitan dengan hari krismas.. kadang2 orang cepat melatah tanpa usul periksa

kalau wish kawan yang bukan islam merry christmas pun takpe sebab hukum dia adalah harus selagi kita bukan tahap sampai mengagungkan dan memuji agama die, niat untuk mengeratkan silaturahim..hehehe

su suraya said...

weyhh yang tu aku dah baca dulu taw,, yang ucap dekat kawan tu just sekadar ucapan takpe,, jangan sampai menyimpang.. hehehe kalau salah betulkan aku kay..:)

sephia sophia said...

ow ye ke? yg aku baca, wish pn xleh.. sbb kalo kita wish, same mcm kita mengiyakan kewujudan (kelahiran) jesus christ tu..

hafiz atan said...

tiada perbuatan tanpa niat..kalau takde niat membesar2kan agama kristian n terikut2 cara mereka,takde isu pun disitu.

su suraya said...

owh macam tu ke,, becanggah dah kita punya pendapat neyh.. papehal kena tanya yang pakar gak dow

sephia sophia said...

hafiz: kan2? kita xde niat pn...

su: bak kata lecturer aku, pkra2 syubhah mcm ni lbh baik dielakkan =)

hafiz atan said...

familyday yg buat kebetulan hari krismas adakah berhubung kait?langsung takde kaitan.so takde masalah pon sebenarnya.wat familyday kan dituntut islam mengeratkan hubungan silaturahim.lagi2 antara saudara mara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review