Tuesday, July 23, 2019

After 4 years...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, July 23, 2019 0 orang berkata-kata
Assalamualaikum..

Seriously dah lupa cara nak update blog. Tengah godek-godek lagi ni macam mana nak buat haha. Last update masa status bujang lagi. Now, i’m officially a wife and a mom to my daughter. Husband? Boleh dikatakan suami turun dari langit. Ntah mana jumpa tup2 kawen 😆

But i love him, and in shaa Allah he loves me too. Alhamdulillah kami masih bahagia dengan cara kami. Dan betul la kata orang, bercinta selepas nikah itu adalah indah, sekiranya kita bersyukur dengan apa yang Allah dah tentukan. Alhamdulillah, again.

And now nak buat apa? Takde buat apa. Saja test update dulu 😝

Friday, July 31, 2015

Gembirakan lah hati anak-anak ini

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 31, 2015 1 orang berkata-kata

Assalamualaikum..



Hari Selasa hari tu ada jamuan raya dekat pejabat saya. Kumpulan anak-anak yatim  dijemput sebagai tetamu yang diraikan. Ada 2 kumpulan. Satu kumpulan adalah anak-anak yatim yang dah sekolah menengah. Satu kumpulan lagi adalah anak-anak yatim yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Saya ditugaskan untuk melayan kumpulan anak-anak yatim kumpulan kedua, anak-anak yang berumur 8-11 tahun. Walaupun saya dah ada anak buah dan layak dipanggil makcik, tapi disebabkan saya belum berkahwin, saya kenalkan diri sebagai 'kakak'. Jangan marah haaa..

Mereka diberi layanan seperti VIP yang lain, duduk di meja makan berhidang dan ada waiter yang melayan. Alhamdulillah. Terima kasih pihak pengurusan. Saya tak terlibat dalam pengurusan. 

Ok ni yang saya nak ceritakan sebenarnya. Lepas sesi pemberian duit raya, ada sesi bergambar. Masa sesi bergambar tu, kemain jauh lelaki dan perempuan. Puas kitorang suruh dekat sikit tapi diorang taknak. At the end, ambil juga gambar masa tu. Lepas tu, akak office tanya kat anak-anak tu, "Kenapa tadi duduk jauh sangat?"

Diorang jawab, "Ustaz kata orang lelaki dengan perempuan tak boleh dekat-dekat. Kena jarak 100 meter"

Lepas habis makan, saya tanya, "Adik-adik nak apa-apa lagi tak?"

Anak-anak jawab, "Nak pergi beraya, nak kuih raya"

Kitorang yang ada kat situ semua terdiam sekejap. Sebak. Tak pernah lagi orang datang open house minta kuih raya. Memang kuih raya tak disediakan masa majlis tu. Kitorang usahakan jugak cari, pergi naik atas, tanya siapa-siapa yang ada bawa kuih raya, bukak hamper raya yang klien bagi. Bila bawa turun, muka anak-anak tu excited sangat-sangat, sampai peluk balang kuih raya tu. Ustaz yang bawa diorang tak putus-putus sebut Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Datang satu perasaan yang lain masa tu..

Mereka bukan macam anak-anak lain yang punya ibu bapa, bawa pergi jalan raya, makan kuih raya, dapat duit raya. Gembirakanlah hati mereka selagi mampu. Semoga Allah s.w.t menceriakan hidup anak-anak sekalian. InsyaAllah...

Friday, July 24, 2015

Assalamualaikum..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 24, 2015 1 orang berkata-kata
Assalamualaikum...

Rasa nak ber'blog'ing balik la..insyaAllah lepas ni.

Friday, March 20, 2015

Aku nak menangis...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 20, 2015 0 orang berkata-kata
Assalamualaikum,,

Aku nak menangis, tapi aku tak tau nak luahkan pada siapa. Aku malu nak bercerita. Aku malu nak berkongsi masalah aku. Aku rasa nak menjerit, nak bagitau semua orang apa yang ada dalam hati aku sekarang. Tapi itu semua takkan terjadi. Apa yang aku mampu, cuma menjerit dalam hati.

Orang tengok aku tersenyum, aku gembira seperti takde langsung masalah. Kawan rapat aku kata aku kuat sebab aku boleh buat macam biasa je even kepala tengah serabut. Dia tak tahu apa yang aku cerita dekat dia tu pun cuma berapa percent je. Yang sebenarnya aku tak kuat! Tapi aku malu nak menangis depan orang. Sebab tu aku cuba control emosi bila berdepan dengan orang. Aku pura-pura senyum. Aku pura-pura gelak ketawa. Aku pura-pura join orang office makan bila diorang ajak makan sedangkan aku tak lapar pun dan aku takde mood pun.

Aku malu nak berdepan dengan Pencipta aku. Aku malu dengan Allah. Aku malu nak meminta-minta pada Allah. Kenapa bila aku susah je baru aku ingat Dia? Kenapa bila aku sedih, serabut je baru aku cari Dia? Memang aku tunaikan solat 5 waktu, tapi benda lain? Aku jarang solat sunat, aku jarang solat taubat, aku jarang solat tahajjud. Ah banyak lagi yang aku jarang buat.

Tapi pada Allah swt je aku mampu untuk luahkan segalanya. Dia yang Maha Mendengar, Dia yang Maha Mengetahui. Aku malu nak meminta-minta. Aku cuma luahkan kesedihan aku, dan aku cuma minta supaya Dia beri aku kekuatan untuk hadapi semua masalah aku. 

Susah bagi aku untuk bersikap redha dan tawakal. Aku tahu itu adalah salah satu sifat untuk orang mukmin. Sebagai hambaNya, memang perlu ada sifat redha dan tawakal. Tapi kadang-kadang hati aku keras. Sebab hati aku yang keras tu la makan diri aku balik. Aku sendiri yang cari masalah. Sebab tu aku malu pada Allah.

Aku cuma perlukan sedikit ketenangan....

Friday, September 19, 2014

Bergantung atau mengada?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, September 19, 2014 1 orang berkata-kata
Assalammualaikum..

Bila terasa nak share something baru la terhegeh-hegeh nak datang jenguk kan. Kalau la blog ni sesuatu benda yang boleh dilihat dan dirasa dengan tangan, mau berhabuk sampai tak nampak colour sebenar dah ni. Berdebu habis.

Ok never mind. Cuma nak share dan nak tanya, salah ke kalau seorang perempuan tu terlalu bergantung pada seorang lelaki? Mengada-ngada ke kalau macam tu? 



Ok ini kisah bukan suami isteri. Mungkin sahabat, mungkin tunang. Bergantung dalam apa-apa pun. Ada masalah je cari dia, ajak makan pun cari dia, nak beli barang pun cari dia, nak cari gaduh pun cari dia. Lagi sekali, ini kisah seorang perempuan yang jauh dari family. Kira dia la yang paling dekat.

Yes, ini perempuan jenis tak berapa pandai nak independent sangat. Kawan-kawan sekeliling yang dekat-dekat pun tak ramai. Sebab tu asyik cari dia je. Hope dia tak rasa terbeban. Tapi andai kata suatu hari nanti si gadis dah kurang bergantung pada dia, itu bermakna si gadis dah ada tempat bergantung yang lain kerana merasakan dia tak suka dijadikan tempat bergantung. Minta-minta si gadis cepat bertemu jodoh. Aminn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review