Wednesday, November 24, 2010

.................................

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, November 24, 2010 0 orang berkata-kata

KENANGAN MANIS KAU DAN AKU
TAKKAN TERHAPUS
DURI RANJAU DALAM BERCINTA
LUMRAH DUNIA


Tuesday, November 23, 2010

tips kekal hubungan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, November 23, 2010 0 orang berkata-kata
So hari ni aku nak share something yg berguna untuk kita semua... Aku ada refer beberapa artikel, but i explained it myself berdasarkan pengalaman aku sendiri dan pengalaman orang yg dekat dgn aku.
Jodoh itu di tangan Allah..tapi kita jangan lupa 3 perkara ni, usaha + doa + tawakal..Ada beberapa perkara yg kita leh amalkan untuk mengekalkan hubungan yg dah sedia ada. Antaranya,

1. Jujur dan ikhlas dalam berpasangan, tak kira masa bercinta ataupun dah berkahwin. Dua perkara ni sangat penting. Setiap pasangan harus jujur, baru Allah pun berkati hubungan korang tu. Jujur dalam setiap kata2 korang.

2. Ungkapan 'sayang, rindu'.. nampak macam remeh, tapi ni la ungkapan keramat yg dinanti-nantikan setiap pasangan. Tak kisah la korang nak ungkap dlm bentuk apa, mesej ke, face to face ke, telefon ke, surat ke, sebab bila korang ungkapkan kata2 ni pasti pasangan tu akan tersenyum walaupun sedang marah ataupun lebih tepat, merajuk =).

3. Jangan merajuk berpanjangan. Ni bahaya gak ni. Salahnya sikit, tapi rajuknya berpanjangan sampai berminggu2. Kalau korang selalu wat macam ni, elakkan la. Cuba korang fikir, kalau korang dah memang sayang dia, memang nakkan dia, so watpe nak rajuk panjang2 sebab memang akhirnya korang ngn dia gak. Merajuk tu memang manis sebab ada sesi pujuk memujuk, tapi jangan keterlaluan, nanti lagi keruhkan keadaan. Kalau pasangan tu tak tahan, dia cari lain baru korang tahu, gigit jari je la nanti. Tapi kalau korang dah bersedia nak lepaskan dia, nak pisah ngn dia, boleh la nak merajuk berpanjangan, then depends kat pasangan korang sama ada dia pandai memujuk or tak. Kalau tak, memang dia cari lain je, korang pun dah bersedia kan. Pada aku, kalau orang yg merajuk lama2 ni, maknanya dia dh tak nak kat aku, or dah ada pilihan lain.

4. Saling berhubung dan bertanya khabar, especially bagi yang duduk jauh2 ni. Selalu aku tengok pasangan yang duduk jauh2 ni mesti tak kekal, selalunya la, tapi tak semua. Sebabnya, mereka ni jarang berhubung, bertanya khabar pun tak. Kalau ikut logik akal korang kan, kalau kita dah sayang mesti la nak tahu keadaan dia kan, betul tak? Tak semestinya kena jumpa selalu, SMS pun dah cukup..kalu jarang jumpa lagi best, lagi bertambah rindu tu.

5. Memaafkan dan jangan bergaduh sebab perkara remeh. bagi pasangan yang baru berkenalan, memang selalu gaduh sebab tak kenal hati budi masing2 lagi. Kalau pasangan korang wat salah untuk kali pertama ( aku cakap kali pertama tau), maafkan je la...marah pun jangan lama2. Namanya pun dalam proses perkenalan..

6. Saling bertukar cerita dan pengalaman. Nampak remeh kan? Tapi penting gak..tetiba ada satu masa ni pasangan korang tak hubungi langsung, langsung tak bgtahu apa2, senyap macam tu je.. korang mesej, dia tak reply, korang call, dia tak angkat, apa korang rasa? Risau kan? Macam tu la dia akn rasa kalau korang wat macam tu kat dia.. Sekurang2 nya bila korang bgtahu nak wat apa, dia paham la. Contoh korang bgtahu nak study, or ada keja ke, tapi dia nak gak mesej, so korang pun tak reply...dia pun paham la, ok takpe dia tgh busy, jgn kacau. Tak la nak risau mana pun kan... Ni tak, asal dia tnya je korang senyap, tak cakap pape. So msti la dia dah pikir lain, syak wasangka pun bleh datang...so kalau dia ada syak wasangka dgn korang, jgn salahkan dia kalu puncanya dari korang.

6. Ni yang paling penting, selalu berdoa pada Allah supaya meredhai, memberkati, dan merestui hubungan korang dengan si dia.. jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah hubungan korang pun akan terjaga.


p/s: aku doakan korang berbahagia dgn pasangan masing2..kalau korang rasa dia yg terbaik, so jagalah hubungan tu, jagalah dia baik2. try do your best =) lya, ko jgn gaduh2 lg dgn ustaz, haha.

Monday, November 22, 2010

diriku

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, November 22, 2010 2 orang berkata-kata
Diriku bukan siapa2... Hari ni aku nak korang kenal siapa aku. Bukan apa, sebab mungkin post2 yang aku tulis lepas ni agak pelik sket. So kalau korang dah kenal aku sape, so korang paham la kenapa aku suka letak post2 yg mcm tu. Aku ada sifat2 yang mungkin orang lain takde, or mungkin ada tapi tak ramai....

  1. Aku seorang yang sensitif. Oops, bukan sensitif tapi sangat2 sensitif. Tak tahu la kenapa, memang dari dulu lagi tak kira dgn siapa pun...aku sangat mudah terasa, even dgn keluarga sendiri pun. Tapi aku terasa tak lama, kejap je. Selalunye terasa masa tu je...aku tak simpan lama2. Tak lama lepas tu aku ok la.
  2. Aku seorang yang suka meluahkan perasaan. Ye, tu memang aku. Tapi bezanya, aku bukan seorang yang straight to the point. Kalau aku marah kat seseorang, aku tak cakap dgn dia, tak bgtau dia, tapi aku cakap kat orang lain yang aku tgh marah dgn dia. Dan orang yang selalu dengar cerita aku ialah my mom =) Bab marah2 ni tak boleh cite kat sebarang orang, takut ada yang jadi penyampai, gaduh plak. Kan aku dah cakap, kalau aku marah kejap je.... Kalau aku suka seseorang pun aku tak bgtau dia gak. aku akan cakap kat orang lain yang aku suka dia. Dan orang yang selalu dgr cite aku ni ialah my friends =), and sape2 je yg rapat dgn aku masa tu. Yang ni tak bleh cite ngn mak, malu, hehe...
  3. Satu lagi perangai aku, aku suka luahkan perasaan melalui sajak, puisi, lagu or apa saja yang tak straight sangat apa point die...hehe. tapi masalahnye, aku ni tak pandai bermadah2, so aku lbh suka guna lagu. Kalau aku ade post lirik lagu dlm blog ni, ada something la yg nak aku sampaikan.....

So kalau korang tengok aku asik post lirik lagu je tu, maaf la ye kalau bosan..thats my way.

Wednesday, November 17, 2010

Lindungilah hambaMu...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, November 17, 2010 0 orang berkata-kata

Di diriMu aku menemukan
Yang mencintaiku yang menyayangi ku
Di diriMu aku ketakutan
Kau biarkanku Kau tinggalkanku

Bila Kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
Bila memang Kau pergi dariku
Ku tak ada lg di dunia ini

Mengertilah Kau siang malamku
Kau tangis tawaku Kau semua hidupku
Pandang aku pandang lah hatiku
Aku tak mampu merangkak tanpaMu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi diriMu begitu beerti
Kau lah nafasku Engkau harga diriku
Mengerti aku...





Sesungguhnya Allah itu Maha Esa... dulu aku pernah tersesat, tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan aku, Dia tunjukkan kan jalan yang benar. Bukan tersesat ajaran sesat or black metal bagai, tapi mungkin pegangan hidup aku tak berapa nak kuat dulu. Sekarang pun tak la kuat mana iman aku, tapi aku akan berusaha. Teman2, percaya la yang Allah sayangkan kita semua. Jangan sesekali terfikir yang Allah tak sayangkan kita. Dia Maha Adil...bagi yang student, kalau korang failed mana2 subjek or tak dapat capai gred yang bagus, so renung2 kan lah. Mesti ada yg kurangnya..kalau korang dah rasa cukup study, tapi still tak boleh jawab, mungkin ada kurangnya kat akhlak, adab, ibadat.. Tapi, kalau korang rasa dah cukup semua tu, kalau la (aku nasihatkan, jangan pernah rs cukup kita beribadat sebab nanti timbul perasaan bongkak), so anggap la apa yang jadi tu semua dugaan dan ujian Allah untuk kita. Dulu masa aku break ngn pakwe lama, aku frust gila, sebab aku dah sayang gila2 kat dia. Tapi bila dah tahu, aku rasa macam.. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya. Alhamdulillah kerana sedarkan aku. Sebabnya? biar aku sendiri je la yang tahu... ex pakwe aku tu pun dah kahwin dah, isteri dah pregnant. Aku tak nak doakan pape yang buruk tuk dia sebab takut jadi kat aku plak perkara buruk tu. Aku cuba memaafkan walaupun hakikatnya aku tak boleh.. tapi aku cuba, sebab aku pun tak perfect sangat nak marah kat orang lama2.




Hidup kat degree ni memang banyak cabaran. Aku lebih suka kehidupan masa diploma dulu, best pun best.. Tapi apa2 pun, aku akan ingat pada Allah. Semoga aku mampu harungi dugaanNya.. Ok la, aku nak iron baju ni, hari ni kan raya haji, hehe. Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan kepada semua... thanx for reading =)



Monday, November 15, 2010

Kerja or tak?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, November 15, 2010 5 orang berkata-kata
Dulu masa kat kolej, tak sabar rasanya nak cuti sem. Tapi bila dah start cuti sem, tak tau nak wat apa plak. Well, now i stay at my brother house. Disebabkan rumah aku takde orang, so abang aku tak bagi dok rumah bertiga je ngan adik beradik perempuan aku. Aku ingat nak keja la, lagi2 bila akak ipar aku ada tawarkan keja kosong hari tu, hehehe...kat mana entah, yang pasti kat Shah Alam gak la. Ok gak tu, ade gak la duit masyuukkk nanti cuti2 sem ni...boleh wat belanja sket, haha. Nak topap pn susah skang, ye la mak ayah kat Mekah kan, sapa la nak bagi duit belanja cuti2 sem ni...tapi kalau aku keja, nanti bila mak ayah dah balek dari mekah, aku kena stay sini, kat Shah Alam ni. Tak best plak sebab tak duduk kat rumah bersama-sama my parents. So nak keja ke tak nak??


And one more thing, aku dah tahu dah result aku..walaupun tak tahu pointer lg, tapi cam dah boleh agak la berapa pointernye....but i dont want to say anything, tunggu je la result sebenar keluar nanti, baru aku bgtahu ye, hehe..

Friday, November 12, 2010

merepek, merapu ntah ape2

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 12, 2010 0 orang berkata-kata

aku tak busy pn mlm ni
aku tak wat keja pape pn mlm ni
aku takde pape yg penting pn mlm ni
tapi nape aku tak leh tido ni ??
waa pening2
kepalaku dah pening sangat2
tapi aku tak leh lelap...
pusing kiri tak kena
pusing kanan tak kena
aku cam nak borak2 ngn someone
tapi sape la nak layan aku borak pagi2 ni
hidung dah abes merah dah
pegi toilet ntah bape kali round dah
selsema teruk gile
salah satu faktor tak leh tido ni
baru kemas bilik, dah selsema tahap cipan
camane agaknye dh kawen sok kemas umah?
kesian husband aku 
hari2 tgk aku selsema je..
maaf ye bang, bukan pintaku nk jadi mcm ni
aish, baru 4 bulan kena resdung
dh tak tahan
tahan la sket sofia oi...
mata lak taknak lelap plak tu...
ok dah, aku nak paksa gak bagi lelap
ok bye sume =)

Wednesday, November 10, 2010

kecian my pets..hehe

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, November 10, 2010 0 orang berkata-kata
ok hari ini aku bukak blog sebab nak bagi ikan2 ni makan je..dah lama aku biarkan, kesian diorang, hehe. maafkan saya ye cik ikan. korang jgn lupa bg ikan2 ni makan tau kalau view page ni, huk3. ok bye =)

Tuesday, November 9, 2010

aku hepi =)))))))))

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, November 09, 2010 1 orang berkata-kata
ok sekarang ni aku nak cakap aku hepi =)
sebab dah abes exam dah....huhu. walaupun aku tak berapa yakin dgn jawapan aku td (yakin gak, tp takut over confident plak an), so mmg aku hepi gile. tapi jd sedih plak sbb tak boleh balik rumah awal, wuaaa !! suma orang dah balik, aku je yg tertinggal kat sini. lepas je abes paper tadi, aku berserta dgn kawan2 rasa lapar yang teramat sangat. so kami pun plan nk makan kat luar. so apa lg, terus cabut keluar, hehe. dengan berbaju kurung (aku malas nak tukar baju, baju kurung pn ok what, nmpak ayu sket, hehe), kitorang pn keluar ronda2 mencari makanan....sampai ke sunway kau. mula-mula masuk pizza hut, niat di hati nak makan spaghetti, tapi pelayan kat sana agak biadap la ngn kami. mybe sbb kami pakai baju kurung kot, (hey, kau pn orang melayu gak, bersopan la sket, lagi2 dengan customer). pastu kami bengang, terus keluar tak jadi nak order. then masuk la pula kedai kenny rogers.....mula2 aku tak nampak kedai ni, memang la kena perli abis ngn kawan2 kan, adoiyai....so korang nak tgk tak ape yg kami makan? nak la, nak la, nak la......hehe....aku nak letak gak pic ni.




Yang ni best wey, aku tak tipu.



Ni cm ade rs masam2 sket, tp best gak la.



Kpd sesape yg minat cheese, bleh rs yg ni. aku kureng sket cheese2 ni.



Yang ni rs cm spaghetti biasa. aku suke, sbb aku x bape suka rs yg pelik2 ni.



Dlm banyak2 mknan, aku tak rs yg ni. waa, rugi2..
nana, aku lupa nak rs ko punye, haha.



Ni muffin kami =p



Eh terlepas plak pic snap ni, haha.



Friday, November 5, 2010

Awak....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 05, 2010 0 orang berkata-kata

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review