Sunday, April 29, 2012

jangan terlalu taksub dengan sesuatu

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 29, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
PRU dah makin dekat.. fikir baik baik nak pangkah sape
Dua dua belah pihak ada keburukan, ade kebaikan
Ada kelebihan, ada kekurangan
Jangan terlalu taksub menyokong sesuatu pihak
Sebab takde pihak yang sempurna betul 100%
Sedangkan parti yang saya nak pilih ni pun ada kekurangan
Dan saya tau apa itu
Tahun ni adalah tahun pertama saya nak mengundi
Harap harap saya tak tersalah pilih
Mungkin kita boleh buat solat istikharah?

Saturday, April 28, 2012

Sesal Mendua - Klangit

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, April 28, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post


Lagu ni takde kena mengena dalam hidup saya.. tapi saya suka rentak dan muzik lagu ni, layan je dengar huhu...

Thursday, April 26, 2012

nak update bola jugak lah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, April 26, 2012 4 orang berkata-kata Links to this post
Sekarang ni sume orang nak update pasal bola, konfius saya. Sekarang ni musim bola eh? Ke saya je yang tak tahu?


Ok takpe, saya pun nak update jugak la. Ronaldo, pemain Real Madrid tak dapat jaringkan gol malam semalam. Begitu jugak dengan Kaka, pemain Brazil (kalau tak salah?), pun terlepas gol. Hasil terdengar perbualan adik dengan abang semalam. Ok dah bye =)



Monday, April 23, 2012

Sang Kancil dan Buaya

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, April 23, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post

mari makan makan kat Penang

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, April 23, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
Ok puas! Akhirnya dapat gak saya makan-makan kat Penang. Memang dah lama teringin nak makan char kuew teow, nasi goreng ayam, laksa penang sume.. now i got! Lets check it outtt.....

 pasemboq gurney drive, siyes sedap!




makan laksa dulu naa.. 




sedap sedap















nasi goreng ayam yang delicious!



char kuew teow penang tak sama dengan tmpt lain, believe me!
















Dapat gak makan kat Line Clear nasi kandaq. Kalau tak kang, asyik dengar kawan saya cite je.. bak katanya, rugi kalau pegi Penang tak makan kat Line Clear tu, addict betul. Saya yang duduk Penang 3 tahun ni tak penah pun rasa makan situ. Ha kali ni dah dapat dah.. boleh la nak berlagak ngan dia. Tapi pada saya, boleh la... takde la sampai addicted sebab saya bukan suka sangat kari. Saya tak makan timun die pun, sebab mamak tu pegang pakai tangan je =)

Tapi kan, saya tak tau nak pegi mana kalau datang Penang. Datang ni pun memang sebab nak makan je pun.. roomate tanya, gi penang nak lawat ape je? "Entah la, nak makan je benanye.." Nasib baik ada kawan punya akak, dia yang bawak kami gi jalan-jalan. (apsal ayat aku cam pelik je??)

Lagi pegi jalan-jalan kat Bukit Bendera yang rail baru tu.. pegi Padang Kota, Gurney, Pantai Bersih, Telok Bahang, Taman Negara, jalan-jalan kat pekan lama Penang.. tempat sejarah. Banyak tempat. Ha yang penting sekali, sempat gak kami melawat UiTM Penang tempat belajar dulu hehehehe.....


dalam uitm penang dah ade playground? tak lepas peluang la nk merasa


















sekali masuk RM10 tau, mahal.



cantik kan? at Air Hitam Dam












UiTM di hatiku






ape nama temple ni ha? tak ingat pulak.



tolong la masuk dlm coklat butik ni kalo korang dtg penang. nanti korang dpt rasa sume jenis coklat n coffee, mmg kenyang.



tempat permulaan jimmy choo.. konon2 la






ombak rindu 2



hai MJ =)






dah tukar nama. dulu padang kota lama

Wednesday, April 18, 2012

ai senangnya dalam hati..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, April 18, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
Selama sem ni saya asyik bagun awal je.. cuti pun bangun awal gak sebab nak siapkan kerja, taknak tangguh banyak sangat (kecuali kat rumah). Kat rumah memang saja bangun lambat sebab.... kat rumah kan =)


Nak dijadikan cerita, harini saya cam free sket. Tak banyak kerja rasanya. Wah, ini satu keajaiban! Tapi disebabkan dah terbiasa bangun awal, so harini pun saya bangun awal.. even takde ape pun nak buat. Saya dah siap listkan kerja, nak buat ape harini, ape kerja yang tak siap lagi. Tapi dah Allah nak bagi kesenangan sket kat saya hari ni kan, so memang takde kerja la kan. Ada, tapi kerja grouping, buat discussion besok. Grouping, grouping la kan, takkan nak buat sensorang, ahaks!


So petang ni maybe nak tengok movie la kot.. rasa cam dah berzaman je tak layan cerita-cerita kat laptop ni. Buat berat laptop den yo simpan lamo-lamo. Kalau dah tengok den buang yo cito tu. Tak suka simpan lama-lama, bukan nak tengok lagi pun. Ok bye!




Pic diploma part 1, masa ni 2007 =)

Tuesday, April 17, 2012

Sikap dan perangai mak ayah yang buat saya tersenyum

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, April 17, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Sikap dan perangai mak ayah yang buat saya tersenyum =)


1. Tiap-tiap hari mak akan amek duit dalam dompet ayah sebab nak bagi kat adik tuk belanja sekolah. Tapi mak akan amek tuk diri sendiri gak, duit belanja harian katanya, sehari RM 1.

2. Kalau hari ni ayah takde duit kecik, mak tak dapat duit belanja. Tapi besoknye mak akan amek RM2 pulak. Topap semalam punye katanye...

3. Even dah berpuluh tahun kawen, mak still malu-malu dengan ayah. Masuk bilik nak tukar baju pun kunci pintu.. sampai ayah kena tunggu kalo nak masuk bilik.

4. Mak selamber je ngata-ngata ayah kulit gelap (bergurau).. tapi ayah senyum je. Tapi kalau ayah ngata mak 'kurus', mak terus merajuk.

5. Tengah duduk-duduk kat ruang tamu tengok tv, tetiba ayah leh cakap, "Mak kau lawa la.". Saya pulak yang malu :)


Banyak lagi perangai parents yang buat saya tersenyum sorang. Tapi tak sume boleh cite kat public. Walaupun saya bukan anak orang kaya, tapi sangat-sangat bersyukur ada parents macam yang sedia ada sekarang. Korang pun sama kan? Love our parents so much  ♥ ♥ ♥ ♥

Sunday, April 15, 2012

Ya Allah ya Rabbi

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 15, 2012 1 orang berkata-kata Links to this post
Bila saya rasa down, saya selalu dengar lagu ni. JOm layan lirik........



(Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku

Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku


p/s: lagu dengar sendiri kat youtube, malas nak upload. Dah bagi link kat atas dah.

Saturday, April 14, 2012

first time rasa tak best bile tambah cuti

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, April 14, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Dengar citer cuti mid sem ni dah ditambah seminggu lagi, sebab consider dengan hari wesak & gawai (kot, tak ingat). Bila dah tolak cuti, study week nanti tinggal 4 hari (sebelum ni 9 hari). Meaning, final exam start 27 Jun. Kitorang start praktikal 2 Julai. Nak habiskan 4 paper dalam masa 4-5 hari?? Belum masuk lagi nak present technopreneur dengan PBL(problem solving).

Sabar sabar..... camane lah nak hadapi hari-hari tu nanti.

Saturday, April 7, 2012

pemilik tulang rusukku di mana?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, April 07, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
credit to 'facebook sape ntah'


Jodoh itu rahsia Allah =)

Harini rasa cam nak cakap pasal jodoh la pulak :) :) :) ... Saya percaya jodoh kita sumenye dah ditentukan Allah s.w.t. Tapi kita kne usaha jugak kan? Seumur hidup saya, saya rasa cam baru sekali je penah rapat ngan seseorang.. rapat yang gila2 punya rapat la. Kira cam dah plan la nak ade wedding-wedding bagai. Tapi takde jodoh... ok takpe.

Pastu saya jumpa sorang lagi.. tak la rapat mane, saya pun tak tahu status kitorang masa tu ape. Tapi ada gak dia keutarakan pasal kawen-kawen ni. Saya masa tu cam.... mmm, kena tunggu saya abes belajar la dlu. Tapi saya agak dah letak hope gak kat dia masa tu, kira cam pas abes belajar saya dah ada dia la, tak payah nak cari lain dah. Tapi tu pun takde jodoh gak... ok takpe.

Then lepas tu saya tak jumpa sesape dah.. jumpa, tapi macam angin lalu je la hehe. Bukan, sebenarnye sebab saya tak berani lagi dah nak letak hope kat mane2. Pasni kalau ade yang cakap nak masuk minang, saya akan percaya masa hari dia datang rumah jumpa mak ayah, cakap nak masuk minang, masa tu je saya akan percaya.

Orang cakap lebih baik kita kenal dia sebelum kawen. Nanti dah kawen, baru nampak perangi buruk,  lagi susah. Betul, tapi saya rasa macam.... mmm, tak tau nak terang camne. Rupa paras, cukup la cantik di mata kita. Kalau nak cakap langsung tak yah pandang rupa paras, kita nak sehidup semati dengan dia. Kalau niat kita baik, tak payah kenal lama-lama, Allah dah bagi yang terbaik dah pun kat kita.. kekurangan sikit-sikit tu takpe la. Ada ke manusia yang sempurna?

Saya rasa dah berapa orang gak yang datang dan pergi dalam hidup saya.. Ada yang saya suka dia, tapi tak pernah bagitau hee :) Tapi saya tak menyesal kalau dia pergi. Sebab saya tau, kalau dia pergi, maknanya dia bukan untuk saya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan saya sendiri yang mintak. Kalau saya kenal seseorang, dan dia bukan untuk saya, saya doa supaya hubungan & perkenalan kami putus serta merta. Sebab nanti kalau dah kawan lama-lama, takut perasaan tu makin dalam, nanti saya pulak yang frust. Lagipun buang masa =)

Sejak terputus hubungan dengan ex, saya dah berazam, cuma nak luahkan perasaan cinta, kasih, sayang dekat suami je. InsyaAllah.... iman saya tak kuat mana, tapi saya akan cuba =)


p/s: perempuan kat gambar atas cantik gila ;p


Wednesday, April 4, 2012

homesick sesangatt..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, April 04, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
For this semester, saya tak tahu la nape saya homesick sesangatt.. for every second. Setiap saat rasa nak balek rumah je. Sebulan dah berlalu, tapi baru sekali je saya balek kampung. Kalo sem before ni, sebulan awal tu memang saya balek kampung je tetiap minggu. Tapi sem ni entah la... ada je keja tiap-tiap minggu, banyak sangat assignment. 


Sebulan awal sem, rasa cam dah nak last sem final year penatnye.. tak tahu kengkawan lain macamne, ke saya sorang je yang rasa macam tu?? Saya sorang je yang rasa penat teramat?


Dalam sebulan sem ni, dah 2 kali saya demam. Tapi tak teruk la, boleh lagi nak pegi kelas. Pastu ni sakit mata pulak, ntah menatang ape gigit ntah, bongkak mato den. Saya rasa cam kurang sihat la tuk sem ni, tak tahu nape.. makan, tidur, sume tak teratur. Selalu sangat sakit kepala, sakit perut. Ni sakit tekak dah seminggu, pun tak elok2 lagi. Baru sebulan.. camne la saya nak hadapi sem ni 4 bulan lagi. Harap2 saya kuat lagi.. i need to take care myself.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review