Friday, March 20, 2015

Aku nak menangis...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 20, 2015 0 orang berkata-kata Links to this post
Assalamualaikum,,

Aku nak menangis, tapi aku tak tau nak luahkan pada siapa. Aku malu nak bercerita. Aku malu nak berkongsi masalah aku. Aku rasa nak menjerit, nak bagitau semua orang apa yang ada dalam hati aku sekarang. Tapi itu semua takkan terjadi. Apa yang aku mampu, cuma menjerit dalam hati.

Orang tengok aku tersenyum, aku gembira seperti takde langsung masalah. Kawan rapat aku kata aku kuat sebab aku boleh buat macam biasa je even kepala tengah serabut. Dia tak tahu apa yang aku cerita dekat dia tu pun cuma berapa percent je. Yang sebenarnya aku tak kuat! Tapi aku malu nak menangis depan orang. Sebab tu aku cuba control emosi bila berdepan dengan orang. Aku pura-pura senyum. Aku pura-pura gelak ketawa. Aku pura-pura join orang office makan bila diorang ajak makan sedangkan aku tak lapar pun dan aku takde mood pun.

Aku malu nak berdepan dengan Pencipta aku. Aku malu dengan Allah. Aku malu nak meminta-minta pada Allah. Kenapa bila aku susah je baru aku ingat Dia? Kenapa bila aku sedih, serabut je baru aku cari Dia? Memang aku tunaikan solat 5 waktu, tapi benda lain? Aku jarang solat sunat, aku jarang solat taubat, aku jarang solat tahajjud. Ah banyak lagi yang aku jarang buat.

Tapi pada Allah swt je aku mampu untuk luahkan segalanya. Dia yang Maha Mendengar, Dia yang Maha Mengetahui. Aku malu nak meminta-minta. Aku cuma luahkan kesedihan aku, dan aku cuma minta supaya Dia beri aku kekuatan untuk hadapi semua masalah aku. 

Susah bagi aku untuk bersikap redha dan tawakal. Aku tahu itu adalah salah satu sifat untuk orang mukmin. Sebagai hambaNya, memang perlu ada sifat redha dan tawakal. Tapi kadang-kadang hati aku keras. Sebab hati aku yang keras tu la makan diri aku balik. Aku sendiri yang cari masalah. Sebab tu aku malu pada Allah.

Aku cuma perlukan sedikit ketenangan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review