Friday, September 19, 2014

Bergantung atau mengada?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, September 19, 2014 1 orang berkata-kata
Assalammualaikum..

Bila terasa nak share something baru la terhegeh-hegeh nak datang jenguk kan. Kalau la blog ni sesuatu benda yang boleh dilihat dan dirasa dengan tangan, mau berhabuk sampai tak nampak colour sebenar dah ni. Berdebu habis.

Ok never mind. Cuma nak share dan nak tanya, salah ke kalau seorang perempuan tu terlalu bergantung pada seorang lelaki? Mengada-ngada ke kalau macam tu? 



Ok ini kisah bukan suami isteri. Mungkin sahabat, mungkin tunang. Bergantung dalam apa-apa pun. Ada masalah je cari dia, ajak makan pun cari dia, nak beli barang pun cari dia, nak cari gaduh pun cari dia. Lagi sekali, ini kisah seorang perempuan yang jauh dari family. Kira dia la yang paling dekat.

Yes, ini perempuan jenis tak berapa pandai nak independent sangat. Kawan-kawan sekeliling yang dekat-dekat pun tak ramai. Sebab tu asyik cari dia je. Hope dia tak rasa terbeban. Tapi andai kata suatu hari nanti si gadis dah kurang bergantung pada dia, itu bermakna si gadis dah ada tempat bergantung yang lain kerana merasakan dia tak suka dijadikan tempat bergantung. Minta-minta si gadis cepat bertemu jodoh. Aminn...

Saturday, August 2, 2014

Akhirnya..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 02, 2014 0 orang berkata-kata
Akhirnya aku bebas dari dibelenggu diri sendiri...

Monday, May 12, 2014

lagu carta feeling buat masa ni : DEMEISES _ DENGARLAH BINTANG HATIKU

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, May 12, 2014 0 orang berkata-kata


Tahu lagu apa yang paling feeling untuk aku dengar sekarang ni? Ni ha lagu dalam video ni. Serius feeling sangat2 bila dengar. Semuanya berpunca masa dengar Johara pagi-pagi hari tu. Ada kes sorang lelaki ni nak pujuk wife dia yang tengah merajuk. Then dia call Johara, then dia nyanyi lagu ni dalam radio khas untuk wife dia. Oh aku yang takde kena mengena ni bila dengar pun memang rasa tersentuh habis, apatah lagi wife dia tu. Ofkos terus maafkan gitu..

Sila2 lah dengar. Oh touching nye...

Sunday, April 13, 2014

Yea cerita kahwin lagi! Pfff..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 13, 2014 2 orang berkata-kata
Sekarang ni dah masuk bulan April tahun 2014. 2014?? Biar betul?? Maknanya sekarang ni umur aku dah pertengahan 20-an la kan? Nanti tak lama lagi nak masuk 30-an pulak. Macam tak caya je umur dah makin tua..teringat dulu masa mula-mula nak masuk 20-an, pun dah rasa tua dah. Inikan pulak 30-an, aduh...

pelamin siapa la yang cantik ni..pinjam jap gambar


Tolong la sedar diri sikit yang oi...awok memang dah makin tua dah. Ok2 baik2. Patut la pergi mana-mana je sekarang ni orang sebut pasal kahwin. Macam tak biasa pulak sebab ye la dulu kan zaman belajar..mana biasa kahwin2 ni. Kalau orang tanya pun, boleh la aku jawab, "Saya belajar lagi cik, mana boleh kahwin".

Tapi sekarang, kalau orang tanya pasal kahwin je, aku dah takde jawapan selamat dah. Kalau jawab, "Saya baru masuk keja cik, tak boleh kahwin lagi", konfem kena smash balek lepas tu. "Jangan lambat-lambatkan kahwin tu. Sebab dah keja la dah boleh kahwin. Kalau tak besok nanti menyesal sebab kahwin lambat. Umur dah lanjut tapi masih ada anak kecil". Pergh kena balik...tu lepas2 tu memang dah takde jawab macam tu. Kalau orang tanya je, especially orang ofis sebab mostly orang ofis semua dah kahwin, aku senyum je. Senyum je respon paling selamat buat masa ni.

Kalau berborak dengan kawan-kawan sebaya pun, pasal kahwin saja ceritanya..excited nak buat itu nak buat ini masa kenduri masing-masing nanti. Aku? Dengar je la...itu je yang mampu. Sebenarnya bukan taknak kahwin. Semua orang ingat aku yang saja-saja tangguhkan urusan kahwin. Aku yang saja lambat-lambatkan hal kahwin. Bukan...

Tapi sebab memang aku belum ditakdirkan untuk berkahwin lagi. Belum ada yang gembira kalau dengar berita aku nak kahwin. So aku pun jadi tak excited la kalau orang lain pun tak excited kalau aku kahwin. Apa ayat aku ni? Cam tunggang terbalik pulak. Lantak la janji orang paham apa yang aku nak sampaikan. Paham kan? Terima kasih.

So lepas ni korang pun jangan la asyik asak-asak je orang yang belum kahwin dengan soalan yang sama berulang kali. Bila lagi? Bila lagi? Macam aku ni okay la lagi tak masuk 30-an lagi, kata orang masih muda lagi hihi. Tapi bagi mereka yang lebih berusia dari aku, mungkin lain pulak perasaannya. Kadang-kadang ada benda yang  mereka tengah hadapi yang kita tak tahu pun. Bukannya taknak, tapi ada halangan lain..senang kata, belum sampai jodoh la.

Ok sekian saja cerita saya pada hari ini selepas cerita pendek tadi. Terima kasih kerana membaca :)

Ayat untuk hari ini

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 13, 2014 1 orang berkata-kata
Assalamualaikum :)

Rasa macam tak biasa pulak dah menaip di page sendiri. Rasa macam tengah menaip di page orang lain pulak. Tetiba rasa janggal.

Takde apa. Cuma tengah perasan something. Kalau kau tak suka seseorang dan orang lain pun memang kurang senang dengan budak yang kau tak suka tu, ok mungkin memang budak tu yang problem. Mungkin, tapi tak semestinya. Tapi kalau kau tak suka seseorang, dan bukan budak tu je, budak lain pun kau tak suka tanpa dapat bagitau sebab, itu sebenarnya memang kau yang problem. Suka-suka hati kau je tak nak suka kat orang.

Ok sekian untuk hari ini. 

Sunday, February 16, 2014

Cheesekut yang sedap!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 16, 2014 0 orang berkata-kata
Mari belajar buat cheesekut dengan Sephiasophia! :)



Mula-mula sediakan 5 bahan ni. Lima je, so simple kan.

Pukul cream cheese dengan susu manis bersama. Macam ni.

Pastu ambik biskut Deluxe Cracker tu, cicah dengan fresh milk. Agak-agak je. Jangan sampai lembik sangat sampai tak boleh angkat pulak. Susun dalam bekas@loyang. Gambar takde sebab tak ingat pula nak ambik. Then sapukan cream cheese yang dah dipukul tadi atas susunan biskut. Taburkan nestum. Ulang balik langkah yang sama start dari cicah biskut dalam fresh milk tadi. Buat sampai bahan habis dan bekas@loyang penuh. Pastu masukkan dalam peti ais. Then, taraa!


Dap nye dap nyeee...



Lupa diri

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 16, 2014 0 orang berkata-kata
Salam..

Hari ni macam nak meluah perasaan yang ada kat dalam hati ni sikit. Saya teringin nak ada rumah mewah, kereta mewah, makan mewah..tapi satu yang saya takut, takut lupa diri. Manusia, bila dah pegang duit, bila duit depan mata, mudah sangat lupa diri. Lupa asal usul. Itu la yang paling saya takutkan. Kalau sedar takpe. Ni kalau tak sedar diri yang diri tu dah lupa diri. Acaner tu?

Ok dah cukup merepek hari ni. Ok bai.

Sunday, January 19, 2014

Kenapa bukan iman yang dilihat dalam pemilihan pasangan?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, January 19, 2014 1 orang berkata-kata
Wahai kaum Hawa, cuba refresh semula...anda pilih lelaki berdasarkan apa?

  1. Rupa paras
  2. Harta
  3. Budi pekerti
  4. Iman
Saya? Rasanya no 3. Kenapa bukan iman? Sebab saya belum kenal lagi dia yang sebenar-benarnya. Saya tak tahu kalau dia solat, adakah ikhlas atau menunjuk saja depan saya. Sebab bukannya 24 jam kita dengan dia kan, belum hidup bersama lagi. Saya tak boleh nak nilai tahap keimanan dia. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Tapi yang penting, apa yang kita nampak depan mata. Dia boleh hormat kita, jaga maruah kita, dan tak ambil kesempatan atas kita.


Untuk perkara no 4, insyaAllah, kalau Allah izinkan..saya hanya boleh berdoa supaya ditingkatkan iman dalam diri si dia dan diri saya sendiri. So girls, jangan lupa berdoa dalam soal memilih jodoh. Saya pun tak tahu lagi berjodoh dengan siapa nanti. Mungkin dia mungkin orang lain. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui. :)

Saturday, January 18, 2014

Tolong la jangan nak hon orang sesuka hati

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, January 18, 2014 2 orang berkata-kata
Now saya dah bawa and drive kereta sendiri pergi balik kerja. Honestly, sebenarnya still ada rasa takut lagi nak drive kereta, tapi buat-buat berani sebab terpaksa. Kalau bukan saya, siapa lagi nak drive kan? Takkan kena hire pemandu kot? Banyak duit kau.

Drive kereta  dalam Putrajaya pun cukup la. Kadang-kadang rasa nak give up je tak nak bawak, Belum lagi masuk KL kan. Orang Putrajaya macam jenis yang tak boleh sabar. Hon sana hon sini. Mungkin bukan semua, tapi mostly macam tu. Mmm ye saya pun baru pandai bawak kereta, tak expert pun. Tu yang kadang-kadang rasa macam nak balas, "Kau tak boleh sabar ke? Aku memang tak pandai bawak kereta. So sabar sket, aku memang tak pandai nak cucuk jalan."

Kalau nak keluar simpang pun, kalau lambat cam takut-takut pun kena hon. Aish serius rasa nak give up. Husband aku nanti tolong la memahami yang aku seboleh-bolehnya TAK NAK drive, lagi-lagi kat tempat yang orang nya tak boleh nak sabar. Sori kalau ada orang Putrajaya yang baca post ni. Kalau anda bukan jenis yang macam tu, yang suka hon-hon sesuka hati tu, bagus. Thumbs up for you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review