Sunday, January 19, 2014

Kenapa bukan iman yang dilihat dalam pemilihan pasangan?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, January 19, 2014 1 orang berkata-kata Links to this post
Wahai kaum Hawa, cuba refresh semula...anda pilih lelaki berdasarkan apa?

  1. Rupa paras
  2. Harta
  3. Budi pekerti
  4. Iman
Saya? Rasanya no 3. Kenapa bukan iman? Sebab saya belum kenal lagi dia yang sebenar-benarnya. Saya tak tahu kalau dia solat, adakah ikhlas atau menunjuk saja depan saya. Sebab bukannya 24 jam kita dengan dia kan, belum hidup bersama lagi. Saya tak boleh nak nilai tahap keimanan dia. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Tapi yang penting, apa yang kita nampak depan mata. Dia boleh hormat kita, jaga maruah kita, dan tak ambil kesempatan atas kita.


Untuk perkara no 4, insyaAllah, kalau Allah izinkan..saya hanya boleh berdoa supaya ditingkatkan iman dalam diri si dia dan diri saya sendiri. So girls, jangan lupa berdoa dalam soal memilih jodoh. Saya pun tak tahu lagi berjodoh dengan siapa nanti. Mungkin dia mungkin orang lain. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui. :)

Saturday, January 18, 2014

Tolong la jangan nak hon orang sesuka hati

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, January 18, 2014 2 orang berkata-kata Links to this post
Now saya dah bawa and drive kereta sendiri pergi balik kerja. Honestly, sebenarnya still ada rasa takut lagi nak drive kereta, tapi buat-buat berani sebab terpaksa. Kalau bukan saya, siapa lagi nak drive kan? Takkan kena hire pemandu kot? Banyak duit kau.

Drive kereta  dalam Putrajaya pun cukup la. Kadang-kadang rasa nak give up je tak nak bawak, Belum lagi masuk KL kan. Orang Putrajaya macam jenis yang tak boleh sabar. Hon sana hon sini. Mungkin bukan semua, tapi mostly macam tu. Mmm ye saya pun baru pandai bawak kereta, tak expert pun. Tu yang kadang-kadang rasa macam nak balas, "Kau tak boleh sabar ke? Aku memang tak pandai bawak kereta. So sabar sket, aku memang tak pandai nak cucuk jalan."

Kalau nak keluar simpang pun, kalau lambat cam takut-takut pun kena hon. Aish serius rasa nak give up. Husband aku nanti tolong la memahami yang aku seboleh-bolehnya TAK NAK drive, lagi-lagi kat tempat yang orang nya tak boleh nak sabar. Sori kalau ada orang Putrajaya yang baca post ni. Kalau anda bukan jenis yang macam tu, yang suka hon-hon sesuka hati tu, bagus. Thumbs up for you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review