Wednesday, November 30, 2011

diet Atkin, turun 4 kilo dalam masa 3 hari

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, November 30, 2011 4 orang berkata-kata
Siapa tengah diet? Hari ni saya nak share satu cara diet yang saya rasa agak best gak hehe.. Sebenarnya cara diet ni lecturer saya yang ajar. Dia namakan diet ni Diet Atkin (ok tu nama lecturer yang bagi). Selalu kalau korang diet, korang kurangkan apa? Lemak kan? Tapi diet Atkin ni, kita kena kurangkan karbohidrat dalam badan. Low karbohidrat, high protein and fat. Bayangkan, lecturer saya baru amalkan 3 hari dah turun 4 kilo.. dia siap pergi check kat klinik lagi sebab tak percaya. Bila dah check, memang betul lemak dalam badan turun 4 kilo lepas 3 hari.

Nak tahu kenapa kena kurangkan karbohidrat? Bukannya lemak?

Metabolisme dalam badan kita akan bakar karbohidrat, then baru lemak.. so bila dia dah bakar karbohidrat dalam badan, bila nak bakar lemak tu dia dah tak boleh dah sebab karbohidrat kita banyak. Thats why kita kena kurangkan karbohidrat supaya metabolisme tu kurang kerjanya.. boleh bakar lemak. Owh yang ni lecturer saya yang cerita tadi. Saya mana la tau bab-bab biologi ni... Den tolong sampaikan yo ha..

So kepada siapa-siapa yang nak diet tu, boleh cuba cara ni.. Mana tau kot-kot silap hari bulan boleh jadi model =)

Tuesday, November 29, 2011

gembiranya saya....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, November 29, 2011 4 orang berkata-kata
Wah untung la balek rumah weekend lepas.. dapat makan buah banyak-banyak, dapat jumpa kawan-kawan sepermainan.. Nasib baik saya decide nak balek gak even last minit punya decision. Yela before tu cam dilema nak balek ke tak sebab saya malas nak naik bas. Tapi... untung la ~~






 Masa ni saya segan sebab ada Cina kat depan tu tiru gaya saya nak bergambar, terus toleh kiri hehe




 Sekali sume makan sizzling daa..




 Poyo ke kami? =)




Duit duit..



Sangat seronok keluar ngan kawan lama.. dah lama gak kitorang tak jumpa. Saya sampai hilang suara bila sampai rumah. Bukannya sebab bersorak Malaysia lwn Bahrain, tapi sebab banyak sangat gelak hehe... tak benti plak tu. Kadang tu risau gak hepi-hepi sangat, besok kot nangis plak. Tapi memang besoknya memang nangis pun..... nangis nak balek kolej, meninggalkan rumah yang tercinta =)



Saturday, November 26, 2011

excited bila beli kasut off 50%

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 26, 2011 0 orang berkata-kata
Hui penat gile bila sampai rumah.. pas solat maghrib terus terlelap. Sampai mimpi-mimpi kengkawan sekolah menengah dulu datang rumah, kengkawan adik datang rumah, my bestfriend punya pakwe datang rumah. Tapi yang peliknya, yang datang tu semua adalah lelaki and datang masa saya tengah tidur kat ruang tamu, suasana sebijik cam saya tidur tadi. Apa motif?? Takpe yang penting, nasib baik la mimpi jee..... kalau tak jatuh la maruah den ~~


Hari ni saya dalam mood happy sebab, sebab, sebab tadi beli kasut ada diskaun 50% muahahaha.. Masa keluar kedai tu pun kawan ade tegur, "Muka kau tak payah nak happy sangat la dpt beli kasut", haha.. Tak expect pun, tetiba masuk kedai salesgirl (salesgirl kan name die?) cakap "Hari ni ada sales 50% tau". Ha? What?? Terus excited nak cari kasut. Kawan tanya, "Kau nak usha kedai lain dulu tak?". "Taknak, aku nak beli kat sini je". Excited kan? Padahal before tu dah cakap nak usha banyak kedai dulu before pilih =)


Terjaga pun sebab adik kejut, diorang nak keluar rupanya. Bangun je terus tanya, "Mak, lauk ada tak?". Lapar weyh............


"Mak baru nak beli ni". So thats mean saya menaip entry ni dalam keadaan lapar sekarang ni, sedang menunggu kepulangan lauk. Masak sendiri? Bukannya tak nak masak.. tapi dah nak beli lauk kan, so kalau offer diri nak masak, hancur lebur la hati mak dan adik-adik nak keluar beli lauk hihihihi.... ayah pun.


Eh, rasanya dah lama mereka-mereka ni keluar.. nape tak balik lagi ni?





Provokasi Indonesia nak tarik kemenangan Malaysia dalam bola Sukan Sea

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 26, 2011 2 orang berkata-kata



Hari tu masa tengok live bola kat TV3, Malaysia lawan Indonesia untuk Sukan Sea ni, saya perasan coach Malaysia marah-marah masa dah habis game. Pelik gak saya, nape coach marah-marah ni padahal dah menang? Then saya dah dapat jawapan. Tak tahu la kot orang lain dah lama tahu kan.. cam biasa la saya lambat sket hehe. Nak buat camane orang busy memang camni hihi. Rupanya................................. lepas habis je game, staff@krew Indonesia terus turun untuk buat doping test kat pemain Malaysia. Patut la coach marah-marah. And saya dengar doping test tu dibuat untuk pemain Malaysia sahaja. Why? Tak percaya pemain Malaysia still bertahan sampai habis game? Provokasi provokasi.. ni saya sempat snap komen-komen yang mungkin membina dan mungkin berguna untuk kita jadikan sebagai pengajaran. Komen-komen mencarut maleh la ai nak layan..









Kita jangan buat orang lain macam ni pulak lepas ni.. Layan la tetamu dengan baik. Sedangkan kalau musuh yang datang pun kita kena layan baik-baik gak kan?


Friday, November 25, 2011

Cheating?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 25, 2011 3 orang berkata-kata


Kadang-kadang kalau setia sangat pun tak leh gak kan. Contoh la, kalau si lelaki ni memang setia abis la kat girl dia. Yang girl ni pulak memang tahu lelaki ni memang seorang yang setia. Tak kira apa dia buat, lelaki ni memang akan memaafkan dan takkan tinggalkan dia. So rasa-rasanya girl ni berani tak nak pasang lain? Pergh memang tak sayang la kalau camtu kan..

So kesimpulannya, kita kena ada backup lover. So andai terjadi pape, ter'clash' ke, ter'break' ke, tak la frust sangat kan... haha. 

Sape yang baca ni konfem tak nak kat aku dah ni, takut diduakan hihi.. harap jangan lurus cam pembaris sangat ye.

tak bestnye kena balik naik bas...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 25, 2011 0 orang berkata-kata
Minggu ni nak balik rumah, tapi abang-abang semua tak balik. So saya kena balik naik bas sorang-sorang, tak bestnye... Kalau balik naik bas, kena balik Sabtu siang. Pastu balik kolej Isnin siang, tak best tak best. Saya nak balik malam, tapi takde tiket malam la pulak..


Bak kata kawan saya, "Ko angkut la uitm tu kat sebelah umah ko".


Wah kasar giler gurau, hampas tul cik Ayu ni.. Tapi memang betul pun, sebab saya balik rumah tiap-tiap minggu dah hehe.. Minggu ni tak plan pun nak balik. Tetiba baru tahu yang isnin cuti, tu yang terus nak balik tu. Kenapa? Nak cakap saya lambat, tak tahu isnin cuti? Lecturer saya lagi lambat tau. Dia tak percaya isnin cuti, dah berdebat dah dalam kelas ari tu. Ntah-ntah isnin ni dia datang kelas sorang-sorang hehehe...


Ok lah saje je nak membebel sat..malam ni nak test, tapi otak dah penat study. So nak relax la sket..




p/s: Saya menggantikan perkataan 'saya' untuk 'aku' sebab rasanya readers saya ada yang berumur lebih tua dari saya.. So lagi sopan la kalau guna 'saya' kan =) terima kasih.

Sunday, November 20, 2011

For the rest of my life.. I'll be loving you

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, November 20, 2011 0 orang berkata-kata




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..




p/s: tak tahu la aku boleh jadi isteri yg solehah, yg baik, yg mithali ke tak nanti.. insyaAllah...



Saturday, November 19, 2011

penat gak kenduri tunang ni, fuh..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 19, 2011 3 orang berkata-kata
Fuh penat penat... abang yang tunang, tapi aku plak yang penat lebih-lebih. Mana tak nya, abang aku mana la buat kerja-kerja orang perempuan siapkan hantaran. Yang tolong racik bunga rampai, aku la orangnya. Buat sorang-sorang plak tu. Start kul 12.30 malam, aku tido kul 4 pagi. Tapi kalau tak tolong pape, takkan rasa la suasana kenduri kan...


Pagi-pagi lagi ayah aku dah kejut semua orang bangun.. yang solat subuh semua tido balik, tu yang ayah aku bising tu hehe. Yela kul 10 orang dah nak baca doa, maknanya kul 9 lebih mesti la orang dah ramai datang. Tapi ada makcik-makcik yang datang kul 7, kitorang tengah lepak-lepak baring lagi kat depan tu. Tido ramai-ramai kan. Bila makcik-makcik tu datang, baru la semua nak bangkit sebab segan hihi..













Owh lupa nak bagitau.. makcik-makcik tu datang awal sebab nak tolong masak. Kawasan rumah aku still amalkan rewang. Tau rewang?? Ala yang masak beramai-ramai, tolong menolong kalau ada kenduri tu.. kira kitorang memang tak guna catering la.


Hehe masa nak pergi rumah perempuan tu, aku tolong bawakkan hantaran sirih junjung. Cincin, tapak sirih orang tua-tua tolong bawak.. simbol adat la katanya.. pastu aku tanya mak, "Mak, boleh ke akak yang bawak sirih junjung ni? Ke nak kena orang veteran gak yang bawak?"


"Boleh je.. dia kalau sape yang bawak sirih junjung masa hantaran, maknanya lepas ni turn dia plak". Wah, mak aku nak sangat aku kahwin ni. Tapi mak memang nak aku kahwin awal dow.. dulu lagi mak dah pernah cakap, paling lambat pun kahwin masa umur 25. tapi tu pun dah lambat dah tu.. elok umur 23 dah kahwin. Pergh.. tau tak aku umur 23 bila? Tahun depan beb.. tahun depan. So jangan terkejut plak kalau tetiba aku dah kahwin tahun depan tau, haha! Eh tak tak... tipu je. Mak memang la nak awal, tapi ayah aku berbeza pendapat plak. Ayah, lagi lambat lagi bagus agaknya pada ayah.. berbeza kan pendapat lelaki dengan perempuan? Aku? mesti la sama dengan mak hihihihihi.... tapi belum ada jodoh lagi.


Ok dah dah stop stop... taknak cakap lagi dah.




p/s: kepada siti, kalau nak tengok more pic, tgk kat aku je la eh.. segan plak nak upload byk gambar sbb bukan majlis aku kan hehe.



Friday, November 18, 2011

page-page kat facebook

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 18, 2011 0 orang berkata-kata
Sekarang ni kat Facebook ada macam-macam page, macam-macam.. tapi yang tak sedapnya banyak plak page yang guna bahasa kesat. Aku tak paham la, nape bila marah je nak kena guna bahasa kesat. Best ke? Puas ke? Macam ni...












Sial!Bodoh
Pegi Mampos La Bodoh!
Aku xkacau hidup kau kan?so? pegi mampus laa



Cuba la like page-page macam ni ke... ade gak faedahnya hihihi...

Asyik tulisan biru je,takde ke tulisan hijau?hehehe~
Tak Boleh Nak on9 lama2 sangat,bil letrik naik.
Yeay yeay , tulisan aku jadi kaler biru ~
I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW
Terima KaSih atas Komen Anda.. I Like..!! Yuhuuu. >_<




Wednesday, November 16, 2011

kalau anda baca mesti bosan.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, November 16, 2011 0 orang berkata-kata
Kelakar eh statement aku sebelum ni? Ada beberapa umat yang gelakkan statement aku tu, ceh!


Takpe tak kesah pun..


Sekarang ni tengah busy sangat, so cam takde masa nak update blog. Busy ape pun aku tak tahu, tapi yang pasti ade je menda yang aku nak buat. Kalau bukan study, tido. Kalau tak tido, makan. Kepala pun tengah pening-pening sekarang, tak hilang lagi sisa-baki demam haritu. Bukak laptop, online pun tak tahu nak bukak apa. Baca tu baca ni, dah, tutup.


Blogwalking sket, aku perasan ada satu blog ni suka perli orang lain. Tapi nasib baik tak pernah kena kat aku haha. Tapi kadang-kadang aku cam leh tangkap blog siapa yang dia perli tu. Ok yang dia suka perli tu blog orang tu, bukan nya orang tu. Haha kekadang tergelak aku baca sensorang.. suka hati anda la... ok dah takde citer. Kan aku dah cakap, mesti bosannya =)

Saturday, November 12, 2011

Mmmm....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 12, 2011 5 orang berkata-kata
You know what?
 Kekadang aku rasa menyampah sangat dengan lelaki.. 
Tapi kekadang aku rasa aku perlukan someone in my life. 
Maybe aku patut lembutkan sket hati ni kot..

FunTime in Universal Studios Singapore

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 12, 2011 0 orang berkata-kata
Salam Aidiladha semua.. walaupun dah lepas seminggu, tapi nak ucap gak, tak kira. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal Aidiladha, but i want to tell you about Singapore (again)!


Sebelum ni aku pegi Singapore tuk balik beraya je. So haritu try la masuk Universal Studios Singapore yang baru siap tu. Manyak syok woo! Ada macam-macam games, Madagascar, Mummy, New York, banyak lagi la. Tapi paling best masuk kat Mummy, 2 kali kitorang masuk. Nak masuk kali ke 3, takut sakit jantung plak haha sangat cuak!


Roller Coaster pun best gak.. ada dua, satu merah satu biru. Yang biru paling mencabar sebab main dalam keadaan terbalik! And banyak tunggang terbalik gak la.


Layan gambar la lagi best..






Lambang kemegahan kota Singa


Anak dia pulak


Penah tengok kapal atas bangunan?


Bangunan durian?






Dalam USS plak..


 Gila tak gila la kan rangkaian roller coaster ni


 Lagi..


Lagi...





tunggu MRT nak ke Sentosa


 dah sampai!







 ni Woodpecker kan?

















 Kedai ni memang betul-betul manis tau (tipu)



Bila tengok diorang berlakon, siyes cam dalam filem


 Ulat ni gerak-gerak tau, sebijik cam dalam The Mummy











 Kereta antik


 Kungfu Panda


Semua cousins



Nak balik tu dapat plak anugerah ni, hihihi....



Friday, November 4, 2011

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 04, 2011 4 orang berkata-kata
Ok aku tau post ni dah lambat, cerita ni pun dah basi.. tapi nak buat camane, orang kalau busy dengan test, assignment and quiz memang camni.. ketinggalan sket. Bila online je rasa serba salah dengan buku, tapi bila bukak buku, kepala kat laptop. Ok jangan ikutkan hati sangat, nanti tak dapat jawab test baru kau menyesal nyah.....


Seperti yang semua orang dah tahu, tahun ni kemenangan berpihak kat negeri kelahiran, Negeri Sembilan, yeah! Rezeki... terasa sangat-sangat lah gembira sebab aku pergi tengok sendiri kat stadium, muahaha... bukan senang nak tengok aku masuk stadium ok. Berbaloi ah bayar rm20 tuk tiket. Actually rm25, tapi ayah mintak rm20 je, untung la~~


Dan yang paling menariknya (bagi aku), mak pun pergi sekali haha.. ayah dah konfem-konfem mesti pergi nya la kan. Before masuk tu ada polis tegur ayah, "caya la pak aji beri sokongan.. klu pak aji dah turun, mesti menang punyer.." hahaha... masin mulut polis tu.




penyokong tegar



tak tau tak tau





anak buah pn pegi la



my family.. aku dok jauh sket =(



ramai gilers..



lepas dh menang, muka pun hepi keluar stadium =)



p/s: kami solat dulu tau.. game start 8.45.
p/s: masa yg sama, family belah ayah tgh buat meeting utk hari keluarga. ayah bos sbb anak sulung, tapi nk buat camane, bos tak boleh nk pegi sebab bola lg penting haha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review