Saturday, August 31, 2013

bapo banyak jonih game bola kek Malaysia?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 31, 2013 2 orang berkata-kata Links to this post


Sebona eh sey nak tanyo la, bapo banyak jonih game bola ado dalam Malaysia ni ha? Kojap Pialo Malaysia la, kojap Liga Pedano la, Liga Malaysia la, poning sey...

Cito eh camni..aritu sey pi kua makan ngan mak ayah, mo adik pompuan sey duo orang. Ari Selaso tak silap. Maso tu ado game bola Nismilan lawan Kelantan kek Paroi. Sey nak pi makan tu kek Seromban, lalu la Paroi. Maso lalu tu, punyo la ghamai umat eh..handa yo semangat orang nismilan ni kan. Dalam keto tu, sey donga la ayah mo adik pompuan sey yang sorang tu burak pasal bola. Poning donga eh..jap nia lawan nia la, nia kalah, nia monang. Boto sey tak paham do... Mulo2 tu ingek nak gak la sey donga cito eh. Dah lamo plak tak layan bola ni kan. Tapi tu la, lamo2 poning donga eh..awok tak paham, tak tahu ujung pangka, camno nak paham.

Berbalik soalan sey awal2 tadi, bapo jonih agak eh game bola yang ado kek Malaysia nia ha? Aritu donga eh dah lawan Pialo Malaysia kan? Yang baru nia sey donga game tuk Pialo Malaysia gak. Tu yang sey jadi tak paham tu. Yang JDT nak lawan maghin, yang ado kes kucing masuk stadium tu, ha yang tu game apo plak? Bukan tu ko final Pialo Malaysia eh? Takkan ado dua kali plak Pialo Malaysia tahun nia kan?

Sey ni nak kato minat bola tu, minat la gak...kalau Nismilan lawan la. Kalau team lain lawan sey tak layan do. Tu pun time Nismilan main, sey nengok yo la bola tu ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan. Kalau gol, jerit gol. Apo susah. Ha paham tak tu apo sey burakkan? Takpo, bawah nia ado translator eh.

Sebenarnya saya nak tanya la, berapa banyak jenis game bola ada dalam Malaysia ni eh? Kejap Piala Malaysia la, kejap Liga Perdana la, Liga Malaysia la, pening saya..

Cerita dia mcm ni..hari tu saya pegi keluar makan ngan mak ayah, ngan adik perempuan saya dua orang. Hari Selasa tak silap. Masa tu ada game bola Negeri Sembilan lawan Kelantan kat Paroi.Saya nak pegi makan kat Seremban, lalu la Paroi. Masa lalu tu, punya la ramai orang...kuat gak semangat orang Negeri Sembilan ni kan. Dalam kereta tu, saya dengar la ayah dengan adik perempuan sorang tu borak pasal bola. Pening dengar eh..kejap ni lawan ni la, ni kalah, ni menang. Betul saya tak paham...mula2 tu ingat nak gak la saya dengar cerita. Dah lama plak tak layan bola ni kan. Tapi tu la, lama2 pening dengar eh...awok tak paham, tak tahu hujung pangkal, camne la nak paham.

Berbalik soalan saya awal2 tadi, berapa jenis agak nya game bola yang ada kat Malaysia ni eh? Haritu dengar dah lawan Piala Malaysia kan? Yang baru ni saya dengar lawan game tuk Piala Malaysia gak.Tu yang saya jadi tak paham tu.Yang JDT nak lawan aritu, yang ada kes kucingmasuk stadium tu, tu game ape pulak? Bukan tu ke final Piala Malaysia? Takkan ada dua kali pulak Piala Malaysia tahun ni kan?

Saya ni nak kata minat bola tu, minat jugak la..kalau Negeri Sembilan lawan. Kalau team lain lawan saya tak layan. Tu pun kalau Negeri Sembilan main, saya tengok je la bola tu ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan. Kalau gol, jerit gol. Ape susah.

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 07, 2013 0 orang berkata-kata Links to this post
Hari raya dah nak tiba..Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedih kan? InsyaAllah kita akan jumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan. :)

Di sini saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

pada awak-awak semua..

Berdebar-debar menanti kedatangan Syawal sebab ada orang nak datang rumah nanti. Urusanku akan berjalan hanya dengan izin Allah, insyaAllah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review