Wednesday, October 31, 2012

oh lelaki, tolong jangan tamak boleh?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, October 31, 2012 3 orang berkata-kata
Dulu selalu dengar orang cakap, kalau nak tahu seorang lelaki tu ikhlas atau tak ngan kita orang perempuan ni, tengok pada caranya.. Selalunya kalau laki tu ikhlas, dia nak jumpa family kita, parents kita. Kalau asyik nak ngelat je jumpa family kita, paham-paham je la...memang tak lama dah tu.

Tapi tu dulu.. la ni orang dah makin berani. Niat asalnya memang nak menipu, tapi si lelaki sanggup jumpa parents perempuan semata-mata nak raih kepercayaan perempuan. Ada yang siap berjanji nak kahwin, siap dah bagitau tarikh bila nak tunang lagi tu. Kalau setakat janji nak kahwin, janji antara dia dengan perempuan tu je, mungkin la memang menipu.. Tapi ni dah siap jumpa family, tetapkan tarikh pertunangan dengan family. Tapi dia taknak pun kahwin ngan perempuan tu. Dia nak duit je sebenarnya. Tak percaya? Baca ni: Tunang lima sekali gus.

Tu cerita lain.. ada gak lelaki yang konon-kononnya ikhlas, tapi sebenarnya dah bertunang pun. Oh lelaki, kenapa la kau tamak sangat? Jangan tamak sangat boleh tak? Besok kalau kau hilang semuanya, baru kau tau. Ok kalau poligami tu lain cerita. Tu dia dah kahwin, then jumpa yang lain. Tu pun tamak gak tu, tapi soal jodoh tak boleh nak pertikaikan. Tapi kalau baru bertunang, dah cari yang lain, ape kes??

Sekarang bagitau, lelaki macam mana lagi yang boleh dipercayai? Nak kena family laki tu sendiri datang rumah kot, baru boleh percaya.


- ter'emo' pulak.

Monday, October 29, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha :)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 29, 2012 2 orang berkata-kata
So how's your eidAdha days? Tahun ni semua adik beradik saya ada kat umah.. seronok sangat. Malam raya abang-abang kat rumah mentua, so pagi-pagi besok diorang balek sini. Jadi merasa la semuanya melapah daging.

Pagi tu, semua pegi sembahyang raya.. pastu tengok orang sembelih lembu. Tahun ni kat tempat saya ada 8 ekor lembu tumbang, banyak tu. Disebabkan hari tu hari Jumaat, so pagi korban 3 lembu, pas sembahyang Jumaat korban lagi 5 lembu. 


semua ni abang saya.. yang baju hitam pakai topi tu jiran sebelah rumah


rajin ye...ok takpe




kasi timbang betul-betul itu daging


Suka la tu ayah saya, kelima-lima hero dia tolong lapah daging tahun ni. Cucu-cucu dia pun turun sekali la datang tolong, tolong tengok. Petang tu pas penat potong-potong daging, semua balek terus tido. Ayah je tak balek lagi sebab kena bahagi-bahagi daging. Tido semua sepesen, tido tertiarap tak pakai baju macam ni..



Dah petang tu semua hero dah tido, tinggal la kami yang perempuan-perempuan ni. Mak, kakak-kakak  ipar, saya, adik-adik. Layan movie je la sambil borak-borak hal perempuan.. pastu buat air teh untuk minum petang. Bangun je semua terus nak makan, lapar la tu. Disebabkan siang kami tak sempat nak pegi rumah uwan, so malam tu kami pegi melawat uwan jap. Raya korban tahun ni saya rasa meriah pulak sebab semua adik-beradik ada masa melapah daging. Tu yang seronoknya kalau adik-beradik ramai ni ;)

Saturday, October 27, 2012

konfius tentang adat perpatih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 27, 2012 6 orang berkata-kata


Adat Perpatih, adat yang lebih mementingkan kaum wanita dari lelaki. Satu-satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih adalah Negeri Sembilan. Saya orang Negeri Sembilan, ayah asal dari Negeri Sembilan. Tapi sebenarnya saya tak tahu pun tentang adat perpatih ni. Jadi tergerak la hati nak search tentang adat ni. Ni yang saya jumpa;

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Dalam adat Perpatih ni, ada lima prinsip utama:
  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Selalu dengar orang cakap, kebanyakkan lelaki takut nak kahwin dengan perempuan Negeri Sembilan ni, sebab orang Negeri Sembilan ni amalkan adat perpatih. Takut nanti bila cerai, harta suami jadi harta isteri. Nak saya ingatkan, tak semua orang dalam Negeri Sembilan amalkan adat perpatih ni. Keluarga saya tak pun ;)

Ok ni yang saya ambil dari wikipedia.

"Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja)."

Saya mention lagi sekali, TANAH ADAT ye, bukan HARTA SEPENCARIAN. Logik la kot reason yang dia cakapkan tu, anak lelaki lebih pandai berdikari untuk teruskan hidup berbanding anak perempuan bila dah tinggal sebatang kara. Sebab tu harta pusaka didahulukan kepada kaum wanita. Penerangan lagi kat bawah ni,

"Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja)."




So lelaki-lelaki di luar sana, masih takut lagi nak kahwin dengan perempuan yang amalkan adat perpatih ni? Jangan salah paham lagi.. bukan harta kamu yang didahulukan untuk mereka, tapi tanah adat dan harta pusaka nenek moyang mereka yang didahulukan untuk mereka kaum wanita. Logik kan? Takkan harta pusaka turun temurun sejak nenek moyang nak bagi kat orang luar, lagi-lagi lelaki. Adat ni cuma nak mempertahankan dan menjaga kaum wanita je. Cewah, backup baik punya even keluarga saya tak amalkan adat ni. Adat perpatih tak, adat temenggung pun tak. Takpe, biar kita tak beradat, tapi jangan tak beradab. Sekian.


sumber: wikipedia, 1klik


Thursday, October 25, 2012

ritual menyiksa badan ajaran Syiah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 25, 2012 0 orang berkata-kata
Tengok video kat bawah ni.



Ataupun leh tengok kat sini jugak. Mm tak tahu nak cakap apa... dah terang-terang salah, tapi masih ada orang yang nak ikut jugak. Mengikut sumber-sumber yang saya baca, dalam ajaran mereka, kalau mencederakan diri sendiri, cederakan anak-anak, dianggap amalan yang dapat pahala. Yang saya pelikkan, macam mana diorang boleh terfikir macam tu? Macam mana boleh terfikir dapat pahala kalau cederakan diri sendiri?

Okay kalau ikut logik la kan, ikut akal waras kita sebagai manusia biasa ni, sedekah pada fakir miskin insyaAllah dapat pahala. Sebabnya kita dah bantu kurangkan sedikit beban orang fakir miskin tu. Tolong mak ayah atau sesiapa je, insyaAllah dapat pahala. Sebabnya kita dah buat hati orang tu gembira, dah selesaikan satu masalah dia. Kiranya setiap perkara yang mendatangkan kebaikkan, insyaAllah dapat pahala. Tapi, bila cederakan diri sendiri....mm, dapat apa eh? Apa kebaikkan yang kita dapat dari perbuatan tu? So camane boleh terfikir apa yang diorang percaya sekarang ni? Ada sesiapa boleh terangkan?

Monday, October 22, 2012

apa perasaan kalau sentiasa nampak benda halus? #part 2

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 22, 2012 5 orang berkata-kata

Sambungan dari entry ni…sebenarnya saya ni tak pandai nak bercerita. Kalau awak awak semua baca cerita saya ni, semua straight to the point je, takdenya nak klimaks ke saspen ke apa. Tapi disebabkan ada permintaan untuk sambung cerita misteri ni, siap call lagi tu.. tak pernah pernah call saya, tetiba call semata mata nak suruh sambung cerita ni haha. So saya sambung..

Ada satu hari tu, masa tu kami form 3, kami kena stay kat sekolah untuk beberapa hari. Masa tu tengah cuti sekolah 2 minggu tak silap. Disebabkan exam dah nak dekat, so student form3 and form5 kena stay kejap, balik cuti lambat sikit. Budak budak lain semua dah balik. Lepas habis program dekat dewan dalam pukul 10.30 malam kot, kami nak pergi kelas jap, nak ambil buku untuk program besoknya. Mula-mula takut gak kalau pergi berdua je. Tapi tengok ramai pulak yang nak pergi, budak laki pun ada, so takde la takut sangat. Saya dengan cik A pun pergi la dengan perasaan buat buat berani. Kelas kami tingkat 3, tingkat paling atas. Nak dijadikan cerita, budak laki ni pulak nakal-nakal.. dalam suasana sunyi macam tu, boleh pulak nak buat ‘prang’ kat kami, nak takutkan kami. Bila nak masuk je kelas saya, diorang dah menyorok bawah meja and belakang pintu. Tak sempat bukak lampu, diorang sergah kami. Saya apalagi, menjerit la.. dah la tengah cuak. Cik A Nampak muka terkejut je, tak la terjerit cam saya. Then cik A teman saya ambil buku kat locker. Masa saya tengah cari-cari buku tu, saya perasan cik A cam tengah pandang kat luar kelas, macam terpana, terdiam. Saya pun tanya la, “Nape cik A?”. “Takde pape la..”. Masa tu memang ada budak laki tengah lari-lari depan koridor, so saya agak cik A pandang budak tu la, S nama dia. Pastu kami pun balek bilik.

Besok tu, cik A tanya saya, “Eda, ko tau tak kenapa aku menjerit semalam masa nak masuk kelas kau tu?”. “Tau, sebab budak laki sergah kita kan. Aku pun terkejut gila semalam”. “Tak.. sebenarnya aku dah nampak diorang menyorok sebelum kita masuk kelas lagi.”. “Abis tu, kenapa?”. “Masa masuk kelas tu, masa diorang sergah kita tu, aku nampak ada budak kecik duduk atas meja guru, tengah pandang kita”. “Err….”

Then saya pulak tanya, “Yang kau pandang je kat luar kelas masa aku tengah cari-cari buku tu, kau nampak something jugak ke?”. Tau apa jawapan cik A? “Haah.. ko perasan tak S ada lari-lari depan kelas kau semalam?”. “Haah perasan gak”. “Masa S lari-lari kat koridor tu, ada perempuan ikut belakang dia, rambut panjang, cam main kejar-kejar. Masa dia lalu depan kelas kau, dia pandang aku sambil senyum. Mata dia merah sangat. Nasib baik dia tak tolak S jatuh bawah..”. Err, yang ni memang seriau betul saya dengar… malam tu terus tidur satu katil dua orang.

Ada satu malam tu, kat asrama, masa tu cik A kena hysteria, benda tu masuk dalam badan dia. Masa tu sempat lagi saya borak dengan benda tu. Saya cakap, “Kan kau dah janji taknak kacau budak ni lagi. Kenapa kau kacau lagi?”. “Alah manusia pun selalu lupa pada janji, mungkir janji.”. Eh menjawab pulak… lepas dah baca yasin, warden asrama tolong, cik A pun nampak makin okay. Tapi kitorang still ada kat katil dia lagi, nak pastikan dia betul-betul sedar, bukan benda tu yang control dia. “Cik A, kau dah okay?”. “Ok, aku ok je..korang pegi la tidur, besok kan ada kelas, nanti ngantuk pulak”. “Takpe aku teman kau jap.. nanti dah ngantuk aku balek katil”. “Kau pegi je tidur Eda.. aku memang takde pape dah, benda tu dah pergi”. “Betul ni?”. “Betul..”. “Ok nanti kalau ada pape kau panggil aku tau”. Katil saya sebelah katil cik A je. Tapi, masa saya baru nak lelap je, tetiba cik A bangun dari katil, terus pergi ke arah pintu, dia nak keluar. Tak sempat keluar, tetiba dia pengsan depan betul-betul depan pintu. Kelam kabut kitorang angkat dia. Tunggu lama sket, baru cik A sedar. Rupa-rupanya….

“Sebenarnya yang cakap okay dengan korang tadi, bukan aku, tapi benda tu. Aku sedar, tapi benda tu control aku, aku tak mampu nak cakap sendiri, aku tak kuat nak lawan dia. Masa korang semua dah balek katil nak tidur, benda tu nak bawak aku keluar dari bilik. Tapi nasib baik kat pintu tu ada tulisan Allah dan Nabi Muhammad, ada ayat Kursi. Aku rasa maybe sebab kena cahaya tulisan Allah dan ayat suci tu yang buat aku pengsan, benda tu keluar. Nasib baik tak sempat keluar. Kalau dah keluar, aku tak tahu mana benda tu bawak aku.” Betul la kot, kat setiap pintu ada lampu keluar. So kalau dah malam, lampu bilik tutup, memang nampak cahaya dari lampu keluar. So bila ada sticker depan lampu keluar tu, memang boleh nampak bayang-bayang sticker kat atas lantai. Sticker tulisan Allah dan Nabi Muhammad tu depan lampu keluar tu.

Masa kami form4, ada senior form5, masa tu dia tengah demam. Senior tu sebelah bilik kami. So masa dia demam tu, dia tidur la kat bilik, tak pergi kelas. Then masa waktu kelas dah habis, kami balek bilik. Tetiba senior tu tanya cik A, “Cik A, kenapa tadi akak tegur cik A tak jawab?”.  “Bila kak?”. “Tengah hari tadi.. cik A ada balek hostel kejap kan? Cik A pandang je akak, senyum-senyum. Tapi bila akak tanya, kamu tak jawab pulak”. “Kak, itu bukan saya. Saya takde balek hostel pun hari ni.”. “Haa?”. Akak senior tu cakap, patut la dia tengok cik A lain macam je masa dia nampak tu. Nampak lawa sangat, lagi lawa dari biasa. Dah la cik A tu memang lawa orangnya..

Ok, stop dulu. 

Tuesday, October 16, 2012

apa ada pada pangkat?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 16, 2012 1 orang berkata-kata
Jangan dihina orang yang bekerja mencari rezeki yang halal walaupun pekerjaan itu rendah gajinya
Jangan lupa bahawa Allah swt lah pemberi rezeki
Jangan bangga dengan apa yang kita sudah punya
Bergaji tinggi, berkelulusan tinggi, berpangkat tinggi
Semua itu pemberian Allah.... jadi apa yang nak dibanggakan?
Belajar pandai, dapat 4flat, itu juga pemberian Allah
Jadi kenapa nak pandang rendah pada orang yang berkelulusan rendah?
Kalau kita hina orang yang sederhana serba serbi ni, maknanya kita menghina pemberian Allah
Mungkin satu hari nanti, pangkat dan kedudukannya lebih tinggi dari kamu
Siapa tahu?
Itu semua pemberian dan rezeki dari Allah..

Friday, October 5, 2012

saya nak bagitau awak sesuatu..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, October 05, 2012 6 orang berkata-kata

Awak,
Maafkan saya kalau sepanjang perkenalan kita sebelum ni, saya ada lukakan hati awak
Kadang-kadang saya tak sedar dan tak sengaja..
Entah mengapa, tiba-tiba datang penyesalan dalam diri saya
Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa, terkasar sikap laku dengan awak

Awak,
Saya bersikap dingin sebelum ni sebab saya tak suka apa yang awak lakukan
Tapi awak tak nak paham atau pura-pura tak paham
Tapi mungkin saya yang salah tafsir niat baik awak
Apa saja yang awak lakukan, saya dah maafkan
Dan harap awak maafkan saya juga..

Awak,
Walaupun kita dah lama tak berhubung, saya harap awak dapat maafkan saya
Sebab saya tak nak ada apa-apa yang tersimpan, terdendam lagi dalam hati kita
Sudah tiba masa saya luahkan apa yang patut
Mungkin awak bukan untuk saya, saya bukan untuk awak
Saya harap awak tak tunggu saya lagi, lepaskan saya dengan hati yang rela
Kerna itu juga yang akan saya lakukan, lepaskan awak dari hati saya…


Masa saya tulis entry ni, mengalir air mata, sebak rasanya.. bukan mudah nak lepaskan orang yang pernah disayangi, dan berharap jadi suami kelak. Begitu lama saya tunggu, hati saya hanya pada dia, walaupun kami dah lama tak berhubung. Begitu berat, begitu susah saya nak benarkan lelaki lain bertahta dalam hati ini, kerna masih ada rasa setia dalam diri ini. Bukan sebab break atau clash atau putus cinta, tapi saya yang buat keputusan untuk jauhkan diri. Walaupun saya yang hilangkan diri, tapi saya masih berharap akan jadi isteri dia dengan takdir Allah. Tak perlu couple, tak perlu dating, saya percaya.. Tetapi sekarang, saya percaya Allah dah tentukan sesuatu yang lain untuk saya. Jodoh dari Allah adalah jodoh yang dipermudahkan jalan yang halal untuknya..


Cc: encik askar yang kadang kala orang panggil ustaz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review