Saturday, October 27, 2012

konfius tentang adat perpatih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 27, 2012


Adat Perpatih, adat yang lebih mementingkan kaum wanita dari lelaki. Satu-satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih adalah Negeri Sembilan. Saya orang Negeri Sembilan, ayah asal dari Negeri Sembilan. Tapi sebenarnya saya tak tahu pun tentang adat perpatih ni. Jadi tergerak la hati nak search tentang adat ni. Ni yang saya jumpa;

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Dalam adat Perpatih ni, ada lima prinsip utama:
  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Selalu dengar orang cakap, kebanyakkan lelaki takut nak kahwin dengan perempuan Negeri Sembilan ni, sebab orang Negeri Sembilan ni amalkan adat perpatih. Takut nanti bila cerai, harta suami jadi harta isteri. Nak saya ingatkan, tak semua orang dalam Negeri Sembilan amalkan adat perpatih ni. Keluarga saya tak pun ;)

Ok ni yang saya ambil dari wikipedia.

"Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja)."

Saya mention lagi sekali, TANAH ADAT ye, bukan HARTA SEPENCARIAN. Logik la kot reason yang dia cakapkan tu, anak lelaki lebih pandai berdikari untuk teruskan hidup berbanding anak perempuan bila dah tinggal sebatang kara. Sebab tu harta pusaka didahulukan kepada kaum wanita. Penerangan lagi kat bawah ni,

"Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja)."




So lelaki-lelaki di luar sana, masih takut lagi nak kahwin dengan perempuan yang amalkan adat perpatih ni? Jangan salah paham lagi.. bukan harta kamu yang didahulukan untuk mereka, tapi tanah adat dan harta pusaka nenek moyang mereka yang didahulukan untuk mereka kaum wanita. Logik kan? Takkan harta pusaka turun temurun sejak nenek moyang nak bagi kat orang luar, lagi-lagi lelaki. Adat ni cuma nak mempertahankan dan menjaga kaum wanita je. Cewah, backup baik punya even keluarga saya tak amalkan adat ni. Adat perpatih tak, adat temenggung pun tak. Takpe, biar kita tak beradat, tapi jangan tak beradab. Sekian.


sumber: wikipedia, 1klik


6 orang berkata-kata:

aTieYusof Family said...

dah tak ingat sgt ttg adat Perpatih ni.. last belajar msa sekolah menengah dulu...hehe..
salam kenal :)

sephia sophia said...

salam perkenalan..;)

su suraya said...

salam perkenalan sephia..hihihi

sephia sophia said...

senget kau...haha

am_kirara said...

Saya org melaka..brkahwin dgn org kuala pilah suku biduanda..alhamdulillah..ok je..family saya pon ok je ngan wife..

Jehan said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review