Sunday, March 27, 2011

birthday gurls on March ~~

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, March 27, 2011 2 orang berkata-kata Links to this post
Semalam aku keluar dengan kawan @ classmates untuk menyambut birthday kami sendiri... baik kan kami, tak mintak orang lain pun untuk buat birthday party for us =) Buat party sendiri je, sambut sendiri, hehe. Dalam 5 orang yang keluar semalam, 4 orang di antara kami lahir pada bulan Mac. So we decided to celebrate our birthday together-gether. Patutnya plan dalam 7 orang, tapi yang 2 orang tak dapat nak ikut...so keluar berlima je la. Ok tak nak cerita panjang2, jom layannn.....


 Kami la besday gurls =)


 Eh sorang lg terkeluar pic plak


 =)


 Made from Secret Recipe


 My cake !


 Meatball.. aku larat makan yang 5 je.


 Delicious !





 We got presents !


 Atikah dengan hadiahnye


 Nana with her purple thing


 Aan dapat seluar =p


 And mine =) i like it !


Syikin si pemberi hadiah..thanx ciken ! actually ada seorang lagi yang share beli hadiah tu, tapi dia tak dapat join semalam. So thanx to her too.. Amalina.


 Pastu pergi Old Blossom plak  








 Gedik !


 Tak beli pun =)



Dan gambar2 lain plak.......



















p/s: Lepas ni kalau ada orang nak sponsored birthday party kami pun boleh gak, hehe...

 

Thursday, March 24, 2011

mari berjiwang 5

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, March 24, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post

Karna Cinta by Laudya Cynthia Bella


Telah ku temui banyak cinta
Di hati ini datang dan pergi
Selimuti kisahku yang biru
Mendalami hati

Biar ku rentangkan cinta ku
Menari ku di atas sendu ku
Sendirinya aku tak berkasih
Mendalami hati

Karna cinta aku jadi sepi
Karna cinta aku jadi riang
Karna cinta aku jadi pilu
Karna cinta kini ku sendiri

Karna cinta pelangi pun hilang
Karna cinta matahari pergi
Namun ku yakin dalam hati ku
Cinta ku tak boleh membunuh ku


Tuesday, March 22, 2011

singgah sekejap

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, March 22, 2011 1 orang berkata-kata Links to this post
Saya tak tahu kenapa, tapi saya tak suka tengok gambar lelaki yang pakai speck mata hitam reben, lepas tu tangkap gambar sendiri. Ok dah bye.

Monday, March 21, 2011

aku telah difitnah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, March 21, 2011 3 orang berkata-kata Links to this post
Hari Sabtu hari tu aku ada join satu program ni, program under KARISMA la... mula2 aku taknak pergi, sebab aku tak minat pun program2 macam ni sebenarnya. Tapi bak kata kawan2 aku, tak salah pergi walaupun sekali, boleh tambah pengalaman baru. So aku pun decide la nak pergi. Gerak dari rumah sewa pukul 7.00 pagi, balik sampai ke rumah sewa pukul 2.00 pagi, hebat tak? Memang aku letih gile hari tu... Tapi not bad la program tu, cam enjoy + hepi gak la, sebab orang2 yang join program tu pun sporting2, tu yang aku suka tu, hehe. Tapi sebelum tu memang aku liat gila nak pergi. Dah naik bas pun, aku still rasa nak cancel je pergi sebelum bas gerak, rasa nak turun bas je masa tu. Aku cakap ngan budak2 ni, best sangat ke program ni? banyak kali aku tanya...last2, bas pun dah gerak, so aku pun ter'join' la kiranya....so layan je la....

Sampai je destinasi, kitorang kena kawad la plak. Ok fine, aku tak tahu menahu pasal kawad ni pun sebenarnya, memang loser gila. Masa dia suruh bukak baris, senang diri, luruskan barisan, memang aku terkial-kial gila. Aku ikut orang depan je, ahaha...LOSER ! Apa2 pun still  enjoy.. dah la kitorang dapat title geng 'warung', ceh ! sape entah yang bagi. Ok tak penting.

Malam tu penutup..sebelum nak naik bas tu, ada baca2 doa dulu sebelum bergerak pulang ke rumah. Masa tu presiden pun berucap la, cakap thanx itu, thanx ini. Kemudian naib presiden plak diberi peluang bercakap, perempuan. Aku panggil kak Dard.. kak Dard ni sporting gila sepanjang program tu. Tapi aku tak tahu la kenapa..masa ni sedih gak la. Tetiba kak Dard cakap macam ni.."Akak sedih la sebab ada di antara kita ni hipokrit. Depan kita gelak2, tapi belakang kita kutuk2, tikam belakang. Akak terdengar ada seorang ahli yang join ni cakap ayat pedas, terasa gak la akak dengar. So akak nak sape yang cakap tu mengaku sekarang, akak tahu sape. Tapi saya nak dia mengaku sendiri. Semua orang tutup mata sekarang. Orang yang cakap belakang tu angkat tangan." Tapi takde orang mengaku pun masa tu. Pastu kak Dard cam dah marah gak la sebab orang tu taknak mengaku. Then kak Dard cakap lagi, "Saya kira sampai tiga, kalau orang tu taknak ngaku gak, saya terus point je". Kak Dard start kira, sampai tiga takde orang nak mengaku lagi. Apalagi, terus dia panggil orang tu. Tup2 nama aku yang kena panggil! Terkejut gila aku masa tu, terus merah padam muka aku! Tapi aku cuba cool lagi..

"Eda, saya sedih, kecewa dengan Eda tau tak. Sepanjang hari ni kita gelak2, hepi2, rupanya semua tu hipokrit. Belakang saya Eda kutuk2 kami, cakap kitorang cam bagus la, ape la...sedih tau tak ! Sekarang ni cuba Eda bagitau ape yang Eda tak puas hati sekarang, tak payah la cakap belakang2.. Kecik hati kitorang dengar. Saya tak sangka yang Eda sanggup cakap macam2 pasal saya, sedangkan saya dah cuba yang terbaik nak uruskan program ni. Eda cakap2 belakang, Eda tak tahu kawan2 Eda sendiri yang cerita dengan saya."

Aku terkedu gila masa tu... rasa nak nangis pun ada gak. Terus aku cakap "Kak Dard, sumpah saya tak pernah cakap macam tu, cakap kak Dard cam bagus ke, sumpah tak pernah. Ok sekarang macam ni la, apa kata2 saya yang buat kak Dard kecik hati? Kadang2 orang ketiga ni tak boleh percaya..." Masa tu aku pikir ada orang fitnah aku je. Tapi sebab kak Dard ada cerita pasal kawan2 tadi, so aku assume maybe budak2 ni ada cerita kat kak Dard yang aku taknak pergi mula2....so maybe kak Dard salah paham masa tu. Tu yang aku nak terangkan semula...aku taknak cakap la sapa kawan2 aku masa tu.

"Sebelum ni memang saya ada cakap, best ke program ni? Tapi tu sebelum join..Tapi bukan sebab pengurusan, or sebab kak Dard cam bagus ke, bukan sebab tu. Tapi saya refuse nak join sbb saya sendiri yang tak minat program2 macam ni. Tapi bila dah join, its ok..saya pun enjoy."

Aku dah nak nangis kot masa tu... Bayangkan la, depan orang ramai tu, aku kena panggil dan kena mengaku atas kesalahan yang aku tak buat. Aku tak expect langsung orang yang kak Dard sebut tu adalah aku sndiri. Memang sedih gila masa tu..Aku tak tahu nak buat apa. Kawan2 aku masa tu semua diam, semua taknak bersuara.

Dah lama lepas tu, (masa tu memang nampak kak Dard cam marah sangat kat aku), tetiba kak Dard cakap ngn salah seorang kawan aku yang join tu, Amal. "Amal, ko bagitau apa yang Eda cerita kat ko, dia tak nak mengaku."













Amal: Eda......................................... HAPPY BIRTHDAY !!

Oh ok, fine, aku kena main rupanya!!! Masa tu aku terus peluk Amal dan menangis kat bahu dia. Masa tu semua orang macam terkejut then terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk aku... Tapi aku dah tak pandang orang dah masa tu, malu kot! Wuwuwuwuw......kawan2 aku dah gelak2 dah masa tu. Rupanya diorang dah plan dari siang lagi nak kenakan aku..termasuk la sekali dengan kak Dard! Masalahnya diorang je yang tahu..budak lain tak tahu pun, so masa tu memang budak2 lain fikir memang aku betul2 salah. Lepas kantoi semua tu, sibuk je diorang jerit2, LU KENA BEB!

Air mata aku memang berderai habis, takde yang tinggal dah. Sebab memang dah nak nangis masa kena 'sound'  tu, tapi aku tahan je. Sekali diorang buat macam tu, memang aku dah tak boleh cover dah. Sampai balik kot diorang panggil aku birthday girl menangis, wuwuw.... ok tahun ni aku menangis lagi di hari ulangtahun kelahiran sendiri.

By the way, aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yang baik hati tu atas 'hadiah' yang diorang bagi malam tu...aku suka sangat2 hadiah tu tau, haha.. suka sangat sampai keluar air mata. Credit to Amal, Syikin dan Siha... Sayang korang !

p/s: birthday sebelum2 ni aku menangis pun sebab idea diorang gak, orang yang sama kenakan aku, ceh !

 

Friday, March 11, 2011

tanggungjawab seorang perempuan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 11, 2011 6 orang berkata-kata Links to this post


Anda seorang perempuan? Atau lelaki? Tak kisah la lelaki ke perempuan, masing2 ada tanggungjawab sendiri sama ada dah berkahwin ke, belum kahwin ke, duda ke...oppss ! Tapi harini aku nak cerita tentang tanggungjawab seorang perempuan.. seseorang yang bergelar anak, isteri, ibu atau nenek. Rasanya korang semua dah tau kan, kita ni orang perempuan, kalau belum kahwin kita masih lagi bawah tanggungjawab parents. Tapi bila dah kahwin, kita dah jadi bawah tanggungjawab suami pula. Apabila kita dah berkahwin, terputus la hubungan seorang anak perempuan dengan ibu bapanya. Means, kalau suami dan parents mempunyai pendapat yang berbeza, so kita kena ikut cakap suami (selagi cakap suami tu tidak menyalahi hukum agama)..tapi, bukan bermakna kita boleh besikap kurang ajar dengan parents. Walau apapun, parents tetap darah daging kita kan, ingat tu. Berdosa kalau kita bersikap yang boleh menyakiti hati mereka. Tapi, tu kalau kita dah bersuami, dah kahwin dgn lelaki tu. Macam mana kalau antara tunang dengan parents, nak ikut cakap siapa? Lu pikir la sendiri, haha.....ok tak2, mesti la dgr cakap parents (selagi tak menyalahi hukum agama). Betul tak aku cakap? Baru tunang, belum suami lagi.. Selagi kita bergelar tunang orang, kita masih lagi bawah tanggungjawab ibu bapa.. Jadi, jagalah hati ibu bapa tu baik2..




Sebagai contoh, kita dah kahwin, dah ada suami. Satu hari tu mak meninggal dunia kat kampung.. masa dapat tahu tu, suami tengah bekerja. So cakap ngn suami nak balik kampung. Tapi suami cakap "tunggu abang balik kerja, baru kita pegi sama2".. Tapi masalahnya, suami tu kena kerja overtime, balik pagi besok. So, boleh tak kita jadikan perkara tu sebagai 'excuse'? Jawapannya, tidak... berdosa tau kalau kita keluar rumah tanpa izin suami, walaupun nak melawat jenazah parents. See? Nampak tak? Kat sini aku nak tunjukkan betapa pentingnya dan betapa besarnya tanggungjawab suami kat isteri. Ni lah yang dikatakan 'apabila seorang perempuan sudah menjadi isteri seseorang, maka terputus lah hubungannya dengan ibu bapa'. Bila kita wat dosa, bukan parents lg dah yg tanggung, tapi our husband. So kpd kaum Hawa, taatlah pada ibu bapa dan suamimu =) Sesungguhnya bila dah kahwin, syurga di bawah telapak kaki suami.


Tapi kan, aku nak cakap sikit la... Orang lelaki memang ada kuasa, memang ada hak kat isteri bila dah kahwin nanti, memang la kami kaum perempuan kena dengar cakap suami. Tapi, tak boleh ke kamu kaum Adam bertolak ansur sikit dengan isteri? Contoh, ibu lelaki ni tak suka kat perempuan ni, tapi lelaki ni kahwin gak dgn perempuan ni.. So tau2 je la, konfem hubungan perempuan ni dgn mertua dia tak berapa nak baik kan. Buat kerja sikit, ada je salahnya, ada je yang mertua ni tegur.  Jadi, lelaki ni boleh tak bertolak ansur skit dengan isteri? Beli la rumah lain utk isteri tu... Takkan la si suami sanggup tengok isteri hari2 bergenang air mata sebab hari2 kena perli dgn mertua..

Satu lagi contoh.. Lepas kahwin, mesti la orang gilir2 balik kampung masa raya kan. Tapi macam mana kalau tiap2 tahun, kena balik kampung suami je? Memang la si isteri kena ikut cakap suami kan.. Takkan nak balik kampung sorang2, berdosa plak nanti sebab keluar tanpa izin suami. So si suami kena la bertolak ansur sikit.. Memang parents dah takde tanggungjawab kat anak perempuan bila anak perempuan tu dah kahwin, tapi jangan la putuskan hubungan seorang anak dengan ibu bapa.. Faham tak apa aku cuba sampaikan? Jangan jadikan undang2 islam sebagai satu medan utk kepuasan diri kita. Islam itu indah dan mudah, tapi manusia yang jadikannya buruk dan susah. Apa2 pun, kalau isteri tak puas hati dengan suami, bawak la berbincang baik2.. jangan sampai jadi kurang ajar, keluar kata2 kesat. Tak perlu nak cerita kat orang lain pun hal rumah tangga.



p/s: aku tulis ni berdasarkan apa yang aku baca dan dengar... mungkin ada yg tersalah dan tersilap. so kalau nak tegur, tegur je...aku tak marah. tapi tegur la baik2 ye =)


Friday, March 4, 2011

.......................

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, March 04, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post
"  di sebalik kesulitan yang aku hadapi
terdapat sedikit kebahagiaan  "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review