Monday, March 21, 2011

aku telah difitnah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, March 21, 2011
Hari Sabtu hari tu aku ada join satu program ni, program under KARISMA la... mula2 aku taknak pergi, sebab aku tak minat pun program2 macam ni sebenarnya. Tapi bak kata kawan2 aku, tak salah pergi walaupun sekali, boleh tambah pengalaman baru. So aku pun decide la nak pergi. Gerak dari rumah sewa pukul 7.00 pagi, balik sampai ke rumah sewa pukul 2.00 pagi, hebat tak? Memang aku letih gile hari tu... Tapi not bad la program tu, cam enjoy + hepi gak la, sebab orang2 yang join program tu pun sporting2, tu yang aku suka tu, hehe. Tapi sebelum tu memang aku liat gila nak pergi. Dah naik bas pun, aku still rasa nak cancel je pergi sebelum bas gerak, rasa nak turun bas je masa tu. Aku cakap ngan budak2 ni, best sangat ke program ni? banyak kali aku tanya...last2, bas pun dah gerak, so aku pun ter'join' la kiranya....so layan je la....

Sampai je destinasi, kitorang kena kawad la plak. Ok fine, aku tak tahu menahu pasal kawad ni pun sebenarnya, memang loser gila. Masa dia suruh bukak baris, senang diri, luruskan barisan, memang aku terkial-kial gila. Aku ikut orang depan je, ahaha...LOSER ! Apa2 pun still  enjoy.. dah la kitorang dapat title geng 'warung', ceh ! sape entah yang bagi. Ok tak penting.

Malam tu penutup..sebelum nak naik bas tu, ada baca2 doa dulu sebelum bergerak pulang ke rumah. Masa tu presiden pun berucap la, cakap thanx itu, thanx ini. Kemudian naib presiden plak diberi peluang bercakap, perempuan. Aku panggil kak Dard.. kak Dard ni sporting gila sepanjang program tu. Tapi aku tak tahu la kenapa..masa ni sedih gak la. Tetiba kak Dard cakap macam ni.."Akak sedih la sebab ada di antara kita ni hipokrit. Depan kita gelak2, tapi belakang kita kutuk2, tikam belakang. Akak terdengar ada seorang ahli yang join ni cakap ayat pedas, terasa gak la akak dengar. So akak nak sape yang cakap tu mengaku sekarang, akak tahu sape. Tapi saya nak dia mengaku sendiri. Semua orang tutup mata sekarang. Orang yang cakap belakang tu angkat tangan." Tapi takde orang mengaku pun masa tu. Pastu kak Dard cam dah marah gak la sebab orang tu taknak mengaku. Then kak Dard cakap lagi, "Saya kira sampai tiga, kalau orang tu taknak ngaku gak, saya terus point je". Kak Dard start kira, sampai tiga takde orang nak mengaku lagi. Apalagi, terus dia panggil orang tu. Tup2 nama aku yang kena panggil! Terkejut gila aku masa tu, terus merah padam muka aku! Tapi aku cuba cool lagi..

"Eda, saya sedih, kecewa dengan Eda tau tak. Sepanjang hari ni kita gelak2, hepi2, rupanya semua tu hipokrit. Belakang saya Eda kutuk2 kami, cakap kitorang cam bagus la, ape la...sedih tau tak ! Sekarang ni cuba Eda bagitau ape yang Eda tak puas hati sekarang, tak payah la cakap belakang2.. Kecik hati kitorang dengar. Saya tak sangka yang Eda sanggup cakap macam2 pasal saya, sedangkan saya dah cuba yang terbaik nak uruskan program ni. Eda cakap2 belakang, Eda tak tahu kawan2 Eda sendiri yang cerita dengan saya."

Aku terkedu gila masa tu... rasa nak nangis pun ada gak. Terus aku cakap "Kak Dard, sumpah saya tak pernah cakap macam tu, cakap kak Dard cam bagus ke, sumpah tak pernah. Ok sekarang macam ni la, apa kata2 saya yang buat kak Dard kecik hati? Kadang2 orang ketiga ni tak boleh percaya..." Masa tu aku pikir ada orang fitnah aku je. Tapi sebab kak Dard ada cerita pasal kawan2 tadi, so aku assume maybe budak2 ni ada cerita kat kak Dard yang aku taknak pergi mula2....so maybe kak Dard salah paham masa tu. Tu yang aku nak terangkan semula...aku taknak cakap la sapa kawan2 aku masa tu.

"Sebelum ni memang saya ada cakap, best ke program ni? Tapi tu sebelum join..Tapi bukan sebab pengurusan, or sebab kak Dard cam bagus ke, bukan sebab tu. Tapi saya refuse nak join sbb saya sendiri yang tak minat program2 macam ni. Tapi bila dah join, its ok..saya pun enjoy."

Aku dah nak nangis kot masa tu... Bayangkan la, depan orang ramai tu, aku kena panggil dan kena mengaku atas kesalahan yang aku tak buat. Aku tak expect langsung orang yang kak Dard sebut tu adalah aku sndiri. Memang sedih gila masa tu..Aku tak tahu nak buat apa. Kawan2 aku masa tu semua diam, semua taknak bersuara.

Dah lama lepas tu, (masa tu memang nampak kak Dard cam marah sangat kat aku), tetiba kak Dard cakap ngn salah seorang kawan aku yang join tu, Amal. "Amal, ko bagitau apa yang Eda cerita kat ko, dia tak nak mengaku."













Amal: Eda......................................... HAPPY BIRTHDAY !!

Oh ok, fine, aku kena main rupanya!!! Masa tu aku terus peluk Amal dan menangis kat bahu dia. Masa tu semua orang macam terkejut then terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk aku... Tapi aku dah tak pandang orang dah masa tu, malu kot! Wuwuwuwuw......kawan2 aku dah gelak2 dah masa tu. Rupanya diorang dah plan dari siang lagi nak kenakan aku..termasuk la sekali dengan kak Dard! Masalahnya diorang je yang tahu..budak lain tak tahu pun, so masa tu memang budak2 lain fikir memang aku betul2 salah. Lepas kantoi semua tu, sibuk je diorang jerit2, LU KENA BEB!

Air mata aku memang berderai habis, takde yang tinggal dah. Sebab memang dah nak nangis masa kena 'sound'  tu, tapi aku tahan je. Sekali diorang buat macam tu, memang aku dah tak boleh cover dah. Sampai balik kot diorang panggil aku birthday girl menangis, wuwuw.... ok tahun ni aku menangis lagi di hari ulangtahun kelahiran sendiri.

By the way, aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yang baik hati tu atas 'hadiah' yang diorang bagi malam tu...aku suka sangat2 hadiah tu tau, haha.. suka sangat sampai keluar air mata. Credit to Amal, Syikin dan Siha... Sayang korang !

p/s: birthday sebelum2 ni aku menangis pun sebab idea diorang gak, orang yang sama kenakan aku, ceh !

 

3 orang berkata-kata:

Amir => said...

once again Happy besday 'birtday girl'..
mmg best hadiah ko..xmacam aku kena pecah telur atas kepala hadiah hari jadi hehe...
kadang2 kita xsangka hadiah yang xde betuk hadiah mcm tue yg akan kita ingat sampai tua hehe..
any way congratess again ye huuu~~..

sephia sophia said...

pecah telur+tepung+air sabun aku dh dapat tahun lepas, pastu kne basuh jamban sorang2...mmg best hadiah tu, haha

yup betul cakap ko, hadiah tu la yg paling kite ingat smpi tua nt =)

Anonymous said...

birthday march 21st ke...sama la kite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review