Saturday, July 28, 2012

2nd week praktikal

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, July 28, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Second week praktikal, makin best =) Hari hari saya ikut diorang keluar. Duduk bahagian lampu awam, so memang kena keluar la. Dapat aduan, pergi. Kadang kadang pegi ronda tengok lampu mana yang problem. Then saya dapat banyak knowlegde dalam lampu awam ni. Technician die sume best and sporting! Diorang tak kedekut ilmu, memang ajar saya detail punye. Tapi apakan daya, saya hanyalah seorang insan yang lemah, tak mampu nak pick up sume. So amek mana yang paham je ^_^

Siap belajar buat wiring lagi tau. So saya dah tau wiring dalam lampu jalan tu.. Kalau tak menyala ke, rosak ke, boleh la panggil saya kot hehe. Wiring die simple je..


tengok tu tengok tu..haha excited sendiri

ni hasilnya. ok memang serabut..tapi ni tak termasuk capacitor lagi.


Sebelum ni saya rasa praktikal kat TNB tak best, lagi lagi kalo distribution cam tempat saya dapat ni. Tapi bila dah masuk, rupanya saya salah. TNB best, saya praktik apa yg saya belajar teori sebelum ni. Ok hope best sampai akhir praktikal nanti. See you later ;)

telatah dua sepupu

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, July 28, 2012 5 orang berkata-kata Links to this post
Tersenyum tengok telatah dua sepupu ni....

Beruntung dapat anak dara 2 orang ni...lepas berbuka tadi pesan kt dorang mlm ni tlg mama lipat baju...then bila mama masuk bilik lepas kemas dapur.....
"taraaaa.....kejutannn...!! Hahaha...kakak lipat baju, adik main masak2.....dh besar anak2 mama..xpyh di suruh, dorang dh pandai buat sendiri...:-)

1st ramadhan arif puasa smpai kul 5 ptg.cian tgk da lembik2 pn nk puasa jgk.2nd ramadhan puasa smpai kl 2.30 ptg.ari ni agak2 smpai kul bape yer...xper la syg.belajar puasa..


Saya copy paste dari facebook mama and ibu diorang hehe.... rindu pulak rasa. Tahun ni yang perempuan umur 4 tahun, yang lelaki umur 5 tahun. Budak budak sekarang ni cepat pick up.. belajar sket dah pandai. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah..


Monday, July 23, 2012

kesilapan kerap muslim dalam bulan Ramadhan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, July 23, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post


Sunday, July 22, 2012

first week praktikal

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, July 22, 2012 4 orang berkata-kata Links to this post
Lepas sudah seminggu praktikal...not bad. Saya praktikal kat TNB. Minggu ni saya ditempatkan di Unit Pusat Pengurusan Bekalan. Ada team keluar, tapi saya tak pernah ikut pun. Yang sebenarnya saya tak tau pun ada team keluar sebab tak di bagitahu jalan kerja PPB ni. Bos pun cakap saya akan dok dalam je. Tapi takpe, sebab saya ada keluar gak ikut bos. Nasib baik bos perempuan. Untuk pengetahuan, tempat saya praktikal ni semua lelaki.. teknikal kan. Jadi saya kawan dengan bos. 

Ari tu ada kes rumah terbakar, punca dari wiring. So TNB kena involve jugak ikut Bomba. Saya pun ikut jugak la bos ke tempat kejadian. Budak praktikal lain naik lori je..ok dia lelaki. Minggu depan ikut Unit Lampu Awam pulak. Yang ni cam best, saya akan kerja luar. Pakcik tu tanya, nak praktikal duduk dan tengok je ke, atau nak on job praktikal?. "On job praktikal la pakcik". "Kalau camtu kena buat kerja la". "No hal la pakcik, boleh je...". Excited ;)


 Masa saya sampai, bau gak la durian bakar haha

Meter box yang terbakar habis



Sunday, July 15, 2012

omong kosong

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, July 15, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post



Semalam, timbul lagi soal jodoh dalam perbualan mak, ayah dan saya....saya awal awal dah cakap ngan mak dah, pasni akak takde lagi dah nak kawan kawan, kenal hati budi dulu baru pikir kawen. Takde lagi dah sistem macam tu, dah malas. Atau dalam loghat N.Sembilan, dah polak sey..


Sekarang ni, saya nak redha je. Kalau ada orang sukakan saya, nak masuk minang, kalau saya pun berkenan kat dia, silakan....saya berserah. Kalau ada jodoh, kawen la saya dengan lelaki tersebut. Kalau takde jodoh, even saya berkenan pun, even saya terima pun lamarannya, tak kawen la saya dengan lelaki tersebut. Jadi andai kata saya kawen satu hari nanti, jangan tanya saya kenapa saya pilih dia. Sebab saya memang takde jawapan untuk soalan tu.


Yang pasti, sebelum terima lamaran dia, saya akan tengok dulu agamanya, akhlaknya.. rupa? Asal saya berkenan sudah la...sekarang ni belajar tinggal lagi setahun. Bermakna, dah boleh la saya nak pilih pilih hehe. Sebelum ni tak boleh sebab lama lagi nak abes belajar. Kalau saya pilih cepat sangat, nanti lama pulak si dia menunggu. Sekarang dah boleh dah hehe...ape? Saya gatal nak kawen? Cuba bagitau sape je yang kat dunia ni tak nak kawen? Lagipun Rasulullah tak suka umatnya yang menolak perkahwinan. ^_^

Wednesday, July 11, 2012

lupa dah camana cara nak sayang

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, July 11, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Kenapa ntah.. sekarang ni saya rasa takde perasaan sayang dalam hati saya, kecuali untuk keluarga. Sayang yang saya maksudkan adalah untuk someone yang akan menjadi imam dalam keluarga. Ataupun boleh cakap, saya dah lupa cara nak sayang seseorang. Mungkin ke Allah dah simpankan perasaan tu untuk seseorang yang halal bagi saya nanti? InsyaAllah...

Saturday, July 7, 2012

Suka dengan semester ni ^_^

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, July 07, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Dah nak habis sem dah.. sayang pulak nak tinggalkan sem ni, banyak sangat kenangan. Dengan roomate, dengan klasmate, kawan kawan sume. Sem ni dapat pulak roomate yang sekepala kan..sekepala gila gila punya sekepala la. Share hobi yang sama, hantu durian pun sama sama, penakut pun sama sama haha. Even 4 orang, tapi tak berani nak tengok cita hantu malam malam. Cerita kisah hantu pun tak....dengar lagu pun, banyak gak yang tahu lagu sama sama.

Sem ni dapat roomate semuanya budak sukan.. so belajar ber'outdoor' la saya. Tak pernah pernah nye rasa outdoor. Sape kata kat kolej tak boleh masak? Kitorang boleh je...




Ha tu baru sikit.. tu baru masak cucur udang tu. Tak tengok lagi kitorang masak nasi, masak lauk sardin, goreng keropok, masak megi campur telur..fuh sedapp.....sume nye dimasak dalam periuk kecik tu. Kata outdoor kan, takkan nak guna periuk besar pulak kan. Nasib baik smoke detector kat dalam bilik tak berbunyi. Kalau bunyik pun kitorang buat tak tahu je kot  ^_^

Sem ni pun banyak gak kenangan dengan klasmate. Pegi BBQ kat Negeri Sembilan, pergi Perak melawat kawan, masuk competition sama sama, banyak sangat la. Ni besok insyaAllah pegi Sepang pulak, tengok kawan bawak keta untuk Eco Shell competition. So sweet je sumenye...

Tapi tak dinafikan sem ni banyak pressure gak. Tapi kita kena yakin yang Allah tu sentiasa ada kan.. sume tu nak uji kesabaran kita je. Tinggal satu lagi paper final, doakan saya ye! =)

Hope JPK kolej tak terbaca post ni. Kantoi kang.



Wednesday, July 4, 2012

cari lelaki macam ni tau

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, July 04, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post


Ok bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review