Wednesday, February 29, 2012

cousin's wedding in Singapore

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 29, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
Haritu pegi wedding my cousin kat Singapore.. nice, ada tarian, pengantin menari lagu hindustan pun ade gak. Jum layan gambar je la... =)


mula-mula tengok pelamin dulu


 then baju nikah



 then...



 lagi...



lagi...


ha amek kau 4 persalinan.. wif makcik2 sebelah mak


 sepupu lelaki



sepupu perempuan


 time to count..



hantaran dari pihak perempuan


 tak tau



gadis bunga


Untuk cousin ada tema sendiri.. girls pakai dress merah, boys pakai kemeja hitam sekali dengan suspender (tali) merah tu. Tapi saya tak jumpa dress merah, cari last minit. Tu yang sarung je la dress hitam, pakai selendang merah. Ada la ikut tema sket huhu.. abang-abang saya lagi la, taknak pakai suspender tu, sogan kato eh haha..




cokelat! :)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 29, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Semalam adalah hari last kerja kat UiTM.. patutnya harini, tapi sebab nak setelkan banyak hal before masuk sem baru minggu depan, tu abes awal sehari. Saya dapat ni =)



Siap ber"ribbon" yang tak tahan tu haha. Terima kasih la pada yang bagi.. ni pun dia yang suh masukkan ni, ikut kan yo la hai... hihi. Jangan marah bos =)



kekasih yang romantik

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 29, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post





"Romantik itu bukan pilihan, tapi satu tanggungjawab. Sape-sape yang tak romantik tu kena belajar jadi romantik, kerana romantik itu adalah sifat baginda Rasulullah s.a.w", kata ustazah dalam rancangan Tanyalah Ustazah kat TV9 pagi tadi.


Aishah isteri baginda pernah memarahi baginda sehingga terkeluar perkataan "Inikah yang dikatakan seorang nabi?"


Baginda tidak membalas kata-kata Aishah, sebaliknya hanya tersenyum dan memicit hidung Aishah, lalu Aishah terdiam. Betapa romantiknya Rasulullah....


Semasa Safiyyah ingin menaiki unta, baginda tadahkan lutut dan membenarkan Safiyyah memijak lutut baginda untuk menaiki unta. Betapa romantiknya Rasulullah...


Romantik selepas kahwin itu adalah sunnah, tapi romantik sebelum kahwin itu adalah ?? Gatal miang kot..



Tuesday, February 28, 2012

lelaki suka mintak duit perempuan?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, February 28, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post

Pagi ni dengar radio sinar, ada orang share cerita, dia asyik jumpa lelaki yang suka ambil kesempatan je.. pasal duit la. Sebab tu umur dah 35 pun dia tak kawen lagi. Saya tak pernah lagi la jumpa lelaki macam tu. Orang perempuan tak suka lelaki yang suka mintak duit perempuan. Bukan sebab kedekut, tapi sebab... nampak sangat lelaki tu tak bertanggungjawab. Abes lepas kawen nak suami duduk rumah, isteri yang cari nafkah? Lain la kalau perempuan tu memang nak belanja.. takpe la. Belanja dengan kikis duit, lain tau. Mintak belanja dengan mintak duit pun lain.

Setiap kali keluar, asyik perempuan je keluar duit, masak la.. tak bertanggungjawab langsung lelaki tu. But tak bermakna asyik lelaki je pulak yang kena keluar duit kan. Perempuan tu bukan tanggungjawab dia lagi. Kalau dah sah suami isteri takpe, memang tanggungjawab dia. Duit suami, duit isteri gak. Tapi duit isteri, duit isteri je, kan? Haha.. seeloknya before kawen keluar sama2, keluar duit pun sama2 la. Takde duit, jangan keluar, jangan membazir.

Tapi kalau lelaki gentleman dengan tak gentleman, lain pulak perangainya. Malas nak cerita, sendiri mau belajar la... Saya tak tahu, saya bukan lelaki hihi.


p/s: kadang2 saya malu gak kalau keluar orang belanja.. tapi saya bagi duit, dia yang tak nak. kang pakse gaduh pulak.. dulu-dulu punya cerita la...

Friday, February 24, 2012

ultraman comel

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, February 24, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post


Agak-agak korang ni apa? Kiuttt sangat......











Yeh.. ia adalah sebuah pendrive yang sangat kiut. Ultraman tu.. kau ado??
Bagus gak jadi posmen anta barang orang ni, kite pun dapat sekali la hihi




Wednesday, February 22, 2012

suami adalah imam, isteri adalah makmum

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 22, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
 Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

 Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.



-credit: artikel iluvislam-

Friday, February 17, 2012

rasanya dah dapat petunjuk......

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, February 17, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post
Rasanya Allah s.w.t dah tunjukkan yang dia bukan lah jodoh saya.. sekian terima kasih =)

Wednesday, February 15, 2012

kerja kuat, makan pun kuat

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 15, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
Mmm.. not bad kerja sekarang ni. Tak la bosan sangat sebab sentiasa ada benda nak buat. Even penat cam nak patah tulang, tapi seronok gak. Yela student nak kenal dunia pekerjaan kan.. Kalau tak kang menghadap buku je hari-hari. Sekali-sekala jadi orang dewasa, best gak.. (Student belum cukup dewasa, betul)


Sejak kerja ni, makan pun kuat gak ni.. sampai ayah pun dah tegur. Ala takpe la, nanti dah balek kolej tak dapat nak makan selalu dah.. err, tapi kalau maghrib makan nasi, pukul 10 makan nasi lagi, memang patut la ayah tegur kan?


Ok dah bye.



Saturday, February 11, 2012

saya dapat panggilan kerja sementara!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, February 11, 2012 4 orang berkata-kata Links to this post
Assalamualaikum... hehe...

Cuti semester saya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi, rasa kejap je kan. Tapi tak disangka-sangka sekali saya dapat pulak kerja kat UITM tu hehe.. apply nye dah lama, before bulan 2 haritu. Tapi baru sekarang dia panggil. Tapi takpe la, sekurang-kurangnya ada la sket duit belanja nak pergi Langkawi nanti.. suka2..

Ada satu lagi berita baik saya dapat, tapi tak boleh nak share lagi. Nanti la bila2 masa yang sesuai nanti baru share la ye encik Blog hihi.. owh tadi dapat tengok my hero, abang macho Bobby Deol berlakon dekat Zee TV. Halamak cool jee ~~











Halamak macho abes dah.. Bobby Deol ni kalau berlakon mesti nmpk cool je, even watak nak bunuh orang pun still nampak cool gak. Muka macam ni baru la nampak macho daripada mamat Korea nunnn......pfff....


*bertambah hepi sebab akhirnya dapat gak burger yang diidamkan setelah seminggu*


Friday, February 10, 2012

Is it true?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, February 10, 2012 4 orang berkata-kata Links to this post


Ow orang lelaki memang macam ni eh? Tau dah.....

Tuesday, February 7, 2012

"dop payoh nikoh ni, bende yang mudoh"

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, February 07, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post


Lelaki soleh yang menikahi wanita tidak soleh dianggap satu jihad kerana mendidik dan membawa wanita itu ke arah kebaikan. Tapi wanita yang solehah tidak digalakkan bernikah dengan lelaki tak soleh kerana lelaki adalah ketua keluarga, dikhuatiri wanita yang solehah terikut-ikut cara suami yang tidak soleh, tambahan wanita sangat terkenal dengan hatinya yang lembut.


*ustaz yang cakap, ada kat facebook. saya cuma olah semula je..

suka atau sayang?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, February 07, 2012 2 orang berkata-kata Links to this post

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


Sebenarnya yang ni saya copy paste dari artikel lain. Saya cuma nak katakan yang 13 perkara ni dah tak boleh pakai dah.. tak tahu la kalau anda macam mana. Tapi kalau pada saya, memang tak boleh pakai dah. Maybe, sesetengah perkara ni saya alami, tapi tu bukan sebab jatuh cinta. Tapi maybe sebab kita cam suka je kat dia....hehe. Suka tak bermaksud sayang, and suka tak bermaksud cinta. Suka tu lebih kepada kita senang dengan dia.. senang dengan perbuatan dia, sikap dia. Tapi tak semestinya bila dia masuk minang, kita terus terima. Kalau sayang, dia masuk minang je kita terus terima kan. Tapi kalau suka je, lain.... saya pernah alami perkara kat atas ni, tapi bila dia approach saya, saya rasa cam.... there's someone better for u, she is not me. Ha macam tu la lebih kurang..

So korang patut tahu sama ada korang sayang dia ke, or sebenarnya cuma sekadar suka macam tu je... 


Friday, February 3, 2012

mari mencintai kelembutan..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, February 03, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post
Rasulullah SAW pernah bersabda,


"Sesungguhnya Allah Maha Lemah-lembut dan mencintai kelembutan. Dia memberikan pada lemah-lembut apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan." (Riwayat Imam Muslim)


"Tidak seorang pun hamba yang menelan sesuatu yang lebih mulia dari menelan marah yang ia pendam kerana mengharap keredhaan Allah."


"Siapakah orang yang kalian anggap paling kuat bergulat?" Para sahabat menjawab, yang tidak boleh dijatuhkan oleh beberapa orang. Rasulullah SAW menegaskan, "Bukan, melainkan orang yang dapat menguasai diri di saat ia sedang marah."






Sentiasa berdoa supaya saya dapat mengawal diri ketika sedang marah dan tak keluarkan kata-kata cacian juga makian..

Thursday, February 2, 2012

when girl had no BF..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, February 02, 2012 3 orang berkata-kata Links to this post
First trial, hihihi... dimaklumkan bahawa saya memang takde bakat, tapi nak buat jugak =) so jangan pelik kenapa pic ni pelik.





Klik gambar kalau nak tengok lebih jelas.

Wednesday, February 1, 2012

sebaknya bila kekasih menemui Illahi..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 01, 2012 0 orang berkata-kata Links to this post


Untuk para sahabat sekalian, marilah sama-sama renungi cerita ini bersama-sama. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,


“Wahai umatku,kita semua ada dalam
kekuasaan Allah dan
cinta kasih-Nya. Maka
taati dan bertakwalah
kepada-Nya.Kuwariskan dua
perkara pada kalian,Al Qur’an
dan sunnahku.Barang siapa mencintai
sunnahku,bererti
mencintai aku dan kelak
orang-orang yang mencintaiku,akan masuk
syurga
bersama-sama aku.”



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.  Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.  “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ”Maafkanlah,ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak

ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.


“Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.


“Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling

berpelukan. Saidatina Fatimah az-Zahra’ menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii,ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wabaarik wa salim ‘alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Berdoa supaya timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka…

Wallahu A’lam..

pesanan untuk lelaki

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 01, 2012 3 orang berkata-kata Links to this post
♥ (..kata-kata Ustaz Azhar Idrus.. )♥ 

~ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia..


~ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.. 


~ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.. 


~ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya..  

~ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya..  


~ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.. 







*salah satu sebab saya hormatkan Ustaz Azhar Idrus adalah kerana beliau memuliakan kaum Hawa, dari pandangan mata saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review