Thursday, April 28, 2011

muka asli

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, April 28, 2011 2 orang berkata-kata


Ok ni muka original tau, no bedak, no krim, no makeup, no touch up, no whatever la..
Harap semua orang berpuas hati =)





p/s: mata tertutup sebab kena tumbukan anak buah kat sebelah tu, hehe... (tgh bz ngn final)


Monday, April 25, 2011

oh IDM ~~

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, April 25, 2011 0 orang berkata-kata
Kenapa la laptop aku nak buat hal masa ni...pelik la, kenapa laptop aku je yang minta serial number bila nak install idm (internet downloader manager)? Kenapa laptop orang lain tak pun? Padahal guna installer yang sama. Kalau dulu aku tak kisah lagi  sebab bukan ada benda penting pun nak download. Tapi sekarang aku kisah sebab aku nak download past year paper ! So skang aku nak buat apa ni? Nak cari soalan2 past year pun tak boleh... Yang dia plak tengah sibuk, LANGSUNG TAK ADA MASA. Aku tension sekarang.

Tuesday, April 19, 2011

tengok, aku dah mula study ni

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, April 19, 2011 2 orang berkata-kata


tengok2, aku dah mula study ni tau..selamat tinggal facebook. shuh2 (gaya menghalau), pegi main jauh2.. mak cakap tak baik kacau orang nak study.





















5 minit kemudian.....













krooh...krooh....krooh....

sakit kepala la.....ubat dia facebook kot
ok encik facebook, saya datang balik
tadi tu gurau2an saja....jangan merajuk ye
ok dah bye


Friday, April 15, 2011

when you love someone..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, April 15, 2011 0 orang berkata-kata


credit to encik google


Sayangilah ku kerana akhlak ku, jangan kerana kelebihan yang Allah berikan kepada ku. Jangan lah kau memuji ku berlebih-lebihan sebelum aku sah menjadi isteri mu kerana itu akan menimbulkan rasa bongkak dalam diri ku. Cukup lah sekadar dengan satu perkataan jikalau benar kau ingin memuji ku. Tegur lah aku secara berhemah, bukan dengan sindiran. Didik lah aku supaya menjadi seorang isteri yang solehah, tunjukkan lah akhlak mu yang sopan supaya aku boleh menghormati mu. Jangan lah kau sakiti ku dengan melakukan perkara-perkara yang aku tidak suka, walaupun niat mu baik. InsyaAllah aku akan melakukan perkara yang sama terhadap mu. Berbaik-baik lah kamu dengan orang-orang yang berada di sekeliling ku, terutamanya dengan orang-orang yang aku sayangi, termasuk keluarga ku.




p/s: aku seorang yg suka memendam rasa... so kat blog la tempat aku luahkan. so kalau boring baca blog aku yang asik cerita psl perasaan je, teruskan je la baca, hehe.....



Monday, April 11, 2011

i dont know why

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, April 11, 2011 0 orang berkata-kata
i'm very sensitive now, and i hate this feeling =(

Thursday, April 7, 2011

DIA........

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, April 07, 2011 0 orang berkata-kata



Semakin hari, hidupnya semakin muram
Tiada lagi kedengaran gelak tawa darinya
Semakin hari dia merasa tersisih
Semakin hari semua orang makin jauh darinya
Atau mungkin dia yang menjauhkan diri dari orang lain
Semakin hari makin laju degupan jantungnya
Semakin gundah gulana hatinya
Semakin tidak keruan jiwanya
Semakin tidak tenteram perasaannya
Seperti ada sesuatu yang akan berlaku pada dirinya
Sesuatu yang tidak diingini nya
Apakah dia masih mampu lagi bertahan
Apakah dia masih kuat untuk menghadapinya
Masih terdapatkah lagi insan yang boleh memahaminya
Memahami jiwanya, hatinya, perasaannya
Masih terdapatkah lagi insan yang menyayangi dirinya
Seperti keluarga yang menyayanginya
Jikalau dia memang menyusahkan orang lain
Maafkan lah dirinya yang khilaf
Kerana sudah menjadi lumrah manusia
Sering melakukan kesalahan tanpa disedari..



Friday, April 1, 2011

so sweet...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, April 01, 2011 0 orang berkata-kata
Tadi aku ter'tengok' gambar dari seorang teman kat facebook dia. Dia ni senior perempuan kat sekolah aku dulu....rupanya dia dah kahwin. Aku tak tahu la bila, tapi yang pasti dia memang dah kahwin. Dulu masa kat sekolah, dia ni setakat yang aku kenal, memang seorang yang lemah lembut, alim, pakai tudung labuh, cakap pun tak kasar2... kira aku suka la tengok dia ni. So bila tengok gambar kahwin dia, aku rasa cam sweeeeetttt sangat.... suami dia pun nampak muka baik2.




Ni gambar yang aku ambil kat facebook dia. Kat gambar ni dia tulis, 'first time....huhu'...... means? First time lelaki tu peluk dia camtu.....I assume =) Kan best kalau aku pun nak kahwin dah, haha. Ok dah bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review