Friday, July 31, 2015

Gembirakan lah hati anak-anak ini

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 31, 2015 1 orang berkata-kata Links to this post

Assalamualaikum..



Hari Selasa hari tu ada jamuan raya dekat pejabat saya. Kumpulan anak-anak yatim  dijemput sebagai tetamu yang diraikan. Ada 2 kumpulan. Satu kumpulan adalah anak-anak yatim yang dah sekolah menengah. Satu kumpulan lagi adalah anak-anak yatim yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Saya ditugaskan untuk melayan kumpulan anak-anak yatim kumpulan kedua, anak-anak yang berumur 8-11 tahun. Walaupun saya dah ada anak buah dan layak dipanggil makcik, tapi disebabkan saya belum berkahwin, saya kenalkan diri sebagai 'kakak'. Jangan marah haaa..

Mereka diberi layanan seperti VIP yang lain, duduk di meja makan berhidang dan ada waiter yang melayan. Alhamdulillah. Terima kasih pihak pengurusan. Saya tak terlibat dalam pengurusan. 

Ok ni yang saya nak ceritakan sebenarnya. Lepas sesi pemberian duit raya, ada sesi bergambar. Masa sesi bergambar tu, kemain jauh lelaki dan perempuan. Puas kitorang suruh dekat sikit tapi diorang taknak. At the end, ambil juga gambar masa tu. Lepas tu, akak office tanya kat anak-anak tu, "Kenapa tadi duduk jauh sangat?"

Diorang jawab, "Ustaz kata orang lelaki dengan perempuan tak boleh dekat-dekat. Kena jarak 100 meter"

Lepas habis makan, saya tanya, "Adik-adik nak apa-apa lagi tak?"

Anak-anak jawab, "Nak pergi beraya, nak kuih raya"

Kitorang yang ada kat situ semua terdiam sekejap. Sebak. Tak pernah lagi orang datang open house minta kuih raya. Memang kuih raya tak disediakan masa majlis tu. Kitorang usahakan jugak cari, pergi naik atas, tanya siapa-siapa yang ada bawa kuih raya, bukak hamper raya yang klien bagi. Bila bawa turun, muka anak-anak tu excited sangat-sangat, sampai peluk balang kuih raya tu. Ustaz yang bawa diorang tak putus-putus sebut Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Datang satu perasaan yang lain masa tu..

Mereka bukan macam anak-anak lain yang punya ibu bapa, bawa pergi jalan raya, makan kuih raya, dapat duit raya. Gembirakanlah hati mereka selagi mampu. Semoga Allah s.w.t menceriakan hidup anak-anak sekalian. InsyaAllah...

Friday, July 24, 2015

Assalamualaikum..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 24, 2015 1 orang berkata-kata Links to this post
Assalamualaikum...

Rasa nak ber'blog'ing balik la..insyaAllah lepas ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review