Saturday, June 30, 2012

nak exam nak exam

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, June 30, 2012 2 orang berkata-kata
German dah kalah, frust :(




Besok dah start paper, wish me luck =) Isnin paper subjek bisnes, untung la ada member bisnes kan.. boleh la nak tanya terms2 yang kurang paham tu. Leh goreng sendiri kalau tak hingat.

I will try my best. Not for the dean's list, but at least for my parents hope on my GPA.





Burbye! ;)

Tuesday, June 26, 2012

24 Peringatan Bagi Kaum Wanita

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, June 26, 2012 0 orang berkata-kata

Jom kita baca 24 Peringatan Untuk Wanita yang perlu kepada setiap wanita tahu dan ambil berat.

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  4. Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  5. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  6. Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
  1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  5. Ingat kepada Allah SWT
  6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  8. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
  4. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  5. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  7. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  8. Minta talak.
  9. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  10. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  11. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  12. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
  1. Mengekalkan malu pada suaminya.
  2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  5. Berdiri menyambut kedatangannya.
  6. Berdiri menghantar pemergiannya.
  7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  10. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  11. Memuliakan keluarga suaminya.
  12. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Friday, June 22, 2012

competition is done!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, June 22, 2012 0 orang berkata-kata
Seperti yang saya kata dalam entry before ni, kami terlibat dengan blueprint competition. Lebih kurang cam subjek bisnes la, nak tubuh syarikat baru. Tapi disebabkan kami ni budak engine, so promote barang engine la kan.. takkan nak buat pizza pulak?

Penat memang penat, pressure memang pressure.. nak pikir test lagi. Tapi kami enjoy! Lecturer tu pun sporting je. Jom layan beberapa gambar.


Saguhati: "Wakey-wakey".. tuk driver yang mengantuk masa bawak keta. Bila tersengguk je, akan ada vibration so automatik kejutkan driver tu.

First: Lebih kurang keta perang kot.. ada kamera, ada senapang paintball. Berat rupenye senapang tu...

Third: Smart Dadih Machine. Buat dadih auto la..

Saguhati: Climb Rock. Untuk safety jugak..

Projek kami pun saguhati jugak =) "Intrusion Alarm System". Projek biasa je, tak gempak cam orang lain.

Ada group yang present petang.. so takde dalam gambar ni. Yang si baju purple gambar first td.

Saya tengah tunjuk demo, hehe! =)

Yeah!

Style tak gambar ni? hehe

Say 'A' for this subject!


Sebenarnya ada 10 group, 5 dari kelas kami. Group lain sume present hari lain..masa kitorang test tu. So takde gambar. Disebabkan siang hari Rabu tu dah penat satu hari, so saya start study malam tu tok test besoknye. Stay up la engkau sampai subuh.. nasib baik ada kawan. Kalau tak memang tak mampu, konfem tido.. Sebab saya tak biasa tido lambat kalau ada exam. Mesti tido awal malam tu, paling lambat kul 12. 

Owh nak cakap something. Lecturer tu kan lecture bisnes. So dia tak tau pape la kan pasal lektrik ni.. so bila kitorang demo, dia cam berminat, cam teruja gila tengok kerja kitorang. Seolah olah dia tak percaya yang student biasa boleh hasilkan produk macam tu. Kitorang pun jadi excited jugak la kan. Tapi..... kalau kena kat lecturer engine, mm pandang sebelah mata je  la wakaka. Lagi lagi projek saya, the simplest one.

Unexpected thing, dapat sijil and dapat duit rupanye even saguhati pun hihi.. Ok nak chow!

Tuesday, June 19, 2012

setiap yang berlaku pasti ada hikmah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, June 19, 2012 3 orang berkata-kata
Semalam dah present project bisnes, then beberapa group terpilih tuk join competition, group kami one of them. Yang sebenarnya kami taknak sebab tengah minggu test. Harini test, besok competition, lusa test lagi. Tak tau camna nak curik masa study tuk test khamis nanti. But, we must think that Allah will never give us the bad things. So ni adalah rezeki yang Allah bagi, we have to say Alhamdulillah. I know that Allah want to give something good to us, but bukan senang nak dapat sesuatu yang baik kan? Think positive, pasti ada hikmah =)


So wish us luck, for the tests and that competition ;)

Saturday, June 16, 2012

majlis abang kahwin 1,2,3 jun

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, June 16, 2012 0 orang berkata-kata
Rasa cam nak post gambar gambar masa saya punya abang kawen aritu la... western style.

Perasan tak kek tu dh senget kat tepi? haha

saje nak zoom in sket

ni pun

budak budak saya.. alala rindunye...

pengantin ni dua dua kecik ;)

pas bernikah haruslah bergambar kan..

pengantin juniors ;)

my family. ade sorang lg abang tertinggal

my kuzen from singapore

mak mak sedara yg tolong buat goodies bag

setiap baju konfem ade gmbr kami adik beradik haha! gilo gambar

kami lagi =)

gambar wajib ;)


budak kcik yg jakun tgk pengantin dari dekat

malam berinai

baru ade, juniors ade, pengantin lama pun mesti la ade ;)

family sebelah ayah

family sebelah mak.. dari singapore, sbb tu ramai takde

ecece....

alolo suwitnyee....


Kebetulan tarikh abang nikah and bersanding sama sejibik dengan mak ayah.. nikah 1jun, sanding rumah perempuan 2jun, rumah lelaki 3jun. So kitorang buat surprise tuk mak ayah hehe.. bila dah petang petang sket, tetamu pun dah balek, kitorang keluarkan kek yang tertulis; "Happy Anniversary mak ayah, sweet 33".. yang bawah tak ingat. Comel tak kami? ahaks!

Wednesday, June 13, 2012

nasihat

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, June 13, 2012 0 orang berkata-kata
Boleh menasihat seseorang, tapi jangan sampai menghina seseorang tu.. kalau boleh jangan sampai orang tu terasa hati pun dengan teguran kita :)

Saturday, June 9, 2012

fuh, dah lama tak makan seafood..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, June 09, 2012 0 orang berkata-kata
Dah lama tak pekena ikan bakar.. sekali semalam mak datang ajak pegi makan ikan bakar kat Klang. Ape eh name tempat tu? Medan Ikan Bakar Jeram tak silap.. banyak gila makanan abang and kak ipar order, sampai tapau bawak balek la pulak sebab tak habis. Cakap banyak pun tak guna.. meh tengok gambar, biar terliur sket, then rasa lapar then terus nak pegi makan lagi sekali aha!






 Ketam masak cili merah.. besar besar ketamnye. amek 4 ekor je cukup tuk semua.

Udang masak..... ape ntah. 

Ikan siakap masak tiga rasa 

Sotong tepung 

Ikan kerapu masak stim

Ada lagi makanan yang tak sempat nak snap pic.. kailan ikan masin, sup sayur, ikan pari bakar, air buah tembikai and fresh orange. Fuuh memang terbaik bro...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review