Saturday, December 31, 2011

Osbon, juara Maharaja Lawak Mega 2011

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 31, 2011 0 orang berkata-kata
Yea Osbon menang Maharajalawak Mega semalam! Tuah ayam nampak di kaki, tuah Osbon siapa yang tahu.. Saya ingatkan kumpulan Boboi yang menang, sebab rasanya performance diorang lagi bagus semalam. Tapi dah rezeki Osbon.. Osbon pun kelakar gak. Mak cakap Osbon dari minggu awal2 lagi dah memang kelakar. Saya mana la tengok minggu awal2 tu... awak duduk kolej kan, mana ada TV.





Tapi memang patut la Osbon menang.. teringat pulak masa Yus Rajalawak 1 menang dulu. Ingat lagi tak? Masa tu persaingan Yus, Zizan dan Johan. Saya pun konfius nak pilih siapa antara Zizan, Johan dengan Yus, tapi rezeki Yus.. Bagus jugak Yus menang, duit tu boleh bantu dia. Masa tu Yus hidup susah, rumah kayu. Astro ada tunjukkan kehidupan dia masa before final tak silap...





Rasanya, kemenangan semalam lebih bermakna buat Os. Sebelum ni Os kerja bawak teksi, ada 7 orang anak yang dia perlu tanggung. Anak dia sume kecik2. Macam ayah saya pulak. Tapi kami adik beradik dah besar2.. Tapi even Os dah menang besar semalam, dia akan teruskan kerja bawak teksi.. Rezeki yang halal. Takkan dah dapat duit terus nak jadi malas kan? Terharu je bila tengok sikap Os yang rendah diri semalam, very humble..


Rezeki Allah jangan dinafikan.. ye tak?



Friday, December 30, 2011

pergi bercuti masa cuti hari Krismas pun dikira sambut Krismas ke?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 30, 2011 7 orang berkata-kata
Tadi saya terbaca sesuatu yang mengatakan, keluar bersiar-siar, buat Family Day kebetulan pada cuti Hari Krismas pun dikategorikan sebagai menyambut Krismas?? Korang setuju?

Apa definisi Hari Krismas?

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja OrtodoksGereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasukpokok Krismaslampu hiasan, daun mistletoeholi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. (sumber: wikipedia)

Oleh sebab itu, Islam melarang umatnya menyambut Hari Krismas sama ada secara langsung atau tidak langsung, even mengucapkan "Selamat Hari Krismas" or "Merry Christmas".

Dalam sambutan seisi keluarga, Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stokin merah besar pada tempat pendiangan api.

Jadi, adakah Family Day yang kita buat , kebetulan pada cuti Hari Krismas pun dikira menyambut hari Krismas? Ada kita masuk gereja, menyanyi karol? Ada kita bertukar-tukar hadiah? Ada kita pasang pokok Krismas kat tempat holiday? Ada kita saling ucap mengucapi "Merry Krismas"? Dan yang paling penting, ada ke kita pasang niat nak pergi bercuti tu sempena nak sambut Hari Krismas? Takde kan semua tu.... kesimpulannya, jangan cepat nak cari kesalahan orang lain. Kita buat Family Day, bercuti dengan keluarga untuk mengeratkan silaturrahim.. tengok ada pulak yang cakap kita buat sebab sambut Krismas. Ini dah dikira fitnah ni. Kita sama-sama orang Islam, tahu yang sambut Krismas tu salah... Tapi takpe la, kalau niat anda nak mengingatkan kami, saya hargainya... terima kasih =)



p/s:  Kalau ada yang nak komen, silakan. Kalau malu, guna je la nama anonymous tu.. Saya perlukan pendapat orang ramai tentang ni. Sebab saya tak nak cakap saya betul, cuma saya tak berapa setuju dengan pendapat orang tu.. so any commentor??




Thursday, December 22, 2011

nak balek punya pasal..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, December 22, 2011 2 orang berkata-kata



Wahh.... harini pergi kelas dalam keadaan selsema yang teruk, mata yang ala2 panda + mengantuk, kepala yang tak berapa nak betul. Sebabnya.... saya tidur pukul 6 pagi. Malam semalam stay up kat fakulti ngan 3 orang kawan semata-mata nak siapkan assignment. Assignment tu due date Selasa minggu depan. Tapi kami semua nak balek hari ni gak. So nak taknak kena siapkan semalam gak. Padan muka.


Punya la semangat nak stay up, siap beli keropok2 (ayu yang semangat), air nescafe, gula2 bagai.. owh yang penting, kami ada peneman =) Yela.. bahaya gak kalau girl2 je yang duduk luar kan.. kena la ada sorang hero. Nasib baik la ada kawan yang sanggup nak teman kami siapkan keja sampai kul 5.. padahal kul 4 ada game bola. Terima kasih ayahanda!



Tuesday, December 20, 2011

Petanda si dia adalah jodoh kita

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 20, 2011 3 orang berkata-kata
Tahu tak.. saya pernah terbaca satu statement ni mengenai jodoh kita. Menurut ayat tersebut, ada 2 petanda yang si dia adalah jodoh kita.


1. Dipermudahkan.
2. Mendekatkan diri kita dengan Allah.


Saya tak tahu sejauh mana kebenaran ayat ni. Tapi kalau ikut pendapat peribadi saya, saya agak setuju dengan dua perkara ni. Pertama, dipermudahkan. Mungkin, jalan kita untuk bersatu dengan si dia dipermudahkan. Tak perlu nak tempuh lautan api, gunung ganang bagai cam ayat dalam filem.. kalau ada pun, mungkin sikit je untuk uji kesetiaan kita. Pakwe lama datang balik ke, makwe lama menagih simpati ke.. saya rasa semua tu cuma dugaan. Tapi andai kata nak kahwin dengan dia, tapi seluruh family tentang, dengan bersebab. Takkan sampai nak kahwin lari kot? Tak dapat keredaan orang tua nanti.. tak bahagia hidup.


Kedua, hubungan kita dengan si dia lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan solat sebab dia suruh, bukan tutup aurat sebab dia suruh, bukan macam tu.. maksud saya, yela, siapa yang tak nak masuk syurga sama2 dengan pasangan kan? At least, seseorang yang buat kita lebih mengenali Allah s.w.t.. bukannya menjauhkan kita dengan-Nya. Tapi jangan memaksa! Rasulullah pun tak menggunakan kekerasan semasa berdakwah..


Ni pendapat saya je.. kalau ada yang salah, memang dari saya la tu. I'm not the perfect one =)





Kapar Energy Ventures

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 20, 2011 0 orang berkata-kata
Hari tu kan, hari tu kan saya pergi lawatan ke Kapar Energy Ventures.. best la sebab dapat tengok system dalam TNB. Walaupun tak semuanya saya paham, tapi ada la dapat 4/10 kan hehe.. dah lama tak join lawatan sambil belajar ni, last masa sekolah.



baru nak bertolak


dalam bas


dah sampai.. bertaklimat jap


makan sat before gi jalan


jom!


 bilik ni yang control semua system


kami tengok generator besar!


transmission line.. penghubung generator ngan distributor


 nak balik dah..











Monday, December 19, 2011

Rindu nak dengar orang main gitar..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, December 19, 2011 2 orang berkata-kata
Rindu nak dengar orang main gitar...

merdeka sekejap before final

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, December 19, 2011 0 orang berkata-kata
Alhamdulillah.. sekarang ni saya dah habiskan semua test, tinggal nak final je pasni. Assignment sume pun dah siap. Saya memang sangat-sangat la hepi even belum final sekalipun. Takpe la, apa salahnya nak hepi sekarang.. jeles?

Tapi before menghadapi final ni, saya nak pergi holiday dulu, yeaa! Saya nak join Family Day kat Melaka.. family sebelah ayah punya plan. Dari awal tahun aritu plan. Eh silap, dari tahun lepas. Tapi tahun lepas tak jadi sebab my parents pergi Mekah.. ayah big boss, takkan la tak join sekali kan untuk discuss menda2 alah ni. So insyaAllah tahun ni jadi la. Preparation sume dah siap, tinggal nak pergi je nanti.. insyaAllah takde aral melintang..

Sebenarnya saya ada banyak sangat nak share.. banyak sangat cerita masa minggu saya busy tu. Tapi disebabkan terlalu la busy, so takde masa nak update blog panjang2. Tapi sekarang ni cerita2 tu dah basi... dah lama kan. So tak perlu lagi la saya nak share.. mesti dah tak best. Kes nak terjatuh dalam dewan, salah buka pintu, salah orang, dia panggil orang lain, saya yang jawab. Malu2..

Owh yang penting, minggu sebelum minggu saya busy tu, my parents datang sini bawak banyak buah dari kampung =) serius suka sangat2... rasa nak jadi tarzan je, makan buah tak makan nasi. Kalau la saya pandai buka durian tu sendiri, dah lama saya bawak balik hostel. Baru la terlebih puas.. ok dah bye.

Friday, December 16, 2011

singgah jap..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 16, 2011 2 orang berkata-kata
Singgah jap update blog.. test sedang menanti.


Harini hari Jumaat, so dapat buah epal free =)
Antara banyak-banyak kedai makan depan kolej saya ni, ada satu kedai yang akan bagi buah free setiap hari Jumaat. Saya jarang beli kat kedai ni, seminggu sekali je baru pergi, iaitu hari Jumaat la hehe..


Mana boleh lepas benda free kan, lagi-lagi buah. Ok dah bye.



Saturday, December 10, 2011

hati terluka..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 10, 2011 3 orang berkata-kata
dulu ia ditinggal-tinggalkan, dipersia-siakan
kini ia di cari kembali
memerlukan waktu yang panjang
untuk mengubat hati yang terluka

Friday, December 9, 2011

sayastressgiler

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 09, 2011 7 orang berkata-kata





Lately ni ada beberapa perkara yang buat saya cepat stress :-


1. Bila  fon keluarkan bunyi "ding ding ding" menandakan bateri dah low. Stress gile sbb baru sehari dua cas, dah low balik. Paling malas nak cas fon.


2. Bila fon tetiba padam disaat-saat genting. Haritu terpaksa jalan kaki keliling kolej sebab nak cari kereta member. Nak kol tak dapat, fon dah padam.


3. Bila tetiba je lecturer cakap kena buat presentation semula. Dah la tajuk baru.


4. Tetiba je mak cakap nak pergi Langkawi, and my brother ikut sekali. Means saya kena duduk hostel sorang2 sampai Isnin, tak suka.










Tuesday, December 6, 2011

puasa tapi boleh makan. hadis mana tu?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 06, 2011 2 orang berkata-kata
Hai guys..

Apa yang saya maksudkan ayat di atas ialah....... termakan something masa tengah puasa. Korang pernah tak macam tu? Saya pernah beb.. bukan sekali tapi dah banyak kali. Bak kata kawan, itu dah bukan tak sengajo tu, itu dah memang sengajo yo tu.. ceh tak guna punya kawan. Tapi betul la, saya tak sengaja pun.. especially masa puasa sunat. Sebab saya jarang buat puasa sunat.. so bila buat, terlupa la. 

Hahaha.. nak gelak jap. Sebab kes ni baru je berlaku semalam. Semalam saya puasa sunat 9 Muharram. Tapi saya lupa, boleh plak saya makan kismis dalam kelas, banyak plak tu setengah kotak. Dah lama lepas habis kelas tu, saya bukak beg nak amek henset. Pastu nampak kotak kismis, saya pelik. "Eh kan aku puasa harini? Apsal ada kismis dalam beg plak ni? Ya Allah.....! Siyes tak ingat!". Tapi saya sambung je puasa.. terlupa dimaafkan kan? Anggap la rezeki haha..

Masa kecik dulu lagi la banyak kali. Pernah masa sekolah rendah, belum akil baligh lagi, saya baru nak belajar puasa sunat. Tapi bila masa rehat, boleh plak saya pergi beli mee sepinggan, makan habis plak tu. Masa basuh tangan kat sinki, tetiba rasa something wrong. "Apsal rasa len macam je ni ha? Ya Allah.....! Aku puasa rupanya!", terus talifon mak. Tapi mak kata, terlupa takpe, anggap la rezeki Allah bagi sebab akak tengah lapar sangat agaknya. Tapi memang aku lapar giler pun masa tu.

Terlepas makan buah tembikai pun saya pernah.. makan gula2 pun pernah. Tapi tu sume tidak disengajakan, saya memang betul2 lupa. Rezeki tu di mana-mana pun ade kan.. even tengah puasa sekalipun hehe... Kalau Allah nak bagi, bagi jugak tak kira masa. Ok sekian...





p/s: Jangan ikut aksi merbahaya ni di rumah anda.

Monday, December 5, 2011

sunat berpuasa 9 & 10 Muharram

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, December 05, 2011 0 orang berkata-kata
Seperti yang korang tahu, hari ni dah masuk 9 Muharram dan sunat berpuasa.. juga pada 10 Muharram. Maaf, saya pun tak tahu pasal ni, nasib baik ada kawan mesej semalam ingatkan. Terima kasih kawan! =)

Saya tak tahu apa jenis pahala yang akan dapat kalau berpuasa.. yang pasti, setiap perkara 
sunat yang kita lakukan, insyaAllah dapat pahala. Kat Facebook berlambak2 orang post pasal ni, 



"Barangsiapa berpuasa pada 9-10 Muharram besok (Isnin & Selasa)


itu seolah-olah ia telah melakukan ibadah selama 2 tahun, dan



siapapun yang mengingatkan orang lain hal ini seolah-olah ia



telah melakukan ibadah selama 80 tahun."




Tapi ramai dah orang cakap hadis ni tak sahih.. ustaz Azhar Idrus pun cakap tak sahih.








Tapi bak kata orang di atas tu, berpuasalah ikhlas kerana Allah.. takkan nak buat semata-mata nak dapat pahala je kan? Tak boleh la macam tu.. jadi buatlah ibadat ikhlas kerana Allah ye teman2.


Saturday, December 3, 2011

Emak kahwini anak sendiri??

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 03, 2011 0 orang berkata-kata
 Yang ni gambar je.. Sila klik emak kahwini anak untuk tonton video.



Guys, mesti korang dah tengok video ni kan. Tapi saya nak share gak bagi sape2 yang belum tengok video ni.. Jadikan ia sebagai pengajaran, doakan mereka supaya bertemu jalan kebenaran. Saya tak tahu la mereka ni boleh dikatakan jahil atau tak.. tak tahu mana halal mana haram. Sebab masa minit ke 7:01, mak dia boleh cakap macam ni, "yang penting saya tidak berzina sama orang, sama anak sendiri", seolah-olah dia tak tahu batas hubungan mak dan anak.. Yela, kadang-kadang orang tahu tu dosa, tapi dia buat gak. Tapi dalam kes ni, diorang macam tak tahu je benda ni salah..

Sepanjang saya lihat video ni, meremang bulu roma.. Saya terkesima, rasa cam tak percaya.. selalu nye dengar perkahwinan songsang or something macam ni kat negara mat salleh je. Diorang memang ramai yang takde agama, Atheist, sebab tu tak kisah dengan hubungan ape pun. Tapi yang ni, paling dekat.... tak tahu la mereka beragama Islam atau tak, sebab minit ke 2:01, perempuan ni ada sebut "Alhamdulillah". Saya macam... macam.. tak tahu la nak cakap ape.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..


Friday, December 2, 2011

budi bahasa budaya kita

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 02, 2011 0 orang berkata-kata
Assalamualaikum....

Saya cuma nak share pendapat saudara ni tentang orang yang selalu komen-komen negatif pasal orang lain. For sure la komen-komen ni selalu ada kat blog gosip. Orang buat salah, bukannya nak ditegur.. tapi dimaki hamunnya. Saya pun rasa tak patut la macam tu.. dah tu komen guna bahasa paling kesat plak tu, hilang budi bahasa. Jadi baca lah ye..





Thursday, December 1, 2011

welcome december..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, December 01, 2011 0 orang berkata-kata
Dah masuk bulan 12 dah... 
beberapa bulan je lagi saya nak masuk umur 23. 
Wa dah besar dah, cam tak bersedia je lagi nak jadi orang dewasa yang betul-betul dewasa.
hehehe....

Wednesday, November 30, 2011

diet Atkin, turun 4 kilo dalam masa 3 hari

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, November 30, 2011 4 orang berkata-kata
Siapa tengah diet? Hari ni saya nak share satu cara diet yang saya rasa agak best gak hehe.. Sebenarnya cara diet ni lecturer saya yang ajar. Dia namakan diet ni Diet Atkin (ok tu nama lecturer yang bagi). Selalu kalau korang diet, korang kurangkan apa? Lemak kan? Tapi diet Atkin ni, kita kena kurangkan karbohidrat dalam badan. Low karbohidrat, high protein and fat. Bayangkan, lecturer saya baru amalkan 3 hari dah turun 4 kilo.. dia siap pergi check kat klinik lagi sebab tak percaya. Bila dah check, memang betul lemak dalam badan turun 4 kilo lepas 3 hari.

Nak tahu kenapa kena kurangkan karbohidrat? Bukannya lemak?

Metabolisme dalam badan kita akan bakar karbohidrat, then baru lemak.. so bila dia dah bakar karbohidrat dalam badan, bila nak bakar lemak tu dia dah tak boleh dah sebab karbohidrat kita banyak. Thats why kita kena kurangkan karbohidrat supaya metabolisme tu kurang kerjanya.. boleh bakar lemak. Owh yang ni lecturer saya yang cerita tadi. Saya mana la tau bab-bab biologi ni... Den tolong sampaikan yo ha..

So kepada siapa-siapa yang nak diet tu, boleh cuba cara ni.. Mana tau kot-kot silap hari bulan boleh jadi model =)

Tuesday, November 29, 2011

gembiranya saya....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, November 29, 2011 4 orang berkata-kata
Wah untung la balek rumah weekend lepas.. dapat makan buah banyak-banyak, dapat jumpa kawan-kawan sepermainan.. Nasib baik saya decide nak balek gak even last minit punya decision. Yela before tu cam dilema nak balek ke tak sebab saya malas nak naik bas. Tapi... untung la ~~






 Masa ni saya segan sebab ada Cina kat depan tu tiru gaya saya nak bergambar, terus toleh kiri hehe




 Sekali sume makan sizzling daa..




 Poyo ke kami? =)




Duit duit..



Sangat seronok keluar ngan kawan lama.. dah lama gak kitorang tak jumpa. Saya sampai hilang suara bila sampai rumah. Bukannya sebab bersorak Malaysia lwn Bahrain, tapi sebab banyak sangat gelak hehe... tak benti plak tu. Kadang tu risau gak hepi-hepi sangat, besok kot nangis plak. Tapi memang besoknya memang nangis pun..... nangis nak balek kolej, meninggalkan rumah yang tercinta =)



Saturday, November 26, 2011

excited bila beli kasut off 50%

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 26, 2011 0 orang berkata-kata
Hui penat gile bila sampai rumah.. pas solat maghrib terus terlelap. Sampai mimpi-mimpi kengkawan sekolah menengah dulu datang rumah, kengkawan adik datang rumah, my bestfriend punya pakwe datang rumah. Tapi yang peliknya, yang datang tu semua adalah lelaki and datang masa saya tengah tidur kat ruang tamu, suasana sebijik cam saya tidur tadi. Apa motif?? Takpe yang penting, nasib baik la mimpi jee..... kalau tak jatuh la maruah den ~~


Hari ni saya dalam mood happy sebab, sebab, sebab tadi beli kasut ada diskaun 50% muahahaha.. Masa keluar kedai tu pun kawan ade tegur, "Muka kau tak payah nak happy sangat la dpt beli kasut", haha.. Tak expect pun, tetiba masuk kedai salesgirl (salesgirl kan name die?) cakap "Hari ni ada sales 50% tau". Ha? What?? Terus excited nak cari kasut. Kawan tanya, "Kau nak usha kedai lain dulu tak?". "Taknak, aku nak beli kat sini je". Excited kan? Padahal before tu dah cakap nak usha banyak kedai dulu before pilih =)


Terjaga pun sebab adik kejut, diorang nak keluar rupanya. Bangun je terus tanya, "Mak, lauk ada tak?". Lapar weyh............


"Mak baru nak beli ni". So thats mean saya menaip entry ni dalam keadaan lapar sekarang ni, sedang menunggu kepulangan lauk. Masak sendiri? Bukannya tak nak masak.. tapi dah nak beli lauk kan, so kalau offer diri nak masak, hancur lebur la hati mak dan adik-adik nak keluar beli lauk hihihihi.... ayah pun.


Eh, rasanya dah lama mereka-mereka ni keluar.. nape tak balik lagi ni?





Provokasi Indonesia nak tarik kemenangan Malaysia dalam bola Sukan Sea

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 26, 2011 2 orang berkata-kata



Hari tu masa tengok live bola kat TV3, Malaysia lawan Indonesia untuk Sukan Sea ni, saya perasan coach Malaysia marah-marah masa dah habis game. Pelik gak saya, nape coach marah-marah ni padahal dah menang? Then saya dah dapat jawapan. Tak tahu la kot orang lain dah lama tahu kan.. cam biasa la saya lambat sket hehe. Nak buat camane orang busy memang camni hihi. Rupanya................................. lepas habis je game, staff@krew Indonesia terus turun untuk buat doping test kat pemain Malaysia. Patut la coach marah-marah. And saya dengar doping test tu dibuat untuk pemain Malaysia sahaja. Why? Tak percaya pemain Malaysia still bertahan sampai habis game? Provokasi provokasi.. ni saya sempat snap komen-komen yang mungkin membina dan mungkin berguna untuk kita jadikan sebagai pengajaran. Komen-komen mencarut maleh la ai nak layan..









Kita jangan buat orang lain macam ni pulak lepas ni.. Layan la tetamu dengan baik. Sedangkan kalau musuh yang datang pun kita kena layan baik-baik gak kan?


Friday, November 25, 2011

Cheating?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 25, 2011 3 orang berkata-kata


Kadang-kadang kalau setia sangat pun tak leh gak kan. Contoh la, kalau si lelaki ni memang setia abis la kat girl dia. Yang girl ni pulak memang tahu lelaki ni memang seorang yang setia. Tak kira apa dia buat, lelaki ni memang akan memaafkan dan takkan tinggalkan dia. So rasa-rasanya girl ni berani tak nak pasang lain? Pergh memang tak sayang la kalau camtu kan..

So kesimpulannya, kita kena ada backup lover. So andai terjadi pape, ter'clash' ke, ter'break' ke, tak la frust sangat kan... haha. 

Sape yang baca ni konfem tak nak kat aku dah ni, takut diduakan hihi.. harap jangan lurus cam pembaris sangat ye.

tak bestnye kena balik naik bas...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, November 25, 2011 0 orang berkata-kata
Minggu ni nak balik rumah, tapi abang-abang semua tak balik. So saya kena balik naik bas sorang-sorang, tak bestnye... Kalau balik naik bas, kena balik Sabtu siang. Pastu balik kolej Isnin siang, tak best tak best. Saya nak balik malam, tapi takde tiket malam la pulak..


Bak kata kawan saya, "Ko angkut la uitm tu kat sebelah umah ko".


Wah kasar giler gurau, hampas tul cik Ayu ni.. Tapi memang betul pun, sebab saya balik rumah tiap-tiap minggu dah hehe.. Minggu ni tak plan pun nak balik. Tetiba baru tahu yang isnin cuti, tu yang terus nak balik tu. Kenapa? Nak cakap saya lambat, tak tahu isnin cuti? Lecturer saya lagi lambat tau. Dia tak percaya isnin cuti, dah berdebat dah dalam kelas ari tu. Ntah-ntah isnin ni dia datang kelas sorang-sorang hehehe...


Ok lah saje je nak membebel sat..malam ni nak test, tapi otak dah penat study. So nak relax la sket..




p/s: Saya menggantikan perkataan 'saya' untuk 'aku' sebab rasanya readers saya ada yang berumur lebih tua dari saya.. So lagi sopan la kalau guna 'saya' kan =) terima kasih.

Sunday, November 20, 2011

For the rest of my life.. I'll be loving you

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, November 20, 2011 0 orang berkata-kata




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

I know that deep in my heart..




p/s: tak tahu la aku boleh jadi isteri yg solehah, yg baik, yg mithali ke tak nanti.. insyaAllah...



Saturday, November 19, 2011

penat gak kenduri tunang ni, fuh..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, November 19, 2011 3 orang berkata-kata
Fuh penat penat... abang yang tunang, tapi aku plak yang penat lebih-lebih. Mana tak nya, abang aku mana la buat kerja-kerja orang perempuan siapkan hantaran. Yang tolong racik bunga rampai, aku la orangnya. Buat sorang-sorang plak tu. Start kul 12.30 malam, aku tido kul 4 pagi. Tapi kalau tak tolong pape, takkan rasa la suasana kenduri kan...


Pagi-pagi lagi ayah aku dah kejut semua orang bangun.. yang solat subuh semua tido balik, tu yang ayah aku bising tu hehe. Yela kul 10 orang dah nak baca doa, maknanya kul 9 lebih mesti la orang dah ramai datang. Tapi ada makcik-makcik yang datang kul 7, kitorang tengah lepak-lepak baring lagi kat depan tu. Tido ramai-ramai kan. Bila makcik-makcik tu datang, baru la semua nak bangkit sebab segan hihi..













Owh lupa nak bagitau.. makcik-makcik tu datang awal sebab nak tolong masak. Kawasan rumah aku still amalkan rewang. Tau rewang?? Ala yang masak beramai-ramai, tolong menolong kalau ada kenduri tu.. kira kitorang memang tak guna catering la.


Hehe masa nak pergi rumah perempuan tu, aku tolong bawakkan hantaran sirih junjung. Cincin, tapak sirih orang tua-tua tolong bawak.. simbol adat la katanya.. pastu aku tanya mak, "Mak, boleh ke akak yang bawak sirih junjung ni? Ke nak kena orang veteran gak yang bawak?"


"Boleh je.. dia kalau sape yang bawak sirih junjung masa hantaran, maknanya lepas ni turn dia plak". Wah, mak aku nak sangat aku kahwin ni. Tapi mak memang nak aku kahwin awal dow.. dulu lagi mak dah pernah cakap, paling lambat pun kahwin masa umur 25. tapi tu pun dah lambat dah tu.. elok umur 23 dah kahwin. Pergh.. tau tak aku umur 23 bila? Tahun depan beb.. tahun depan. So jangan terkejut plak kalau tetiba aku dah kahwin tahun depan tau, haha! Eh tak tak... tipu je. Mak memang la nak awal, tapi ayah aku berbeza pendapat plak. Ayah, lagi lambat lagi bagus agaknya pada ayah.. berbeza kan pendapat lelaki dengan perempuan? Aku? mesti la sama dengan mak hihihihihi.... tapi belum ada jodoh lagi.


Ok dah dah stop stop... taknak cakap lagi dah.




p/s: kepada siti, kalau nak tengok more pic, tgk kat aku je la eh.. segan plak nak upload byk gambar sbb bukan majlis aku kan hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review