Tuesday, May 29, 2012

lagu lama memang terbaik der!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, May 29, 2012 3 orang berkata-kata
Fuhh.. semalam tido lambat sebab layan Youtube lagu lagu 80-90 an dulu. Memang tak bosan la dengar lagu lelama ni, padahal dah banyak kali dengar kan?


Perasan tak beza artis lama dengan artis baru ni? Kalau artis lama, diorang memang minat muzik, memang betul betul minat muzik. Hidup diorang memang dengan muzik je. Cuba korang pikir, ada tak artis artis dulu yang kaya raya? Takde kan. Tapi lagu diorang, fuh.. sampai sekarang pun orang layan tak bosan.


Tapi artis sekarang? Baru masuk industri dah kaya.. tapi lagu? Lagu femes kejap je, pastu basi. Nampak la orang sekarang nak jadi artis sebab nak untung, nak femes cara cepat je... tapi kualiti? Tengok contoh artis dulu. Jadi artis sebab memang minat nak menyanyi, memang minat dengan seni muzik. Sebab tu kualiti bagus-bagus.. even tak kaya pun, diorang still hasilkan lagu. Dah nama minat kan. Artis sekarang? Bila lagu dah tak femes, mula la masuk bidang lakonan pulak.. pastu kontroversi sana sini, nak naik cepat la katakan.


Saya minat tengok orang nyanyi nyanyi ni.. tapi sekarang dah kurang minat.. macam lagi banyak tengok maksiat je dari kualiti kerja :)

Saturday, May 26, 2012

betul sangat la tu.. ^_^

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, May 26, 2012 2 orang berkata-kata


Wednesday, May 23, 2012

cinta itu ketawa dan airmata

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, May 23, 2012 0 orang berkata-kata
Haritu kan, saya ikut abang pegi uptown Shah Alam.. pastu parking penuh gila. Pastu abang pun pegi la kat car wash tu, terpaksa la pegi basuh keta sebab nak dapat parking kan :)
Masa kat car wash tu, brother bother tu pasang lagu kuat gila. Pastu saya terdengar satu lagu ni, terus jatuh hati.. sampai skang boring2 je saya layan lagu ni hehe,,

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...





Friday, May 18, 2012

BBQ kat Teluk Kemang!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, May 18, 2012 3 orang berkata-kata
Last week saya pegi BBQ kelas punyer.. kat Teluk Kemang and Port Dickson. Sangat sangat best and sume orang sporting. Penat? Memang penat, tapi enjoy.. padahal keja banyak kan, tapi nak jugak BBQ tu. Ha apalagi, balik memang tak cukup tangan la siapkan keja. Hamek kau.... so lets check it out!
















kami ade penghibur










ada lagi makanan yg tak termasuk ni


sedap sedap


kerang bakar


lepas makan main game pulak


besok paginye










discussion before start game


get ready nak main frisbee



Banyak sangat gambar sampai jadi 4GB folder.. saya pun tak tau gambar ape diorang amek, main snap je hehe.. tapi tu plus video jugak laa. So next trip, kena pikir sem depan la pulak...

Sunday, May 13, 2012

jersey terbaru, takde kat mana mana pasaran!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, May 13, 2012 3 orang berkata-kata
First time nak pakai jersey, nak beli jersey and jersey tu adalah jersey nama sendiri hihi.. nak buat camane, orang tak minat bola. Masa nak pilih nombor tuk jersey sendiri pun konfius nak nombor ape.









Entah mimpi apa ntah diorang nak buat warna pink, lelaki pulak tu yang nak.. tapi takpe, ok gak =)

Wednesday, May 9, 2012

yela awak seorang je la yang betul..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, May 09, 2012 3 orang berkata-kata
Agak agak la bro nak mengutuk orang pun.. tau la awak tu banyak ilmu, beratus buku dah baca. Tapi jangan la anggap diri tu betul 100%, riak dah namanya tu. Awak tak suka dia, kaw kaw gile awak ngutuk dia. Cari bukti semua kelemahan dia. Cari kelemahan diri sendiri sudah... muhasabah diri sket.

Sunday, May 6, 2012

jujur aku dayus

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, May 06, 2012 1 orang berkata-kata



Saya baru habis layan citer Jujur Aku Dayus.. nice! Banyak pengajaran saya dapat dari citer tu. Susah nak jadi seorang isteri yang betul betul solehah kan. Dah lama pun citer ni, tapi baru nak tengok hehe.. ape kau kesah?

Tau tak? Nengok tak? Meh saya summarize kan citer tu..

Citer ni berkisahkan seorang perempuan yang dulu hidupnya liar, Lisa.. party sana sini. Then dia jumpa dengan laki baik, Ed, then kahwin. Nice la sebab Ed dapat bimbing Lisa ke arah kebaikan.. Dah pakai tudung, tutup aurat. Sebulan lepas kahwin, Ed pegi Jepun setahun. Pegi sorang, Lisa tak ikut. After one year, Ed balek tak bagitau sebab nak surprise kan Lisa. Tapi.................. masa Ed bawak keta accident, terus koma. Simple kan saya citer? Ok sambung.

Lepas sedar dari koma, Ed tak pedulikan Lisa. Pastu  pulak tunang lama Ed, Aisyah datang cari die balek. Masa ni la banyak konflik antara Lisa dengan Ed. Last last Lisa mintak cerai sebab Ed tak nak sentuh dia langsung.. Bila Lisa mintak cerai, tau pulak si Ed ni sedih.

Tapi masa ni la best.. terbongkar segala-galanya. Macam ni lebih kurang dialog dia.

Ed: Saya sayangkan Lis..
Lisa: Kalau awak sayangkan saya, kenapa buat saya macam ni?
Ed: Dan kenapa awak buat saya macam ni?
Lisa: Awak tau ke? (Dalam keadaan nangis nangis)

Ok saya taknak habiskan.. nak tau ape jadi, tengok sendiri citer tu. Pegi kat Youtube sekarang., taip Jujur Aku Dayus. Tak best la kalau saya citer kan hehehe....

Saya nak bagi ranking banyak sket la kat citer ni.. tak tau la korang macamane. Tapi saya rasa best sebab dia cam memainkan perasaan penonton. Sepanjang tengok, kejap kejap saya salahkan laki tu, kejap kejap salahkan Lisa pulak. Kejap kejap salahkan ex tunang Ed pulak.. banyak gile konflik. So baik korang pegi tengok sekarang. Ok dah bai!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review