Saturday, September 29, 2012

apa perasaan kalau sentiasa nampak benda halus?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 29, 2012 8 orang berkata-kata Links to this post
Tetiba rasa cam nak bercerita pulak...

Dulu masa sekolah, saya ada sorang besfren, cik A nama diberi.. saya rapat dengan dia sejak form 1 sampai la habis sekolah. La ni tak berapa nak rapat dah, contact pun jarang. Yela masing-masing dah busy ngan kerjaya. Tapi bukan tu yang saya nak cerita. Nak dijadikan cerita, kawan saya ni ada benda ikut dia... keluarga punya. Dia ni lawa, memang lawa...mix Belanda ke Portugis entah, tak ingat. Tapi memang muka mat saleh. 

Dah nama pun besfren kan, so dia selalu la dengan saya. Pergi kelas, balek kelas, pergi prep, balek prep, keluar outing, sume sama je... jadi kalau ada pape jadi kat dia, memang saya lah saksinya. Dia selalu nampak, tapi saya tak pernah nampak ape yang dia nampak, tapi saya tahu benda tu ada. Kadang-kadang bila dia takut, saya peluk dia. Saya pun tak la berani sangat, tapi tu je yang boleh saya buat selain baca ayat Kursi.

Kami dulu sekolah asrama penuh, so tiap-tiap malam memang ada bacaan surah al-Mulk kat hostel. Sampai satu malam tu, kami sebilik tengah baca surah al-Mulk, dalam bulatan. Tengah-tengah baca tu, tetiba cik A ni senyum sensorang. Saya dah perasan, tapi mula-mula buat biasa je dulu. Tapi makin lama makin lebar senyumnya, then tetiba dia gelak, then hantuk-hantuk kepala dia kat lantai. Saya tak tahu camna nak hentikan, saya letak al-Quran kat tempat dia hantuk kepala tu. Ha tau pun nak berhenti. Semua dah tergamam, tapi bacaan al-Mulk diteruskan. Then dia gelak-gelak lagi sambil cakap, "Haha korang ni baca Quran pun terabur. Pandai lagi aku baca Quran".

Masa tu dah agak dah bukan dia, benda lain ni. Saya cakap, "Kalau camtu kau baca la." Saya hulur al-Quran, ditolaknya. Keadaan kelam kabut sket masa tu. Tapi saya sempat gak tanya nama dia. Katanya, nama dia Inang, asal dari jauh sangat....saya rasa dari Indonesia sebab cik A pernah cerita. Bila dah rasa keadaan tak terkawal, baru la kami panggil senior ngn ustazah hostel.

Banyak lagi pengalaman.. pernah sekali saya teman dia masuk toilet. Pastu dia keluar dengan muka pucat. Saya tanya, "Kenapa?.".. "Aku nampak ekor tergantung kat atas pintu". Seram sejuk saya dibuatnya. Tapi sempat lagi saya tanya muka dia camna. "Baik kau tak payah tahu...buruk sangat, nanti kau takut". "Err ok.."

Masa kat kelas, ada la klasmate yang nak pergi beli air kat kantin. Cam biasa la nak kirim-kirim. Kawan tu tanya cik A, nak air apa. Masa tu cik A tengah lukis something atas kertas. Lukis gambar syaitan bertanduk, sambil cakap, "Aku nak air warna merah tau...". Cuak, terus kami panggil ustaz. Masa tu tengah prep malam.

Pernah satu malam, kami stay up sama-sama sebab SPM dah dekat. Saya teman dia turun bawah, amik air panas kat water cooler tu. Kat bawah tu, tetiba dia cam gelisah semacam. Cepat-cepat dia ajak saya naik atas. Air panas yang dia amik pun tak penuh. Saya tanya la kenapa, ada nampak ke?
"Haah.. aku nampak depan toilet, tengah merangkak pergi ke arah kita. Tu yang aku cepat ajak kau naik atas". Nasib baik la bilik prep tu ramai orang. Kalau tak memang dah terus tidur dah, tak jadi stay up.

Sekarang tak tahu la camna keadaan dia.. harap-harap makin sihat. Dah lama pulak saya tak tanya pasal tu, even kalo contact pun memang tak pernah tanya. Berkawan dengan dia, saya banyak belajar benda baru and banyak pengalaman baru..

Friday, September 28, 2012

mimpi kena belit ular

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, September 28, 2012 9 orang berkata-kata Links to this post
Pernah dengar tak, orang cakap kalau perempuan mimpi kena patuk ular, maknanya ada orang nak masuk minang.. Tapi kalau mimpi kena belit ngan ular sawa camna?

Yang peliknya, masa ular tu belit tak rasa sakit pun. Cuma rasa tak boleh gerak. Macam kalau tidur, tetiba rasa cam kena himpit, tapi tak sakit. Bila dah nampak ular tu, terus senyap je tak bergerak. Then ular tu lepaskan perlahan-lahan... lepas tu baru boleh terjaga.

Tapi masa tu tidur petang.. mungkin kot tu mainan tidur je.....kan?

Thursday, September 27, 2012

muhasabah diri dengan zikir taubat nasuha

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 27, 2012 8 orang berkata-kata Links to this post
Mari kita duduk, bermuhasabah diri kejap.. bagi masa sket kat diri tuk tengok video ni. Ni antara zikir yang saya paling suka dengar, paling suka amalkan. Lagi-lagi bila dengar dari ustaz Munif, sayu je dengar...video yang saya sertakan ni video dari astro Oasis yang diambil dari Youtube.





Ampunilah hamba ya Allah, Maha Penerima taubat
Ampunilah hamba ya Allah, daripada segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha...



Saturday, September 22, 2012

apa yang kita cari dalam kehidupan ni?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 22, 2012 13 orang berkata-kata Links to this post

Ok harini kita cakap pasal benda ilimiah sket..hari tu ada orang tanya saya, “Dalam hidup yang seketika ni, apa yang awak cari dalam hidup awak?”

Apa yang korang jawab? Kebahagiaan? Kekayaan? Kebahagiaan, kekayaan, bukan di tangan bapak. Ok lari sket.

Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ni? Kita nak kahwin, nak ada pasangan, untuk apa?

Kita kerja, cari duit banyak-banyak, untuk apa?
Kita cuba buat sesuatu yang buat orang lain bahagia, orang lain gembira, untuk apa?
Kita tunaikan solat, untuk apa?

Saya tak belajar tasawuf, tak belajar ilmu agama tinggi-tinggi, tak belajar tinggi pasal alam ghaib akhirat sume tu..jadi saya tak mampu nak jawab soalan tu berbentuk ilmiah.

Saya cuma jawab, “Saya pun tak pasti.. apa yang saya tau, saya nak mencari keredhaan Allah, nak berterima kasih pada Allah atas segala apa yang Dia dah bagi saya. Banyak sangat nikmat, tak terhingga. Keluarga, kawan-kawan, suami (insyaAllah satu hari nanti), tu semua adalah hadiah dari Allah. Sedangkan kalau orang bagi kita hadiah pun kita mesti rasa nak balas. Orang lain buat baik dengan kita pun, mesti kita ada rasa nak balas budi baik orang tu. Jadi macam tu la yang saya rasa. Saya solat, untuk lahirkan rasa bersyukur pada Allah. Saya mengaji, untuk belajar bahasa kitab Allah.”

Kalau ada orang yang terangkan pada saya, kita solat ni untuk bekalan masa akhirat nanti. Pastu ada la ayat yang dia sebut pasal akhirat, yang saya tak ingat, dan saya tak paham. Mungkin kalau orang belajar tasawuf paham la kot. Tapi tu la, saya tak paham… yang saya tau, kalau saya tak solat, saya akan rasa malu pada Allah yang dah bagi macam-macam nikmat pada saya.

Ni cuma pandangan seorang hamba Allah yang banyak kelemahannya..saya bukan orang baik, tapi orang yang cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Banyak bezanya. Orang baik tak banyak cacat celanya, tapi saya banyak cacat celanya. Kalau ada perkataan or ayat yang saya salah sebut, atau salah cakap, boleh betulkan. Mana la tau kot-kot apa yang saya cakapkan ni boleh lari akidah. Kadang-kadang kita tak sedar kan. J

Thursday, September 20, 2012

pertunangan?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 20, 2012 9 orang berkata-kata Links to this post
Pertunangan adalah perjanjian sebelum perkahwinan. Putuskan pertunangan, sama seperti mungkir janji. Tapi pertunangan adalah cuma satu perjanjian, bukan pernikahan. Pertunangan tidak menghalalkan segalanya.

Monday, September 17, 2012

abangku bertunang

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 17, 2012 15 orang berkata-kata Links to this post
Selamat dah abangku bertunang... nanti dah nikah lagi selamat. Jauh gak rumah perempuannya, 3 jam perjalanan. Sakit la ha pinggang ni duk dalam keta lama-lama. Pakcik siap pesan lagi, "Kak, besok ko kawen jangan la cari orang jauh-jauh. Cari dekat-dekat je, sonang."

Lepas abang ni kawen nanti, tinggal my turn pulak. Owh tidak, rasa cam masa cepat sangat berlalu pulak. Tapi kalau adik nak kawen dulu pun okay gak. Langkah bendul, dapat la saya cincin sebijik hihi..



budak-budak kecik ni bakal jadi flower girls n boys lg nanti


hantaran dari pihak perempuan



rahsia di sebalik suatu kesedihan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 17, 2012 16 orang berkata-kata Links to this post
Sebelum ni saya agak serabut and agak terasa sedikit kecewa disebabkan sesuatu ni.. tapi sekarang dah semakin okay, semakin happy. Wah sekarang ni saya dah makin pandai kontrol perasaan la, satu penghijrahan! Lagi-lagi lepas jumpa quote ni;




Bila ada masalah, Allah swt adalah tempat yang paling tepat untuk mengadu. Bukan mengeluh, cuma sekadar mengadu pada pencipta kita.... dan redha dengan ketentuanNya. Selalu dengar orang cakap, kalau kita tak dapat apa yang kita nak, maknanya Allah swt nak bagi yang lebih baik dari apa yang kita nak. Tapi saya selalu fikirkan satu lagi perkara positif supaya kita tak terlalu kecewa dengan apa yang tak dapat tu.

Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, maknanya Allah swt nak tunjukkan apa yang kita tengah  lakukan tu adalah salah. Contohnya, student yang belajar pagi petang siang malam tapi still tak dapat 4flat. Kenapa? Mungkin sebab dia lupa berdoa minta pada Allah. Kalau Allah swt terus  menerus je bagi 4flat kat dia, mesti dia pikir dia dapat result cemerlang tu sebab hasil usaha dia belajar, tanpa berdoa. Jadi Allah swt nak ingatkan dia usaha tanpa doa adalah salah.

Orang yang bekerja pagi petang siang malam tapi still tak cukup duit nak beli banglo. Kenapa? Mungkin sebab pekerjaan yang dia lakukan tu tak halal. Kalau Allah swt terus je bagi banglo sebijik, mesti dia rasa bangga dengan pekerjaan tak halal yang dia buat tu. Jadi Allah swt nak ingatkan dia kerja yang dilakukan tu salah. 

Orang bercinta yang bagai nak rak, tapi putus tengah jalan. Kenapa? Mungkin sebab asal keluar je nak berkepit. Jadi Allah swt nak selamatkan maruah kedua-duanya, Dia putuskan hubungan tersebut. 

Ni contoh yang saya ambil bukan dari mana-mana..CONTOH je. Kesimpulannya, kalau kita ditimpa sesuatu musibah atau kesedihan, fikirkan di mana silapnya kita. Dengan cara ni, kita akan ada rasa nak perbaiki diri sendiri..nak betulkan kesilapan tu. Allah swt sayang akan hambaNya.. Dia takkan menganiaya hambaNya. Di sebalik kesedihan yang Dia bagi, ada sesuatu yang Dia nak perbetulkan kita sebelum Dia bagi kegembiraan pada kita. Waallahualam..






Saturday, September 15, 2012

soleh yang tak nampak itu lagi bagus

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 15, 2012 10 orang berkata-kata Links to this post
Aku suka pada lelaki yang nampak cam rempit, nampak cam gangster, tapi sentiasa ingat waktu solat.
Aku suka pada lelaki yang nampak cam garang, tapi tutur bicaranya sungguh sopan.
Aku suka pada lelaki yang nampak cam nakal, tapi sungguh menjaga batas pergaulannya dengan perempuan.
Aku suka pada lelaki yang cara pemakaiannya nampak biasa, tapi pandai mengaji, tau ilmu agama serba sedikit. 

Tapi aku tak suka lelaki yang selalu bercakap soal agama, tapi bangun subuh pun tak pernah.

Ye, setiap perempuan inginkan lelaki yang soleh, yang baik. Tapi bukan soleh dekat mulut je... tapi soleh dari perbuatannya. Lelaki yang soleh ni tak perlu bagitau dia soleh, kita sendiri boleh nilai. Takpe kalau tak soleh di luaran, tapi biar soleh di dalaman.




Monday, September 10, 2012

entry khas buat si noob

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 10, 2012 5 orang berkata-kata Links to this post
Ok entry ni khas untuk encik Noob yang dah masukkan saya dalam segmen beliau. Sebenarnya blog saya ni tak banyak entertainment pun. Banyak luahan hati sendiri je.. tak sume orang suka baca blog macam ni, sebab tu jarang nak promote. Kalau awak baca entry-entry lama dulu, lagi la berkisah hati je sampai boleh naik menyampah kalau baca. Tu yang tak tahu ntah macam mana boleh terlibat dalam segmen si Noob ni. Mungkin encik Noob suka sebab dia lelaki, nak belajar hati perempuan ni macam mana. 

Buat readers, especially yang datang dari blog encik Noob, maaf la kalau blog ni membosankan. Its only all about me tau. Jangan marah ha.. =)

Sekarang tengah busy sebab baru masuk semester baru. Jadi entry blog akan disimpan dulu. Nak usha blog lain pun tak sempat.

Saturday, September 1, 2012

Selamat Hari Merdeka :(

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 01, 2012 8 orang berkata-kata Links to this post
SELAMAT HARI MERDEKA... ye merdeka. Hampir terlupa yang semalam adalah hari merdeka bagi Malaysia. Tahun ni tak rasa langsung nak merdeka. Bukan sebab tak patriotik, tapi sebab campur tangan politik kot. Semakin hari semakin teruk, lagi-lagi dekat nak PRU ni. Semakin lama semakin rendah mentaliti orang Malaysia ni. Yang selalu buat benda-benda ntah pape tu selalunya orang bawah la. Tak kisah la puak mana pun, sama je dua-dua. 

Syarat pertama calon suami saya sok, tak fanatik dengan politik. Yeah tu syarat yang baru digubal tadi. Ok bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review