Sunday, April 13, 2014

Yea cerita kahwin lagi! Pfff..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 13, 2014 2 orang berkata-kata Links to this post
Sekarang ni dah masuk bulan April tahun 2014. 2014?? Biar betul?? Maknanya sekarang ni umur aku dah pertengahan 20-an la kan? Nanti tak lama lagi nak masuk 30-an pulak. Macam tak caya je umur dah makin tua..teringat dulu masa mula-mula nak masuk 20-an, pun dah rasa tua dah. Inikan pulak 30-an, aduh...

pelamin siapa la yang cantik ni..pinjam jap gambar


Tolong la sedar diri sikit yang oi...awok memang dah makin tua dah. Ok2 baik2. Patut la pergi mana-mana je sekarang ni orang sebut pasal kahwin. Macam tak biasa pulak sebab ye la dulu kan zaman belajar..mana biasa kahwin2 ni. Kalau orang tanya pun, boleh la aku jawab, "Saya belajar lagi cik, mana boleh kahwin".

Tapi sekarang, kalau orang tanya pasal kahwin je, aku dah takde jawapan selamat dah. Kalau jawab, "Saya baru masuk keja cik, tak boleh kahwin lagi", konfem kena smash balek lepas tu. "Jangan lambat-lambatkan kahwin tu. Sebab dah keja la dah boleh kahwin. Kalau tak besok nanti menyesal sebab kahwin lambat. Umur dah lanjut tapi masih ada anak kecil". Pergh kena balik...tu lepas2 tu memang dah takde jawab macam tu. Kalau orang tanya je, especially orang ofis sebab mostly orang ofis semua dah kahwin, aku senyum je. Senyum je respon paling selamat buat masa ni.

Kalau berborak dengan kawan-kawan sebaya pun, pasal kahwin saja ceritanya..excited nak buat itu nak buat ini masa kenduri masing-masing nanti. Aku? Dengar je la...itu je yang mampu. Sebenarnya bukan taknak kahwin. Semua orang ingat aku yang saja-saja tangguhkan urusan kahwin. Aku yang saja lambat-lambatkan hal kahwin. Bukan...

Tapi sebab memang aku belum ditakdirkan untuk berkahwin lagi. Belum ada yang gembira kalau dengar berita aku nak kahwin. So aku pun jadi tak excited la kalau orang lain pun tak excited kalau aku kahwin. Apa ayat aku ni? Cam tunggang terbalik pulak. Lantak la janji orang paham apa yang aku nak sampaikan. Paham kan? Terima kasih.

So lepas ni korang pun jangan la asyik asak-asak je orang yang belum kahwin dengan soalan yang sama berulang kali. Bila lagi? Bila lagi? Macam aku ni okay la lagi tak masuk 30-an lagi, kata orang masih muda lagi hihi. Tapi bagi mereka yang lebih berusia dari aku, mungkin lain pulak perasaannya. Kadang-kadang ada benda yang  mereka tengah hadapi yang kita tak tahu pun. Bukannya taknak, tapi ada halangan lain..senang kata, belum sampai jodoh la.

Ok sekian saja cerita saya pada hari ini selepas cerita pendek tadi. Terima kasih kerana membaca :)

Ayat untuk hari ini

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 13, 2014 0 orang berkata-kata Links to this post
Assalamualaikum :)

Rasa macam tak biasa pulak dah menaip di page sendiri. Rasa macam tengah menaip di page orang lain pulak. Tetiba rasa janggal.

Takde apa. Cuma tengah perasan something. Kalau kau tak suka seseorang dan orang lain pun memang kurang senang dengan budak yang kau tak suka tu, ok mungkin memang budak tu yang problem. Mungkin, tapi tak semestinya. Tapi kalau kau tak suka seseorang, dan bukan budak tu je, budak lain pun kau tak suka tanpa dapat bagitau sebab, itu sebenarnya memang kau yang problem. Suka-suka hati kau je tak nak suka kat orang.

Ok sekian untuk hari ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review