Thursday, June 23, 2011

boleh tak......

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, June 23, 2011 2 orang berkata-kata Links to this post
Boleh tak lepas ni nak serahkan soal jodoh pada mak ayah dan abang2?
I mean, Allah dah tentukan.. tapi usaha nak mencarinya, terserah pada my family.
Sebabnya??
Sebab orang lelaki je yang lebih tahu pasal lelaki kan
Berkahwin bukan saja untuk menghalalkan yang haram
Tapi untuk mencari keredhaan Allah.. =)

Tuesday, June 21, 2011

Kerja???

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, June 21, 2011 5 orang berkata-kata Links to this post
Kerja, bermacam kerja
Ada kerja susah, kerja senang, kerja buruh, kerja goyang kaki

Semua orang bekerja untuk mencari rezeki, mencari duit nak menampung hidup. Macam tu gak dengan aku (walaupun aku seorang student lagi). Sekarang aku tak mula kerja lagi la, sebab ada perkara lain yang aku nak settle kan dulu, hehe... Tapi nanti tak tahu nak kerja apa. Hari tu dah dapat kerja kat kedai henset, tapi masalahnya pemiliknya berbangsa Cina.. Paham2 je la, bak kata orang2 lain kerja kat tempat macam tu susah nak solat nanti. Kerja dari pagi sampai malam plak tu..maknanya 4 waktu aku kat tempat kerja, tak termasuk subuh je. Bukan saja solat, tapi nanti habis la terbuang masa2 aku untuk bersama family nanti, huhuhu.... Lama kot pagi sampai malam. Tu la susahnya jadi aku.. Bila dah ada peluang dekat dengan family, cam susah je nak lepaskan peluang tu. Pada aku, duit tu memang penting, lagi2 dalam dunia zaman sekarang. Tapi hubungan kekeluargaan tu jauh lebih penting. Sebab tu la aku bercita2 tak nak kahwin dengan doktor ke, businessman ke atau apa2 je la kerja yang 'on call'... Kalau boleh la, taknak. Tapi kalau dah rezeki, dah jodoh aku terima je dengan senang hati, tapi kena banyak bersabar la kan  =)

Apa? Ingat kalau tak dapat doktor, tak dapat businessman, tak dapat engineer, tak boleh hidup senang ke? Rezeki tu mana2 pun ada kalau berusaha... Kalau tak, takkan la ayah aku yang hanya bekerja biasa, tapi dapat membesarkan anak2 seramai 8 orang. Alhamdulillah, cukup makan minum pakaian kami adik beradik.. aku simpan dalam kepala kata2 mak aku, "menjaga hubungan kekeluargaan adalah penting untuk mendapat keluarga yang bahagia, di samping menunaikan perintah Allah".

Tipu la kalau cakap aku taknak hidup senang..aku pun nak, semua orang nak. Tapi kadang2 takut kalau hidup senang tu boleh buat kita lupa siapa pemberi rezeki, yang Maha Pemurah, sampai kita lupa kesusahan orang lain.



p/s: kadang2 aku pun cakap mengarut gak, main tulis je....... aish.. baca je la, layan je la. Kalau salah, nak tegur leh, taknak tegur pun leh.





Monday, June 20, 2011

i love u

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, June 20, 2011 2 orang berkata-kata Links to this post

Ayah,
Insan yang selalu kemas dan buang barang2 kotor dalam rumah, cth: tahi kucing. Sebabnya, orang perempuan dalam rumah tu semua peng’geli’ =)





Mak,
Insan yang selalu ajar aku cara2 memasak, walaupun aku tak pandai semua masakan lagi. Insan yang ajar aku cara makan siput sedut, cara makan jagung yang betul =)





Along,
Abang yang selalu bagi aku duit belanja bila berkemampuan, walaupun aku tak pernah minta =)





Angah,
Abang yang selalu menasihati aku, terutamanya dalam soal lelaki. Abang yang selalu bagi pinjam set karaoke dia untuk kami adik beradik nak menyanyi =)





Alang,
Abang yang selalu belanja aku makan, bawa aku jalan2 especially masa aku balik rumah dia =)





Atih,
Abang  yang selalu bagi aku tumpang kereta dia bila balik kampung, walaupun aku tak pernah share duit minyak pun setiap kali balik kampung =)





Awin,
Adik yang selalu minta aku share topup, tapi aku bagi kadang2 je bila kredit tengah banyak =)





Mirul,
Adik yang selalu gak gaduh dengan aku, panas baran, tapi kami banyak kongsi rahsia =)





Palin,
Adik yang kuat menangis, adik yang selalu buat air teh ‘o’ petang2 untuk minum petang =)



Perkara yang paling aku suka about my family is, kami saling menghormati, insyaAllah sampai bila2. Cth: aku tak pernah dengar angah gelar diri dia 'aku kau' bila bercakap dgn along, dan camtu la dgn adik beradik yang lain. Kami tak di ajar mencarut dalam rumah. Abang2 aku sendiri tak pernah cakap b***h, b**i, p**i, c****a, apa saja perkataan yang tak elok kat aku dan adik2.. Kalau kat luar tu, cakap ngn kawan2 diorang pernah la kot, tp bukan dlm rumah.. I LOVE MY FAMILY SO MUCH !




p/s: semua imej adalah pinjaman dari encik google, tq..



Monday, June 13, 2011

menanti di alam barzakh

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, June 13, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup Untuk ku Mengulangi,

Jantung Berdegup Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review