Tuesday, January 29, 2013

kisah pasangan kekasih yang terlanjur

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, January 29, 2013 2 orang berkata-kata
Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki: I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je. boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati.. U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I. Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..

Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak, macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?

Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi, I ambil laa. .

Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..

Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..

Wanita 2: Me too sayang..

Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.

Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..

Lelaki: Apa dia sayang?

Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin, I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?

Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26).

Firman Allah S.W.T: “Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

fikir2kan dan renung2kan..................


p/s: sempat lagi nak bertaubat.. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun bagi hamba-Nya yang ikhlas.

Tuesday, January 22, 2013

saya baru belajar makan tempoyak :)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, January 22, 2013 0 orang berkata-kata
Untuk hari ni, untuk pertama kalinya, rumah saya diselubungi bau tempoyak.. first time masak tempoyak woo. Mak pun tak pernah masak lagi. Resepinya saya search kat internet. Keluarga saya bukan jenis makan tempoyak, termasuk la saya. Tapi sekarang ni baru nak berjinak-jinak dengan tempoyak. 

Selalunya orang masak tempoyak ikan patin. Tapi cam susah je nak cari ikan patin. So saya ganti dengan ikan kembong, pun boleh...janji makan. Gambar takdak, saya malas nak snap. Ala tempoyak je pun kan, tak payah gambar-gambar ni.

Sebenarnya saya baru nak bertatih belajar masak ni... malu la belajar kemain, beriye nak kahwin, tapi tak tahu masak. Abes laki kau nak makan luar je ke hari-hari? Besok betul-betul 'makan luar' baru kau tau. Mak makan, mak cakap, kalau masak tuk bawak pegi masjid mesti laku. Acik-acik tu suka makan tempoyak ni. Silap-silap ada yang nak buat menantu, hihi... Mak siap update status kat FB lagi tu. Kelass kau mariaa!





Wednesday, January 16, 2013

siapa Yabang Khalifah?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, January 16, 2013 0 orang berkata-kata


Hari tu dengar abang karaoke lagu ni, best la pulak. Terus jatuh hati. Banyak lagi lagu kumpulan Khalifah ni yang best2 etc. Cikgu Ayu, Ni Hao Ma, Si Jantung Hati. Tapi saya terpikir-pikir, mana datang nya group ni? Kenapa tak pernah kenal pun sebelum ni? Bila search kat Youtube, saya konfius sebab ramai yang bandingkan group ni ngan Jinbara. Apa kena-mengena Jinbara pulak ngan dia ni? So saya pun cari la jawapan...then..






Itu la rupanya kisahnya.. Jinbara tu dulu dikenali sebagai Tropika, kumpulan muzik lama tu. Then vocalist die, Yabang keluar dari Jinbara, masuk Khalifah. Patut la suara lebih kurang sama je..rupanya memang vocalist yang sama. Tapi pape pun memang Khalifah terbaik la! Best lagu diorang :)



Tuesday, January 15, 2013

Anda jeles bila adik beradik lain nak kahwin?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, January 15, 2013 0 orang berkata-kata
Pernah tak korang rasa, bila ada adik beradik lain yang nak kahwin, korang jeles?

Saya ada 4 abang. Mula dari abang first yang nak kahwin, sampai la abang keempat yang bakal kahwin nanti, perasaan tu sama je..rasa cam ala, dah nak kahwin ke? Taktau la perasaan ni sama ke tak kalau kakak or adik yang nak kahwin. Why? Why kena ada feeling macamtu?

Mungkin la, sebab saya ni seorang adik, takda kakak, cuma ada abang je. Macam kita tau, seorang lelaki bertanggungjawab untuk lindungi kaum perempuan dalam keluarganya. Tak kisah la dia abang ke, adik lelaki ke, anak lelaki ke. So mungkin itu la yang saya rasa. Bila abang dah nak kahwin, maknanya tanggungjawab dia lagi besar, kasih sayang pun lagi terbahagi. Saya kena share benda tu dengan seseorang yang baru, yang muncul dalam hidup abang, dan orang luar. Saya rasa macam....ala pasni nak buat apa-apa mesti abang dah taknak share dengan kita, dah taknak join ngan kita, dah tak duduk dengan kita. Sebab dia dah ada orang lain dalam hidup dia. Tu la yang saya rasa. Masa mula-mula abang nak kahwin, saya kurang mesra sket ngan bakal akak ipar. 

Tapi tu semua perasaan masa mula-mula abang nak kahwin. Bila dah kahwin, saya pun makin rapat dengan ipar, makin mesra. Daripada takda kakak, dah jadi ada kakak :) So perasaan jeles tu semua dah hilang. Abang-abang pun tak berubah bila lepas kahwin, sama macam dulu. Bakal kak ipar yang seorang lagi tu pun dah tak rasa apa since kitorang dah mula rapat and mesra sekarang ni.

Agaknya abang-abang pun ada rasa macam tu tak? Ada perasaan macam tu tak bila kami yang adik-adik ni nak kahwin? Bila timbul je soal kahwin berkenaan saya, semua macam nak melambat-lambat kan je. Bak kata seorang kawan, "Mungkin abang kau pun ada rasa macam tu. Tak puas lagi nak jaga, nak lindungi, nak manjakan adik dia. Since bila kau dah kahwin, kau kena ikut suami. Suami pulak yang ambil alih untuk jaga kau." Pergh...sweet gila abang aku kalau betul macam tu. Agaknya ayah pun rasa macm tu kot? Tak puas lagi rasa nak tinggal dengan anak-anak, nak manjakan anak-anak especially perempuan sebab orang perempuan akan ikut suami bila dah kahwin. Bila dia rasa anak perempuan tu betul-betul dah cukup matang, baru dia akan lepaskan kat tangan lelaki yang bertanggungjawab. Kan?


p/s: Tetiba nak tulis entry macam ni :)


Friday, January 11, 2013

Bila perempuan tengok bola....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, January 11, 2013 2 orang berkata-kata
Hari tu ada game bola Negeri Sembilan vs Selangor..saya tak layan sangat, juz duduk je depan TV tu sambil online. Disebabkan kami orang Negeri Sembilan, ofkos la sokong Negeri Sembilan kan. Tetiba mak memekik, terjerit sensorang, "Ha pas la, pas la kat kawan tu...apa la bola macam tu pun tak boleh nak gol!"

Marah mak sebab bola tak masuk. Saya ngan adik terkejut gak, excited nya mak. "Mak, excitednya. Ayah yang layan bola tu pun senyap je", tegur adik. 

"Nak bising apanya, yang bawak bola tadi tu Selangor, bukan Negeri Sembilan", ayah sambung.

Hahahahahahah! Saya ngan adik bantai gelak, tak boleh tahan! Mak pun dah gelak, malu tak tau nak letak muka kat mana haha.

Tu la bila orang perempuan yang tengok bola...=)



Wednesday, January 9, 2013

Mode: ......

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, January 09, 2013 2 orang berkata-kata
Dah habis exam!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review