Wednesday, July 27, 2011

doa seorang suami

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, July 27, 2011 0 orang berkata-kata
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa di hati isteri

Amin, amin Ya Rabbal Allamin






p/s: kalau betul future husband aku berdoa macam ni, memang aku menangis.... skang belum kahwin pun dah rasa lain macam, terharu...

Thursday, July 21, 2011

pesan pada hati..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, July 21, 2011 0 orang berkata-kata
Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..

Aku tujukan kata2 ni kat semua tau.. ops, ni bukan ayat aku, tapi copy n paste je. Pernah baca buku 'Jangan Bersedih'? Aku tak pernah pun.. tapi aku tahu buku ni sangat popular, sila la baca nanti ye. Tetiba aku nak ulang lagi ayat ni, "Kalau kita boleh menangis kerana sikap manusia terhadap kita, maka menangis la kerana sikap kita terhadap Allah"
p/s: tetiba terjumpa plak gambar2 ni..... sila scroll ke bawah lagi.
 
 
 
 
 
 














Tuesday, July 19, 2011

takkan habis ku berdoa menjadi kekasih halalnya

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, July 19, 2011 0 orang berkata-kata




Aku ambil cerita ni dari majalah Ujang lama, baru hari ni nak baca kan.. tersentap.



Terdapat sepasang kekasih, si lelaki bernama Zarul, si perempuan bernama Mira. Zarul sedang mencari pekerjaan, tetapi selalu ditolak apabila ditemu duga. Pekerjaan lain pun susah nak dapat. Zarul semakin berputus asa. Zarul takut Mira akan meninggalkannya kerana tak dapat pekerjaan. Tapi Mira cuba menaikkan semangat Zarul. Dia berjanji akan menolong Zarul dan berada di sampingnya ketika susah mahupun senang.


Tak lama kemudian, Zarul diterima bekerja di sebuah syarikat. Selepas dua tahun bekerja di sana, sikap Zarul mulai berubah. Jarang SMS, jarang call, berjumpa apatah lagi. Setiap kali Mira ajak keluar makan, Zarul akan mengelak. Alasannya, sibuk. Di ofis pun, Zarul tak mengaku dah mempunyai teman wanita. Mira berasa sedih dengan perubahan sikap Zarul. Nasib baik ada teman yang sudi menasihatinya ke arah kebaikan.


“Mira tak faham la kak..apa salah Mira? Selama ni Mira ikut cakap dia. Mira tak pernah curang. Mira dapat kerja bagus pun Mira tolak sebab dia tak bagi Mira kerja tu. Tapi kenapa dia buat Mira macam ni? Dulu masa dia susah Mira masakkan untuk dia sebab Mira sayangkan dia.. Mira tahu dia takde duit. Ayah Mira pun dah anggap dia macam anak sendiri. Semua orang anggap dia macam family tapi sekarang dia lupa semua tu. Mira bukan ungkit kak, tapi seolah-olah pegorbanan Mira tak dihargai. ”


“Sabar Mira.. dekatkan diri dengan Allah. Allah bagi ujian ni sebab Dia sayangkan Mira. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ingat Allah Mira....”


Akhirnya Mira mengambil keputusan untuk ke Mekah. Ketika itu, Zarul mula tersedar dan datang mencari Mira. Sebelum pergi, Mira ada meninggalkan surat untuk Zarul melalui temannya.


“Zarul, harap kita sama-sama muhasabah diri untuk jadi insan yang baik. Hati saya lebih tenang berbanding dulu.. mungkin hubungan kita tak diredhai Allah atas sebab tertentu. Carilah kelemahan diri dan berubahlah kerana Allah. Kalau ada jodoh mungkin kita akan bersatu kembali. Assalamualaikum. ”

 Zarul menangis dengan beribu sesalan........




Friday, July 15, 2011

lagu untuk kekasih

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 15, 2011 0 orang berkata-kata
Aku tau aku excited gile cerita pasal kerja sebelum ni kan, padahal takde pape yang menarik pun huhuhu..... Tapi disebabkan ni la first time aku kerja sepanjang 22 tahun ni, so aku jadi cam excited gile. Ok sekarang aku bukan nak cerita pasal kerja lagi, tapi aku hadiahkan sebuah lagu yang mempunyai lirik yang sangat pendek, tapi sangat bermakna.. bagi korang2 yang sedang hangat dilamun cinta, yang sedang enak berpacaran, sedang gembira memadu kasih, ni la lagunya. Korang boleh tujukan lagu ni untuk kekasih, pasangan or pacar korang ya....









Mungkin aku pernah juga merasakan cinta
Tapi tak pernah seindah ini
Mungkin aku juga pernah merasakan rindu
Tapi tak pernah sedalam ini


Mungkin kamu takkan pernah percaya
Bahwa sesungguhnya aku tlah terjatuh
Ku akui... aku telah larut
Larut dalam... kamu yang ku cintai



Aku memang suka lagu2 dari kumpulan Dewa ni, or Ahmad Dhani. Tapi tak la sampai aku nak mengkaji or memuja kumpulan ni.. cuma sukakan lagu dia je. Kalau korang dengar lagu2 Dewa, dia cam banyak puji perempuan la (sebab tu aku suka, hehe)... Dia cam sangat menghargai perempuan, tu yang sampai kahwin 2 tu (ok yang ni aku tak suka). So apalagi, layan je la kan..


Thursday, July 14, 2011

Hobi mendengar lagu, boleh ke tak boleh?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, July 14, 2011 0 orang berkata-kata
Aku suka dengar lagu.. ye, aku suka dengar lagu. Kadang2 aku luahkan perasaan pun melalui lagu, tapi kadang2 aku dengar lagu untuk suka2 je. Lagipun, melalui lagu juga la aku ingat pada seseorang. Contohnya, lagu 'Cinta Pantai Merdeka' tu buat aku sentiasa ingat kat kawan pertama aku masa mula2 duduk UiTM Penang dulu, Nasiha, hehehe.... Dia tak baca blog aku, so aku tak segan nak cerita pasal dia. Walaupun kitorang jarang contact sekarang, tapi bila dengar lagu tu je aku teringat kat dia... huhu kangan..

Tapi aku tak suka dengar lagu 'Andai Dapat Ku Undur Masa'.. sebab tu lagu kegemaran ex aku dulu. Bila terdengar lagu tu, mesti aku teringat ex aku tu, tak suka ! Bila kita teringat kat seseorang, kita akan teringat masa2 kita dengan dia, especially kenangan manis la.. Aku tak nak ingat semua tu lagi dengan ex, so memang aku elak la dari terdengar lagu tu. Ada lagi, lagu 'Larut' nyanyian Dewa.. ni pun ada kenangan dengan seseorang gak ni. Bila terdengar je lagu ni, teringat dia, hehe.... tapi ni cam zaman kanak2 dulu. Lagu 'Always Be There' by Maher Zain pun sama gak, ada kenangan yang buat aku terkenangkan seseorang. Senang cerita, setiap lagu ada cerita la huhuhu.....

Tapi persoalannya, haram ke tak aku dengar lagu2 ni? Dengar kata haram sebab muzik boleh melalaikan. Tapi aku dengar lagu tak la sampai 24 jam kan sampai tinggal solat pulak. So haram ke??



p/s: tahu tak main gitar tu dibolehkan? aku ada terdengar baru2 ni =)


takde pape pun..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, July 14, 2011 0 orang berkata-kata
Allah, kalau Dia nak tunjuk tu, Dia tunjuk gak..
Terima kasih ya Allah..

Thursday, July 7, 2011

aku bukan penganggur lagi, huhuhu....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, July 07, 2011 0 orang berkata-kata
Huhuhuhu.... lepas dah lama sangat cuti, duduk rumah rehat2, bila dah kerja, terasa penat la sangat2. Tapi takpe, nanti dah lama2 biasa la kan... ni baru second day, memang penat sket. Aku suka sebab ni kerja office hour, macam yang aku nak, hehe... Tak sia2 aku tunggu lama sket (padahal memang nak duduk rumah lama2 kan, haha)

Hari pertama kerja, relaks gile, siap borak2 sampai balik lagi. Sekali masuk hari ni, agak terasa lenguh kaki sket sebab banyak jalan2 gak. Hari ni aku jaga makmal masa budak2 ni tengah buat eksperimen. Kalau sebelum ni aku yang buat eksperimen, bila tak paham je tanya lecturer or technician.. Tapi tadi, aku plak yang kena ganti technician, tengok budak2 buat eksperimen, huhuhu.... Terasa dewasa la sket kan =) Bukan aku yang nak, tapi lecturer tu yang minta tolong, so ni peluang aku la kan, hehe.. Ok sebenarnya aku tak tahu pape pun pasal eksperimen tu (tau la sket sebab eksperimen fizik), tapi konfem2 la dah lupa kan.... dah 5 tahun plak tinggal kan. So konfem2 aku tak boleh jawab bila budak2 tu tanya tadi haha.. tapi tak semua, ada gak soalan yang senang2 sket tu aku jawab la.

Tapi aku still buat cool je.. cool je beb, depan adik2 kan, haha. Sekali sorang2 plak datang interview aku. Lepas sorang, sorang. Diorang cam tak percaya plak aku dah degree.. dik, akak dah degree dik, in progress =)

Sedang elok plak aku dapat kerja ni bersama2 rakan baik aku dari dalam perut mak kitorang lagi, kawan sekampung, sekelas, setoilet, sekatil, sebilik, semua 'se' la hahaha.. Mm apalagi, masa lapang je bergosip la. Aku kat makmal fizik, dia makmal biologi, tapi kitorang satu bilik, senang sket huhu. Ok dah nak tido sebab mata cam dah ngantuk je, nite.



Friday, July 1, 2011

TF3

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 01, 2011 0 orang berkata-kata
Semalam keluar tengok wayang, pastu balek memang penat gile, tak larat.
Cerita pilihan adalah Transformer 3, tu pun sebab teman kawan tengok, kesian dia nak berimaginasi takde orang teman, hahahahah....jangan marah ti. Aku pun tak pernah layan cerita transformer ni, ni la first time tengok ha.





Tapi aku cakap ngan korang la, aku tak minat sangat filem aksi ni, tapi serius, berbaloi gak tengok transformer kali ni, heheheh....best.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review