Tuesday, July 19, 2011

takkan habis ku berdoa menjadi kekasih halalnya

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, July 19, 2011




Aku ambil cerita ni dari majalah Ujang lama, baru hari ni nak baca kan.. tersentap.



Terdapat sepasang kekasih, si lelaki bernama Zarul, si perempuan bernama Mira. Zarul sedang mencari pekerjaan, tetapi selalu ditolak apabila ditemu duga. Pekerjaan lain pun susah nak dapat. Zarul semakin berputus asa. Zarul takut Mira akan meninggalkannya kerana tak dapat pekerjaan. Tapi Mira cuba menaikkan semangat Zarul. Dia berjanji akan menolong Zarul dan berada di sampingnya ketika susah mahupun senang.


Tak lama kemudian, Zarul diterima bekerja di sebuah syarikat. Selepas dua tahun bekerja di sana, sikap Zarul mulai berubah. Jarang SMS, jarang call, berjumpa apatah lagi. Setiap kali Mira ajak keluar makan, Zarul akan mengelak. Alasannya, sibuk. Di ofis pun, Zarul tak mengaku dah mempunyai teman wanita. Mira berasa sedih dengan perubahan sikap Zarul. Nasib baik ada teman yang sudi menasihatinya ke arah kebaikan.


“Mira tak faham la kak..apa salah Mira? Selama ni Mira ikut cakap dia. Mira tak pernah curang. Mira dapat kerja bagus pun Mira tolak sebab dia tak bagi Mira kerja tu. Tapi kenapa dia buat Mira macam ni? Dulu masa dia susah Mira masakkan untuk dia sebab Mira sayangkan dia.. Mira tahu dia takde duit. Ayah Mira pun dah anggap dia macam anak sendiri. Semua orang anggap dia macam family tapi sekarang dia lupa semua tu. Mira bukan ungkit kak, tapi seolah-olah pegorbanan Mira tak dihargai. ”


“Sabar Mira.. dekatkan diri dengan Allah. Allah bagi ujian ni sebab Dia sayangkan Mira. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ingat Allah Mira....”


Akhirnya Mira mengambil keputusan untuk ke Mekah. Ketika itu, Zarul mula tersedar dan datang mencari Mira. Sebelum pergi, Mira ada meninggalkan surat untuk Zarul melalui temannya.


“Zarul, harap kita sama-sama muhasabah diri untuk jadi insan yang baik. Hati saya lebih tenang berbanding dulu.. mungkin hubungan kita tak diredhai Allah atas sebab tertentu. Carilah kelemahan diri dan berubahlah kerana Allah. Kalau ada jodoh mungkin kita akan bersatu kembali. Assalamualaikum. ”

 Zarul menangis dengan beribu sesalan........




0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review