Sunday, April 28, 2013

nak pakai macam ni..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, April 28, 2013 3 orang berkata-kata









Dalam semua gambar ni ada satu persamaan
Saya teringin sangat nak pakai apa yang mereka pakai...mm..


Saturday, April 27, 2013

apa yang best sangat dengan SMS ni ntah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, April 27, 2013 4 orang berkata-kata


Straight to the point.. aku sebenarnya jenis tak suka tertunggu-tunggu mesej dari orang. Kalau busy, cakap busy, kan senang. Kalau ngantuk, cakap ngantuk. Kalau tak boleh reply mesej masa tu, bagitau. Tak la orang tertunggu-tunggu.

Ingat lagi, masa aku dengan ex pakwe aku dulu, selalu je gaduh sebab benda alah ni. Aku tau benda ni simple je. Tapi aku tetap tak suka. Setiap kali mesej, suka ati dia je nak tidur ke apa time tengah mesej. Kadang-kadang ada benda yang kita tengah excited nak bercerita, tetiba takde respon. Serupa macam kau bercakap dengan seseorang, then orang tu buat dunno je..ha macam tu la aku rasa. Selalu je aku cakap, kalau dah ngantuk bagitau. Kita boleh stop mesej, then pegi tidur. At least takde la aku tertunggu-tunggu mesej dia bila tertidur..

Kalau aku tengah mesej-mesej pun, tetiba ngantuk. Aku bagitau la dah ngantuk, pastu stop mesej, wish nite, tidur. Kan senang. Kalau taknak stop mesej, ha mesej je la sampai dua-dua tertidur. Tapi at least dah tau dia dah ngantuk, kita pun dah ngantuk, takde la nak cerita excited sangat. So kalau tertidur pun tak terasa sangat diabaikan. Aku pun pernah je tertidur masa tengah mesej2.. tapi aku dah bagitau kot yang aku ngantuk. Tapi takpe, kata dah malam, mesti la ngantuk tertidur-tidur kan. Takpe aku terima.

Ha ni, kalau tengah busy pun, bagitau je la.. apa yang susah sangat. Kalau aku memang aku cakap je terus tengah ada keja, nanti mesej. Ni kang kalau tengah mesej2, kita ingat dia tengah free. Kita pun excited la nak bercerita...cerita panjang2, send, pastu tunggu reply. Tunggu punya tunggu, last2 dapat reply, "Hehe..". Itu je? Mm memang aku takkan reply la lepas tu. Bukan dia dengar pun apa kita cakap, bukan baca pun apa kita tulis. Pegi la selesaikan keja tu dulu.

Lagipun aku bukan jenis nak mesej je...tak tau nak borak apa. Kalau ada orang mesej, baru aku reply. Tu pun kalau ada hal. Kalau nak borak kosong je, aku tak pandai la. Kecuali kalau ada cerita yang nak dikongsi dengan kawan-kawan, baru la aku tut tit tut tit kat phone. Sebab tu kalau time aku tengah excited nak bercerita dalam mesej, tetiba takde respon, mm memang takkan cerita dah lepas tu.



p/s: kalau dah kahwin senang..tak payah mesej-mesej. aku pun tak suka benda2 alah buang masa ni.

Friday, April 12, 2013

budak yang bakal masuk dunia pekerjaan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, April 12, 2013 2 orang berkata-kata
first sem diploma, 2007


Dah hampir 2 bulan saya masuk semester baru ni.. maknanya ada lebih kurang lagi 3 bulan nak habis belajar. Lepas tu, tamat lah riwayat saya sebagai seseorang yang bergelar pelajar. Nanti dah habis belajar dah boleh apply kerja. Masuk dunia pekerjaan pulak. Macam mana rasanya jadi orang bekerja? Tak best kan sebab takde cuti macam student :(. 

Tapi bila dah kerja, duit masyukk..tiap-tiap bulan duit masyuk. Ada duit sendiri. Boleh kumpul duit nak pergi haji. Atau untuk sesuatu yang lain yang dah lama teringin nak buat, tapi tak dapat buat sebab belajar lagi kan. Mmm mula mula mesti susah nak sesuaikan diri dengan persekitaran kerja. Yela, sebelum ni suasana belajar je, memang macam budak budak je la kan. Bila dah masuk dunia kerja, mesti semua orang matang je kan. Mesti semua jadi serius je.. tak macam dunia masa belajar sekarang ni. Perempuan, kalau umur dah 30 tahun pun, tapi selagi belum kahwin and lebih-lebih lagi masih belajar, perangai tu takkan macam 30 tahunnye...mesti macam 20 tahun lagi. Eh tapi saya tak la..saya 20an lagi, hikhik. Tapi kalau yang baru umur 20 tahun, tapi dah kahwin and dah bekerja, perangai mesti dah macam umur 30 tahun. Betul, tak tipu. Bila dah kahwin, dia jadi matang tiba tiba. Saya pun tak tahu kenapa. Maybe sebab dah ada tanggungjawab? Maybe.

So awak, bersiap sedia la untuk jadi seseorang yang matang dalam 3 bulan akan datang ni. Good luck!


last sem degree, 2013

Tuesday, April 9, 2013

aku kasih akan dia jika..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, April 09, 2013 2 orang berkata-kata


Perkara yang ada pada lelaki yang buat aku hormat dan kasih padanya
Adalah solatnya.. dan cara pergaulannya
Semakin kurang solatnya
Semakin kurang rasa hormat dan kasih aku padanya
Semakin bebas pergaulannya
Semakin kurang rasa hormat dan kasih aku padanya
Semakin dia mencuba untuk menjaga solatnya
Semakin tinggi rasa hormat aku padanya
Semakin dia menjaga kehormatanku
Semakin kasih aku padanya..

Walau aku tidak sesempurna orang lain
Tidak salah rasanya aku mahu memilih
Ayah yang terbaik untuk mendidik anak-anakku kelak
Kerna itu aku juga turut mendidik diriku
Agar menjadi lebih baik dari semalam..





p/s: bukan mengharapkan yg sempurna seperti Rasulullah.. kerna aku tau siapa aku. cukuplah dia yang cuba menjaga solatnya dan menjaga kehormatanku, insyaAllah..

Wednesday, April 3, 2013

Bukit Cerakah, extreme skytrex!

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, April 03, 2013 0 orang berkata-kata
Haritu kitorang pegi join skytrek dekat Bukit Cerakah..ada 3 challenges, kami ambil yang paling gerun punya, extreme challenges. Dah paling gerun, mesti la paling mahal kan, RM50. Tapi takpe..kali ni je nak pegi ramai-ramai. Besok lusa dah tak boleh sebab dah nak abes belajar..tak boleh nak enjoy sangat dah :(

Masa kat atas tu, ada la yang kering je bawak kamera kan. Saya, kat dalam kereta lagi dah tinggal semua barang dompet, henfon, beg kat dalam kereta dah. Almaklum la awok ni baru first time nak naik tinggi tinggi ni..cuak gak la. Memang takut gak nak naik, tapi buat buat beranikan diri. Dah bawak kamera tu, maka terbitlah gambar gambar kami masa kat atas....ha jom layan!

note: entry ni adalah entry bergambar. sila scroll laju laju kalau nak cepat habis.


ni baru sampai



kami amek yg stage 3



checkpoint first..permulaan, msti la rendah lagi.

dah start tinggi...

makin lama makin tinggi..

yang ni serius takut.. goyang2 benda alah tu

berjalan atas satu tali

swing..

baju kelas kami :)







anggota2 yg terlibat..termasuk cameraman ni seorang gadis



ni dah habis challenges. mintak tolong abg botak amekkan gambar

terima kasih pakcik bas bawak kami naik atas





tinggi..serius..



style?

ehem ehem



sempat sempat..

akak ni sporting je. baju pink dah sama dah.

jom balik!

Balik dari skytrex ni, pegi makan ABC jap. Masa sampai kedai tu, ada sorang brader tu tanya, "Dik, ada larian ke tadi?". Kawan dengan muka slamber jawab, "Betul la tu bang."

Haha. Konfem sebab baju sama pink ni. Tu sebab brader tu tanya. :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review