Friday, December 31, 2010

try la baca blog budak ni =)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 31, 2010 0 orang berkata-kata
aku memang suka baca blog kau the other khairul ! hahaha... tergelak2 aku baca blog budak ni. Kadang2 ada gak yang terkena dengan aku, well blog dia ni banyak cerita pasal perempuan. Ayat2 dia memang agak pedas, tapi tak payah nak terasa sangat la kan, hahaha.. ok fine ko tak payah baca blog aku pun, sebab aku rasa ada ciri-ciri blog yang ko anti =)

Well, teruskan lagi entri2 ko yang menarik tu.

Jom layan ADAMAYA !

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, December 31, 2010 0 orang berkata-kata






Alamak tadi tertengok plak drama 'Adamaya'.... huhu sweet gile cerita tu, especially si Adam yang sabar melayan kerenah si isteri walaupun dah hampir bercerai. Tapi aku memang tabik betul la watak Adam dalam cerita tu, memang tabik habis la. Dia seorang suami yang sangat memahami, sangat berlembut dengan isteri dan ada sedikit tegas, sangat penyayang, sangat mengambil berat tentang keluarga, semuanya sangat la.. memang perfect habis. Tapi sayang, realiti ni tak kan adanya orang yang perwatakan macam tu kan. Nama pun manusia, ada salah silap, dah memang sifat manusia macam tu.

Dan aku suka gile tengok Lisa Surihani dalam cerita tu, comel abes. Tapi bab dia curang tu jangan ikut, aku pun tak mahu ikut. Tak baik woo curang dengan suami, tak cium bau syurga nanti... Dosa yang lain pun tak ter'cover' lagi. Tetiba aku touching gile tengok cerita tu tadi, tersentuh habis. Oh ok tak payah nak kutuk aku. Aku tahu aku takkan dapat lelaki hensem dan baik macam tu.. Ye saya sedar siapa diri saya. Tapi perempuan zaman sekarang ni dah tak tengok sangat dah rupa paras...betul. Tengok tu tengok, nak gak yang hensem or sedap mata memandang la. Macam lelaki gak nak perempuan yang cantik je. Tapi bila dah kenal2 hati budi masing2, rupa paras tu dah jadi kedua dah... Orang perempuan ni lagi pentingkan kebahagian, kemesraan, keambilberatan lelaki tersebut...betul kan? Tapi kalau ada yang materialistik tu, memang ada la tapi dah tak ramai pun aku rasa. Semua perempuan pun memang materialistik, cuma tahap je yang berbeza. Cuba tanya, ada tak yang nak kahwin dengan lelaki yang tak kerja, kerjanya asyik melepak je? Kalau ada pun anak orang kaya kot.. So majoriti mesti nak lelaki yang bekerja, ada masa depan kan. Tak ke materialistik namanya tu? Tapi tahap rendah sikit la....kan kan kan?

Ok cukup la aku emo malam ni, semua ni gara-gara tengok Adamaya la ni, hehehe.....=)


Thursday, December 30, 2010

ok cool je..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, December 30, 2010 0 orang berkata-kata
Assalamualaikum...=)




Tadi aku terbaca blog seseorang tanpa disengajakan... and aku tertarik dengan satu post dia ni. So sweet bila solat berimamkan boyfriend sendiri kan..sweetnye.......... kenapa aku ckp boyfriend, bukan suami? sebab boyfriend tu sementara, while suami pula insyaAllah kekal and dah dapat. Lumrah manusia, perkara sebelum kahwin lebih indah dari dah kahwin kan, walaupun sama je perkara tu... so main point aku kat sini, bila ntah aku nak dapat suami macam tu? hari2 jadi imam aku, aku jadi makmum. Aku tak nak boyfriend sebab tu sementara je, huhu.

So skang ni aku nak cool je, tak nak marah2.. bia la apa orang nak buat kat kita, bia je. Skang ni aku kena cakap kat diri sendiri, "Eda, kau jangan marah. Kau kena ingat yang dia bukan milik kau, dia berhak tentukan siapa pilihan dia, ingat tu.. Ingat pesan mak, kalau dia masih sayangkan kita, dia takkan pandang orang lain. Kalau dia dah terpandang orang lain, maknanya sayangnya bukan untuk kita ataupun sayangnya dah berbelah bagi. So lepaskan je..." 

Ye aku kena ingat pesan mak aku tu.. terbaik la mak! Kita sekepala la.



Ok thanx for reading =)


Wednesday, December 29, 2010

saya sedih sebab.....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, December 29, 2010 3 orang berkata-kata
bila dah terlalu percayakan seseorang, mcm ni la jadinye... buat baik salah, buat jahat pun salah. Dulu kena, skang pun kena, sampai aku dah tak tau nak wat apa lagi. Simpan lama2, takut lama2 jadi busuk.. macam daging, simpan lama2 kan jadi busuk, dah tak boleh nk makan. Aku rasa cam nak bagitau semua orang ape aku rasa, apa perasaan aku skang ( tapi dh bgtau dh pun dengan tertulisnya blog ni ). Aku tak berhak ke nak rasa dihargai sket? Mungkin.... dia tak suka dgn cara aku, mungkin dia tak puas dgn cara aku treat dia, mungkin.... Tapi ini la diri aku, baik ke buruk ke, itulah aku... Aku dah cuba buat supaya dia selesa dgn aku, senang dgn aku, tapi kalau dia tak boleh nak terima gak, aku faham... Manusia tak ada yang sempurna, aku percaya tu. Dan aku tak boleh salahkan dia seratus peratus, sebab mungkin dia ada reason kenapa jadi macam tu.. Tapi dia tetap salah sebab tak jujur dengan aku. Maafkan saya blog sebab saya terpaksa bersedih-sedih dengan awak.. Saya tak boleh cerita kat sape2 pun tentang masalah ni, saya boleh cerita kat awak je.... Tapi saya tak post kat sini, hanya awak je yang tahu blog, terima kasih kerana memahami saya.


Tuesday, December 28, 2010

masa muda2 dulu..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 28, 2010 0 orang berkata-kata



Hehe comel tak gambar kami masa kecik2 dulu? Aku saja je upload gambar ni. Tadi tengah tengok2 gambar lama, tetiba nampak plak gambar ni, rasa nak gelak pun ade gak. But the one thing yang korang kena tau, aku pun tak ingat mana satu gambar aku, serius, tak tipu. So jangan tanya aku yang mana ye, sebab aku pun memang tak ingat, hahaha.... ntah yang mana ntah?






Ha kalau nak tanya ni takpe, sebab aku tahu mana satu aku, lalala~~
Yang ni dah besar sket, sebab tu boleh cam muka sendiri. Tapi rasanya korang pn dah tau yg mana, or korang tak nak tahu kot, hahaha.. never mind. Gambar ni sebenarnya aku amek dari kawan.. masa ni aku mne la ada kamera lagi... Orang kaya2 je yang ada kamera masa ni, huhu....





Thanx for reading yaa =)


konvocation day

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, December 28, 2010 0 orang berkata-kata
seperti yang dijanjikan, aku telah dapat mengumpul gambar2 konvo ku... dan sila lihat paparan di bawah ye. treng....treng treng....








































Aku tak masukkan semua sebab banyak sgt.... almaklum la, kat semua kamera aku amek, tu yang pic lain2 kalu korang perasan, huhu....





Monday, December 27, 2010

cerita kedai kopi

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, December 27, 2010 5 orang berkata-kata
hai guys... sem baru dah nak start, tp aku still takde mood nak mula kuliah baru. Tapi sebenarnya aku bukan nak citer pasal kuliah baru ke, sem baru ke, dh abes cuti ke, tapi aku nak cite sket la pengalaman aku kan... U all mesti ada ciri2 lelaki idaman or ciri2 perempuan idaman kan? So macam tu gak la aku, mesti adenye.. Tapi kita kne ingat yang kita takkan dapat yang sempurnanya, percaya la. Dulu kan, aku suka lelaki yang gila2, nakal ala2 tak jahat gitu, tak skema, lelaki yang jadi perhatian perempuan. Ala mcm hero korea tu,,, (perasan gila aku nk hero korea).. Tapi jangan silap, aku tak suka hero korea sebab jambu sgt, haha.. So aku penah  ada dulu, first kapel aku. Ye, dia ramai kawan perempuan, ramai orang cakap dia hensem ( tapi aku rasa tak pun....) Walaubagaimanapun aku tak nafikan dia mmg suka mengusik. Kadang2 kitorang tgh jalan2 kt shoping komplex pun dia sempat usha2 orang lain... Tapi aku tak marah sebab aku tahu dia sayang aku, masa tu la.... Ni masa dulu ok, bkn skang. Aku rasa mcm dihargai sbb dlm banyak2 perempuan yang rapat ngn dia, nakkan dia, dia pilih aku yang tak seberapa ni, msti la aku terharu kan? Tapi dah adat manusia.... tak penah bersyukur. Akhirnya last sekali dia pilih perempuan lain....

Nak dipendekkan cerita, so kitorang pun clash.. lepas peristiwa tu, aku dah ubah fikiran. Aku tak nak lagi dah lelaki macam tu. Biar la skema pun, asalkan tak curang ngan aku, leh wat aku bahagia sentiasa. Pernah jumpe tak lelaki yang tak layan perempuan? Means bukan gay, tapi lelaki yang bersyukur dgn adanya seorang isteri, bukan dua, bukan tiga, bukan empat. Ok ni apa yang aku rasa la... Aku rasa seseorang tu sangat cool kalau ada orang nak menggedik dgn dia, tapi dia tak layan pun. Cool gila, serius, mcm hero korea dah.. Aku rasa dia sangat sweet kalau dia pun tak menggedik dgn perempuan or lelaki lain. Aku suka kalau satu hari nanti orang ckp kat aku, "pendiam gila laki ko, susah kot nk bercakap menda2 lagho dgn dia" sebab aku tahu rupa-rupanya dia romantik dgn aku je, hehehe.... Tapi sangat tak suka kalau ada orang cakap "laki ko baik la, peramah sangat2, heheh"..... Owh tu bahaya tu. Kalau lelaki yang cakap takpe, ni kalau perempuan gak yang cakap, nampak sgt la laki aku tu "peramah" dengan perempuan ye...

Ok dah cukup la aku cakap mende2 lagho hari ni, full stop.

Sunday, December 12, 2010

...................................

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, December 12, 2010 0 orang berkata-kata
dalam proses ingin mengupload gambar konvo
nanti la ye
malas plak nk upload skang

Saturday, December 4, 2010

kek batik buatanku

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, December 04, 2010 4 orang berkata-kata






Ni kek batik aku buat sendiri. Ye aku tau buruk, tapi rasa die sedap ok, haha (perasan sendiri).. Tapi mak ngn abang aku tak caya yg aku wat sendiri ni. Maknenye, sedap ke??


Wednesday, December 1, 2010

my parents dah balik !

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, December 01, 2010 0 orang berkata-kata
yeah! tanggal 28 november 2010, lebih kurang pukul 10.30 pagi mak ayah aku pun sampai kat rumah. kitorang ade buat kenduri sket, so ade la beberapa orang kampung datang rumah (ramai gak la sebenarnya)....masa mak ayah masuk rumah tu, suma orang bacakan selawat. aku touching gila masa tu, terus nangis peluk mak ayah. penat gak la sebab orang bergilir2 jumpa mak ayah, aku busy wat keja kat dapur, keluar masuk bape kali ntah layan tetamu, tapi seronok =) Bila semua orang dah balek je, tetiba mak ayah keluarkan something. Wah, rupa2 nya ada buah tangan untuk kami anak2 nya! Truly, aku tak mengharap pun mak ayah aku belikan kami something sbb aku tahu diorang kat sane nak beribadat. Tapi dah rezeki kan....hehe... diorang suka dok sana, hepi je aku tengok. Mende yang paling aku suka, mak ayah bawak balek kurma banyak2! yes aku suka!





Aku saje je letak gambar haji kecik ni, sebab aku rasa diorang comel, haha...comel kan? Atuk ngan nenek belikan diorang jubah dan ketayap, comel nye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review