Saturday, October 29, 2011

penat....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 29, 2011 1 orang berkata-kata
Bila diri terasa penaatttttttttttttttttt sangat, rasa nak menjerit je "Bila nak dapat rehat ni??!"
Tapi islam dah mengajar kita untuk bersabar
Dan berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan..

Tuesday, October 25, 2011

sungguh hamba bersyukur...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 25, 2011 0 orang berkata-kata





Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
Di saat hamba dalam keresahan nak jawab exam
Kau berikan sedikit keceriaan


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
di saat hamba rasa terlalu gembira
Kau mengingatkan hamba supaya tidak leka dengan duniawi


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
Di saat hamba terpilih jalan yang salah
Kau tunjukkan hamba ke jalan-Mu
sungguh Kau Maha Mengasihani dan Maha Penyayang


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
Di saat hamba rasa marah dan rasa nak mencarut
Kau ingatkan hamba untuk beristighfar
maka yang elok lah yang keluar dari mulut
seperti yang di ajar oleh mak


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
kerana Kau telah kurniakan orang-orang di sekeliling
untuk membimbingku, mendidikku


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
kerana Kau telah lahirkan hamba di dunia sebagai seorang islam
dan berpeluang untuk mendekati-Mu


Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang Kau telah berikan
hingga hamba berasa malu terhadap-Mu
semoga Kau sentiasa mengingatkan hamba
dan sentiasa tunjukkan hamba ke jalan-Mu...

sedih.. nak tom yam =(

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 25, 2011 2 orang berkata-kata
Oh malunya...


Balik kelas tadi, teringin sangat nak makan tom yam.. so ingat nak pergi beli terus, tapau, sebab malas nak kua malam nanti, malas nak turun lek. Pergi la cari tom yam, cari kedai yang tak ramai orang. Ok ada satu kedai. 


"Kak, tom yam dengan nasi putih satu"
"Ok jap dik.. nah tom yam ngan nasi putih"
"Berapa kak?"
"RM 4.50"


Aku pun bukak la dompet.................... ok dalam dompet tinggal RM 3 je. Aku lupa aku bayar duit buku tadi, aiseh..


"Jap kak eh". Dengan muka malu sebab ramai orang masa tu, aku pun pergi la atm kua duit. Ramai orang la plak beratur kat atm ni. Lama gak aku tunggu turn. Beberapa minit pastu, aku pergi kedai tu balik nak bayar harga makanan. 


"Eh mana tom yam aku tadi?"


Rupanya akak tu dah bagi orang lain.. tak tahu la orang lain amik ngaku dia punya ke, akak tu yang bagi ke, yang pasti aku sedih sebab makanan dah hilang. Nak order, memang lama la kena tunggu, orang dah ramai. So dengan hati yang kecewa, aku pun pergi la cari makanan lain, kat kedai lain. Tapi semua ramai orang. Finally, aku pergi gerai yong tau fu je yang tak ramai orang. Takpe la janji ada gak makanan, boleh alas perut....(sedih tak dapat tom yam, rasa nak balik rumah)



Sunday, October 23, 2011

Tak tau nak letak title apa

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, October 23, 2011 0 orang berkata-kata
Ok kurang dah satu beban bila satu test dah lepas.. So now tinggal nak siap-siapkan assignment yang tak terkira banyaknya, tapi masih still sempat nak berblogging tu =)


Balik test tadi, lapar. Ingat nak ajak Ayu pergi makan, text la dia.


"Kau buat apa petang ni?"


No reply. Atas motor lagi la tu on the way nak balik rumah. Takpe la, mesej je la nak ajak kua makan. Tapi belum sempat send mesej lagi, tetiba... "Aku duduk sendirian di kamarku..". Ring tone fon aku.


"Aku baru sampai rumah ni, nak pegi makan. Kau nak ikut?"


Wah, tahu-tahu je isi hati aku budak ni muahaha..


Aduhh, rindunya masa duduk kolej kat diploma dulu.. lagi-lagi bila tengok video yang Ayu buat, video khas untuk kitorang. Dulu masa mula-mula video tu terhasil tak terasa sangat bila tengok, yela baru habis diploma kan. Now bila dah lama tinggal diploma, baru la terasa touchingnya... rindu...

Thursday, October 20, 2011

first time tengok bola live

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 20, 2011 0 orang berkata-kata
Malam minggu hari tu first time aku masuk stadium sebab tengok bola.. before ni tak pernah pun. Kalau bola live kat TV pun aku tak tengok, apatah lagi yang nak masuk berbayar ni kan. Tu pun kebetulan sebab masa tu ikut abang balik kampung. Then before sampai kampung tu, singgah la stadium jap, Negeri Sembilan lawan la katakan.


Meriah gak suasana stadium ni rupanya. No wonder la my brother lagi suka pergi stadium berbanding tengok dalam TV je. Dah tu, kitorang duduk betul-betul depan cheerleaders N9, cheerleaders lelaki la tapi. Baru semangat sket nak tengok. Yang penting, kitorang masuk free, hehehe... Puncanya tiket habis. Pastu orang masuk berhimpit plak, so nyelit je la antara ramai-ramai tu hahaha...









Ni masa game baru start, tak ramai lagi masa ni.








Meraikan kemenangan 3-0, agregat 3-1.







Untung la~~

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 20, 2011 2 orang berkata-kata
Minggu ni, bermula la kehidupan aku sebagai seorang penghuni kolej asrama, hehehe... Sebenarnya dah sebulan dah dapat kolej tu, tapi tak duduk situ sebab duduk rumah abang. Lagi best sebab ada budak-budak comel yang nakal hyperaktif. Kalau tengah hari sementara nak tunggu kelas petang je baru duk kolej. Tapi disebabkan my brother outstation this week, so nak tak nak kena la duduk kolej. Ye la awak tu mana la reti bawak apa-apa transport..


Mm roomate aku semua ok. Cuma awal-awal ni biasa la, tak ramah mana pun kan.. lagi-lagi aku baru seminggu duk sini, hihihi.. Minggu ni minggu sibuk. Dengan test, dengan assignment berlambak gila, dengan quiz, dengan semua la senang kata. Tapi sibuk-sibuk pun sempat je online, ntah pape..


Tadi kat kelas, belajar subjek heat and fluid. Tengah lecturer sibuk mengajar dalam kelas,  tetiba cam semua orang panggil nama aku. Menggelabah jap aku. Yela mana tau kot-kot lecturer suruh jawab soalan ke, panggil aku tak dengar-dengar (kantoi gile berborak dalam kelas).


Aku: Eh kenapa kenapa? Apsal semua panggil nama aku ni?
Ayu: Tadi lecturer cakap nama anak dia sama dengan salah seorang student dalam kelas ni, Sofia.


Owh patut la.. kantoi gile aku berborak syok sangat sampai tak dengar lecturer bercerita pasal anak perempuan dia, haha! Nasib baik... untung la~~

Wednesday, October 19, 2011

mari berjiwang 7

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, October 19, 2011 0 orang berkata-kata

Kisah Dongeng - Stacy


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Saturday, October 15, 2011

happy =)))))))))))))))

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 15, 2011 0 orang berkata-kata
Yeah akhirnya sekarang berada di rumah!!

Baru baik dari demam, so suara pun sengau-sengau la lagi.. kalau dah kat rumah, tak sah kalau tak karaoke. Mula-mula amik lagu feveret, tapi disebabkan suara sengau, so amik la lagu lain yang agak-agak sesuai. Ok dah jumpa, lagu pilihan adalah lagu Newboys. 



Elok je ayah bawak balik mangga beberapa biji, orang bagi rasanya. Mangga muda, memang kena la dengan tekak aku yang loya yang dah macam mengidam ni. Fuh, sedap sket rasa kat tekak bila dah makan mangga tu..


Agaknya aku demam sebab banyak na mengutuk lelaki dalam entry sebelum ni kot, haha.. Mak saya cakap, tak baik menyampah kat orang. Ok ok pasni dah tak menyampah kat siapa-siapa dah, even lelaki buaya darat sekalipun (tipu). Ok stop isu lelaki.




note: tengah mood happy =)

Wednesday, October 12, 2011

aku bukan benci lelaki, cuma....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, October 12, 2011 0 orang berkata-kata




Berbalik kepada entry aku sebelum ni; Lelaki, tolong la bersikap jujur.. menyampah.., yang sebenarnya aku copy paste dari blog orang lain. Maaf aku bukan sengaja nak plagiat, tapi tu pengalaman penulis sendiri. So takkan aku nak reka pengalaman sendiri untuk buat entry yang sama, ye dop?

Aku tertarik dengan entry tu sebab aku rasa betul sangat-sangat tu (walhal penulis tu pun adalah lelaki). Guys, can you juz tell her that you don’t love her anymore? Ye memang betul kalau bercinta tak semestinya akan kahwin. Ok let me explain first…

Kita sebagai manusia dah dikurniakan banyak nikmat, salah satunya hati dan perasaan. Kita diciptakan lelaki dan perempuan untuk berpasangan. Orang kata, masa bercinta tu la kita nak kenal hati budi pasangan.. tapi jangan lupa, kalau si lelaki dah melamar perempuan, means dah sebut tentang kahwin then si perempuan pun setuju, tu dah di kira bertunang tau. Bertunang tak rasmi maybe, sebab takde tanda. Pertunangan ialah perjanjian perkahwinan.. ni apa yang aku tahu. Sebab tu masa dah tunang, haram bagi lelaki lain melamar perempuan tu. Kan kita tak boleh mungkir janji?

So masa bercinta jangan la pandai-pandai janji dengan pasangan untuk kahwin dengan dia kalau tak bersedia lagi.. kenal je la hati budi dia dulu, jangan ambil kesempatan. Orang perempuan plak kebanyakkan jenis setia kalau si lelaki dah janji nak kahwin. Contoh dalam kes entry mistabom ni la. Perempuan tu dah percaya setengah mati dah kt BF dia.

Again, kita masih boleh buat pilihan sebelum kita berkahwin.. betul la tu, maybe lelaki tu rasa tunang dia lebih baik untuk dijadikan isteri, daripada perempuan tu. Tapi sekurang-kurangnya bagitau that girl yang dia dah pilih orang lain. Jadi perempuan tu tak la berharap sangat and rasa ditipu. Kalau aku, aku tak marah kalau dia dah pilih orang lain, before dia janji nak kahwin dengan aku. Bukan jodoh kita mungkin.. tapi aku marah kalau dia tak jujur dengan aku.. sangat marah.

Pernah dengar pepatah ni, “Kalau ada 2 orang dalam hidup kita, tapi kita tak tahu nak pilih yang mana, jadi pilih la yang kedua sebab kalau kita betul-betul sayangkan yang pertama, tak wujud yang kedua”.  Mak aku pun pernah cakap perkara yang lebih kurang sama. “Kalau suami menduakan kita, maknanya dia tak sayang kita dah”. Aku memang setuju sangat la tu.. kan kalau nak kahwin lagi, kena minta izin isteri pertama. Kalau isteri tak bagi, tapi dia kahwin gak, maknanya dia lukakan hati isteri. Bila dah sampai hati lukakan hati isteri, sayang lagi ke tu? Tapi tak dinafikan isteri yang bermadu insyaAllah dapat payung emas kat syurga.. wallahualam.

Aku bukan benci lelaki.. family aku pun ramai lelaki. Tapi aku tak suka lelaki macam tu, ha macam tu la, tak jujur. Perempuan pun kena jaga-jaga la, jangan percaya sangat. Ok dah aku rasa dah banyak melalut merapu dah ni. Tu yang malas cakap banyak tu.




p/s: kalau ada pape yang aku tersilap tulis, tertinggal ke, aku minta maaf.. aku pun manusia gak, tak lari dari kesilapan.

Tuesday, October 11, 2011

lelaki, tolong la bersikap jujur.. menyampah.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 11, 2011 0 orang berkata-kata
Aku terbaca satu blog ni.. entry ni buat aku semakin tak percaya dengan lelaki. Yang di bawah ni bukan entry aku sendiri, tapi copy paste je supaya boleh jadi pengajaran untuk orang lain.


" Ada seorang kenalan aku (GadisXXX - Bukan Nama sebenar) di facebook yang rutin setiap harinya dipenuhi dengan status pujian terhadap BFnya, Pujian seperti baik, penyayang, cinta, bertanggungjawab dan segala macam pujian yang boleh membuat orang lain termuntah tanpa sedar setiap hari memenuhi wall facebooknya, kadang-kadang diri ini terasa ingin "Unfriend" kerana semak dipenuhi status gila dia, nak buat macam mana, kawan tetap kawan, terpaksalah terima.

So nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku lepak dan online facebook di kedai mamak, dan si GadisXXX pun sedang online facebooknya juga dan seperti rutin biasa wall-wallnya masih dengan pujian terhadap BFnya yang bertuah,
Nak ditambah cerita lagi, apa yang terpandang didepan mata aku pasangan yang sedang duduk berkepit erat dengan penuh kasih sayang dengan adegan mencium pipi adalah BF kepada gadis yang malang iaitu GadisXXX, dianggap malang kerana bukan GadisXXX yang berada disisi lelaki tersebut tetapi Wanita yang jauh lebih cantik dan menarik, pasangan ini mungkin baru balik dari bershopping kerana banyak bungkusan barang diletak atas meja mereka.
Sambil aku menonton pasangan bermain wayang didepan mata bermulalah juga perbualan antara aku dengan Gadisxxx di facebook chat.


MistaBOM: "XXX,Salam, kau buat apa?"

GadisXXX: "Asignment, kenapa?"

MistaBOM: "Kalau aku tanya sikit kau jangan kata aku penyibuk pulak"

GadisXXX: "Cakap je la"

MistaBOM: "Kenapa kau asik puji sangat BF kau?"

GadisXXX: "BF aku sayang aku, mestilah aku puji, kau takde awek apa kau tau"

MistaBOM: "Apa bukti BF kau sayang kau sampai kau duk memuji 24jam"

GadisXXX: "Dia janji nak kahwin dengan aku, mestilah aku kena jaga dia betul2"

MistaBOM: "So kau yakinlah dia takde girl2 lain ke?"

GadisXXX: "Apahal kau cakap macam tu?, kau nak cari pasal ke?"

MistaBOM: "Saja je aku tanya"

GadisXXX: "Aku kenal BF aku, dia takkan tipu aku, dia memang cinta aku"

MistaBOM: "Oo macam tu, so mana BF kau? kau tak keluar dengan dia ke?"

GadisXXX: "Dia busy, dah sebulan aku tak date ngan dia, aku pun taknak ganggu dia sebab dia kata nak cari duit nak masuk minang aku, nanti dia dah free baru aku keluar ngan dia"

MistaBOM: "Busy??? sedih aku tengok kau..."

GadisXXX: "Kenapa?"

MistaBOM: "takda apa, kau nak dengar satu ungkapan tak?"

GadisXXX: "Apa dia?"

MistaBOM: "Tengok Taik Nampak Coklat, mesti kau tak pernah dengarkan?"

GadisXXX: "Bodoh ar kau..."

MistaBOM: "Lagi bodoh kau dari aku, bye Salam"


Dan selepas itu aku pun mahu caj notebook aku yang dah nak kehabisan bateri, di meja pasangan tersebut terdapat socket elektrik,
aku pun pergi untuk mencucuk plug charger meja pasangan tersebut. dan bermulalah perbualan pendek antara aku dan BF gadisXXX...


MistaBOM: "Bro, tumpang charge kat sini boleh"

LelakiXXX: "No hal"

MistaBOM: "Thank, banyak barang, baru balik shopping dengan awek ke?"

LelakiXXX: "Beli barang sikit untuk tunang"

MistaBOM: "Oo tunang, ingat ke awek"

LelakiXXX: "baru 2 minggu bertunang"

MistaBOM: Congrat bro..

LelakiXXX: thank bro.


Aku tidak akan memberi tahu kepada GadisXXX mengenai kes ini, supaya aku tidak dianggap penyibuk, biarlah dia sendiri dapat tahu dari orang lain.
dan aku amat kesian dengan girl2 yang akan melalui situasi seperti ini.

Tatkala perempuan terlalu gila terhadap lelaki, 
tatkala itulah lelaki main gila terhadap perempuan.

kepada girl2 lain, jangan duk puji dan bermegah2 sangat pada BF anda melainkan anda sudah "bernikah", kisah ini bukanlah untuk mengutuk atau menghina, tetapi menasihat wanita supaya tidak ditipu, aku lelaki aku tahu apa lelaki mahukan dari wanita, bukan semua lelaki adalah penipu, dan bukan semua lelaki baik. " 



copy paste dari blog mistabom.



Monday, October 10, 2011

Everybody knows that girls love surprise

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 10, 2011 0 orang berkata-kata
Cool... please la tengok ni 

A Cadbury Dedication To My Lovely Wife



Again...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, October 10, 2011 5 orang berkata-kata
Again, soal kahwin dipertimbulkan jadi isu. Tapi kali ni not with my mom, but my brother.


Angah: Kau kalo nak cari suami kena cerewet sket, kena memilih. Kalo lelaki takpe, sebab dia             yang didik isteri. Tapi perempuan, suami yang didik. So kena cari betul-betul.
Aku:     Memang la.. yang penting, jaga solat.
Angah: Tanggungjawab pun penting gak, kena tengok tu. Kalau lelaki tu sembahyang cukup,               tapi tak bertanggungjawab, anak bini terabai pun tak boleh gak.
Aku:     Ye la... tak nak la orang yang pentingkan akhirat sahaja. Kena seimbang la dunia                    akhirat. Dapat yang senang kautim pun lagi bagus haha.. tapi susah nak cari laki                    camtu sekarang..
Angah: Member angah ramai macam tu.. meh sini angah carikan tuk kau.
Aku:      Err... 


Teringat aku cerita Quran Buruk lakonan arwah M. Rajoli. Dalam cerita tu, dia seorang yang alim. Tapi dia terlalu kejar akhirat, bagi ceramah sana sini tapi anak isteri kat rumah terabai. Mungkin dia lupa nak bagi didikan kat rumah. Bukan salah dia 100%, tapi kita boleh ambil sebagai pengajaran.

Friday, October 7, 2011

simple vs complicated

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, October 07, 2011 0 orang berkata-kata
Aku ni jenis yang simple je..
Makan pun simple
Pakaian pun simple
Ada la lilit-lilit selendang gak.. tapi still simple
Aku tak suka Subway, sebab burger dia complicated sangat
Kalau pergi McD, aku ambik McChicken je
Burger yang paling simple
Kalau pergi Tutti Frutti, lagi la simple aku ambik
Barang perhiasan? pun simple gak..
Tapi dalam banyak-banyak hal 
Ada satu je yang aku tak simple..


HATI. Yeahh.. bab hati aku sangat complicated. Perasaan aku suka bermain sesama sendiri. Kalau aku buat sesuatu, kadang-kadang ikut perasaan, kadang-kadang di luar perasaan. Aku rasa sesapa yang rapat dengan aku pun susah nak tafsir hati aku ni camane, especially about LOVE. Ok bila masuk bab LOVE je tak nak cerita dah. Bye.

Tuesday, October 4, 2011

jaga budak pun best jugak

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 04, 2011 0 orang berkata-kata
Semalam singgah Taska tempat kak ipar aku jaga. Bawak la budak-budak ni pergi playground jap, sementara tunggu nak pukul 6, time kak ipar habis kerja. Seronok gak berada di kalangan budak kecik ni, haha. Ada yang panggil aku 'aunty', ada yang panggil 'cik'. Nasib baik takde yang panggil akak, kalau tak memang aku dah perasan muda dah. Yela budak paling besar umur 6 tahun.. yang paling besar. Tapi kelam kabut gak terkejar sana sini... yela budak-budak ni bukan tau bahaya. Yang diorang tau main je. Aku la yang kena larang "Eh jangan main ni", "Eh jangan panjat sini", "Eh jangan buat macam tu". Tapi tak semua.. yang kecik-kecik je aku larang. Yang dah besar 6 tahun tu, aku cakap macam ni je. "Main la.. kang jatuh padan muka.."


Tapi part paling tak leh blah, bila gaduh semua datang ngadu kat aku, haha! Tak kan nak backup mana-mana plak kan, tak fair la. Aku cuma boleh pujuk je. "Budak lelaki mana boleh nangis, malu la kawan-kawan tengok..", sambil usap-usap kepala dia.


Pengalaman menguatkan cita-cita aku nak buka Taska sendiri la, hihi. Tapi bila dah buka Taska sendiri nanti, satu je aku tak tahan. Nak basuh berak diorang. Alah aku lemah tul part ni... nanti aku nak ajar diorang basuh berak sendiri la, senang sket. Mesti parents diorang bangga nanti, anak umur 2-6 tahun dah basuh sendiri, hehehe!

Sunday, October 2, 2011

mengada-ngada..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, October 02, 2011 2 orang berkata-kata
belajar tak jauh mana pun
tapi homesick gak, mengada

dah la duduk rumah abang
tapi homesick gak, mengada

sebahagian family depan mata je
tapi homesick gak, mengada

kalau takde kredit, guna je kredit abang nak kol umah
tapi homesick gak, mengada

minggu lepas family baru je datang sini
tapi homesick gak, mengada

arrghh, nak balik rumah la!



Saturday, October 1, 2011

ibu bapa patut jadi kawan anak-anak

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 01, 2011 2 orang berkata-kata
Note: Sila baca dengan serius.




Semalam aku tengok cerita 'Aku Tak Bodoh'. Ok cerita tu dah lama, tapi aku baru tengok semalam. Mengisahkan kehidupan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sangat sibuk dengan kerja, tak dapat kasih sayang yang sempurna. Sedih gak la cerita tu, menangis touching aku tengok. Daripada cerita tu, aku dapat satu pengajaran, ibu bapa patut jadi kawan kepada anak-anak (daripada anak-anak berkawan dengan orang tak senonoh kan?)

Minda budak-budak (or remaja) sekarang, tak sama dengan minda budak-budak dulu. Budak-budak sekarang lebih kreatif dan inovatif. So kita kena gunakan apa yang diorang ada tu ke arah kebaikan. Contoh dalam cerita tu, Roy ni pandai ber'blogging'. At the same time, dia terer gak la bab-bab komputer ni. Tapi parents dia tak pernah hargai apa yang dia minat, apa yang dia pandai. Bila dia betulkan laptop ayah dia, kena tuduh rosakkan laptop plak. See?? Ayah dia tak menghargai apa yang dia buat. Kawan dia, Din pun sama. Minat lawan-lawan (tak tau nama,boxing kot?), tapi ayah dia tak pernah support kalau dia nak berlatih dengan cara yang betul. Last-last, berlatih dengan cara gaduh ngan samseng.

Bila mereka berkawan dengan budak-budak luar yang agak liar, diorang support apa yang mereka buat. Dari situ la mereka mula meminggirkan family dan anggap kawan-kawan lah family mereka. Sebab kawan-kawan memahami minat mereka.

So pada aku, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi sebagai remaja masa kini, parents memang patut jadi kawan anak-anak. Parents patut cuba memahami apa yang menjadi minat anak-anak, then try support apa yang mereka nak buat. As long as tak memudaratkan and tak membawa keburukkan la. Tapi bukan support membabi buta je. Support dengan cara mengawal pergerakkan anak-anak supaya tak buat sesuatu yang tak senonoh. Parents yang makan asam garam kehidupan dulu, so tak dinafikan parents yang tahu buruk baik sesuatu. Jadi gunakan pengalaman tu untuk jadi kawan kepada anak-anak, guide mereka. Tapi jangan paksa mereka untuk buat sesuatu yang mereka tak suka, nanti berlaku pemberontakan. Sekian terima kasih.


p/s: Nasib baik la mak aku ok, boleh la nak kautim-kautim.




aku suka dia ni, aeril zafril, hik3








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review