Tuesday, October 25, 2011

sungguh hamba bersyukur...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, October 25, 2011





Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
Di saat hamba dalam keresahan nak jawab exam
Kau berikan sedikit keceriaan


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
di saat hamba rasa terlalu gembira
Kau mengingatkan hamba supaya tidak leka dengan duniawi


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
Di saat hamba terpilih jalan yang salah
Kau tunjukkan hamba ke jalan-Mu
sungguh Kau Maha Mengasihani dan Maha Penyayang


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
Di saat hamba rasa marah dan rasa nak mencarut
Kau ingatkan hamba untuk beristighfar
maka yang elok lah yang keluar dari mulut
seperti yang di ajar oleh mak


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
kerana Kau telah kurniakan orang-orang di sekeliling
untuk membimbingku, mendidikku


Ya Allah, hamba bersyukur pada-Mu
kerana Kau telah lahirkan hamba di dunia sebagai seorang islam
dan berpeluang untuk mendekati-Mu


Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang Kau telah berikan
hingga hamba berasa malu terhadap-Mu
semoga Kau sentiasa mengingatkan hamba
dan sentiasa tunjukkan hamba ke jalan-Mu...

0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review