Friday, January 21, 2011

saya suka awak sebab....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, January 21, 2011 4 orang berkata-kata Links to this post
Buat bakal suamiku yang dicintai,

Saya suka awak sebab bila saya tengah ada masalah, awak akan pegang pipi saya, usap kepala saya, belai rambut saya, lepas tu awak akan cakap "takpe sayang, semua ni dugaan Allah...Allah sayang semua hambaNya....ingat ye sayang"....Lepas tu saya tersenyum, hilang kejap masalah saya bila saya dengan awak.

Saya suka awak sebab bila saya nangis je, awak usapkan air mata yang mengalir kat pipi saya.. Awak cakap, "Sayang jangan menangis lagi...sebab abang rasa sayu dan susah hati sangat bila tengok sayang menangis sedih macam ni..." Lepas tu saya berhenti menangis sebab tak nak awak susah hati.

Saya suka awak sebab bila ada orang kacau saya depan awak, awak tak 'sound' lelaki tu, awak tak pukul dia, awak tak marah pun dia.. tapi awak akan senyum je kat dia, peluk saya dan terus berlalu... Masa tu, saya rasa awak sangat 'cool' dan terbukti awak percaya kat saya, kan? Tapi lain la kalau saya yang layan lelaki tu, awak boleh marah saya sebab saya bukan isteri yang baik kalau macam tu.


Buat bakal suamiku yang dicintai,

Saya suka awak sebab bila tiba hari anniversary kita, awak tak belikan saya hadiah yang mahal2...awak tak bawa saya ke restoran yang mahal2 macam orang lain buat, tapi awak masak sendiri dan buat 'candle light dinner' hasil buatan tangan awak sendiri kat rumah, then kita makan bersama-sama.. Masa tu saya rasa awak la lelaki paling romantik kat dunia ni, suami saya kan =) kemudian awak bagi saya sesuatu yang sangat bermakna.. Tak semestinya hadiah yang dibeli mahal2 kat kedai kan. Kalau dapat kad buatan tangan awak sendiri pun saya lagi suka.

Saya suka awak sebab awak selalu ingatkan saya tentang tanggungjawab isteri... Tiap2 malam kita berbual-bual, bersoal jawab tentang agama. Awak tahu saya bukan seorang ulat buku, tak suka membaca. Sebab tu awak selalu ajarkan saya, beri saya pengetahuan baru kan? saya suka...

Saya suka awak sebab setiap kali kita berselisih faham antara suami isteri, awak tak marah saya, tak pula buat tak tahu je.. Tapi lepas kita solat isyak berjemaah, awak pegang tangan saya, duduk berdepan dan menghadap saya. Masa tu awak cakap baik2 dengan saya, awak cakap awak tahu saya tengah merajuk, tapi awak nak dengar sendiri dari mulut saya.. Awak tahu je apa yang ada kat hati saya kan? awak memang pandai..Then awak bagi peluang saya bercakap. Bila saya cakap marah2, salahkan awak, awak diam je.. Mesti sebab awak tahu yang orang perempuan memang emosional kan? terutamanya bila pasal lelaki. Lepas saya habis cakap, baru awak buka mulut, then lepas tu kita berbaik semula. Masa tu saya akan rasa menyesal sangat sebab merajuk dengan awak =) Saya minta maaf...


Buat bakal suamiku yang dicintai,

Saya harap dan berdoa yang kita akan kekal sampai hujung umur kita... Saya harap awak tak bagi saya 'madu' dua, tiga atau empat. Tapi kalau madu lebah takpe, walaupun saya tak makan. Tapi kalau awak yang suapkan, mesti saya makan tau.




p/s: aku buat ni suka2, saja2... rekaan semata-mata... tak merujuk pada sesiapa pun, tidak sama sekali. so korang2 yang baca entri ni, tak payah nak perasan la ye.

Tuesday, January 18, 2011

termenung dan terus termenung...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, January 18, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post
Mein name ist Eda
Ich bin einundzwanzig Jahre alt
Ich komme aus Negeri Sembilan
Ich wohne in Shah Alam

Hehe...ok tak skill aku dlm bahasa Jerman? Aku baru belajar semester ni, so baru belajar yang basic2 je.. sebenarnya masa sekolah dulu aku penah belajar bahasa ni, tapi dah lama tinggal, so tak ingat dah =)


Dlm entri ni, tak ada pape yg specific aku nak cerita sebab banyak sangat dalam kepala aku sekarang ni. Aku termenung, berfikir, memuhasabahkan diri, semua yang orang tak buat la aku buat. Perasan tak aku dah lama tak upload gambar sendiri? sebab kadang-kadang aku rasa cam men'capap' (cari publisiti) plak bila upload gambar sendiri ni. Macam jual muka pun ada gak (muka pun tak seberapa).. Tapi aku buat gak...interframe diri sendiri. Kalau bukan kat sini, kat facebook. Entah pape la kan... Kadang2 bila tengok gambar sendiri kat facebook, tetiba rasa menyampah plak dengan diri sendiri, hehe... tapi malas nak delete sebab banyak sangat, hehe =) Ha tengok tu, dah tau men'capap', letak gak gambar banyak2 dalam facebook, blog or somewhere else....sssshhhh... Entah pape la aku ni kan, mesti korang pun tak suka tengok aku interframe banyak2 kan, haha...terpaksa la tengok, benda dah ada.

Sebenarnya aku tengah fikir masa depan ni. Umur dah makin meningkat, tapi aim tak ada lagi..ops, bukan tak ada, tapi tak yakin. Sekarang aku tengah ambil degree..Abis degree, nak ambil TPM or apa2 je untuk jadi cikgu sekolah menengah..Kumpul duit dulu. Lepas dah ada duit sendiri, baru sambung master dan boleh la nak jadi lecturer. Lecturer sekarang kena ada master kan? Ye betul..

Kahwin? Yang ni pun aku risau gak.. Macam mana eh keadaan aku bila dah kahwin? dah jadi isteri orang, jadi ibu... dah ada tanggungjawab lain. Kalau boleh aku nak seorang suami yang memahami aku, paham yang aku tak bersedia lagi nak jadi seorang isteri mithali. Ha apa tu?? tak bersedia tapi nak kahwin..entah pape la kau ni Eda, poning ! Ok sebenarnya aku tak bersedia sebab aku rasa diri aku tak matang lagi. Kalau ada masalah, aku tak pandai nak selesaikan, tak pandai nak settle kan. Dan aku memerlukan seseorang yang boleh membimbing aku (cewah !) ke arah yang lebih baik....aku nak jadi baik tau, tak nak jadi jahat.

Tak tipu, kadang2 aku berangan (sebenarnya selalu) dapat suami yang alim, baik, sayang aku, jaga aku, penyayang, bertanggungjawab, macam2 lagi la sifat yang positif. Semua pun nak macam tu kan.... Hari2 solat berjemaah kat rumah. Tapi tak boleh sebab suami aku kena pergi masjid tau =) Kalau abang dah terlewat pergi masjid baru kita solat berjemaah kat rumah ye..huhu... Solat tu tiang agama. So girls, kalau nak cari suami, cari lelaki yang jaga waktu solat dia tau (dan sayang kita)..Kalau perempuan yang tak solat, suami senang nak jaga. Tapi kalau lelaki yang tak solat, susah isteri nak jaga sebab ego lelaki sangat tinggi. Dia takkan nak dengar nya nasihat kita orang perempuan ni...

Selain kerjaya dan rumah tangga (cewah lagi), aku terfikir gak macam mana keadaan keluarga aku bila semua orang dah kahwin? dah ada family masing2? Mesti la lagi meriah sebab dah ramai anak buah, haha....tapi mesti masa untuk berkumpul semua ahli keluarga tu makin sikit dan terhad kan, tak bestnya....Raya pun mesti gilir2 balik kampung sebab rumah mak ayah aku tak besar mana pun....biasa je. Tapi kalau di bagi pilihan, aku tak kisah duduk mana pun asalkan dengan mak ayah. Mak ayah tu orang paling penting dalam hidup tau...syurga di bawah tapak kaki ibu. Tapi bagi perempuan, bila dah kahwin, syurga di bawah suami tau, hehe... Ok dah, aku nak tidur, bye2 ~~

Thanx for reading ya.....


Sunday, January 16, 2011

lelaki memang jahat

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, January 16, 2011 2 orang berkata-kata Links to this post
why i said like that?

dulu mak selalu cakap, jangan percaya sangat dengan lelaki ni, diorang jahat, lelaki jahat. Aku tak tahu nape mak selalu cakap macam tu, sebab rasanya sejarah hidup mak ok je...tak pernah clash mase kapel (memang la, sebab ayah aku la cinta pertama dan terakhir dia, haha) Arwah atuk aku dulu garang gila, dia memang pantang kalau anak2 perempuan dia berkapel2 ni... thats why la mak aku tak pernah kapel pun sebelum jumpa ayah, huhu... ok sambung cerita. Tapi aku tak berapa setuju dengan pernyataan mak tu. Aku rasa tak semua jahat, mungkin seteng2 je kot. Tapi mak tetap cakap, lelaki semuanya jahat.

Lepas tu aku terus mengembara dan mengembara (dah macam pengembara zaman dulu plak). Then aku terjumpa satu blog ni, blog ni pemilik dia lelaki. Dalam tu dia selalu cakap, lelaki memang cepat bosan. So? kenapa perempuan boleh setia, lelaki tak boleh? Jahat la tu kan.. Tu orang lelaki, kaum adam sendiri yang cakap macam tu, lelaki memang cepat bosan dengan perempuan. Tapi aku steady lagi masa tu...aku terus mengembara.

Kemudian aku pergi satu ceramah ni, bukan ceramah agama la. Penceramah tu lelaki....dalam ceramahan dia tu pun, dia ada sebut yang lelaki ni jahat. Lelaki memang jahat. Dah 3 kali aku dengar dah ni. So aku rasa betul la tu kot... LELAKI MEMANG JAHAT...so girls out there, beware !

p/s: aku bukan lesbian..aku pun ada hati nak kahwin, tapi calon tak jumpa lagi =)

Saturday, January 15, 2011

mari berjiwang 3

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, January 15, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post



Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu 


p/s: lagu ni takde kena mengena dgn life aku..cuma aku suka sebab... korang tak rasa ke lagu ni comel? haha...comel kot. video klip dia pun cam sweet je aku rasa. nak tengok? nah klik sendiri ye di sini.

Sunday, January 9, 2011

mari berjiwang 2

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, January 09, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post


You were in college, working part-time, waiting tables
Left a small town and never looked back
I was a flight risk, afraid of fallin’
Wondering why we bother with love, if it never lasts
I say, “Can you believe it?”
As we’re lyin’ on the couch
The moment, I can see it
Yes, yes, I can see it now
Do you remember, we were sittin’ there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine
Flash forward, and we’re takin’ on the world together
And there’s a drawer of my things at your place
You learn my secrets and figure out why I’m guarded
You say we’ll never make my parents’ mistakes
But we got bills to pay
We got nothin’ figured out
When it was hard to take
Yes, yes
This is what I thought about:
Do you remember, we were sittin’ there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine
Do you remember all the city lights on the water?
You saw me start to believe for the first time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine
Oh, oh, oh, oh
And I remember that fight, two-thirty AM
You said everything was slipping right out of our hands
I ran out, crying, and you followed me out into the street
Braced myself for the goodbye, cause that’s all I’ve ever known
Then, you took me by surprise
You said, “I’ll never leave you alone.”
You said, “I remember how we felt, sitting by the water.
And every time I look at you, it’s like the first time.
I fell in love with a careless man’s careful daughter.
She is the best thing that’s ever been mine.”
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine
Do you believe it?
We’re gonna make it now
And I can see it
I can see it now

Tuesday, January 4, 2011

mari berjiwang 1

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, January 04, 2011 0 orang berkata-kata Links to this post


Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Reff:
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku



Monday, January 3, 2011

ceritera cinta..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, January 03, 2011 2 orang berkata-kata Links to this post
Once upon a time, there was a story....

Aida meluahkan masalah kepada ibunya, Makcik Jijah tentang temannya, Mohammad Akbar. Satu hari rahsia Mohammad Akbar yang selalu ber'chatting' dengan perempuan lain terkantoi kat Aida. Langsung Aida mendiamkan diri, menunggu penjelasan dari Mohammad Akbar. Marah pun tak, suka pun tak, benci pun tak.. cuma mendiamkan diri. Tapi bukan saja nak dapat apa2 info or penjelasan dari Mohammad Akbar, malah Mohammad Akbar pun langsung mendiamkan diri tanpa berita. Bila Makcik Jijah dengar je cerita Aida, terus Makcik Jijah berkata-kata..


Cik Jijah: Tu la Aida, lain kali  jangan cepat sangat cemburu.

Aida: Eh, apasal ibu backup dia lak ni? Tak boleh jadi ni (berkata2 dalam hati).... Bukan la ibu, Aida saja je diam, takde la marah sangat sebenarnya. Aida cuma nak tengok cara dia selesaikan masalah kalau kami ada pape masalah, untuk masa akan datang nanti. Aida tunggu penjelasan dia, walaupun Aida tahu orang laki selalu ada alasan. Tapi bila dah jadi macam ni, bak kata orang kalau seseorang perempuan diam tu tanda setuju. Tapi zaman sekarang ni tak kesah dah laki perempuan, kalau diam tu maknenya dia setuju la yang dia tu salah ibu.... So Aida nak cakap apa lagi.

Cik Jijah: Ish korang ni, apa la... Orang muda macam ni la...


Lantas Aida pun terdiam, tak tahu nak pikir apa, nak cakap apa, suma tak tahu dah...

Saturday, January 1, 2011

al-kuliyah 31.12.10

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, January 01, 2011 7 orang berkata-kata Links to this post
Assalamualaikum....



Kenal tak siapa ni? Ni la ustaz Sharhan Shafie... semalam aku tengok al-kuliyah, ustaz Sharhan jadi tetamu jemputan. Selama ni aku dengar nama je, rupa2 nya ni la ustaz Sharhan, baru la nak kenal muka ni ,hehe... 
Pelik ke aku tengok al-kuliyah? weh jangan pelik tau... ye aku memang suka tengok program2 macam ni, macam Tanya Ustaz, Semanis Kurma.... ye aku suka cakap2 pasal agama sebenarnya, tapi bukan di khalayak umum, means aku tak berani bagi pendapat aku pada umum. Nak tahu kenapa? sebab aku ni jenis susah nak ingat... ada sesetengah perkara je aku senang nak ingat (Sebab tu aku tak suka sejarah =)).. Kalau aku bagi pendapat, takut salah cakap plak. 

Ok dah, berbalik kepada topik asal, al-kuliyah semalam cerita pasal saka or something like that dan cara merawat mengikut islam. Ustaz ni rawat orang live kot semalam. memang dalam studio tu gak dia rawat. Tak silap aku nama rawatan tu 'Ruqyah' (betul kot aku eja ni).. Wah selama ni tengok dalam cerita indon je pasal ruqyah ni, cerita setiap hari jumaat kul 3.30 ptg tu...'Naluri'. Then semalam dapat tengok live punya, memang real ah.. Masa ustaz tu bacakan ruqyah, tetiba ada salah seorang penonton pun terjerit2 sama, dia kerasukan! Kecoh jap la studio tu... tapi nasib baik ada perawat lain dalam tu, so mereka settlekan penonton yang kena tu. Aku yang tengah masak cekodok kentang berlari2 gak la ulang alik ke dapur, kang hangus plak cekodok aku tu, hahaha...

Lepas iklan, tengok pesakit dah bertukar orang plak. Ustaz tu still bacakan ruqyah, marah pesakit tu.. Sekali dia wat gaya ala-ala harimau tu. Bak kata ustaz Sharhan, jin akan menyerupai sesuatu yang menakutkan manusia, contohnya harimau. Pastu dia tanya, nak keluar tak? Pesakit tu cakap tak nak, halus je suara dia, cam suara perempuan. Pastu ustaz cakap lagi, kenapa buat suara halus plak? Nak keluar tak? Tetiba pesakit tu jawab, TAKNAK! Ha ambik kau, kasar terus suara, garang kot. Macam pondan yang bila marah terkeluar la suara jantannya, hahaha....Tapi ustaz Sharhan steady je, yela dah biasa kan.

Masa ustaz tu tengah rawat pesakit, aku boleh dengar perawat lain pun tengah rawat pesakit yang lain, means luar kamera. Dengar bunyi dia tepuk2 belakang, bersoal jawab dengan pesakit. Mesti penonton yang lain dalam tu cuak kan. Sampai al-kuliyah habis, ustaz Sharhan still tengah rawat pesakit tu. so aku tak dapat tengok kesudahan sesi merawat tu... sedikit kecewa =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review