Friday, July 19, 2013

dalam setiap perbuatan, kita perlu jaga hati ramai pihak.

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 19, 2013 0 orang berkata-kata Links to this post
Rasanya semua dah tahu kisah Ashraf Muslim kan? Tapi kita hanya nampak luaran. Cerita di sebalik kisah nya kita tak tahu. Teringat satu kisah....

Dulu aku pernah jatuh hati dengan seorang lelaki
Berpewatakan alim, pakai serban
Aku jatuh hati dengan ilmu agama yang ada padanya
Semua orang panggil dia ustaz
Aku suka sebab ada orang yang boleh bimbing aku
Memang itu yang aku harapkan.

Satu hari dia datang ke rumah
Berjumpa orang tuaku, ingin merisikku
Tapi orang tuaku meminta dia menangguhkan hasratnya
Memandangkan aku masih dalam kuliah
Orang tuaku meminta dia datang kembali
Pabila sudah habis kuliahku.

Aku tak tahu, mungkin dia kurang sabar
Dia mengajak aku untuk bernikah di Thailand
Aku bingung...boleh ke?
Katanya, selepas bernikah aku di bawah tanggungjawabnya
Jadi tak mengapa kalau aku mengikutnya.

Tapi aku fikir, sepanjang perjalanan ke Thailand nanti aku belum bernikah
Aku masih lagi di bawah tanggungjawab orang tuaku
Kelak kalau berlaku apa-apa padaku
Orang tuaku kan yang akan bertanggungjawab? Bukan dia.

Memang, bila dah bernikah nanti aku di bawah tanggungjawab dia
Tapi apa perasaan orang tuaku nanti
Bila mengetahui aku bernikah senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka?
Apakah aku tega melihat mereka bersedih?
Apakah aku tega melihat mereka menjadi bahan perbualan orang ramai
Atas perbuatanku sendiri?

Memang, bila dah bernikah nanti syurgaku terletak di bawah telapak kaki suami
Tapi orang tuaku adalah darah dagingku sendiri
Aku tidak tega melihat mereka berkecil hati kerna perbuatanku.

Aku juga berfikir, dia tak peduli tentang perasaan orang tuaku
Sebab tu dia tega mengajakku untuk bernikah di Thailand
Bukankah itu mementingkan diri sendiri namanya?

Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak mengikutnya
Dan memutuskan hubungan dengannya
Kalau dia sanggup untuk memiliki ku secara kasar
Mungkin kelak dia sanggup untuk membuangku dengan kasar juga
Kalau dia tidak bisa hormat pada orang tuaku
Bagaimana aku bisa hormat padanya kelak, sebagai suami?




Yang menjadi persoalannya, Wan Sakinah tu kahwin kat Thailand, keluarga dia tahu tak? Kalau tak, dia terfikir tak tentang keluarganya sebelum pergi Thailand tu?

Yang kedua, Ashraf dah buat permohonan poligami, tapi sebelum dapat keputusan dia dah kahwin dulu. Kenapa?

Yang ketiga, memang tak salah pun poligami tanpa minta izin isteri pertama. Dalam islam takde syarat kena minta izin kan? Undang2 Malaysia je yang buat kena minta izin isteri pertama tu. Betulkan saya kalau saya salah. Tapi yang jadi masalah dan mungkin satu kesalahan, Ashraf dah melukakan hati ramai orang. Dayana dan keluarga dia sekali.


p/s: dah selamat kahwin dah pun..semoga Ashraf Muslim dapat berlaku adil dengan kedua-dua isterinya. Dayana, tabah.


Friday, July 12, 2013

Pabila thesis sudah dihantar...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 12, 2013 1 orang berkata-kata Links to this post
Saya dah hantar thesis. Ini bermakna pengajian saya dalam degree dah tamat, yea!


Tapi tapi tapi....jangan excited dulu la kawan. Result pekse tak keluar lagi, konvo pun belum pegi. Jangan nak hepi sangat! Ok2..:(

Sebenarnya memang excited! Lepas ni boleh cari kerja, boleh ada duit sendiri, boleh belanja mak ayah makan best2. Lepas ni boleh tanya mak, mak nak apa? Mak teringin apa? Ayah teringin apa? Memang tu saya nak buat dari dulu. Tapi tak mampu lagi. Ni dah habis belajar, insyaAllah kalau ada rezeki dapat kerja cepat, boleh la teruskan niat saya ni. Bestnyee.....

Tapi bila kenangkan balek, nampaknya dah sampai masa saya berpisah dengan kawan2. Bila dah kerja mesti dah susah nak jumpa, susah nak hangout sama2. Tetiba rasa sedih. Tadi pun salam2 peluk cium, keluar gak air mata. Tapi malu ah nangis depan orang *control2*. Lepas ni pun kebanyakkan nye ada yang nak bertunang, nak kahwin, nak dirisik. Masing2 dah ada tanggungjawab sendiri nanti. Serius memang tak boleh dah nak buat perangai masa study dulu. Keluar? Jom. Bowling? Jom. Makan? Jom. Lepak? Jom. Semua benda dijomkan saja. Tapi lepas ni, nak keluar pun kena ada satu tarikh yang semua orang betul2 free dan kalau diizinkan penjaganya bagi yang perempuan.

Tapi, ada satu lagi tapi. Bila dah habis belajar, ini bermakna saya dah boleh dirisik! Dah boleh kahwin orang kata. *Errr..jangan gatal sangat boleh? Annoying gila.* Diam la. Ni nak bagitau je. Sebelum ni syarat utama dan syarat wajib saya untuk dibolehkan kahwin adalah habiskan belajar dulu. Itu syarat yang ayah letakkan. Nasib baik ayah tegas gak bab tu. Kalau tak mau saya dah kahwin sekarang. Pastu pelajaran ntah ke mana. Hanya orang yang cekal je mampu kahwin masa belajar, dan maintainkan pelajaran tu. Tahniah saya ucapkan!

Last but not least, *wah!*, semoga saya bisa menghadapi dan mengharungi hari2 yang bakal datang ni dengan penuh kesabaran, kesyukuran, dan kenikmatan..amin. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review