Friday, July 12, 2013

Pabila thesis sudah dihantar...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, July 12, 2013
Saya dah hantar thesis. Ini bermakna pengajian saya dalam degree dah tamat, yea!


Tapi tapi tapi....jangan excited dulu la kawan. Result pekse tak keluar lagi, konvo pun belum pegi. Jangan nak hepi sangat! Ok2..:(

Sebenarnya memang excited! Lepas ni boleh cari kerja, boleh ada duit sendiri, boleh belanja mak ayah makan best2. Lepas ni boleh tanya mak, mak nak apa? Mak teringin apa? Ayah teringin apa? Memang tu saya nak buat dari dulu. Tapi tak mampu lagi. Ni dah habis belajar, insyaAllah kalau ada rezeki dapat kerja cepat, boleh la teruskan niat saya ni. Bestnyee.....

Tapi bila kenangkan balek, nampaknya dah sampai masa saya berpisah dengan kawan2. Bila dah kerja mesti dah susah nak jumpa, susah nak hangout sama2. Tetiba rasa sedih. Tadi pun salam2 peluk cium, keluar gak air mata. Tapi malu ah nangis depan orang *control2*. Lepas ni pun kebanyakkan nye ada yang nak bertunang, nak kahwin, nak dirisik. Masing2 dah ada tanggungjawab sendiri nanti. Serius memang tak boleh dah nak buat perangai masa study dulu. Keluar? Jom. Bowling? Jom. Makan? Jom. Lepak? Jom. Semua benda dijomkan saja. Tapi lepas ni, nak keluar pun kena ada satu tarikh yang semua orang betul2 free dan kalau diizinkan penjaganya bagi yang perempuan.

Tapi, ada satu lagi tapi. Bila dah habis belajar, ini bermakna saya dah boleh dirisik! Dah boleh kahwin orang kata. *Errr..jangan gatal sangat boleh? Annoying gila.* Diam la. Ni nak bagitau je. Sebelum ni syarat utama dan syarat wajib saya untuk dibolehkan kahwin adalah habiskan belajar dulu. Itu syarat yang ayah letakkan. Nasib baik ayah tegas gak bab tu. Kalau tak mau saya dah kahwin sekarang. Pastu pelajaran ntah ke mana. Hanya orang yang cekal je mampu kahwin masa belajar, dan maintainkan pelajaran tu. Tahniah saya ucapkan!

Last but not least, *wah!*, semoga saya bisa menghadapi dan mengharungi hari2 yang bakal datang ni dengan penuh kesabaran, kesyukuran, dan kenikmatan..amin. :)

1 orang berkata-kata:

bowlingjakarta said...

Join Starmit Bowling Tournament!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review