Wednesday, September 28, 2011

aktiviti seorang student

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, September 28, 2011 0 orang berkata-kata
Aktiviti hari semalam. Malam sebelum hari aktiviti:-


Ayu: Beb, ko nak ikut tak besok? Pergi Cerakah?
Aku: Balek malam tak ayu? Kalo balek malam aku tak dapat ikut la..
Ayu: Ko giler? Tengah hari dah balek la.
Aku: Hehe ok2.. sok amek aku kat kampus.





Pada hari aktiviti, jam 9.00 pagi bergerak ke Cerakah. Sampai-sampai je, kena mendaki bukit yang sangat la lama aku rasa nak sampai ke destinasi. Bila sampai je, swimming pool! Tapi kami tak swim.. budak laki je yang swim. Kami 'usha' dari tepi je sambil main-main air ala-ala gadis melayu lama gitu..


Lebih kurang jam 12.10, siap-siap nak berangkat pulang. Sampai rumah, makan, solat, tidur jap. Jam 3.00 petang bergerak ke kampus nak buat assignment. Dalam library:-


Ayu: Kita nak buat assignment mana dulu ni? Control ke power system (nama subjek)?
Aku: Entah la...
Ayu: Buat Control dulu la.
Aku: Ok...




Beberapa minit kemudian:-


Aku: Kenapa aku cam blur tak paham pape ni?
Ayu: Aku pun.. maybe sebab kita penat kot. Buat next time la (sambil tersengih kat aku)




Then sambung borak-borak, mesej-mesej, pukul 5.00 petang balek. Sampai rumah je, akak ipar plak:-


Kak ipar: Kak, jom pergi Tutti Frutti malam ni kat seksyen 7. Baru buka kat situ, malam ni Ladies Night dapat murah sket.
Aku: Jom!




Anak buah aku nye


Kak ipar


Akunye simple je.. tak suka byk bahan.








Lebih kurang jam 8.15 malam, bergerak ke Tutti Frutti. Then pergi stadium UiTM tengok abang aku main bola. Jam 11.00 malam, balek tapi bukan ke rumah. Singgah FunFair jap. Main 2-3 game, pastu balek rumah. Sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Balek, solat, tidur.


So mana masanya untuk belajar?




p/s: Sebelum belajar jangan keluar berjalan dulu, nanti penat dah tak boleh berfikir.





Monday, September 26, 2011

siapa bakal suami saya ni?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 26, 2011 2 orang berkata-kata
 
Hari ni aku nak bincang soal jodoh. Soal mencari calon suami or calon isteri. Tapi disebabkan aku ni perempuan, so aku nak cite soal mencari calon suami. Ingat nak cari calon isteri je ke susah ha? Nak cari calon suami lagi payah tau. Orang kata, sekarang ni susah nak cari perempuan yang betul-betul layak sebagai seorang isteri. Sebab perempuan sekarang tak pandai masak la, terlalu social la, tak pandai basuh baju la, tak bersedia nak ada anak la. Korang kan nak cari isteri yang perfect abis je…

Nak cari calon suami lagi susah tau.. Sebab perkara pertama yang nak dititikberatkan ialah agamanya, solatnya. Orang lelaki ni bukannya tak solat langsung, diorang solat. Tapi cam….mm… Contohnya kalau tertinggal subuh, dia tak rasa bersalah langsung. Kalau satu hari tu tertinggal satu waktu, dia relaks je.. tak rasa bersalah. Paham tak maksud aku? Maknanya dia solat, tapi dia sambil lewa, ha lebih kurang macam tu la. Susah nak cari lelaki yang utamakan solat.. Yang solat last minit ramai la.

Lagi, nak cari calon suami kita kena tengok gak sumber rezeki dia. Kalau keja polis, mm….. Konfem tak dia bersih dari rasuah? Walaupun sikit? Aku pernah dengar cerita, ada seorang lelaki ni dulu dia berjawatan besar. Tapi aku tak sure dia kerja apa. Tapi agaknya dia belajar ilmu agama then dapat hidayah, dia tinggalkan kerja dia yang gaji besar tu, pastu buka gerai jual burger. Bila orang tanya kenapa, dia jawab mudah je. “Nak cari rezeki yang dijamin halal, insyaAllah.” Ye la selalunya kan bos-bos besar ni goyang kaki je, tapi duit masuk banyak. Orang bawah yang bertungkus-lumus buat kerja duit masuk sikit je… =(

Satu lagi point, sekarang ni ramai je lelaki yang pura-pura alim. Tak pun yang alim, tapi suka merendah-rendahkan orang lain. Ye la kita ni ilmu kat dada seciput je… Perlu ke nak pandang rendah kat orang lain?

Nak cari suami, kalau aku tak nak lelaki yang asyik nak marah-marah je.. Memang la kita kena terima dia seadanya, tapi kalau dah panas baran sampai naik kaki tangan, camna? Macam dah salahgunakan kuasa suami je. Sekarang ni susah tau nak cari lelaki yang lembut pertuturannya, tapi tegas setiap tindakannya. Paham? Maknanya lelaki yang jaga bahasanya, nak tegur kita pun cara yang berhemah, bukan main serang macam tu je. Ni tak, kebanyakkan (ke semua?) lelaki suka sangat mencarut. Tak suka ah. Kita ni kalau nak tegur kesalahan orang, kalau boleh jangan sampai orang tu terasa/kecik hati. Kalau tak pandai, baik suruh orang lain yang tegur, or tak payah tegur langsung. Tapi kalau tak nak tegur, jangan salahkan dia la kalau dia buat salah yang sama je.. sapa suruh tak tegur.

Aku ngan mak selalu je bincang pasal hal ni sekarang ni. Ye mak saya sporting. Ala aku dah 20 lebih kot, tak salah pun bincang hal kahwin dengan mak. Bukan sebab gatal, tapi sebab masa  depan. Selalu pun mak aku yang start dulu cakap pasal kahwin. Ala bincang je, bukan ada calon pun lagi. Aku pun sekarang ni dah serah kan soal jodoh kat takdir. Kawan-kawan tu ada la.. tapi takde lagi yang.. “Dia ni kalau jadi suami aku bagus gak”. Ha takde lagi yang macam tu..  Susah kan nak suka kat orang? Ada yang suka, bila tengok je, mak haih hensem plak mamat ni. Tapi bila dia nak rapat ngan kita, kita plak tak nak. Sebabnya, kerja dia tak tahu sumber halal haram. Benda yang boleh elak, baik aku elakkan.

Kadang-kadang aku pun risau gak, asyik takde yang melekat kat hati je.. mak aku pun dah bising-bising, kalau ada orang nak kawan tu kawan je la, jangan asyik tolak je. Tapi dah hati tak suka kan? Nak buat camne hehehe...

p/s: moral of this story, habiskan belajar dulu.



mari belajar loghat negeri sembilan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 26, 2011 30 orang berkata-kata
Den ado soghang kawan ni ha, namo eh S. Den maleh nak sobut namo ponuh eh, kang banggo lak deh, kombang lak idung eh kang tak kuncop-kuncop. Da la omak den memang pangge eh Cik S Wan Kombang. Dio ni la kawan den sojak sekolah rondah maghin. Tapi maghin den tak rapat bona ngan dio ni. Stat pas sekolah ni ha den mulo rapat. Dio ni ngan den peraghai eh lain macam sket, lagi-lagi sekaghang ni ha, godik semacam yo den nengok. Bungo-bungo ati eh setiap kali jumpo den. Tapi den tak kisah la. Kadang-kadang den goma lak kacau dio ni. Dio pun kacau den yo kojo eh.. Takdo kojo lain gak eh. Den ngan dio pun samo yo. Kalau jumpo, tak godik memang tak sah. Duo-duo samo yo godik. Ala godik ngan membe-membe apo salah eh.. takdo masalah eh do.

Ghayo ni dio ado bagi den kad ghayo, dio buek sendighi tu poit. Ni ha kad eh.. dalam eh tak leh nengok la, malu deh kang, haha.





Sekaghang ni den ngan dio belaja pun jauh-jauh, susah plak nak jumpo. Cuti la baghu jumpo ni kang. Ha ni kang ado la cito dio nak cito ngan den tu, dah agak dah. Dio ni peghamah, potpet sket (ha jgn mara). Kono la ngan den kan, den ni pendiam yo.. Kalau ado mondo nak burak, baru den burak. Kalau ado cito, baru den cito. Den ngan dio ni, nak koba sayang tu, tak gak. Takdo la, oghang koba kalau sayang bebona kang jadi gaduh plak. Jadi den maleh la nak sayang kau S. Bukan sobab den bonci, tapi sobab den tak nak gadoh ngan kau lak. Ok la maleh den nak cito panjang-panjang pasal dio kat sini, menghabihkan bogheh yo.. hikhikhik.



p/s: ok tak loghat n9 den? Haha. bagi sape-sape yg pure n9, sori la kalau salah tulis. Sebab den pn ckp loghat tak pekat na.

p/s: kamus n9.. maghin – dulu, sekaghang – sekarang, ‘gh’ – ‘r’, deh – dia, burak – borak, koba – cakap/bagitahu.

Sunday, September 25, 2011

jangan ada benci

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, September 25, 2011 0 orang berkata-kata
Tension tul la... bila ngadap laptop je, mesti hilang idea nak tulis blog. Kalau tak ngadap tu, macam-macam dalam palotak ni nak tulis apa dalam blog. Disebabkan aku takde idea sekarang ni, so layan je la lirik lagu ni..




Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku




p/s: khas untuk sapa-sapa yg tengah bercinta tu.. sebarang kemungkinan boleh jadi kan.



 




Monday, September 19, 2011

nak promote Tahajjud Cinta

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 19, 2011 0 orang berkata-kata

Lelaki idaman setiap perempuan adalah lelaki yang beriman dan soleh. Lelaki yang mempunyai pengetahuan agama, walaupun tak mendalam. Tapi beware girls, sekarang ni dah ramai lelaki yang gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Gunakan agama untuk memenuhi keinginan sendiri. Nak tahu lebih lanjut? Tontoni lah cerita Tahajjud Cinta di TV3, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Mula-mula aku pun tak layan cerita ni.. tapi bila difikirkan, ada pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni, especially kaum Hawa. Boleh kenal ciri-ciri lelaki yang tak ikhlas dalam agama ni.

Tapi ramai gak yang complain pasal cerita ni, especially part pegang tangan berlapis tu. Takpe la, kita ikut yang baik je.. yang tak elok jangan diikutkan, ok.


Friday, September 16, 2011

kenapa sesetengah orang tak suka makan kat warung?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, September 16, 2011 0 orang berkata-kata
Hari tu aku pegi makan kat salah sebuah kedai makan di Shah Alam, kedai tepi jalan atau dengan nama lain, warung. Aku tak kisah pun makan kat tempat-tempat macam ni. Murah and kadang-kadang lagi sedap dari restaurant (tengok kedai gak la). Hari tu, first time aku nak makan kat warung ni. Order nasi goreng cili padi, ok tak pedas langsung. Takpe, boleh dimaafkan sebab rezeki kan.. Order air milo, sedap, boleh tahan la. Makan makan and makan, habis. Elok je aku habis makan, then tetiba muncul plak makhluk ni ye dari longkang sebelah sana, TIKUS! Masa tu aku je yang paham perasaan aku, rasa nak termuntah semula! Tapi nasib baik tak. Ingatkan seekor, sekali ada geng la plak. Aku dah nak cepat-cepat blah dah dari situ. Anak buah aku yang 3 tahun dah jerit-jerit dah atas kerusi, "Mama tikus!". Ok budak-budak kecik memang tak pandai menipu, or tak pandai cover line.

Abang aku dah siap halau-halau tikus tu supaya kembali ke pangkal jalan, sementara tunggu nak habiskan air. *sempat lagi tu*. Bila nak bayar tu, keluar plak lipas-lipas dari tempat persembunyian. Ok kali ni memang aku nak blah cepat-cepat. Taubat pasni tak nak makan kat situ lagi.

Tapi tak semua kedai warung macam tu.. Kedai pakcik aku ok je aku tengok, takde apa-apa haiwan pun kecuali kucing yang berkeliaran. Cuma kedai tu je yang buat aku cam..... ok pasni tak nak makan sini lagi. Kadang-kadang tak boleh nak salahkan peniaga 100% kan. Bukannya diorang sengaja nak ternak tikus lipas bagai tu. Tapi masa mula-mula nak berniaga tu, diorang kena pandai pilih tempat. Kalau dah betul-betul tepi longkang, tepi tong sampah, memang tak selamat la jawabnya...

Sunday, September 11, 2011

pemalas gila kau

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, September 11, 2011 0 orang berkata-kata
besok dah mula kuliah
tapi serius rasa malas yang teramat sangat
rasa nak dok umah je
ni la padahnya cuti lama sangat
tapi ada hikmah gak cuti lama ni
yang aku sorang je tahu

salam syawal 2011 =)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, September 11, 2011 0 orang berkata-kata
Kini tiba masanya
Berhari raya
Muslimin dan muslimat
Sembahyang bersama..


Tahun ni keluarga aku beraya kat Singapore, kampung sebelah mak punya. Tapi kitorang raya kat Negeri Sembilan dulu. Malam raya first nak masuk second tu baru gerak balik Singapore. Biar la, orang laki yang drive.. kami yang perempuan-perempuan ni dah penat masak, kemas, basuh pinggan sume.. yela, malam before balik Singapore tu, ada tetamu kat rumah. Baru la meriah sket kn.. baru la terasa raya, baru la terasa nak balik kampung jauh-jauh..

Macam biasa, aku malas nak cerita panjang lebar. Kita zassss !




malam raya


 daughters and father


 wif our mom


 sempat aku menyebok





 brothers (ade lg 2 org takde dlm pic)


 salam2


 love them =)


 poyo


 =)





senget kan kepala sket


 daughters and mother


 with cousins


peace !


 alolo...


comel







Ni pic masa dah sampai Singapore lak..




 on the way nak balik Singapore


 my aunts


 percubaan nak buat peace





 boys and men


break, karaoke jap








di balik cermin





 cite bola la ni, takde cite lain








 manjanya ngan atuk..





girls and women





 mcm muka aku tak yg baju putih bunga merah tu? hehe


raya2 pun main ps














Banyak lagi pic raya ni, bukan aku yang pegang kamera, banyak la.. Kalau aku yang pegang kamera, alamat takde la gambar-gambar ni sume haha. Tapi takkan nak masuk sume kan.. ni pun dah cam nak muntah je tengok gambar aku je kan. 





Saturday, September 10, 2011

Wahai kaum lelaki, dengar ni.....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 10, 2011 0 orang berkata-kata
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w, baginda ada mengatakan bahawa 

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina".

Lihat betapa baginda menghargai seorang perempuan. Cuba contohi akhlak baginda, penyayang, lemah-lembut. Ni tak, pasal kahwin empat je baru nak ikut baginda. Kita kena ingat, Rasulullah berkahwin ramai bukan untuk nafsu semata-mata. Lelaki zaman sekarang ni je yang ikutkan nafsu.

Besar tau pengorbanan seorang isteri ni. Dia la yang melahirkan anak (bertarung nyawa), menjaga rumah, menjaga maruah suami dan keluarga, menguruskan rumah tangga. Setiap hari, si isteri setia menunggu suaminya pulang dari kerja. Masak untuk suami, gosokkan baju suami, buat la apa-apa yang menyenangkan suami supaya si suami tak terasa hidup bujang lagi. Tapi bayangkan kalau satu hari tetiba kantoi si suami ada hubungan (skandal) dengan perempuan lain. Tau tak sakit? Memang la aku belum kahwin, so aku tak dapat rasa apa yang mereka rasa. Tapi aku dapat bayangkan apa yang mereka rasa. Hai lelaki, saya tahu awak ada 4 kuota, tapi sekurang-kurangnya tolong la jaga hati isteri, perempuan yang dah bersedia untuk hidup bersama awak, menjaga makan minum awak. Please?

Ada tu sampai dah nikah senyap-senyap, dah ada anak dengan isteri kedua, tapi isteri pertama tak tahu pape. Memang la tu dah mengelakkan zina, tapi tahu tak yang awak tu dah menipu? Dan menipu tu tak dosa eh? Huh.




p/s: kadang-kadang tu rasa takut nk kahwin sebab hal-hal macam ni la.

How could them?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, September 10, 2011 2 orang berkata-kata
Tadi tengok drama kat TV. Kisah anak yang dah lama tak balik kampung, even masa hari raya pun. Dah la ayah dia tinggal sorang-sorang, isteri dah meninggal. Camane eh orang boleh sampai hati tak balik rumah tengok mak ayah? Kira dah bertahun la anak-anak dia tak balik jenguk dia kat kampung. Yang sebenarnya, ada ke orang macam ni kat dunia sebenar? Dalam cerita tak leh nak percaya sangat la, lakonan kan. Kalau betul la wujud orang macam ni kat dunia, memang takde perasaan la orang tu. How could them?


Thursday, September 8, 2011

shuh2 sama itu sifat dendam

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 08, 2011 2 orang berkata-kata
"Kenapa nak kena berdendam? Biar je la apa orang nak buat kita, tapi kita jangan buat orang. Kalau dah berdendam, sama je la kita dengan dia. Dia salah, Allah yang akan balas. Kita sendiri pun ada salah, tak perlu nak menilai orang sangat."




Perghh... mesti ramai yang terasa bila aku buat statement macam ni. Pastu, marah aku. Rileks beb, rileks... aku tak cakap sape-sape pun. Bukan aku tahu apa ada dalam hati korang, simpan dendam ke tak. Aku cakap ni umum ye, diulangi UMUM. Tapi standard la kalau ada yang terasa, manusia kan. Aku sendiri pun kadang-kadang terasa gak dengan apa yang aku tulis. Hehe saje je tulis macam ni sebab banyak sangat dah jadi kat keadaan sekeliling. Kalau kau tengok cerita indon, pergh, lagi sakit hati. Tak habis-habis dendam. Memang baik tak payah tengok la wa cakap lu.. di hari raya yang mulia ni, tak baik marah-marah. So cool beb..cool...





lagu yang comel

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, September 08, 2011 0 orang berkata-kata





Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama

Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita
Kau kucup pipiku
kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love u
Kau cairkan hatiku

Bahagia ku rasa
Di saat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru aku lah pelangi cintamu



Aku suka gile lagu ni sebab aku rasa lagu ni suuuuuuuwiiit sangat !! Comel kot lagu ni. Lepas ni tunggu la kemunculan aku kat youtube, buat cover lagu ni haha.. Tunggu la sampai kucing bertanduk.

Kalau nak dengar lagu ni, sila klik di sini. Aku malas nak upload, broadband je kan. Ok dah, bye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review