Monday, September 5, 2011

CINTA? apa menda tu?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, September 05, 2011
Sebelum kita mula entry ni, aku nak suruh korang muhasabah diri sket la.. Masing-masing dah ada pasangan kan? Or maybe someone yang korang suka senyap-senyap ke, secret admire la katakan. Cuba korang renung-renungkan, bagi sebab kenapa korang suka si dia, or sayang si dia. Mungkin sebab dia cantik/hensem? Dia kaya? Caring and loving? Or maybe sebab nafsu? Setahu aku, orang lelaki suka perempuan sebab nafsu je selalunya (perempuan kan indah =)). Then selalunya perempuan suka lelaki sebab that guy is a caring and loving person, am i right? Jarang la perempuan suka lelaki sebab nafsu.. Bila tengok badan lelaki je, terliur. Takkan? Tapi kalau lelaki, yes, thats him!

Dulu aku suka kat dia (ex aku) sebab dia caring, penyayang la konon walaupun cepat marah. Tapi kalau dah suka, yang negatif tu dah tak nampak dah kan. Cinta? entah la....

Ramai orang cakap, CINTA tu adalah sesuatu yang susah nak cakap. Maybe satu perasaan yang ikhlas.. kita sayangkan dia dengan ikhlas. Tapi kalau sayang sebab dia cantik/hensem, ikhlas ke? Kalau sebab dia kaya, ikhlas ke? Kalau sebab caring and loving, ikhlas ke? Kalau sebab nafsu, ikhlas ke? Nanti bila dah tua, hilang la sayang tu.. Bila dah bankrup, hilang la sayang tu.. Bila dia mula marah-marah, hilang la sayang tu.. Bila dah lama bersama, hilang la sayang tu.. So mana pergi CINTA yang ikhlas tu?

Orang cakap lagi, CINTA yang ikhlas ialah bila kita tak dapat jawab soalan "Kenapa kau suka dia?". Means, kita tak tahu kenapa kita suka dia, kenapa kita pilih dia.. tu orang cakap la, bukan aku cakap. Tapi betul ke? Entah la....

Finally, aku pun tak tahu ape aku nak cakap. Tapi aku nak cakap, aku cam setuju je kalau sayang dia (future husband yg unknown) sebab dia caring and loving, hikhikhik.. Tapi yang lebih penting, cinta kepada Allah tu la yang paling utama. Mari kita hayati lirik lagu ni sama-sama..


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu





p/s: Rasa nak marah kat diri sendiri sbb buat kesilapan yang sama dua kali.





2 orang berkata-kata:

hafiz atan said...

gagal 2kali tak bermakna akan terus gagal.pasti akan berjaya..amin

sephia sophia said...

eh pepatah baru.. selalu dgr, "gagal sekali". ni 2 kali pulak haha..
btw, thanx...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review