Saturday, February 26, 2011

bestnye balik umah minggu ni ! =)

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, February 26, 2011 4 orang berkata-kata


Nasib baik aku balek rumah minggu ni, memang tak rugi. Nak tau kenapa? balek2 je, banyak gila makanan kat umah, yes aku suka ! Macam2 aku makan. Balek2 je ada ayam goreng yang dibakar macam sate, ada udang masak lemak, ada nasi minyak dengan lauk kari, memang terbaik la ! Tu belum masuk lagi buah2 di dalam peti ais, aiskrim coklat yang sedap tu (dah la ayah aku baru beli, maknanya banyak lagi,haha) Kuih2 lagi, banyak lagi la...sebab minggu lepas my parents baru balek dari singapore, so ada buah tangan dari saudara2 kat sana...

Tapi kan, tapi...ada gak yang tak best. Sebab aku kena paksa minum ubat yang tersangat la pahit, wek2 ! Gila pahit ubat tu, bayangkan pil panadol tu korang cairkan, pastu minum air tu. Tapi ubat ni lagi pahit dari panadol kot aku rasa....sebabnya? Aku ada resdung...sebab tu mak paksa minum ubat tu. Menangis2 aku masa nak telan ubat tu... wuwuwu....

Untuk pengetahuan korang, aku tak suka ubat cecair, say no to liquid medicine ! Aku memang tak suka ! Ubat batuk ke, jus kurma ke, madu ke, memang tak boleh masuk kat tekak aku ni. Memang dari dulu. Tapi hari tu masa kena paksa, aku kena telan gak. Sebab kalau aku tak telan, mak tak bagi tidur, waaa! Mak siap masuk bilik tu nak suruh aku minum ubat..








Ni lah ubat pahit yang aku cakap tu..memang ubat ni bagus pun, lagi2 sesiapa yang ada resdung (macam aku). Tapi apa kata lepas ni individu yang hasilkan ubat ni, buat dalam bentuk pil pula, konfem aku beli =)





jodoh

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, February 26, 2011 0 orang berkata-kata
jodoh terbahagi kepada tiga:-

1. jodoh dari syaitan - kamu berkenalan, melakukan maksiat, kemudian si perempuan mengandung. kemudian baru kamu menikah.

2. jodoh dari jin - kamu sukakan seseorang, tapi orang tu tak sukakan kamu. kemudian kamu jumpa bomoh, gunakan minyak pengasih, kemudian si dia bernikah dengan kamu.

3. jodoh dari Allah - kamu bertentangan mata, jatuh ke hati. kemudian kamu melamar si gadis, dia menerima, kamu bernikah. InsyaAllah jodoh yang ni berkekalan...


~ syurga cinta ~


Sunday, February 20, 2011

Re: Lelaki Memang Jahat

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 20, 2011 3 orang berkata-kata




Sebenarnya dah ramai tanya aku tentang entry lelaki jahat ni... For sure yang tanya tu kebanyakkannya lelaki la kan, sape suruh terasa. Tapi memang patut pun terasa, sebab korang lelaki. Sesiapa yang tak terasa tu, aku suggest pegi check doktor =)

Aku buat entry ni umum, tak merujuk kepada sesiapa pun. For guys yang ada di sekeliling aku, ye korang baik2.. For those yang bukan di sekeliling aku tu, ye korang jahat, huhu. Ok la aku pun tak nak cakap banyak pasal ni sebenarnya, korang fikir2 kan la.... Banyak kes perempuan mengandung anak luar nikah, mana hilang si bapa? Dah pandai buat, taknak ngaku, hampeh ! (tetiba nak emo)... Bukan apa, dulu (sekarang pun ada lagi) banyak sangat kes bayi terbuang ni... sayu aku tengok bayi2 dengan tali pusat ada lagi, mati dalam longkang, mati dalam sampah sarap. Sedangkan kucing kat rumah flat aku pun marah bila aku dekat2 dgn anak dia..haiwan pun tahu sayangkan anak, walaupun tak pernah kahwin dengan kucing jantan yang hilang entah ke mana after it made babies.





p/s: for guys, sebelum korang buat onar kat perempuan lain, ingat la adik2 perempuan yang kat rumah tu dulu... or ahli keluarga perempuan yang lain. Hidup ni kan berpusing... jangan sampai ahli keluarga sendiri yang terima balasan atas kesalahan korang.


my nieces and nephews

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Sunday, February 20, 2011 0 orang berkata-kata
















Wednesday, February 16, 2011

mari berjiwang 4

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, February 16, 2011 0 orang berkata-kata

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah


Saturday, February 5, 2011

busuk hati or iri hati?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, February 05, 2011 0 orang berkata-kata
Sama ke tak maksud peribahasa ni? Ye, sama dan lebih kurang je maksudnya.. Aku nak cerita sikit la pasal ni. 

Aku hidup dah 20 tahun lebih.. Macam2 kerenah manusia aku jumpa (termasuk diri sendiri). Tapi yang aku nak cakap ni pasal iri hati sesama ahli keluarga.. Tak paham la kenapa kena ada, wujudnya perasaan iri hati sesama ahli keluarga (kalau orang luar mungkin la). Pernah aku dengar, dia ni marah, cemburu sebab abang dia dapat motor besar dari ayah.. Yang ni pula cemburu sebab bla bla bla.... dah aku tak nak cakap, nanti terasa pula orang tu. Tapi bukan orang yang rapat dengan aku pun, so dia tak baca pun blog aku ni sebenarnya.. Cuma malas nak cerita lebih2.

Bayangkan eh, kita ni hidup satu rumah, hari2 jumpa muka yang sama..orang yang sama. So kenapa nak kena masam2 muka ni....mak tak ajar tahu macam tu. Biar la abang ko nak dapat tu ke, kakak ko nak dapat ni ke, adik ko nak dapat itu ini ke.....biar je la. Tak perlu nak rasa iri hati or busuk hati sampai bawak cerita kat orang lain. Ha ni yang aku tak suka ni, melaga-lagakan ahli keluarga sendiri, kan tak baik. Besok bila susah, ahli keluarga ni juga yang ko cari kan, ahli keluarga ni juga la yang tolong ko kan... So buang la sikap negatif tu. 

Alhamdulillah.. walaupun adik beradik aku ramai, tapi setakat ni kitorang tak pernah timbul soal busuk hati, or iri hati, or jealous2 ni.. Tak pernah pula nak gaduh sebab ni lebih, ni kurang. Mak ayah aku pun bagi semua sama rata je.. Kalau lebih pun, mungkin adik aku yang last tu..tapi biasa la, anak last memang macam tu, budak pula tu, biar je la kalau dia lebih pun. Tapi gaduh sebab perkara2 kecik tu ada la kadang2, heheh..... Tapi tak la sampai nak simpan dendam..

Ok dah, tu saja aku nak bilang sama kamu =)


p/s: hormatilah setiap ahli keluarga anda.

Thursday, February 3, 2011

jumpa kawan lama

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, February 03, 2011 2 orang berkata-kata
Hari tu aku keluar dengan member2 masa sekolah menengah dulu..plan sebenarnya keluar 4 orang je..semua perempuan, sorang tersesat lelaki. Tapi sampai sana je, terserempak pula dengan kawan2 lain....rupanya diorang pun keluar hari tu gak. So ni la budak2nya....























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review