Saturday, February 5, 2011

busuk hati or iri hati?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, February 05, 2011
Sama ke tak maksud peribahasa ni? Ye, sama dan lebih kurang je maksudnya.. Aku nak cerita sikit la pasal ni. 

Aku hidup dah 20 tahun lebih.. Macam2 kerenah manusia aku jumpa (termasuk diri sendiri). Tapi yang aku nak cakap ni pasal iri hati sesama ahli keluarga.. Tak paham la kenapa kena ada, wujudnya perasaan iri hati sesama ahli keluarga (kalau orang luar mungkin la). Pernah aku dengar, dia ni marah, cemburu sebab abang dia dapat motor besar dari ayah.. Yang ni pula cemburu sebab bla bla bla.... dah aku tak nak cakap, nanti terasa pula orang tu. Tapi bukan orang yang rapat dengan aku pun, so dia tak baca pun blog aku ni sebenarnya.. Cuma malas nak cerita lebih2.

Bayangkan eh, kita ni hidup satu rumah, hari2 jumpa muka yang sama..orang yang sama. So kenapa nak kena masam2 muka ni....mak tak ajar tahu macam tu. Biar la abang ko nak dapat tu ke, kakak ko nak dapat ni ke, adik ko nak dapat itu ini ke.....biar je la. Tak perlu nak rasa iri hati or busuk hati sampai bawak cerita kat orang lain. Ha ni yang aku tak suka ni, melaga-lagakan ahli keluarga sendiri, kan tak baik. Besok bila susah, ahli keluarga ni juga yang ko cari kan, ahli keluarga ni juga la yang tolong ko kan... So buang la sikap negatif tu. 

Alhamdulillah.. walaupun adik beradik aku ramai, tapi setakat ni kitorang tak pernah timbul soal busuk hati, or iri hati, or jealous2 ni.. Tak pernah pula nak gaduh sebab ni lebih, ni kurang. Mak ayah aku pun bagi semua sama rata je.. Kalau lebih pun, mungkin adik aku yang last tu..tapi biasa la, anak last memang macam tu, budak pula tu, biar je la kalau dia lebih pun. Tapi gaduh sebab perkara2 kecik tu ada la kadang2, heheh..... Tapi tak la sampai nak simpan dendam..

Ok dah, tu saja aku nak bilang sama kamu =)


p/s: hormatilah setiap ahli keluarga anda.

0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review