Friday, August 26, 2011

majlis buka puasa SKP

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, August 26, 2011 0 orang berkata-kata
Oh hai..

Lagi beberapa hari je lagi bulan Ramadhan nak sampai ke penghujungnya dalam tahun ni. Rasa cam tak best la plak bila bulan puasa dah nak habis (ini betul-betul, bukan tipu-tipu). Nanti iblis syaitan sume dah terlepas lagi. Dan hari ni adalah hari last aku kerja kat makmal uitm ni.. Sedih la plak, touching. Tapi yang lebih touching nye, semua pembantu makmal, merangkap bos kitorang budak-budak SKP ni siap buat majlis buka puasa untuk kami tu.. diorang share duit. Touching tak, touching tak? Terasa dihargai tu....



 Ehh??



Sayangnye muka kameraman tak nampak



 Yang nak melantak tu bos aku la tu



 Kameraman fokus kat sapa ni? haha



 Abaikan muka terkejut aku



 Model



 Bukan pinggan aku







Ha dapat beza tak mana bos mana budak SKP? Bos pun dah macam kitorang je aku tengok. Tapi kitorang lagi nampak muda, haha.



p/s: Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ye..





Thursday, August 25, 2011

mari berjiwang 6

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, August 25, 2011 0 orang berkata-kata









Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu harapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Air mata disisi ini
Saat kamu jauh disana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak akan dapat mengganggu

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan

Disatukan......


Tuesday, August 23, 2011

Ini mungkin ciri-ciri orang yang benar menyayangimu

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, August 23, 2011 0 orang berkata-kata

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.





p/s: aku paling suka nombor 20 tu, haha! 

"maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!"

Apa-apa pun, aku rasa orang perempuan patut pilih lelaki yang sayangkan dia, bukan lelaki yang dia sayang. Untuk seketika, aku touching sebab aku tak pernah dapat rasa yang no 4, 5,10. =(




Monday, August 22, 2011

makanan pelik?? euwww.....

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, August 22, 2011 2 orang berkata-kata
Korang pernah makan makanan pelik-pelik tak? Macam tikus goreng ke......... Uu..uu...uwekk! Ok dah tengok je gambar ni.


Note: Siapa-siapa yang cepat loya dinasihati jangan teruskan entry ni.




























Balut (Anak burung yang dah ada embrio, baru nak bernyawa, direbus)


Hasma (Ovari katak)




 Lamb brain




Sate kala-jengking




Belalang kot? Tapi kalau betul belalang tak pelik sangat la.




Sate anak burung




Sate lipan




Tikus goreng




Sushi serangga




Tikus goreng gak, tapi dah buang ekor.




Nasi putih dengan tikus goreng kot?




Cow penis





Ok dah cukup, aku sendiri pun dah nak muntah dah tengok gambar-gambar ni. Ada satu lagi makanan pelik iaitu sup bayi, tapi tak sampai hati nak tengok gambar tu. Kadang-kadang manusia ni memang sangat kejam.





Saturday, August 20, 2011

ceritera cinta orang dulu-dulu

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 20, 2011 0 orang berkata-kata
             
             Pada zaman dahulu, tersebut lah kisah terdapat seorang gadis dan seorang teruna. Si gadis bernama Jijah (bukan nama sebenar) dan si teruna bernama Suman (bukan nama sebenar). Pada satu hari, Jijah mendapat jemputan kahwin daripada rakannya di Malaysia. Ow lupa nak bagitau, Jijah tinggal di Singapore. Then dia pun pergi la memenuhi jemputan tersebut bersama-sama adik-beradiknya yang lain. Ketika di majlis tersebut, seorang makcik telah terpandang Jijah lalu terus jatuh cinta.. Ops, bukan makcik tu lesbian. Tapi beliau dah jatuh cinta untuk jadikan Jijah sebagai menantu beliau. Lalu beliau terus menemu ramah Jijah...

           Dalam beberapa minggu makcik tu usha Jijah, akhirnya beliau menuju ke Singapore untuk melamar Jijah bagi pihak anak lelakinya, Suman. Orang dulu-dulu kan, jadi Jijah hanya menerima pinangan itu walaupun tidak pernah mengenal Suman, lelaki yang bakal dikahwini nya. Lalu mereka ditunangkan. Memang cerita Melayu betul. Makcik itu hanya memberikan gambar Suman kepada Jijah sebagai pengganti diri, kerana Suman masih berada di dalam hutan, memperjuangkan tanah air tercinta (kau tak payah nak dramatik sangat boleh?) Ok2...

         Apabila melihat gambar tersebut, Jijah berkata dalam hati sambil tersenyum, "Mm, hensem gak lelaki ni". "Tapi nampak cam rendah la". Gambar Suman pakai uniform askar tu...

         Setelah beberapa lama mereka bertunang, akhirnya mereka decide mahu bertemu bertentang mata pula untuk pertama kalinya. Tapi bukan berdua. Suman yang dah memang askar tu turut membawa 'askar' lain, iaitu kawan-kawannya. Ow bukan. Tu bila dah jumpa banyak kali sebenarnya. First time jumpa adalah di rumah ye, depan parents ok. Bila dah jumpa, hati suka sama suka, maka mereka pun berkahwin.. sehingga kini, mereka bahagia hidup bersama dengan anak-anak.



Simple kan cinta orang dulu-dulu? Tak perlu nak frust banyak-banyak kali cam kita zaman sekarang ni, huahuahua... Entry ni khas untuk adik-adik aku yang tengah frust semuanye tu, haha. Ok dah, bye.









 p/s: Watak Jijah dan Suman di atas adalah mak dan ayah aku, Puan Azizah dan Encik Othman. Love them.





Friday, August 19, 2011

romantik betul mak ayah aku ni

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, August 19, 2011 0 orang berkata-kata
Hahahahahahaha.....

Meh sini cek nak habaq kat hang en Blog... hakhakhak.. Ni pasai mak ayah cek ni. Romantik tak romantiknya orang dulu-dulu ni, lagi-lagi jodoh yang di'kenen-kenen'kan oleh mak ayah depa, merangkap nenek atuk cek la..

Semalam kitorang pegi semayang terawih cam biasa. Masjid rumah aku ni tersusun jemaah lelaki kat depan, jemaah perempuan kat belakang. Kenapa aku bagitau?? Sebab ada je masjid yang jemaah lelaki dan perempuan sebelah2, terpisah dek dinding je kan. So pas solat Isyak tu, ayah aku pusing belakang jap. Sekali dia nampak mak aku, boleh plak dia buat.......... 






 PEACE !


Hahaha! Aku dah bantai gelak dah masa ni. Boleh plak ayah aku main peace-peace dalam masjid ngan mak aku kan. Peace sambil senyum-senyum plak tu, sebijik cam dalam gambar di atas. Hari tu masa mak aku tak datang masjid, aku pegi hantar kuih karipap jap kat ayah. Moreh untuk imam katanya. Ayah aku tanya, "Mak mana?"

"Mak tak datang. Mak kirim salam je." Jawab adik aku, hahaha! Tapi memang betul pun mak aku suh kim salam kat ayah masa kitorang nak keluar rumah tu. Mak baru pas goreng karipap, tu tak sempat plak nak pegi terawih. So mak solat terawih kat rumah je. Tu belum dengar lagi kisah-kisah camna mak ayah aku kahwin, parents diorang yang aturkan. Lepas tunang baru bertemu mata bertentang mata beb! First time. Fuh.....






Moral: Jadi la macam mak ayah kita yang boleh kekalkan perkahwinan walaupun dah beranak pinak dah...... kan?




kiut yang tak berapa nak kiut punya cerita

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, August 19, 2011 0 orang berkata-kata
Walaupun ni cerita lama, tapi nak post gak..



Malam minggu yang lalu, bawak keluarga pergi makan satay.. Sedap woo satay tu, empuk2, konyang sey.. yang pergi semua adik-beradik perempuan je. Yang lelaki semua tak balik lagi. Tapi masa nak balik tu, ada sesuatu telah berlaku, sesuatu yang buat aku terjerit kat situ gak (malu sebab orang pandang).

Jenis aku, suka alih-alih cara duduk tau. Kejap bersila, kejap bersimpuh, kejap kaki ke bawah. So masa tengah makan2 tu, kaki aku cam dah lenguh.. so aku bersila la atas kerusi tu. Makan makan dan makan, pastu abis… bila dah abis, nak balik la kan. Tetiba masa nak balik tu, there’s something on my slippers.. aku terjerit kat situ gak sebab terkejut sangat2. Rupa-rupanya…….

























Hehe….. comel tak? Cute tak? Adik beradik tu… Masa tu aku rasa kelakar sangat sebab memang nampak comel sangat dua2 ekor tu. Tapi masa tu nak balik pulak kan.. camne aku nak ambil selipar tu? Rasa cam tak sampai hati plak. Elok je sorang amik sorang satu selipar kan, hahaha… Last2 adik aku yang tolong ambilkan, hehe.. Ok dah tu je nak story =)



Wednesday, August 17, 2011

kenangan ramadhan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 17, 2011 0 orang berkata-kata
Masa aku kecik-kecik dulu, banyak gile kenangan masa bulan Ramadhan ni. Kenangan manis, pahit, tawar, semua ada..



Sekadar gambar hiasan


Pernah sekali tu, aku terbuang mercun milik abang-abang aku, haha… Dah la banyak lagi mercun tu, mercun mahal plak tu, mercun ketupat. Tahu mercun ketupat? Mercun yang dalam bungkusan kertas bentuk 3 segi tu. Masa tu aku kemas-kemas meja, aku nampak bungkusan tu aku ingat plastik sampah… Mm apa lagi, aku buang je la. Maghrib lepas buka tu, cam biasa abang-abang aku nak menjalankan aktiviti wajib sepanjang Ramadhan, iaitu bakar mercun se das dua before pergi solat. Time tu la tak jumpa mercun. Siasat punya siasat, memang sah la yang aku buang tu adalah mercun ketupat! Aku cuak gila masa tu sebab takut kena marah kaw-kaw. Alang aku dah la garang. Serius aku diam je masa tu… Aku rasa masa tu abang-abang aku nak je telan aku hidup2. Tapi disebabkan mak aku ada and back up aku, tambahan pulak aku ni kan adik kesayangan diorang yang comel, maka diorang pasrah je…




Sekadar gambar hiasan




Sekadar gambar hiasan


Masa kecik-kecik dulu pun aku liat gile nak pergi terawih.. Tapi dalam liat-liat tu, penuh gak 
terawih aku. Mana tak nya, kalau aku tak pergi terawih, mau kena pelangkung ngan mak. Memang mak paksa gak aku pergi, pastu bising-bising. So dengan hati yang terpaksa, aku pergi gak walaupun tak rela! Kadang-kadang kalau aku sakit perut sebab makan terlalu banyak and gelojoh, baru la aku leh escape terawih tu, hehe.. Tapi sekarang dah pandai fikir sendiri..

Dulu masa sekolah menengah, aku masuk sekolah berasrama penuh.. So berpuasa la aku sepanjang 5 tahun di sekolah bersama rakan-rakan yang disayangi. Pergh.. ni lagi banyak kenangan, macam-macam. Pernah je aku buka puasa tak dapat nasi, dapat ikan je. Nasi boleh plak habis masa tu. Masa tu la teringat rumah bagai… pastu nangis la macam kau duduk kat perantauan nun sana ha… Padahal sekolah dengan rumah dekat je kot !

Tapi ada je kenangan yang sampai sekarang pun still berlaku lagi. Macam kalau abang-abang aku semua dah berkumpul, konfem diorang takkan tidur punya la. Diorang akan borak-borak sampai sahur.. Yang bestnye, mak aku pun terlibat sama tak tidur (kalau mak tak ngantuk la). Pastu masa nak imsak pun ada sign gak. Dari dulu sampai sekarang, ada seorang pakcik ni selalu lalu depan rumah aku naik motor, nak pegi masjid la, apa lagi... Ha masa tu dah imsak la tu, hahaha....

Banyak lagi kenangan masa bulan puasa ni.. Tapi cam biasa la aku malas dah nak menaip. Sekian.


Tuesday, August 16, 2011

untungnya jadi perempuan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Tuesday, August 16, 2011 0 orang berkata-kata
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

3. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

4.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

8. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

9. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

10. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

11. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

12. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

13. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

14. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

15. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

16. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

17. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

18. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

19. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review