Wednesday, August 10, 2011

3 sebab utama hubungan tak kekal

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 10, 2011
Hampir semua orang kat dunia ni pernah berpasangan, or dalam bahasa indonesia.. berpacaran. Ada yang kekal sampai ke jinjang pelamin, ada pula yang putus di tengah jalan. Ada banyak sebab kenapa korang tak kekal dengan si dia... tapi 3 sebab utama, kita zassss!



1. Terdapat banyak penipuan dalam hubungan, or kata lain, tak jujur.
     
     Penipuan ni termasuk la curang ke, selingkuh ke, main kayu tiga ke... eh bukan sama ke tiga2 tu? Ok abaikan. Penipuan juga termasuk la macam............

Boy: Sedapnya lauk ni yang... u masak ke?
Girl: Ye ling.. i la yang masak. Sedap kan. Untung u dapat i tau.

*padahal tu lauk beli je..tak pun housmate yang masak, pastu ngaku sendiri masak.


Girl: U buat apa malam ni? Free tak?
Boy: I pergi masjid la sayang... nak buat tahajud sekali.

*padahal nak keluar dengan member2 lelaki. Banyak lelaki yang buat2 alim macam ni.


Ni contoh je.. Kadang2 dia memang betul2 sayangkan pasangan tu, tapi sifat kejujuran tu takde. Tak kisah la menipu untuk kebaikan ke apa. Sekali sekala boleh terima lagi, tapi kalau dah selalu sangat? Bila kejujuran tu dah takde masa belum kahwin, bila dah kahwin apatah lagi. Allah kan Maha Penyayang, jadi Dia putuskan kita dengan si dia dan temukan kita dengan seseorang yang lebih baik, insyaAllah.



2. Bila kita menyayangi seseorang melebihi kita menyayangi Allah.

    Kes macam ni banyak gak berlaku ni. Cintan habis, bila break, bunuh diri. Selalunya orang macam ni dia terleka dengan kasih sayang manusia.. Dia lupa yang si dia juga milik Allah. Masa bercinta, masa berdating tak ingat dunia. Solat lima waktu terlepas sebab leka tengok wayang, leka makan sambil flirt2, leka karaoke bagai. Tetiba pasangan kena pergi tempat yang jauh, habis la dia menangis siang malam sebab fikir susah nak jumpa lagi. Risau gile bila pasangan jauh di mata. tapi diri sendiri yang jauh dari Allah, tak risau?? Bila dah jadi macam ni, boleh jadi Allah pun tak meredhai hubungan tu.



3. Kerana dah ditakdirkan Allah yang si dia bukan jodoh kita.
    Yang ni dah tak boleh nak buat apa lagi la. Cuma boleh berdoa supaya Allah kuatkan iman kita, beri kesabaran dan ketabahan untuk terima perpisahan tersebut...



p/s: tak reti nak explain panjang2..

   

0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review