Monday, August 1, 2011

ape kes Jimmy dan Suhaila?

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Monday, August 01, 2011
Ermm.. Hai. Tak tahu nak cakap apa ni, hehe.. Ermm, hari tu terbaca berita pasal Jimmy dan Suhaila. Dengar2 sekarang diorang dah nak cerai plak. Hari tu Jimmy buat tuntutan nusyuz kat isteri dia, means kembali taat setia sebab isteri dia keluar rumah tanpa izin. Sebelum ni dengar cerita dari pihak Jimmy je kan.. So apa kata kita dengar komen dari si Suhaila ni plak. 

“Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya 5 orang saja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang pun.. itu pun di kalangan ahli keluarga saja. Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (Jimmy). Untuk pengetahuan umum, itu lah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan.”

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.”



Ni kenyataan Jimmy pula..

“Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil."

“Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya. Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.”

Puncanya kalau tengok dari kenyataan diorang ni, Suhaila nak keluar jumpa kawan tapi Jimmy tak bagi, then gaduh. Tak masuk akal langsung. Ada ke malam sebelum nak kahwin nak keluar jumpa kawan, memang la Jimmy tak bagi, malam plak tu. Mm ntah la... nasihat, Suhaila cuba la berubah belajar untuk taat pada suami. Jimmy plak, jangan ringan tangan sangat nak pukul isteri.. perempuan ni kan berhati lembut, so kena lembut lah caranya.. walaupun harus hukumnya kalau isteri dah degil sangat.

Tapi yang kelakarnya, ada ke patut Suhaila ungkit pasal Jimmy takde kawan.. So, dia tak boleh jadi kawan Jimmy ke? Ada masalah ke Jimmy tak ramai kawan? Rasanya lagi bagus kot.. so Jimmy boleh tumpu perhatian kat family plak. Haish... macam2...


0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review