Saturday, August 20, 2011

ceritera cinta orang dulu-dulu

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, August 20, 2011
             
             Pada zaman dahulu, tersebut lah kisah terdapat seorang gadis dan seorang teruna. Si gadis bernama Jijah (bukan nama sebenar) dan si teruna bernama Suman (bukan nama sebenar). Pada satu hari, Jijah mendapat jemputan kahwin daripada rakannya di Malaysia. Ow lupa nak bagitau, Jijah tinggal di Singapore. Then dia pun pergi la memenuhi jemputan tersebut bersama-sama adik-beradiknya yang lain. Ketika di majlis tersebut, seorang makcik telah terpandang Jijah lalu terus jatuh cinta.. Ops, bukan makcik tu lesbian. Tapi beliau dah jatuh cinta untuk jadikan Jijah sebagai menantu beliau. Lalu beliau terus menemu ramah Jijah...

           Dalam beberapa minggu makcik tu usha Jijah, akhirnya beliau menuju ke Singapore untuk melamar Jijah bagi pihak anak lelakinya, Suman. Orang dulu-dulu kan, jadi Jijah hanya menerima pinangan itu walaupun tidak pernah mengenal Suman, lelaki yang bakal dikahwini nya. Lalu mereka ditunangkan. Memang cerita Melayu betul. Makcik itu hanya memberikan gambar Suman kepada Jijah sebagai pengganti diri, kerana Suman masih berada di dalam hutan, memperjuangkan tanah air tercinta (kau tak payah nak dramatik sangat boleh?) Ok2...

         Apabila melihat gambar tersebut, Jijah berkata dalam hati sambil tersenyum, "Mm, hensem gak lelaki ni". "Tapi nampak cam rendah la". Gambar Suman pakai uniform askar tu...

         Setelah beberapa lama mereka bertunang, akhirnya mereka decide mahu bertemu bertentang mata pula untuk pertama kalinya. Tapi bukan berdua. Suman yang dah memang askar tu turut membawa 'askar' lain, iaitu kawan-kawannya. Ow bukan. Tu bila dah jumpa banyak kali sebenarnya. First time jumpa adalah di rumah ye, depan parents ok. Bila dah jumpa, hati suka sama suka, maka mereka pun berkahwin.. sehingga kini, mereka bahagia hidup bersama dengan anak-anak.



Simple kan cinta orang dulu-dulu? Tak perlu nak frust banyak-banyak kali cam kita zaman sekarang ni, huahuahua... Entry ni khas untuk adik-adik aku yang tengah frust semuanye tu, haha. Ok dah, bye.









 p/s: Watak Jijah dan Suman di atas adalah mak dan ayah aku, Puan Azizah dan Encik Othman. Love them.





0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review