Wednesday, August 17, 2011

kenangan ramadhan

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Wednesday, August 17, 2011
Masa aku kecik-kecik dulu, banyak gile kenangan masa bulan Ramadhan ni. Kenangan manis, pahit, tawar, semua ada..



Sekadar gambar hiasan


Pernah sekali tu, aku terbuang mercun milik abang-abang aku, haha… Dah la banyak lagi mercun tu, mercun mahal plak tu, mercun ketupat. Tahu mercun ketupat? Mercun yang dalam bungkusan kertas bentuk 3 segi tu. Masa tu aku kemas-kemas meja, aku nampak bungkusan tu aku ingat plastik sampah… Mm apa lagi, aku buang je la. Maghrib lepas buka tu, cam biasa abang-abang aku nak menjalankan aktiviti wajib sepanjang Ramadhan, iaitu bakar mercun se das dua before pergi solat. Time tu la tak jumpa mercun. Siasat punya siasat, memang sah la yang aku buang tu adalah mercun ketupat! Aku cuak gila masa tu sebab takut kena marah kaw-kaw. Alang aku dah la garang. Serius aku diam je masa tu… Aku rasa masa tu abang-abang aku nak je telan aku hidup2. Tapi disebabkan mak aku ada and back up aku, tambahan pulak aku ni kan adik kesayangan diorang yang comel, maka diorang pasrah je…




Sekadar gambar hiasan




Sekadar gambar hiasan


Masa kecik-kecik dulu pun aku liat gile nak pergi terawih.. Tapi dalam liat-liat tu, penuh gak 
terawih aku. Mana tak nya, kalau aku tak pergi terawih, mau kena pelangkung ngan mak. Memang mak paksa gak aku pergi, pastu bising-bising. So dengan hati yang terpaksa, aku pergi gak walaupun tak rela! Kadang-kadang kalau aku sakit perut sebab makan terlalu banyak and gelojoh, baru la aku leh escape terawih tu, hehe.. Tapi sekarang dah pandai fikir sendiri..

Dulu masa sekolah menengah, aku masuk sekolah berasrama penuh.. So berpuasa la aku sepanjang 5 tahun di sekolah bersama rakan-rakan yang disayangi. Pergh.. ni lagi banyak kenangan, macam-macam. Pernah je aku buka puasa tak dapat nasi, dapat ikan je. Nasi boleh plak habis masa tu. Masa tu la teringat rumah bagai… pastu nangis la macam kau duduk kat perantauan nun sana ha… Padahal sekolah dengan rumah dekat je kot !

Tapi ada je kenangan yang sampai sekarang pun still berlaku lagi. Macam kalau abang-abang aku semua dah berkumpul, konfem diorang takkan tidur punya la. Diorang akan borak-borak sampai sahur.. Yang bestnye, mak aku pun terlibat sama tak tidur (kalau mak tak ngantuk la). Pastu masa nak imsak pun ada sign gak. Dari dulu sampai sekarang, ada seorang pakcik ni selalu lalu depan rumah aku naik motor, nak pegi masjid la, apa lagi... Ha masa tu dah imsak la tu, hahaha....

Banyak lagi kenangan masa bulan puasa ni.. Tapi cam biasa la aku malas dah nak menaip. Sekian.


0 orang berkata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review