Friday, October 29, 2010

project yang tak menjadi,..lala~~

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, October 29, 2010 2 orang berkata-kata Links to this post

Apabila selesai 1 paper exam, kita pn bersorak2 seolah-olah dh abes semua paper
padahal baru je habis paper pertama, huhu....ade 2 paper lg ni

hai guys...hari ni aku tak nak ckap psl luahan perasaan or luahan hati la, 
sbb takde ape yg mengganggu fikiran aku sekarang, hehe...sekarang je la, besok lusa tak tau...
hari tu aku baru lepas presentation mini project
aku buat psl digital alarm clock, susah woo wa ckp lu..
tapi group lain yg buat tajuk yg same ngan aku ni pn takde yg jadi
maknenye.....termasuk la aku, hehehehe
project aku tak jadi pn..
takpe la, nanti dh jd engineer nanti baru aku buat lek project tu
penat sangat.. hari2 aku pening kepala, sakit kepala sebab project tu
banyak menda kena pikir
dah la aku leader (leader yg tak bertauliah la tapi, hehe)
memang semua menda aku kne pikir la
first sekali bila dapat tajuk tu
aku kena design circuit dia
pastu suh lecturer check, kalo ade salah betulkan lg
pastu buat PCB layout dia lak
pastu PCB board plak...n then pasang components
aku kena make sure kan track tu takde yg putus bila dh convert kat PCB board
lepas tu, part yg paling memeningkan kepala
aku kena pikir coding dia...tu yang paling susah tu
dah la belajar subjek ni dlm ms sebulan je
tu pun blaja coding yang senang2
sekali kena wat yg susah yang amat ni, wadduh...
sbb tu la project aku tak jadi, hahahah
sebab coding yang salah kot.....maybe
so di sini aku sertakan gambar2 yg sempat diambil ms buat project ni



Ha ni adalah top view PCB board aku. kemas x? hehe...byk gile jumper kan.




Ni plak dr pndangan bawah. dlm bahasa orang barat, bottom view.




Ni sekali dgn hardware box la.....



Butang ni kat belakang box, untuk matikan alarm nanti.




7 segment....senget sket la, budak2 bru belajar la katakn.




Thursday, October 28, 2010

oh kawan..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 28, 2010 2 orang berkata-kata Links to this post









Kawan, kenapa kita dah tak serapat dulu ek?
Kenapa kita dah tak semesra dulu?
Kenapa kita cam janggal je bila bersua?
Kalo dulu, pantang jumpa ade je cerita nak bergosip
Tapi sekarang dah lain
Masing2 rasa janggal
Kadang2 kita try gak nak bertegur sapa ala2 mesra gitu
Tapi janggal kan....
Aku tau bkn aku je yg perasan psl ni
Mesti kau pn perasan kan kita dh x cam dulu
Kenapa ye?
Kalau dulu, aku tau sume cerita tentang kau
Kau tau sume cerita tentang aku
Tapi sekarang walaupun kita dekat
Tapi seolah-olah kita ni jauh
Sebab aku x tau pape tentang kau
Dan kau pn xtau pape tentang aku
Atau memang kita ni jauh?
Kita wat hal sendiri je...
Kenapa ye?
Aku x suka bila kita mcm ni
Aku nak kita yang dulu, hepi, mesra..
Dan aku x tau bila ms tu akan tiba..


Friday, October 15, 2010

luahan hati seorang gadis..

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Friday, October 15, 2010 1 orang berkata-kata Links to this post
salam....hai guys. kali ni aku x tau nak cakap ape dah. mcm banyak sangat aku nk story dgn korang, tapi x tau nak mula dari mana. sekarang ni aku rasa mcm sunyi sangat. sejak my parents pegi mekah isnin lalu, aku cam sunyi gile. dan dlm masa yg sama ni macam2 hal yg jadi. suma hal yg menyedihkan. aku cam xtau nk luahkan kat sape, so aku anggap blog ni la my bestfren, my husband, my lovely one. mesti korang bosan kan baca entry2 aku sebelum ni dan sekarang, tp it's ok..kalo bosan jangan baca ye. ini juz luahan hati dan perasaan aku je....dalam sedih2 ni, aku cuba untuk jadi happy depan orang dan ni lah yang berlaku. 

Firstly, aku sedih because of someone. entah la, nak cerita pn x tau cmne nak cakap. aku tau dia marah kat aku, or maybe takkan maafkan aku lg sampai bila2 pn..hanya kerana salah paham. aku x leh paksa dia bila dia dh buat keputusan mcm tu. or maybe sebenarnya dia dah jumpa someone yang better than me, lebih baik, lebih cantik akhlaknya, lebih penyayang dan lemah lembut dari aku, or maybe pakai tudung labuh kot, macam yang dia nak. kalau dah itu jadi pilhan dia, aku x bolah nak halang. aku x boleh nak paksa dia supaya terima aku. ya, i know that im not a good girl...mm, sedih, tapi itu pilihan dia. kalau aku mtk maaf air mata darah sekali pn, kalau dia dah xnak maafkan, xleh wat apa. now, aku cuba untuk hidup sendiri, alone mcm keadaan sblm aku jumpa dia. jujurnya, mmg aku tgh tertekan sket, stress...tapi aku kena tabah selagi x habis final exam utk semester ni n before my project presentation.aku xda niat nak sakitkan hati dia, aku cuma nak dia jujur je dgn aku...aku cuma nak dia tahu apa yg buat aku rs genbira, happy...aku cuma xnak ada rahsia antara kami, sbb aku sndiri x penah berahsia dgn dia. selalunya bila aku stress je, aku akan cari port utk keluarkan air mata. lepas tu baru akan rs lega sket. kadang2 aku cuba nak jadi macam isteri nabi, aisyah. siti khadijah, aku xleh jadi mcm siti khadijah sbb siti khadijah sangat2 la tabah orangnya...aku manusia biasa xleh jadi mcm 2. entah la, aku sndiri pn xtau apa yg aku tgh fikirkan.

Secondly, about my fren. aku x perlu nak cerita sape. korang2 yang baca ni x perlu nak terasa la. kawan aku ramai, maybe bkn di kalangan korang...tapi kalau psl ni, selalu kalau aku terasa hati, kejap je....sbb kalau lama2 nanti aku hilang kawan plak. aku selalu berusaha utk jadi kawan yg terbaik utk diorang. aku cuba nak buat baik kat suma orang x kesah la my fren ke, my family ke or my lovely person. aku cuba, tapi msti ada je perkara yang aku buat diorang kecik hati. aku sedih sebenarnya bila tau ada orang marah kat aku. mungkin memang silap aku sendiri. aku selalu buat jahat kat orang ke? sampai aku rasa sunyi sgt mcm sekarang ni...aku rs mcm nak balik rumah, tapi kat rumah xde orang. aku sunyi sgt....mak ayah, cepat la pulang dgn selamat...





Thursday, October 14, 2010

who am i...

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 14, 2010 3 orang berkata-kata Links to this post
        
             Agaknya masih awal lagi untuk aku pikir soal kawin. ramai lagi manusia yg aku lom jumpa. manusia, macam2 perangai. tapi aku paling tak suka orang yang x jujur, penipu. nak tipu pn agak2 la. ni dah terang2 salah pn still x nak mengaku lagi, menyampah gila. dgn orang mcm ni la yang buat aku rs sakit hati gila, rs cam x nak jumpa dia langsung. fine, aku x kesah kalo dia nk bergurau dgn aku, tipu ni, tipu tu. tapi kalau dah terang2 yg diri tu salah, ngaku je la. kalau betul x salah pun, kenapa takut nak bersumpah? tu yang buat aku x puas ati tu, bengang gila kot. mula2 aku tak marah pn kalau betul dia tipu la mula2 tu...sbb aku aku tau dia bergurau. tapi kalau dah lam2  stil xnak ngaku, sapa x bengang. aku pun biasa je bergurau dgn orang, ade la tipu sket2...tapi bukan perkara serius la. tapi lepas tu aku cakap benar, x da la nak biarkan lama2 de. aku sakit hati gila skang, tak tipu. aku rasa mcm nak jumpa dia skang, cakap depan2 dia, pakse dia cakap hal sebenar. aku ngantuk gila skang. besok ade presentation, tapi aku x prepare pape pn lagi. patutnya malam sblm ni prepare, tapi dah jadi cmni, ade plak kes tipu2 ni, langsung xleh nak fokus kat projek aku. aku cuma tak tahu nak luah kat sapa. mak ayah dah pegi mekah, tolong la jangan buli aku. mentang2 aku xde tempat nak mengadu skang. suma nya tau nak sakitkan hati orang je. kan bagus kalau aku dah bersuami, suami yang memahami aku, jaga hati aku, dan tak menyakitkan hati. siapa la aku ni.....insan yang tak dihargai, or maybe x berharga kot. sebab tu orang leh buat aku mcm ni.

Thursday, October 7, 2010

penat + serabut + cuak + sedikit lega

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Thursday, October 07, 2010 0 orang berkata-kata Links to this post

wow ! aku present projek jumaat depan rupanya..hehe suka2 sbb org lain present hari isnin smpai khamis, tp aku present hari jumaat. so ade lagi masa nak edit2 or nak checking2 or nak wiring2 lg hehe...serabut kepala otak aku dgn projek ni. tp alhamdulillah aku gerak sikit2 so skang ni cam hampir nak siap la...tu pn banyak mtk tolong orang, tp bukan meniru, lain tu. dah 2 hari aku tido kul 4 pg, bgn2 pagi je pening kepala, kena pegi kelas plak tu. tapi xpe, biar susah sekarang senang kemudian, haha poyoz ! selalunya bila aku dah pening2 kepala wat schematic la, pcb layout la, coding la, aku suka dengar lagu. tapi x suma lagu. salah satu yg aku suka ialah lagu 'Bunga' nyanyian Thomas, hehe...msti korang xtau kan lagu ni. aku dgr pn dari kawan. tapi the one thing that i like about this song is aku lg suka dgr kawan aku tu yg nyanyi dr penyanyi asalnya. nak tau nape? sbb ms mula2 aku dgr lagu ni, kawan aku yg nyanyi. bila aku dgr cm best je, baru aku search kt youtube dan terjumpa la video penyanyi asalnya. tp disebabkan aku dh dgr suara kwn aku dulu (walaupn x berapa nk best, hehe jgn mrh), so aku rs lagu ni cam lagu dia je...hahahah....nk dgr sket x? nak la, nak la....



Merana kini aku merana
Kekasih tercinta entah kemana
Sendiri kini ku dibalut sepi
Tiada tempat tuk bercurah lagi
Dimana kini entah dimana
Bunga impian yang indah di mata
Ku rindu tutur sapamu nan manja
Saat kau berada di sisi ku
Kini tinggal lah ku sendiri
Hanya berteman dengan sepi
Menanti dirimu kembali
Di sini ku terus menanti
Akan ku cuba untuk menanti dirimu kekasih

Oh bunga....
Di mana kini kau berada
Jangan biarkan diriku dalam kesorangan
Oh bunga...
Jangan kau gores luka di dada
Sungguh diriku takkan kuasa campakkan kenangan






Walaupun lirik dia xde kena mengena dgn aku, tp aku suka lagu dia, haha..apa ko sebok? suka hati den la....bagi orang2 yg x minat lagu lama ni msti xnk dgr lagu2 cmni, tapi aku suka. sbb tu kawan2 cakap aku hati sentimental.....hehehehe. ok la nak siap2 nak pegi overnight rumah abang ni, daa ~~




Saturday, October 2, 2010

Terima kasih ya Allah...alhamdulillah

Dicoretkan oleh sephia sophia pada Saturday, October 02, 2010 0 orang berkata-kata Links to this post

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Perlahanku curahkan
Tapi kau tidak memperdulikan
Tiada nista

Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik nista
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya


Salam...aku x tau kenapa tetiba hari ni Allah tunjukkan aku ape yg dh berlaku sebenarnya. dulu aku ada pakwe, tahan 2 tahun je. kitorang break sebab dia nk kahwin dgn perempuan lain. dia ajak aku kawen, aku cakap tunggu dulu. tapi x sangka plak dia terus lamar perempuan lain lepas 2 minggu aku tolak lamaran dia. aku bukan tolak, correction, bukan tolak. aku cume ckp, tunggu aku abis diploma. tinggal setahun je lagi ms tu. tp.....aku sedih gile kot masa dia ckp nak kawen lain tu. aku ingat dia main2, rupanya betul2. masa tu mmg asik kol mak je...x bleh study, dlm kelas x fokus. teruk gila aku kena masa tu, tmbh2 lg perempuan yg dia nk kawen tu masuk campur. cakap kat aku, xde pape kitorang kawan je. tp kalo dah sampai hantar2 lauk kat umah, bkn kawan lg dh tu. then banyak lagi la dia ckp kat aku, kata2 yang menyakitkan hati....orang dh menang, mesti la hepi kn. 

        dah setahun perkara ni jadi....tetiba tadi, aku dapat kol dari sorang kawan lama, kawan aku dan ex aku ni. so td masa tgh borak2, dia terlepas cakap. kalo dah terlepas sket, aku suruh la dia citer suma. mula-mula dia xnak gak, aku pakse. dan dipendekkan cerita...rupanya dia bekas penagih. aku baru tau ni. ada lagi sebenarnya, banyak gak aku korek rahsia td, hehehehe. tapi xleh cerita la sbb nanti memburukkan dia plak. yang penting, memang banyak sangat hikmah aku x jadi kawen dgn dia. aku x dapat bayangkan kalo aku jadi isteri dia, ya Allah......yang penting aku hepi sekarang ni. susah la kalo jenis yang cepat percayakan orang ni, aku la tu, huhu.....ok la, next time aku cerita lg kalo aku hepi, sedih, geram or apa2 je la....hehe bye my blog~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

sephiasophia =) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review